Mobile Legends: Bang Bang

 Forgot password?
 Register now.
View: 110|Reply: 0
Collapse the left

[Kemaskini] NOTA PATCH 1.5.76 (Advanced Server)

[Copy link]
Post time 2021-4-29 08:20 PM | Show all posts |Read mode

Sign up now, Make more friends, Enjoy with more features, Let you easily Fun Community.

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

[Daripada Pereka]

Kandungan inti musim baharu, Perubahan peralatan, telah lama diuji.  Semasa ujian ini, kami telah mengumpulkan data penting dan menerima banyak maklum balas yang tak ternilai juga.  Untuk ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua!
Dalam patch ini, kami bakal mengembalikan semua kandungan yang tak bakal disertakan dalam versi Original Server seterusnya.  Hanya pembaikan untuk masalah binaan dengan peralatan "Athena's Shield" yang bakal dipertahankan, dan tetapan peralatan yang disyorkan anda bakal dikembalikan ke versi asalnya.
Kemudian, kami bakal mengumpulkan semua data dan maklum balas anda untuk melakukan beberapa ubahan kepada peralatan yang baharu.
Kandungan yang dikemaskini ini bakal tersedia untuk anda semua boleh tengok dalam beberapa minggu.
Terima kasih sekali lagi atas sokongan berterusan anda terhadap MLBB!


I. Wira Baharu & Wira Diubahsuai

1. [Alpha Diubahsuai]
Wira ini bakal tersedia untuk percubaan percuma di Advanced Server untuk tempoh masa sementara.

Teknik 1: Alpha melancarkan tebasan ke hadapan, mengakibatkan Kerosakan Fizikal kepada musuh di sepanjang laluannya dan memperlahankan mereka.  Selepas gelombang cahaya dilancarkan, Beta bakal mengikuti jejaknya untuk mengancam musuh dan mengakibatkan Kerosakan Fizikal.

Teknik 2: Selepas meng-caj sebentar, Alpha menyerang ke hadapan di kawasan berbentuk kipas dan mengakibatkan Kerosakan Fizikal.  Setiap serangan bakal memulihkan HP.  Lalu, Beta mengimbas musuh di kawasan itu dan mengakibatkan Kerosakan Fizikal.

Muktamad: Alpha memerintahkan Beta untuk menghancurkan lokasi tertentu, mengakibatkan Kerosakan Fizikal dan menyebabkan pegun.  Pada masa yang sama, Alpha terbang ke kawasan itu dan mengakibatkan Kerosakan Fizikal kepada sasaran di laluannya, mengangkat musuh ke udara kemudian menjatuhkan mereka dan memperlahankannya.  Selepas itu, Beta melancarkan serangan AOE di kawasan sasaran, masing-masing mengakibatkan Kerosakan Fizikal.

Pasif: Setiap kali guna Teknik, Alpha menyeru Beta untuk menyerang dan menandakan sasaran.  Beta bakal melancarkan serangan laser apabila mencapai 2 tandaan, masing-masing memperlahankan sasaran.  Dua serangan laser pertama Beta mengakibatkan Kerosakan Sebenar, dan yang terakhir ialah serangan AOE yang mengakibatkan Kerosakan Sebenar.



II. Penyelarasan Wira

[Ruby] (↑)

Roger memberikan semangat juangnya yang baru-baru ini kepada Ruby, dan kini dia lebih hebat dengan sabitnya.  Kini dia lebih gesit daripada sebelumnya dan boleh melepaskan pergerakannya dengan mudah.  Tetapi, obsesinya dengan taktik ofensif menunjukkan bahawa keupayaan melompatnya telah berkurangan.

Teknik 1 (↑)
Kos Mana: 40 → 25.

Muktamad (↑)
Pergerakan Teknik dikurangkan sikit.

Pasif (↓)
Pertahanan diberikan daripada setiap lompatan: 9 + (2.4 * Lv.Wira) → 9 + (1 * Lv.Wira).

[Nana] (↑)

Nana semakin mahir dalam mengendalikan kuasa magik di dalam dirinya, dan begitu juga membuat kemajuan dalam kecekapan mana.

Teknik 1 (↑)
Kerosakan Asas: 200-300 → 220-320.
Kos Mana: 65-115 → 50-75.

Teknik 2 (~)
Mengurangkan tempoh masa kejaran daripada Molina, tetapi meningkatkan sikit kelajuan daripada mengejar.
Kos Mana: 120 (semua level) → 80-105.

[Diggie] (~)

Penggera Diggie sudah tak berfungsi selama bertahun-tahun, dan kini lebih cenderung berhenti tak berguna.

Teknik 1 (~)
Mengurangkan tempoh masa kejaran daripada penggera Diggie, tetapi meningkatkan sikit kelajuan mengejarnya.

[Phoveus] (~)

Kami telah menukar perisai tambahan daripada Phoveus untuk memperkuasakan ketahanannya.  Mengurangkan kerosakan daripada Muktamad-nya, sehingga wira-wira licik boleh bertarung untuk bertahan melawannya lebih lama.

Teknik 1 (~)
Perisai Asas: 200-650 → 100-550
Perisai Tambahan: 150% Kuasa Magik → 60% Kuasa Magik + 8% HP Maksima.

Muktamad (~)
Perisai Asas: 300-500 → 150-350.
Perisai Tambahan: 100% Kuasa Magik → 50% Kuasa Magik + 6% HP Maksima.
Kerosakan Asas: 450-750 → 350-550.

[Bane] (~)

Kawasan daripada pasifnya telah dikurangkan, keupayaan poke bagi Bane di awal permainan semakin lemah.  Selain itu, Bane masih terlalu berkuasa dengan guna Kerosakan Magik.

Pasif (↑)
Kerosakan: 130-165% Serangan Fizikal → 144-165% Serangan Fizikal.

Teknik 2 (↓)
Peningkatan Kerosakan daripada meng-caj Teknik: 175% → 150%.

[Paquito] (↓)

Paquito tak banyak melakukan serangan dan menunjukkan prestasi yang baik dengan kombo Muktamad-nya, banyak musuh yang boleh berlawan dengan baik terhadap dirinya.  Kami harapkan bahawa mengehadkan keupayaan ofensif dan kesan kawalan daripada Muktamad-nya juga sikit meningkatan teknik dirinya yang dipertingkatkan, yang bakal memberikan wira legenda ini lebih banyak pilihan di medan pertempuran.

Teknik 1 - "Champ Stance" (↑)
Nisbah Perisai: 110% → 120%.

Teknik 2 - "Champ Stance" (↑)
Serangan Fizikal tambahan bagi Kerosakan: 180% → 192%.

Muktamad - "Champ Stance" (↓)
Kerosakan Uppercut: 600-900 + 150% Serangan Fizikal → 450-750 + 120% Serangan Fizikal.
Tempoh udara: 0.7s → 0.5s.

[Beatrix] (↑)

Kami telah menahannya terlalu lama dan kini tiba masanya bagi Beatrix untuk mengambil kembali tempatnya yang sah.

Atribut (↑)
Serangan Fizikal Asas: 100 → 105.
Pertumbuhan Serangan Fizikal: 7 → 10.

[Gloo] (↑)

Oleh kerana Teknik Muktamad daripada Gloo mempunyai kesan bertahap kepada pertempuran, kami memutuskan untuk memberikan mereka lebih banyak peluang untuk menggunakannya, mendekatkan Gloo dengan wira Tank lain.

Muktamad (↑)
Cooldown: 45-35s → 55-45s
Kesan Baharu: Sekiranya sasaran yang berhampiran mati, masuk berterusan ke dalam untuk cooldown 10s.
Kelajuan Pergerakan: 25% → 35%



III. Wira Percuma Mingguan

1. Wira Percuma:
Masa Server 30/04/2021 05:01:00 sehingga 07/05/2021 05:00:00

8 Wira Percuma: Khufra, Hayabusa, Minsitthar, Aurora, Yu Zhong, Lancelot, Dyrroth, Belerick.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Brody, Uranus, Thamuz, Yi Sun-shin, Hylos, Alucard.



IV. Penyelarasan Medan Pertempuran

Menghancurkan menara bukan hanya memberikan ganjaran kepada pasukan, tetapi juga memberikan anda kelebihan kerana meningkatkan julat pandangan dan keupayaan anda untuk menyerang musuh.  Tetapi, Kelebihan ini sikit terlalu berlebih dan menyukarkan pasukan lawan untuk bertahan.  Dengan ini kami telah menyelaraskan ganjaran pasukan dan menawarkan lebih banyak pilihan untuk pasukan lawan yang diserang dalam situasi macam itu.  Juga, kami telah menambahkan jumlah Emas yang anda peroleh secara beransur-ansur, untuk membantu mengimbangi ubahan aliran pertempuran yang disertakan dengan ubahan ini:

1. Emas yang diperolehi: 5 setiap 2s → 6 setiap 2s.

2. Ganjaran Emas untuk pasukan kerana menghancurkan Menara Inti: 100 → 80.

3. Ganjaran Emas untuk pasukan kerana menghancurkan Menara Pangkalan: 150 → 100.  Ganjaran EXP untuk pasukan juga telah dikurangkan sikit.



V. Penyelarasan Sistem

1. Kini mungkin untuk melaporkan pemain untuk kelakuan tak baik selepas tamat perlawanan, melalui Sejarah Perlawanan dalam Profil.



VI. Pembaikan Pepijat

1. Membaiki masalah di mana pemain yang menyebabkan "Pertandingan Tak Sah" kerana tingkah laku mereka tak bakal dikenakan hukuman.
You have to log in before you can reply Login | Register now.

Points Rules

Mobile Phone Version|Dark Room|Mobile Legends: Bang Bang Official Forum

2021-6-15 07:54 PM GMT+8

Powered by Discuz! X3.4

© 2001-2013 Comsenz Inc.

Quick Reply To Top Return to the list