Mobile Legends: Bang Bang

 Forgot password?
 Register now.
View: 167|Reply: 0
Collapse the left

[Kemaskini] NOTA PATCH 1.5.74 (Advanced Server)

[Copy link]
Post time 2021-4-22 08:11 PM | Show all posts |Read mode

Sign up now, Make more friends, Enjoy with more features, Let you easily Fun Community.

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Daripada Pereka:

Kami sangat gembira apabila mendapati maklum balas pemain, dengan pelbagai perspektif, mengenai perubahan yang dilakukan kepada peralatan.
Kami bakal terus mengumpulkan maklum balas dan data dalam talian dan membuatkan penyelarasan seterusnya dengan teliti dan bijak seiring dengan berjalannya masa.
Kami perlu untuk membuatkan sikit penyelarasan terhadap irama permainan untuk pemain Jungler.  Kami mendapati bahawa, walaupun penghapusan daripada timbunan atribut peralatan Jungling, Emas dan Kuasa keseluruhan daripada jungler telah meningkat kerana peralatan mereka tak memerlukan banyak Emas untuk ditingkatkan.
Selain itu, penghapusan kesan janaan daripada peralatan Jungling telah menyekat para wira jungler untuk mengekalkan HP dan Mana yang baik selepas membunuh creep di awal permainan.
Dalam Patch ini, kami memfokuskan untuk membaiki masalah sebelumnya tetapi juga bakal membaiki masalah yang sesuai dengan masa ini.
Selepas pemerhatian yang seterusnya, kami bakal terus membaikinya pada masa yang bakal tiba.
Penyelarasan juga bakal dilakukan terhadap peralatan yang pada masa ini mempunyai masalah serius.


I. Penyelarasan Wira

[Rafaela] (↓)

Nisbah kemenangan malaikat ini telah banyak meningkat sejak akhir-akhir ini, dan kadar penggunaannya yang tinggi telah membuatnya menjadi 3 wira teratas yang paling popular dalam pertandingan peringkat teratas.  Kami juga menyedari bahawa sangat sukar untuk menangani muslihat baru yang dia bangun.  Oleh itu, kami telah memutuskan untuk mengekalkan mobiliti yang diberikannya kepada seluruh pasukannya, tetapi mengurangkan kemampuan penyembuhannya.  Pada awal permainan, kini lebih rendah daripada Estes.

Teknik 2 (↓)
Janaan HP asas untuk wira sepasukan yang paling cedera: 370-570 → 250-450.
Janaan HP asas untuk wira sepasukan yang lain: 90-140 → 100-150.

Teknik 3 (~)
Mengoptimakan Teknik supaya menjadikan penerangan yang sesuai dengan kesan sebenarnya.

[Granger] (↓)

Sikit mengurangkan kerosakan di awal permainan.

Teknik 1 (↓)
Kerosakan Asas: 45-195 → 35-185.

[Phoveus] (~)

Menambahkan kesan perisai kepada Muktamad-nya untuk meningkatkan peluang bertahan ketika menyerang ke dalam barisan lawan.  Untuk mengekalkan keseimbangan, kerosakan daripada Muktamad dan kemampuan seorangan di awal permainan telah dikurangkan.

Teknik 1 (↓)
Kerosakan Asas: 350-600 → 290-490.
Kesan Baharu: Peningkatan Kerosakan kepada minion sebanyak 150%.
Perisai Asas: 250-750 → 200-650.
Kesan Baru: Perisai boleh ditimbun.

Teknik 3 (↑)
Kerosakan Asas: 600-900 → 450-750.
Kesan Baharu: Setiap kali Teknik dilancarkan, dapatkan perisai sama dengan 300-500 + 100% Kuasa Magik yang bertahan selama 3s, dan boleh ditimbun dalam tempoh masa tertentu.

[Bane] (~)

Bane terlalu banyak mendominasi dengan Kerosakan Magik miliknya, jadi kami telah berupaya untuk mengubah imbangan sikit demi sikit agar dia lebih seimbang.

Atribut (↑)
Pertumbuhan Serangan Fizikal: 7.9 → 10.9.

Teknik 2 (↓)
Kerosakan Maksima meningkat apabila teknik dikenakan: 200% → 175%.


II. Wira Percuma Mingguan & Skin Baharu

[Wira Percuma]
Masa Server 23/04/2021 05:01:00 sehingga 30/04/2021 05:00:00

8 Wira Percuma: Chou, Rafaela, Cyclops, Badang, Mathilda, Baxia, Helcurt, Wanwan.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Selena, Lapu-Lapu, Zhask, Alpha, Angela, Minsitthar.


III. Penyelarasan Medan Pertempuran

[Peralatan]

1. [Pengiraan Spell Vamp]
Semua kesan Spell Vamp terhadap creep dan minion dikurangkan kepada 50%.  (Pengecualian khas yang dibuatkan untuk wira lain bakal dikembalikan, dan kami bakal memantau dampaknya seiring berjalannya masa).

2. Syarat menaik-tarafkan Retribution (↓): 15 → 20 timbunan.

3. Kerosakan daripada Kasut Hunter kepada creep (↓): Kerosakan Sebenar → Kerosakan Magik.

4. Pengurangan kerosakan kepada creep yang diberikan oleh pemain dengan Retribution (↑): 25% → 50%.

5. Kelajuan Pergerakan dan Serangan yang diberikan oleh "Encourage" (↓): 25% → 10%.

6. Mengoptimakan penerangan untuk peralatan jungling dan roaming untuk menjadikannya lebih jelas.

7. Mengemaskini setiap wira dengan sesuaian Peralatan yang Disyorkan.

[Peraturan]

Kami juga mendapati bahawa terdapat beberapa peraturan daripada peralatan yang sukar difahami oleh pemain.  Oleh itu, kami mengambil kesempatan untuk menjelaskan beberapa konsep yang terdedah kepada salah faham:

1. Sekiranya anda membeli Kasut Lanjutan yang mana anda sudah memilih teknik, anda boleh menjual kembali Kasut tersebut dan menetapkan semula pemilihan teknik ini tanpa menjejaskan kemajuan daripada teknik tersebut.

2. Kuasa Teknik daripada peralatan roam bakal meningkat apabila Emas dari "Thriving" meningkat.  Ini boleh diperiksa dengan mengetuk dan menahan ikon buff dalam pertempuran.

3. Semua berikut menyumbang kepada jumlah Emas anda dari "Thriving": Emas yang diberikan kepada anda semasa anda menjadi pemain dengan Emas paling sikit;  yang diberikan kepada pemain lain ketika mereka sebaliknya;  dan jumlah tambahan Emas yang anda perolehi daripada Assist.

4. Apabila beberapa pemain mempunyai peralatan roam dalam satu pasukan: Sekiranya pemain X mempunyai peralatan perayauan, dan di antaranya ialah pemain dengan Emas paling sikit, pemain tersebut akan diberikan semua ganjaran.  Pemain lain tak mendapat apa-apa.

Sekiranya pemain dengan Emas paling sikit tak mempunyai peralatan roam, maka semua pemain X dengan peralatan roam masing-masing memberikan mereka 4/X (nombor ini harus dibundarkan) Emas.

Sekiranya dua pemain mempunyai Emas paling sikit pada masa yang sama, maka Emas tak akan diberikan sama sekali.  Dengan kata lain, lebih baik dalam satu pasukan hanya mempunyai satu pemain yang dilengkapi dengan peralatan roam.  (Walaupun terdapat sikit perbezaan dalam ganjaran keseluruhan yang diperoleh jika beberapa set dibeli, tindakan itu akan melambatkan kemajuan teknik pembeli.)


IV. Penyelarasan Sistem

1. Anda kini boleh berkongsi ke Discord.


V. Pembaikan Pepijat

1. Membaiki masalah di mana anda tak boleh membuka siaran YouTube.

2. Membaiki perihalan peralatan tertentu.

3. Kasut Jungling tak lagi digolongkan sebagai peralatan aktif.

4. Mengoptimakan Indikator daripada Teknik Paquito: Jika indikator teknik Paquito tercetuskan sebelum dia meningkatkan tekniknya, itu tak akan dibatalkan oleh Pasifnya menjadi penuh.

5. Mengoptimakan perspektif untuk Yve: Sikit mengangkat perspektif daripada Muktamad-nya, agar tak menyukarkan untuk membatalkan teknik.
You have to log in before you can reply Login | Register now.

Points Rules

Mobile Phone Version|Dark Room|Mobile Legends: Bang Bang Official Forum

2021-6-24 07:58 PM GMT+8

Powered by Discuz! X3.4

© 2001-2013 Comsenz Inc.

Quick Reply To Top Return to the list