Mobile Legends: Bang Bang

 Forgot password?
 Register now.
View: 107|Reply: 0
Collapse the left

[Kemaskini] NOTA PATCH 1.5.78 (Original Server)

[Copy link]
Post time 2021-5-12 02:57 PM | Show all posts |Read mode

Sign up now, Make more friends, Enjoy with more features, Let you easily Fun Community.

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

[Daripada Pereka]

Acara "515 eParty" tahunan sedang dijalankan!  Kami telah menyediakan banyak ganjaran hebat untuk anda semua, termasuk 515 Pencapaian Eksklusif, Cabutan 515 Lucky Star, Skin Khas 515, Wira percuma masa terhad dan banyak lagi.

Bersama ini, mod Ravage telah diperbaharui!  Pemain kini bermain sebagai Beatrix, dilengkapi dengan senjata yang berbeza.  Ikhtiar untuk mendapatkan semua Aquamarine yang nampak di peta untuk mencapai kemenangan!  Lupakan pembunuhan minion, creep dan menara kerana di dalam mod Ravage, anda kena merebut semua Aquamarine untuk anda boleh menang!

Mari bersama-sama memasuki bulan yang gila ini ketika kita memulakan perayaan yang dibuatkan untuk setiap pemain!



I. Wira Baharu & Wira Diubahsuai

[Phoveus] Shadow of Dread

Ciri Wira: Dia bakal menghukum sesiapa sahaja yang kerap guna Teknik Blink.

Pasif - "Demonic Intuition": Senjata daripada Phoveus, 'Astaros', mempunyai kuasa misteri dan sangat sensitif terhadap lawan yang bergerak pantas.  Apabila wira musuh guna teknik Blink atau Meluru berhampiran Astaros, ianya akan mengurangkan semua cooldown teknik atau masa caj.

Teknik 1 - "Malefic Terror": Phoveus menghentakkan tanah dan melepaskan "Astaros Dread" yang mengakibatkan kerosakan.  Selepas terkena wira musuh, Phoveus memperolehi Perisai dan juga Kelajuan Pergerakan.  Sekiranya Wira musuh, Creep atau Phoveus sendiri menyentuh 'Astaros Dread', ianya akan menyebar lebih luas lagi. Teknik ini boleh ditimbun pada selang masa yang telah ditetapkan.

Teknik 2 - "Astaros Eye": Phoveus menyeru 'Astaros Eye' yang bakal mengakibatkan kerosakan.  Selepas berlengah, ianya mula mereput dan menarik semua musuh ke arah pusatnya, sekali lagi menyebabkan kerosakan kepada mereka.

Muktamad - "Demonic Force": 'Astaros' memerhatikan kawasan sekitar Phoveus.  Sekiranya ada wira musuh guna teknik Blink atau Meluru, ianya akan aktif.  Setakat ini, Phoveus boleh dengan pantas berkelip ke arah kawasan mereka untuk memberikan pukulan AOE dan juga memperolehi Perisai.  Selepas Phoveus mengaktifkan kesan ini, teknik ini boleh dilancarkan berterusan sebelum memasuki masa cooldown, asalkan syarat yang diperlukan dipenuhi.

[Bane Diubahsuai]

Kami telah memberikan kesan pertempuran dan paparan baharu kepada Bane, dan juga memperbaharui Pasifnya sehingga boleh ditimbun sebanyak 2, sambil mengurangkan luas kawasan kesannya untuk membuat lebih seimbang baik sebagai wira Fighter.

Pasif - "Shark Bite": Setiap kali dia guna teknik, Bane memasukkan senjatanya dengan Tidal Energy, sehingga 2 timbunan.  Serangan Asas yang seterusnya bakal guna 1 timbunan untuk mengakibatkan kerosakan kepada musuh berhampiran.

Kami juga telah membuatkan penyelarasan lain kepada Wira ini:
Atribut (↑)
Pertumbuhan Serangan Fizikal: 7.9 → 10.9.

Pasif (↑)
Kerosakan: 150-200% Serangan Fizikal → 144-180% Serangan Fizikal.

Teknik 2 (↓)
Peningkatan Kerosakan Maksima semasa teknik dikenakan: 200% → 150%.



II. Penyelarasan Wira

Dalam patch ini, Penyelarasan yang signifikan telah dibuatkan untuk para Wira berikut: Argus, Ruby, Nana, Gloo, Ling, X.Borg, Rafaela dan Paquito.

[Argus] (~)

Pasif (~)
Kombo daripada 3 serangan berterusan Argus dari Pasifnya telah dikurangkan kepada 2 serangan, yang pertama dilakukan oleh Argus dan yang kedua oleh bayangannya.  Selain itu, kini dia tak melancarkan serangan akhir.  Dengan perubahan ini, akan terasa lebih baik untuk bermain sebagai Argus apabila dia mendapatkan Kelajuan Serangan ​​yang tinggi.

Teknik 1 (↑)
Meningkatkan luas julat teknik.
Cooldown: 15-11s → 12s.

Teknik 2 (~)
Kerosakan Asas: 200-350 + 80% Serangan Fizikal → 300-400 + 40% Serangan Fizikal.

[Ruby] (↑)

Roger memberikan semangat juangnya yang baru-baru ini kepada Ruby, dan kini dia lebih hebat dengan sabitnya.  Kini dia lebih gesit daripada sebelumnya dan boleh melepaskan pergerakannya dengan mudah.  Tetapi, obsesinya dengan taktik ofensif menunjukkan bahawa keupayaan melompatnya telah berkurangan.

Teknik 1 (↑)
Kos Mana: 40 → 25.

Muktamad (↑)
Pergerakan Teknik dikurangkan sikit.

Pasif (↓)
Perolehan Pertahanan daripada setiap lompatan: 9 + (2.4 * Lv.Wira) → 9 + (1.8 * Lv.Wira).

[Nana] (↑)

Nana semakin mahir dalam mengendalikan kuasa magik di dalam dirinya, dan begitu juga membuat kemajuan dalam kecekapan mana.

Teknik 1 (↑)
Kerosakan Asas: 200-300 → 220-320.
Kos Mana: 65-115 → 50-75

Teknik 2 (~)
Mengurangkan tempoh masa kejaran daripada Molina, tetapi meningkatkan sikit kelajuan daripada mengejar.
Kos Mana: 120 (semua level) → 80-105.

[Gloo] (↑)

Oleh kerana Teknik Muktamad daripada Gloo mempunyai kesan bertahap kepada pertempuran, kami memutuskan untuk memberikan mereka lebih banyak peluang untuk menggunakannya, mendekatkan Gloo dengan wira Tank lain.

Pasif (↑)
Pengurangan Kerosakan untuk Setiap Timbunan: 8% → 10%.

Muktamad (↑)
Cooldown: 45-35s → 50-40s
Kesan Baharu: Sekiranya sasaran yang berhampiran mati, masuk berterusan ke dalam untuk cooldown 6s.
Kelajuan Pergerakan: 25% → 35%

[Ling] (↑)

Teknik 2 (↑)
Kerosakan Asas: 190-265 → 230-305.
Serangan Fizikal tambahan: 50% → 40%.

[X.Borg] (↑)

Atribut (↑)
Pertumbuhan HP: 89 → 109.
Nisbah HPnya kepada HP Armor yang diberikan oleh peralatan: 4:8 → 2:11 (Sebagai contoh, sekeping peralatan 100 HP akan memberikan 20 HP kepadanya dan 110 HP untuk Armor.)

Teknik 1 (↓)
Sikit mengurangkan julat teknik ketika X.Borg berada dalam keadaan Armourless.

[Rafaela] (↓)

Nisbah kemenangan malaikat ini telah banyak meningkat sejak akhir-akhir ini, dan kadar penggunaannya yang tinggi telah membuatnya menjadi 3 wira teratas yang paling popular dalam pertandingan peringkat teratas.  Kami juga menyedari bahawa sangat sukar untuk menangani muslihat baru yang dia bangun.  Oleh itu, kami telah memutuskan untuk mengekalkan mobiliti yang diberikannya kepada seluruh pasukannya, tetapi mengurangkan kemampuan penyembuhannya.  Pada awal permainan, kini lebih rendah daripada Estes.

Teknik 2 (↓)
Janaan HP asas untuk wira sepasukan yang paling cedera: 370-570 → 250-450.
Janaan HP asas untuk wira sepasukan yang lain: 90-140 → 100-150.

Teknik 3 (~)
Mengoptimakan Teknik supaya menjadikan penerangan yang sesuai dengan kesan sebenarnya.

[Paquito] (↓)

Paquito tak banyak melakukan serangan dan menunjukkan prestasi yang baik dengan kombo Muktamad-nya, banyak musuh yang boleh berlawan dengan baik terhadap dirinya.  Kami harapkan bahawa mengehadkan keupayaan ofensif dan kesan kawalan daripada Muktamad-nya juga sikit meningkatan teknik dirinya yang dipertingkatkan, yang bakal memberikan wira legenda ini lebih banyak pilihan di medan pertempuran.

Teknik 1 - "Champ Stance" (↑)
Nisbah Perisai: 110% → 120%.

Teknik 2 - "Champ Stance" (↑)
Serangan Fizikal tambahan bagi Kerosakan: 180% → 192%.

Muktamad - "Champ Stance" (↓)
Kerosakan Uppercut: 600-900 + 150% Serangan Fizikal → 450-750 + 120% Serangan Fizikal.
Tempoh udara: 0.7s → 0.5s.

[Beatrix] (↑)

Kami telah menahannya terlalu lama dan kini tiba masanya bagi Beatrix untuk mengambil kembali tempatnya yang sah.

Atribut (↑)
Serangan Fizikal Asas: 100 → 105.
Pertumbuhan Serangan Fizikal: 7 → 10.

[Granger] (↓)

Sikit mengurangkan kerosakan di awal permainan.

Teknik 1 (↓)
Kerosakan Asas: 45-195 → 35-185.

[Diggie] (~)

Penggera Diggie sudah tak berfungsi selama bertahun-tahun, dan kini lebih cenderung berhenti tak berguna.

Teknik 1 (~)
Mengurangkan tempoh masa kejaran daripada penggera Diggie, tetapi meningkatkan sikit kelajuan mengejarnya.



II. Wira Percuma Mingguan & Skin Baharu

1. Skin baharu Selena "S.T.U.N. Selena" bakal bermula tersedia pada 15hb Mei (Masa Server).  899 Berlian.  DISKAUN 30% Berlian pada minggu pelancaran.

Wira "Selena" dan Skin baharu-nya "S.T.U.N. Selena" bakal dipakejkan dan bermula tersedia pada 15hb Mei (Masa Server).  DISKAUN 30% Berlian pada minggu pelancaran.

2. Skin baharu Jawhead "Candy Bear" bakal bermula tersedia sebagai Skin Starlight Eksklusif bulan Jun pada 1hb Jun (Masa Server).

3. Penyelarasan di dalam Kedai Fragment

a. Kedai Fragment Skin Premium
Bakal ada: Lapu-Lapu "Ancestral Blade", Eudora "Countess Scarlet".
Bakal dikeluarkan: Bruno "Vanguard Elite".

b. Kedai Fragment Skin Rare
Bakal ada: Argus "Dark Draconic", Alucard "Viscount", Leomord "Frostborn Paladin", Kimmy "Steam Researcher", Minsitthar "Gilded King", Natalia "Phantom Dancer".
Bakal dikeluarkan: Saber "Force Warrior", Roger "  Anubis ", Karrie" Dragon Queen ", Hanzo" The Pale Phantom ", Karina "Phantom Blade".

c. Kedai Fragment Wira
Bakal ada: Baxia, Hanabi, Jawhead, Claude, Ling, Dyrroth.
Bakal dikeluarkan: Mathilda, Yi Sun-shin, Khaleed, Yu Zhong, Vale, Karina.

4. Wira Percuma
Masa Server 14/05/2021 05:01:00 sehingga 21/05/2021 05:00:00

8 Wira Percuma: Franco, Benedetta, Bane, Jawhead, Hilda, Cecilion, Esmeralda, Faramis.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Argus, Selena, Lapu-Lapu, Aldous, Alpha, Yi Sun-shin.

Masa Server 21/05/2021 05:01:00 sehingga 28/05/2021 05:00:00

8 Wira Percuma: Sun, Angela, Estes, Argus, Gusion, Atlas, Claude, Baxia.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Roger, Paquito, Lolita, Harith, Terizla, Valir.
Masa Server 28/05/2021 05:01:00 sehingga 04/06/2021 05:00:00

8 Wira Percuma: Yu Zhong, Grock, Kimmy, Benedetta, Masha, Ling, Fanny, Baxia.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Ruby, Diggie, Hayabusa, Vale, Lesley, Aldous.

Masa Server 04/06/2021 05:01:00 sehingga 11/06/2021 05:00:00

8 Wira Percuma: Karrie, Gusion, Pharsa, Argus, Granger, Hanabi, Atlas, Carmilla.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Barats, Helcurt, Gatotkaca, Aurora, Bruno, Clint.

Masa Server 11/06/2021 05:01:00 sehingga 18/06/2021 05:00:00

8 Wira Percuma: Cecilion, Vale, Harley, Valir, Karrie, Ling, Fanny, Lylia.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Hanabi, Kadita, Hanzo, Lunox, Belerick, Guinevere.

[Magic Chess]

1. Little Commander baharu "Kaboom" bakal bermula tersedia pada 21hb Mei (Masa Server).  499 Berlian, 24,000 BP.  DISKAUN 30% Berlian pada minggu pelancaran.

Skin Little Commander baharu Kaboom "Off-road Kaboom" bakal bermula tersedia pada 21hb Mei (Masa Server).  269 Berlian.  DISKAUN 30% Berlian pada minggu pelancaran.

Little Commander baharu "Kaboom" dan Skin-nya "Off-road Kaboom" bakal dipakejkan dan bermula tersedia pada 21hb Mei (Masa Server).  DISKAUN 30% Berlian pada minggu pelancaran.



IV. Penyelarasan Medan Pertempuran

1. Menghancurkan menara bukan hanya memberikan ganjaran kepada pasukan, tetapi juga memberikan anda kelebihan kerana meningkatkan julat pandangan dan keupayaan anda untuk menyerang musuh.  Tetapi, Kelebihan ini sikit terlalu berlebih dan menyukarkan pasukan lawan untuk bertahan.  Dengan ini kami telah menyelaraskan ganjaran pasukan dan menawarkan lebih banyak pilihan untuk pasukan lawan yang diserang dalam situasi macam itu.  Juga, kami telah menambahkan jumlah Emas yang anda peroleh secara beransur-ansur, untuk membantu mengimbangi ubahan aliran pertempuran yang disertakan dengan ubahan ini:

2. Emas yang diperolehi: 5 setiap 2s → 6 setiap 2s.

3. Ganjaran Emas untuk pasukan kerana menghancurkan Menara Dalam: 100 → 80.

4. Ganjaran Emas untuk pasukan kerana menghancurkan Menara Pangkalan: 150 → 100.  Ganjaran EXP untuk pasukan juga telah dikurangkan sikit.

5. Mengurangkan masa respawn selepas pertempuran berlangsung selama 25 minit, untuk meningkatkan pengalaman pemain dalam lewat pertempuran.

6. Meningkatkan Pertumbuhan HP daripada Minion Julat dekat dan jauh.



IV. Penyelarasan Sistem

1. Mengemaskini dan mengiptimakan hadiah keseluruhan daripada MCL.

2. Anda kini boleh berkongsi ke Discord.



VI. Pembaikan Pepijat

1. Membaiki masalah di mana pemain yang menyebabkan "Perlawanan Tak Sah" kerana disengajakan tak bakal dikenakan hukuman.

2. Kini mungkin untuk melaporkan pemain untuk kelakuan tak baik selepas tamat perlawanan, melalui Sejarah Perlawanan dalam Profil.

3. Membaiki masalah di mana pemain yang telah menjumpai perlawanan tetapi tak buat persiapan tepat pada masanya tak akan dikenakan penalti.

4. Membaiki masalah di mana anda tak boleh membuka siaran YouTube.

5. Membaiki masalah di mana Keahlian Starlight secara keliru bakal memberikan 10 Mata Perlindungan selepas memenangi perlawanan.

6. Membaiki masalah di mana mereka yang kalah dalam perlawanan tak sah akan menerima mel Mata Perlindungan secara tak sengaja.

7. Membaiki perihalan peralatan tertentu.

8. Mengoptimakan Indikator daripada Teknik Paquito: Jika indikator teknik Paquito tercetuskan sebelum dia meningkatkan tekniknya, itu tak akan dibatalkan oleh Pasifnya menjadi penuh.

9. Mengoptimakan perspektif untuk Yve: Sikit mengangkat perspektif daripada Muktamad-nya, agar tak menyukarkan untuk membatalkan teknik.

10. Membaiki masalah daripada kawasan kesan pasif Atlas, kesan "Frigid Breath", selepas dia memasuki Keadaan Ejected dan balik ke dalam mecha-nya.

11. Membaiki masalah di mana Wira Rafaela, Argus, Kaja, dan Gusion bakal terdedah kepada musuh ketika mereka menyerang guna teknik.

12. Membaiki masalah daripada jenis kerosakan Serangan Asas Silvanna kepada menara.

13. Membaiki masalah daripada ikon buff Pasif Lesley.

14. Membaiki masalah di mana suara teknik muktamad daripada Vale dan Wanwan tak berbunyi macam biasanya.
You have to log in before you can reply Login | Register now.

Points Rules

Mobile Phone Version|Dark Room|Mobile Legends: Bang Bang Official Forum

2021-6-15 09:52 PM GMT+8

Powered by Discuz! X3.4

© 2001-2013 Comsenz Inc.

Quick Reply To Top Return to the list