Mobile Legends: Bang Bang

 Forgot password?
 Register now.
View: 127|Reply: 0
Collapse the left

[Kemaskini] NOTA PATCH 1.5.72 (Advanced Server)

[Copy link]
Post time 2021-4-16 11:22 AM | Show all posts |Read mode

Sign up now, Make more friends, Enjoy with more features, Let you easily Fun Community.

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

[Daripada Pereka]

Dalam kemaskini kali ini, kami menerapkan banyak perubahan kepada kebanyakan kandungan yang berkaitan dengan peralatan untuk musim depan.  Kami berharap bahawa peralatan yang diperbaharui bakal memberikan pengalaman permainan yang lebih baik bagi Wira dengan peranan yang berbeza, dan membawa gaya permainan baharu baru ke dalam medan pertempuran.  Pada versi yang bakal tiba, kami akan terus menerapkan perubahan tambahan, dan juga membuatkan penyelarasan individu terhadap Wira yang terjejas.  Kami mengalu-alukan anda semua untuk mencuba kandungan baharu ini dan berkongsi dengan kami sebarang cadangan atau maklum balas yang mungkin anda miliki!

Untuk memastikan bahawa cubaan untuk kemaskini peralatan ini berjalan lancar, kami bakal menetapkan semula binaan khusus anda kepada binaan asal yang baharu.  (Kami merancang untuk melaksanakan beberapa tetapan semula sepanjang pengujian, dan meminta maaf atas kesulitan yang disebabkan.) Anda bebas untuk menetapkan binaan yang disyorkan oleh anda sendiri selepas mendapatkan kelengkapan peralatan yang dikemaskini juga.

Berikut ialah gambaran keseluruhan perubahan yang dibuatkan.  (Sila baca bahagian "Peralatan" di bawah untuk maklumat lanjut.)

1. Tiga kategori peralatan terdahulu (Jungling, Roaming dan Pergerakan) telah digabungkan bersama.  Kami telah berjaya menjadikan para Wira jungler dan roamer untuk mempunyai lebih banyak slot untuk menempatkan peralatan pilihan mereka.  (Kami juga telah menerapkan metode pemilihan yang berbeda untuk situasi di dalam dan di luar pertempuran, serta mengoptimakan logik untuk mendapatkan petua yang relevan yang muncul di lobi padanan).

2. Kini peralatan (Jungling, Roaming dan Movement) telah digabungkan bersama, peningkatan peralatan daripada Jungling dan Roaming tak lagi berkos Emas.  Sebaliknya, anda mesti memenuhi syarat-syarat tertentu untuk meningkatkannya dan mencapai kemampuan baharu.

3. Kami telah menambahkan 3 item peralatan baharu: ada "Vengeful Battleax" yang sangat sesuai untuk Wira Fighter, "Shadow Twinblades" untuk Wira Mage/Assassins, dan "Radiant Armor" yang mengurangkan kerosakan Magik.

4. Kami telah menyelaraskan nilai dan logik lebih daripada 10 item peralatan yang sudah ada.  Dengan berbuat demikian, kami berharap ciri dan peranan untuk setiap item boleh lebih jelas.

5. Sepanjang penyelarasan peralatan ini, kami telah mengoptimakan algoritma daripada kerosakan.  Kami berharap ini boleh menghidupkan peruntukan strategik daripada atribut Serangan/Pertahanan: peratusan kini diprioritikan daripada nilai tetap ketika menghitung Penembusan, dan Pertahanan boleh jatuh ke nilai negatif (kami akan memantau dampaknya terhadap para Wira, terutamanya wira Tank, dan membuatkan penyelarasan jika perlu).



I. Wira Percuma Mingguan

1. Wira Percuma:
Masa Server 16/04/2021 05:01:00 sehingga 23/04/2021 05:00:00

8 Wira Percuma: Bruno, Popol dan Kupa, Minotaur, Irithel, Thamuz, Uranus, Faramis, Granger.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Karina, Lesley, Hylos, Leomord, Terizla, Dyrroth.



II. Penyelarasan Wira

[Karina Diubahsuai] (↓)

Kami telah mengembalikan keupayaannya untuk boleh menyekat Serangan Asas julat dekat yang semestinya berfungsi untuk meningkatkan ketahanannya, dan berguna dalam pelbagai situasi.  Tetapi kini kerosakan dirinya sikit dikurangkan.

Teknik 1 - "Dance of Blades" (~)
Kesan Baharu: Semua Serangan Asas kini boleh disekat.  Semasa menyekat Serangan Asas julat dekat, Karina mengakibatkan Kerosakan Refleksi dalam julat kecik.
Refleksi Kerosakan: 150-300 + 45% Kuasa Magik → 100-200 + 30% Kuasa Magik.

Teknik 3 - "Shadow Assault" (↓)
Kerosakan: 470-770 + 180% Kuasa Magik → 450-750 + 160% Kuasa Magik.

[Phoveus] (~)

Kami berharap ini bakal memberikan pengalaman yang lebih baik bagi musuh dalam berlawan dengannya, namun setakat ini dia dibiarkan lemah.

Teknik 1 - "Malefic Terror" (~)
Masa Caj Teknik: 9-7.5s → 7.5-6s.
Perisai Asas: 350-950 → 250-750.
Tempoh Perisai: 2s → 3s.
Peningkatan Kelajuan Pergerakan: 20% → 25%.

Teknik 2 - "Astaros Eye" (↑)
Cooldown: 15-12.5s → 13.5s

Teknik 3 - "Deity Force" (↓)
Kini, Mengesan musuh bakal menunjukkan lokasi mereka pada saat butang diketuk, berbanding lokasi mereka semasa.

[Bane] (↑)

Sikit meningkatkan kuasanya.

Pasif - "Shark Bite" (↑)
Kerosakan: 125-160% Serangan Fizikal → 130-165% Serangan Fizikal.
Membaiki masalah di mana anda tak boleh melancarkan Serangan Asas yang dipertingkatkan kepada Creep.

Teknik 1 - "Crab Claw Cannon" (↓)
Masa penguasaan teknik sikit berkurang.



III. Penyelarasan Pertempuran

[Penyelarasan Pengiraan Kerosakan]

1. Pertahanan Fizikal/Magik minimum daripada Lawan: 0 → 60.

2. Apabila nilai peratusan dan nilai tetap berlaku daripada penembusan, kini algoritma bakal mengutamakan peratusan sebelum nilai tetap.

3. Semua penerangan yang menunjukkan pengurangan Janaan HP telah diubah kepada pengurangan Janaan HP dan Perisai.  (Kesan sebenar tetap sama; hanya penerangannya yang dibaiki).

[Penyelarasan Pembelian Peralatan]

Menambahkan sekatan baharu yang mengehadkan pemain untuk membeli hanya satu set peralatan pergerakan (jika anda guna mantera Retribution, anda terhad untuk membeli item kasut; jika tak, anda boleh membeli satu set item biasa atau Roaming).

1. Peralatan Jungling/Roaming: Kelajuan Pergerakan dan kesan daripada item kasut Jungling/Roaming kini sama seperti yang ada di item kasut biasa;  semua yang ditambahkan ialah kebolehan yang berkaitan dengan Jungling/Roaming.

[Penyelarasan Mantera Pertempuran]

1. [Retribution] (~)
Kesan baharu: Sekiranya anda guna Retribution, anda bakal mendapatkan lebih banyak bonus ganjaran dari creep sementara ganjaran dari minion dikurangkan.  Mencapai sebilangan membunuh creep atau kill/assist wira bakal boleh membuka teknik lanjutan (mengikut peralatan kasut Jungling yang dibeli), dan menghentikan pengurangan ganjaran daripada membunuh minion.

[Teknik Retribution/Jungling Lanjutan] (~)

1. [Ice Retribution]
Boleh digunakan untuk melawan wira musuh, mengakibatkan sebilangan kecik Kerosakan Sebenar dan menyerap Kelajuan Pergerakan daripada musuh lebih selama 3s.

2. [Flame Retribution]
Boleh digunakan untuk melawan wira musuh, mengakibatkan sebilangan kecik Kerosakan Sebenar dan menyerap Serangan Fizikal dan Kuasa Magik daripada musuh selama 3s.

3. [Bloody Retribution]
Boleh digunakan untuk melawan wira musuh, mengakibatkan sebilangan kecik Kerosakan Sebenar dan menyerap HP daripada musuh selama 3s.

[Teknik Roaming Lanjutan] (~)

1. [Conceal]
Peningkatan Kelajuan Pergerakan sangat meningkat.

2. [Encourage]
Peningkatan Kelajuan Pergerakan dikurangkan.  bilangan atribut yang ditingkatkan telah meningkat, dan mereka juga ditingkatkan.

3. [Favor]
Teknik baharu: Pada selang masa yang ditetapkan, pada masa seterusnya bakal memberikan  Teknik penyembuhan atau perisai kepada wira, ianya juga mengembalikan beberapa HP bagi pasukan berhampiran yang memiliki HP paling sikit.  (Teknik Janaan HP tak boleh mencetuskan kesan ini.)

4. [Dire Hit]
Teknik baharu: Pada selang masa yang ditetapkan, pada masa seterusnya bakal merosakkan sasaran dan membiarkannya di bawah 30% HP, ianya bakal mengakibatkan Kerosakan Magik tambahan yang setara dengan sebahagian daripada HP Maksima musuh.

[Peralatan Baharu]

1. [Vengeful Battleax]

Atribut:
+55 Serangan Fizikal, +550 HP, +10% Pengurangan CD.

Pasif - "Berserk":
Sertai pertarungan dan ketika mengakibatkan kerosakan kepada mana-mana unit musuh.  Ini bakal meningkatkan Serangan Fizikal sebanyak 8 dan Penembusan Fizikal sebanyak 4 setiap saat selama 3s, sehingga 8 timbunan maksima;  pada had timbunan juga meningkatkan Kelajuan Pergerakan sebanyak 20%.

2. [Shadow Twinblades]

Atribut:
+70 Kuasa Magik, +10% Lifesteal Magik, +5% Pengurangan CD.

Pasif - "Assassination":
Sekiranya tak ada kerosakan yang diterima atau diakibatkan dalam masa 5s, Serangan Asas seterusnya bakal memberikan Kerosakan Magik tambahan yang sama dengan 200 + 50% daripada Kuasa Magik wira, dan memberikan 40% kesan perlahan kepada sasaran selama 1.5s.

3. [Radiant Armor]

Atribut:
+800 HP, +45 Pertahanan Magik, +6 Janaan HP.

Pasif - "Holy Blessing":
Meningkatkan Pengurangan Kerosakan Magik sendiri sebanyak 3-10 selepas menerima Kerosakan Magik (menimbang dengan level), bertahan selama 3s dan boleh ditimbun sehingga 8.

4. [Kasut Hunter/Jungling] (~)

Pasif - "Hunter":
Selepas mengakibatkan kerosakan kepada creep, mereka bakal menerima 3s kerosakan berterusan.

5. [Kasut Roaming] (~)

Pasif - "Thriving":
Ganjaran tambahan yang diperolehi daripada kill atau assist dan ganjaran tambahan yang diperolehi apabila anda mempunyai Emas/EXP paling sikit tak bakal berubah.

Kesan baharu: Sekiranya anda bukanlah orang yang mempunyai Emas/EXP paling sikit dalam pasukan anda, memberi Emas atau EXP dalam bilangan yang lebih rendah kepada sepasukan yang sebaliknya (hanya satu wira dalam setiap pasukan yang boleh merasakan kesan ini pada satu masa).

Pasif - "Blessing":
Selepas bilangan Emas yang diperolehi daripada Thriving mencapai yang ditetapkan, Teknik lanjutan secara percuma bakal diperolehi secara automatik (mengikut item kasut Roaming yang dibeli).  Emas boleh terus diperolehi daripada pasif "Thriving" untuk meningkatkan teknik ini.

[Penyelarasan Peralatan]

1. [Golden Staff] (~)

Serangan Fizikal: 65 → 55.
Kelajuan Serangan: 30% → 20%.
Pasif - "Endless Strike":
Kesan baharu: Serangan Asas ke-3 bakal mencetuskan kerosakan tambahan dua kali, setiap kali megakibatkan Kerosakan Fizikal sama dengan 20% Serangan Fizikal.

2. [Blade of the Heptaseas] (~)

Pasif - "Ambush":
Kerosakan Tambahan daripada Serangan Asas yang dipertingkatkan: 240 + 60% Serangan Fizikal → 160 + 40% Serangan Fizikal.
Kesan baharu: Mengakibatkan 40% kesan perlahan kepada sasaran selama 1.5s.

3. [Demon Hunter Sword] (↓)

Pasif - "Devour":
Peningkatan Lifesteal Fizikal daripada setiap Serangan Asas: 3% → 2%.

4. [Haas's Claws] (↑)

Pasif - "Insanity":
Keadaan pencetus: berada di bawah 40% HP → berada di bawah 50% HP.
Peningkatan Lifesteal Fizikal: 10% → 15%.

5. [Blood Wings] (↑)

Pasif - "Guard" (diubahsuai):
Memperolehi Perisai sama dengan 200% Kuasa Magik.  Dapatkan 30s sekali lagi selepas ianya pecah.

6. [Enchanted Talisman] (↑)

Pasif - "Mana Spring":
Pengurangan CD Maksima meningkat sebanyak 5%.

7. [Blade Armor] (~)

Pasif - "Vengeance":
Kerosakan Balik: 25% Serangan Fizikal musuh → 25% Kerosakan yang diterima kali ini (sebelum pengurangan kerosakan).

8. [Queen's Wings] (~)

Pasif - "Demonize":
Kerosakan dikurangkan sebanyak 30% dan Lifesteal Fizikal meningkat 40% → Kerosakan dikurangkan sebanyak 20% dan Spell Vamp meningkat sebanyak 30%.

9. [Thunder Belt] (~)

Pasif - "Thunderbolt":
Kerosakan daripada Serangan Asas yang Dipertingkatkan: 2% Kerosakan Sebenar daripada HP Maksima → Kerosakan Sebenar sama dengan 5% daripada HP Maksima tambahan.
Kesan Perlahan daripada Serangan Asas yang Dipertingkatkan: 60% → 40%-80% (menimbang dengan HP Maksima tambahan), selama 1s.

10. [Dominance Ice] (↑)

Pasif - "Arctic Cold":
Mengeluarkan kesan perlahan.
Kesan baharu: Mengurangkan 50% Perisai dan Janaan HP daripada Wira musuh yang berhampiran (tak termasuk yang terkena "Life Drain").

11. [Twilight Armor] (↑)

Teknik Aktif - "Defiance" (diubah daripada Pasif kepada Teknik Aktif):
Selepas digunakan, setiap sebarang Kerosakan Fizikal yang diterima tak boleh melebihi 900. Mengurangkan tempoh di mana wira boleh dikawal sebanyak 30% selama 3s.  Mempunyai cooldown 60s.

12. [Antique Cuirass] (↓)

Atribut:
Janaan HP: 6 → 2.

13. [Athena's Shield] (↓)

Mengoptimakan pembuatan peralatan.

Atribut:
Janaan HP: 4 → 2.
You have to log in before you can reply Login | Register now.

Points Rules

Mobile Phone Version|Dark Room|Mobile Legends: Bang Bang Official Forum

2021-6-15 08:41 PM GMT+8

Powered by Discuz! X3.4

© 2001-2013 Comsenz Inc.

Quick Reply To Top Return to the list