Mobile Legends: Bang Bang

 Forgot password?
 Register now.
View: 125|Reply: 0
Collapse the left

[Kemaskini] NOTA PATCH 1.5.70 (Original Server)

[Copy link]
Post time 2021-4-14 12:35 PM | Show all posts |Read mode

Sign up now, Make more friends, Enjoy with more features, Let you easily Fun Community.

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

I. Wira Baharu & Wira Diubahsuai

1. Wira baharu: [Gloo] Swamp Spirits.

Ciri Wira: Gloo ialah pengacau nakal di medan pertempuran, Ianya tercipta daripada makhluk-makhluk misteri yang berkombinasi.

Pasif - "Stick, Stick":
Musuh memperoleh timbunan 'Sticky' setiap kali mereka terkena Teknik Gloo, mengurangkan Kelajuan Pergerakan mereka yang boleh ditimbun sehingga 5 kali. Setiap timbunan Sticky pada musuh bakal mengurangkan kerosakan yang diterima oleh Gloo.

Teknik 1 - "Slam, Slam":
Gloo menghulurkan tangan dan menghentak tanah, mengakibatkan kerosakan kepada musuh dan meninggalkan Goo di belakang.  Selepas 3s ianya bakal meletup untuk merosakkan musuh yang berhampiran dan melumpuhkan mereka.  Gloo juga boleh membuat Goo meletup dengan segera menyentuhnya.

Teknik 2 - "Pass, Pass":
Gloo menghulurkan tangan untuk merosakkan musuh di sepanjang laluan-nya dan melumpuhkan mereka.  Sekiranya Teknik ini mencecah Goo, maka Gloo bakal menyerang dan mengheret musuh ke arahnya.

Muktamad Fasa 1 - "Split, Split":
Gloo berpisah dengan Goo, pada masa itu semua Goo boleh bergerak bebas dengan kelajuan pergerakan yang meningkat, mengembalikan HP dan merosakkan sasaran yang mereka kesan.

Muktamad Fasa 2 - "Grab, Grab":
Gloo melekatkan dirinya kepada Wira musuh dengan timbunan Sticky penuh, dimana ianya boleh melancarkan Teknik secara bebas dengan masa cooldown menjadi sesetengah, Gloo segera memperoleh semula sebilangan besar HPnya sendiri dan Serangan Asas untuk mengakibatkan letupan pada kawasan semasa. Setiap kerosakan yang diterima oleh Gloo, ianya bakal dihantar kepada sasaran yang dilekatkan dan Gloo mendapatkannya semula sebagai HP (tak termasuk kerosakan daripada Menara).



II. Penyelarasan Wira

Dalam patch ini, Penyelarasan yang ketara telah dibuatkan untuk para Wira-wira ini: Argus, Beatrix, Yve, Natalia, Martis, Estes, Cyclops, dll.

[Argus] (~)

Selepas  mendengar banyak maklum balas anda, kami telah fokus untuk meningkatkan pengalaman permainan ketika guna Serangan Asas yang tingkatkan daripada Argus, mengoptimakan bagaimana perasaan mereka ketika digunakan dan kerosakan yang diakibatkan.  Untuk menjaga keseimbangan, kami telah mengurangkan beberapa atribut Serangan miliknya

Atribut (↓)
Serangan Fizikal Asas dan Pertumbuhan Serangan Fizikal dikurangkan.

Pasif (↑)
Kerosakan daripada Dua Serangan Asas Pertama: 85% → 100%.
Kerosakan daripada Serangan Asas Ketiga: 100% → 110%.
Serangan Fizikal Meningkatkan Kelajuan Serangan daripada Serangan Asas yang ditingkatkan.
Sikit meningkatkan Tenaga yang diperolehi ketika mengakibatkan kerosakan.
Sikit mengurangkan Tenaga yang diperoleh sesaat.
Sekiranya Serangan Asas yang ditingkatkan membunuh Wira musuh, serangan itu tak bakal berterusan.

Teknik 1 (~)
Julat teknik diluaskan sikit.
Tempoh pegun dikurangkan sikit.

[Beatrix] (↑)

Kami menyedari bahawa bermain guna Beatrix agak melampau, pada awal permainan dia boleh memberikan banyak tekanan kepada musuh, menciptakan kesan bola salji ketika dia semakin berkuasa.  Dan jika peluang di awal permainan ini dilepaskan (seperti dalam kebanyakan kes), bakal sukar baginya untuk digunakan dalam perlawanan berpasukan.  Dalam pusingan perubahan ini, kami harapkan boleh meningkatkan prestasi dirinya di awal permainan (menyelaraskan beberapa pelemahan yang sebelumnya) dan meningkatkan kuasa dirinya di lewat permainan dengan sesuaian.

Serangan Asas - "Renner" (↑)
Lifesteal Fizikal yang diperolehi: 50% → 80%.
Kerosakan: 225 + 450% Serangan Fizikal → 125 + 500% Serangan Fizikal.

Serangan Asas - "Wesker" (~)
Lifesteal Fizikal yang diperolehi: 50% → 80%.
Nisbah reputan daripada Kerosakan yang diakibatkan kepada sasaran yang sama: 50% → 40%.

Serangan Asas - "Bennett" (~)
Kerosakan: 120 + 240% Serangan Fizikal → 70 + 280% Serangan Fizikal.
Meningkatkan sikit kelajuan daripada penerbangan peluru.

Serangan Asas - "Nibiru" (~)
Kerosakan: 26 + 52% Serangan Fizikal → 15 + 60% Serangan Fizikal.
Julat Serangan: 4.1 → 4.3 ela.
Meningkatkan masa serangan balik.

[Yve] (~)

Sebagai wira Mage inti yang hebat, Yve unggul dalam pengakibatan kerosakannya.  Walaupun demikian, jika tanpa kesan kawalan atau tindakan pertahanan, dia nampak sikit tak berdaya ketika diancam oleh musuh.  Untuk membaiki perkara ini, kami telah meningkatkan ketahanan dirinya ketika guna Muktamad serta keupayaan dirinya untuk membunuh musuh dan untuk menjaga keseimbangan, kerosakannya telah diselaraskan juga.

Teknik 1 (↓)
Kerosakan Asas bagi setiap serangan: 200-375 + 90% Kuasa Magik → 180-330 + 80% Kuasa Magik.

Teknik 2 (↓)
Kerosakan Asas bagi setiap serangan: 110-210 → 90-165.

Muktamad (↑)
Kerosakan Asas daripada ketukan pada skrin: 400-550 + 120% Kuasa Magik → 360-490 + 110% Kuasa Magik.
Kerosakan Asas daripada heretan pada skrin: 130-210 → 105-165.
Bekas kesan perlahan yang ditimbulkan ketika sasaran menyentuh tepi kawasan Muktamad-nya telah diubah kepada kesan imobilisasi 0.5s untuknya.

Kesan Baharu: Yve kini memperoleh Perisai besar selepas guna Muktamad (500-900 + 150% Kuasa Magik, bilangan yang menimbang dengan timbunan Pasifnya sehingga 150% maksima).  Perisai ini boleh bertahan selama 3s selepas Muktamad-nya berakhir, kemudian dikeluarkan.

Kami telah meningkatkan kelajuan tindak balas ketika menyerang guna Muktamad.
Sikit menyelaraskan perspektif ketika guna Muktamad untuk meningkatkan ketepatan.
Membaiki masalah di mana "Mod Kunci Wira" boleh menghalang anda daripada mengheret skrin semasa guna Muktamad.
Meningkatkan kelancaran pergerakan mengikuti Muktamad, sehingga kini anda boleh bergerak seperti biasa selepas guna Muktamad, tak kira ketika anda mula menggerakkan guna joystick.

[Natalia] (~)

Selepas menimbangkan cadangan daripada semua orang, kami memutuskan untuk mengekalkan semua ciri Natalia;  namun, kami telah mengubahsuai cara dia membungkam musuh untuk menunda kesan "silence".  Kami juga telah membuat keupayaan dirinya untuk mengakibatkan kerosakan pada pertengahan sehingga lewat permainan dan keupayaan untuk bertahan yang lebih hebat.  Kami harapkan bahawa perubahan ini semua boleh sikit memperkuat prestasinya, dan masih memberikan ruang kepada musuh untuk berlawan dengan dirinya.

Atribut (↑)
Pertumbuhan HP: 134 → 154.

Pasif (~)
Serangan Asas yang ditingkatkan kini boleh menandakan sasaran.  Hanya apabila tanda dicetuskan oleh Serangan Asas yang ditingkatkan seterusnya, sasaran bakal dibungkam.
Tempoh Bungkam: 0.6s → 1s.
Kerosakan Asas daripada Serangan Asas yang ditingkatkan: 350 → 250.
Bilangan Serangan Fizikal tambahan bagi Serangan Asas yang ditingkatkan: 90% → 120%.

[Estes] (↑)

Kami telah meningkatkan keupayaan perlindungan daripada Estes pada awal permainan, dan memberinya keupayaan bertarung yang lebih besar ketika dia berpautan dengan beberapa Wira sepasukan.

Teknik 1 (↑)
Penyembuhan Asas: 200-350 → 250-400 (meningkat secara berkadar apabila teknik ditingkatkan).
Bonus Serangan Fizikal apabila dikaitkan dengan Wira sepasukan meningkat sebanyak 20%.
Peningkatan Kuasa Magik ketika dikaitkan dengan Wira sepasukan meningkat sebanyak 10%.

[Cyclops] (↑)

Yang kecik juga hebat!  Ciri Cyclops sebagai pelancar magik frekuensi tinggi di lewat permainan ialah sesuatu yang telah kami tekankan dalam kemaskini ini.

Teknik 2 (↑)
Cooldown: 14-11.5s → 14-10s.
Kerosakan Asas: 210-410 → 200-350.

[Martis] (↑)

Sudah lama kita tak mendengar daripada Raja Ashura, tetapi dia berupaya untuk bergerak.  Dia kini boleh lebih dekat dan menjatuhkan musuh dengan lebih kerap.

Teknik 1 (↑)
Cooldown: 8-6s → 7-5s.

Teknik 2 (↑)
Cooldown: 10s → 8s.
Kerosakan kepada Minion: 75% → 75%-100%.

[Fanny] (↑)

Permainan bilah Fanny lebih tajam daripada sebelumnya.  Dia kini lebih pandai untuk farm dan bertempur di awal permainan.

Teknik 1 (↑)
Kerosakan Asas: 260-460 → 280-480.

[Ling] (↑)

Teknik lightness Ling yang luar biasa juga telah mencapai tahap tinggi.  Kini, dia boleh menyesuaikan diri dengan lebih pantas di atas dinding.

Pasif (↑)
Titik Lightness Tambahan yang diperoleh semasa berada di dinding: 5 → 6.

[Claude] (↓)

Prestasi daripada Teknik 1-nya jauh melebihi prestasi daripada Wira Marksman lain dalam versi baharu.  Oleh itu, kami telah membuatkan beberapa penyelarasan kepadanya.

Teknik 1 (↓)
Peningkatan Kelajuan Serangan dan Kelajuan Pergerakan: 2.5%-5% → 2%-4%.



III. Wira Percuma Mingguan & Skin Baharu

1. Wira Baharu: [Gloo] the Swamp Spirits, bakal bermula tersedia pada 16jb April (Masa Server).  599 Berlian, 32,000 BP.  DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

Skin Wira baharu Gloo [Verdant Enchanter] bakal bermula tersedia pada 16hb April (Masa Server).  269 Berlian.  DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

Wira baharu [Gloo] dan Skin-nya [Verdant Enchanter] bakal dipakejkan dan bermula tersedia pada 16hb April (Masa Server).  DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

2. Skin baharu Yi Sun-shin [Azure Sentry] bakal tersedia sebagai Skin Starlight bulan Mei yang bermula pada 1hb Mei (Masa Server).

3. Penyelarasan di dalam Kedai Fragment pada 14hb April (Masa Server).

a. Kedai Fragment Skin Langka.

Bakal ada: Martis "Searing Maw", Aurora "Heartbreak Empress", Akai "Akazonae Samurai", Hanzo "The Pale Phantom", Karina "Phantom Blade".

Bakal dikeluarkan: Dyrroth "Ruins Scavenger", Selena "Double Identity", Miya "Captain Thorns", Guinevere "Lotus", Lancelot "Masked Knight", Nana "Clockwork Maid".

b. Kedai Fragment Wira.

Bakal ada: Paquito, Yi Sun-shin, Brody, Selena, Mathilda, Karina.

Bakal dikeluarkan: Kagura, Hilda, Chang'e, Pharsa, Chou, Barats.

4. Wira Percuma:
Masa Server 16/04/2021 05:01:00 sehingga 23/04/2021 05:00:00

8 Wira Percuma: Bruno, Popol dan Kupa, Minotaur, Irithel, Thamuz, Uranus, Faramis, Granger.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Karina, Lesley, Hylos, Leomord, Terizla, Dyrroth.

Masa Server 23/04/2021 05:01:00 sehingga 30/04/2021 05:00:00

8 Wira Percuma: Chou, Rafaela, Cyclops, Badang, Mathilda, Baxia, Helcurt, Wanwan.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Selena, Lapu-Lapu, Zhask, Alpha, Angela, Minsitthar.

Masa Server 30/04/2021 05:01:00 sehingga 07/05/2021 05:00:00

8 Wira Percuma: Khufra, Hayabusa, Minsitthar, Aurora, Yu Zhong, Lancelot, Dyrroth, Belerick.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Brody, Uranus, Thamuz, Yi Sun-shin, Hylos, Alucard.

Masa Server 07/05/2021 05:01:00 sehingga 14/05/2021 05:00:00

8 Wira Percuma: Chou, Natalia, Harley, Zhask, Estes, Badang, Karina, Wanwan.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Ruby, Silvanna, Vexana, Lolita, Claude, Chang'e.



IV. Penyelarasan Medan Pertempuran

Dalam versi ini, kami telah membuatkan banyak penyelarasan terhadap pelbagai nilai medan pertempuran.  Kami harapkan bahawa mereka yang memiliki tangan yang terampil masih boleh berpeluang untuk terus mengejar kelebihan tersebut, sambil tetap mempertahankan kebarangkalian musuh untuk membalikkan kedudukan.  Juga, kami juga harapkan bahawa untuk versi ini boleh meminimumkan perlawanan yang terlalu panjang/pendek.

1. Masa respawn wira diselaraskan menjadi lebih pendek dalam 20 minit pertama perlawanan, selepas itu mereka bertambah mengikut tempoh masa perlawanan

2. Menyelaraskan ganjaran emas tambahan kerana mengakhiri pembunuhan berterusan daripada musuh.
Syarat ganjaran: membunuh musuh yang berada dalam pembunuhan berterusan yang lebih daripada 4 → membunuh musuh yang berada dalam pembunuhan berterusan yang lebih daripada 2.
Peningkatan ganjaran: 60 → 40.
Had ganjaran: 300 → 400.

3. Pengurangan ganjaran Emas bagi musuh apabila dibunuh oleh mereka setiap kali: 30 → 20.

4. Ganjaran emas untuk Assist: 70% → 60% daripada ganjaran kerana membunuh.

5. Ganjaran emas yang diberikan kepada pasukan selepas membunuh Lord: 300 → 120 +10 * tempoh permainan (dalam beberapa minit).

6. Ciri Lord (yang boleh membantu mendorong) dalam 12 minit selepas pembunuhan:
Pertahanan Fizikal: 90 - 22 + 4.5 * tempoh permainan (dalam beberapa minit).
Pertahanan Magik: 60 - 10 + 3.5 * tempoh permainan (dalam beberapa minit).

7. Mengurangkan kerosakan daripada minion kepada Menara Pangkalan sebanyak 50%.

8. Untuk mengelakkan tingkah laku daripada Lithowanderer yang tak biasa dalam kes tertentu, anda tak boleh lagi guna kesan kawalan terhadapnya.

9. Mengoptimakan binaan daripada Teknik Pasif Chou.

10. Mengoptimakan warna nilai daripada Mana dalam penerangan teknik Cecilion, untuk memudahkan dalam membezakan antara bonus Mana dan bonus Kuasa Magik



V. Ciri & Acara Baharu

[Prebiuw 515 eParty]

515 eParty bakal segera dimulakan!  Jemput rakan anda dan tengok prebiuw ini, dan tuntut ganjaran hebat yang anda boleh perolehi dalam parti ini!

1. Ganjaran 515 eParty:

Parti Harta Karun bakal bermula tersedia pada 1hb Mei!

a. Lengkapkan Tugasan untuk mendapatkan item percuma untuk mendapatkan ganjaran!

b.  Ganjaran merangkumi wira baharu yang bakal tiba, Kesan Spawn "515 eParty" kekal, Kesan Recall, Avatar Sempadan dan banyak pelbagai item hebat yang lain!

2. Acara Parti Karnival bakal dimulakan dan untuk masa yang terhad sahaja!

a. Dapatkan Mata Populariti dengan meminta bantuan rakan, dan lengkapkan tugasan, yang bermula daripada 27 April-11 Mei.

b. Bersaing dengan orang lain untuk mendapatkan Kedudukan dan Mata Populariti.  Apabila pusingan berakhir, anda bakal mendapat ganjaran mengikut kedudukan dan mata populariti anda.

c. Ganjaran yang boleh dimenangi dalam acada ialah "Syiling Emas 515" dan "Syiling Perak 515" (yang boleh ditukar dengan skin yang anda mahukan di dalam kedai, Terdapati juga Promo Berlian yang boleh anda perolehi!

d. Log masuk pada 12hb Mei untuk menuntut Promo Berlian. Ianya boleh dibelanjakan dari 12hb sehingga 16hb Mei.

e. 1 Promo Berlian setara dengan 1 Berlian ketika belanja barang di Kedai, dan anda boleh menghabiskan hanya 1 Berlian untuk membeli barang!

3. Log masuk 515 eParty, bakal bermula secara rasmi pada 8hb Mei.  Log masuk setiap hari untuk menuntut Patung Keramat dan Wira serba baru secara percuma.

4. Acara Parti Star, bakal secara rasmi bermula pada 13hb Mei.  Terdapati Skin dan Kesan Recall serba baharu yang boleh dituntut secara percuma!

5. Selepas cukup orang menyertai dalam "515 eParty", bakal ada kejutan tambahan apabila mengetuk logo 515!  Sila tengok nanti!

6. Untuk maklumat mengenai acara yang lebih hebat, sila periksa ke dalam permainan!

[Acara Lain]

1. Acara "Trial of Knowlegde" fasa 3 telah dimulakan.  Anda boleh menuntut Avatar sempadan yang telah dilancarkan pada fasa sebelumnya.



VI. Penyelarasan Sistem

1. Prestasi Pertempuran: Kad Percubaan daripada Kesan Recall, Notis Penghapusan, Kesan Penghapusan, Kesan Spawn, serta Emote Pertempuran, kini boleh digunakan segera dengan mengetuknya selepas dibeli atau mendapatkannya.

2. Pengoptimaan Mod Draft Pick:

a. Butang Isi kini ditunjukkan lebih awal, selepas rakan sepasukan anda yang terakhir membuat pilihan.

b. Suka yang diberikan kepada mereka yang telah mengisi peranan, kini juga bakal menunjukkan nama pemain yang menerima seumpamanya.

c. Menyelaraskan tempoh kesan daripada tepukan yang dimainkan semasa peranan diisi.

d. Mengoptimakan paparan pemilihan wira semasa mengisi peranan.  Apabila memilih Wira Kegemaran rakan sepasukan yang disarankan oleh rakan sepasukan, anda bakal diarahkan kepada Wira terpilih dalam senarai wira secara automatik.

e. Menambah kesan khas pada butang Isi.

f. Pra-pilih Wira, kini juga menunjukkan Lorong yang sesuai dengan wira itu.

g. Anda kini boleh menukar lorong dengan guna "Bualan Segera".

3. Had masa untuk penyelarasan akhir dalam Mod Custom dan seorangan dalam Mod Classic kini 20s.

4. Pengoptimaan Permulaan Pertempuran:

a. Farm dan membunuh minion. Penunjuk ini kini dipaparkan di dalam kawasan sembang, dan bukan di tengah-tengah skrin.

b. Permintaan Lorong: Membaiki ketidakselarasan antara arahan peranan wira dan wira semasa yang ditunjukkan dalam kes tertentu.

c. Permintaan amaran bagi pemula ditunjukkan semasa menyerang creep. Amaran ini tak bakal ditunjukkan lagi ketika menyerang Ketam atau Lithowanderers tanpa Peralatan Jungling.

5. MCL: Mengoptimakan Sumber peta daripada tempatan spawn di dalam peta Imperial Sanctuary.

6. Menyelaraskan kekerapan di mana tutorial aplikasi Hubungan Mentoring yang ditunjukkan.

7. Mengoptimakan pelbagai ikon notis titik merah, mengurangkan bilangan notis yang kerap muncul dalam pertempuran/dalam sistem.

8. Perkongsian Facebook telah diubah untuk guna hyperlink.

9. Dalam parlawanan Mod Ranked 5 pemain, anda boleh bermain dengan rakan sepasukan anda yang memiliki 2 kedudukan lebih tinggi atau lebih rendah daripada anda.

10. Dalam perlawanan Mod Ranked 5 pemain, parti dengan perbezaan sehingga 2 peringkat kini dibenarkan.  Padanan dilakukan mengikut ahli parti berpangkat tertinggi.

11. Mengoptimakan fungsi "urutkan mengikut perlawanan yang dimainkan" di dalam Senarai Wira, sehingga jika beberapa Wira dimainkan dalam bilangan perlawanan yang sama, yang dimiliki disenaraikan terlebih dahulu.

12. Kandungan yang ditunjukkan dalam data sejarah Magic Chess telah diubah kepada Synergy and Kuasa Pertempuran.

13. Battle lD yang ditunjukkan di dalam skrin keputusan Magic Chess kini boleh disalin ke dalam papan keratan.

14. Mengoptimakan paparan keputusan untuk Mod Magic Chess.

15. Mengoptimakan skrin pemuatan untuk Mod Ravage.

16. Mod Ranked: Apabila dalam pasukan lima ahli rakan, anda kini boleh guna wira yang baru saja diperolehi.

17. Mengoptimakan ciri daripada lobi, yang membolehkan anda menerima jemputan dari rakan semasa anda hanya berada di lobi.

18. Menyelaraskan kekerapan pop timbul mengenai Conquest of Dawn.

19. Mengemaskini penanda sudut daripada Skin "Elite", "Special", "Epic", "Collector" dan "Legend".



VII. Pembaikan Pepijat

1. Membaiki masalah di mana Wira yang sama boleh mencetuskan dan mengumpulkan kesan Glowing Wand dengan seruan mereka.

2. Membaiki masalah di mana paparan yang boleh terjadi ketika banyak fungsi pengungkapan pendangan menjadi aktif serentak.

3. Membaiki masalah di mana penunjuk di bawah kaki Wira yang boleh berubah bakal dikeluarkan semasa melakukan transformasi.

4. Membaiki masalah di mana Benedetta boleh menyekat kesan kawalan daripada lontaran Jawhead, tetapi tetap bakal berlaku kerosakan.

5. Membaiki masalah di mana Diggie kadang-kadang tak boleh bergerak selepas berubah kepada telur.

6. Membaiki masalah di mana Teknik Pasif Lesley bakal gagal dan berlaku dalam kes tertentu.

7. Membaiki masalah di mana Teknik Muktamad Wanwan kadang-kadang gagal dan tak boleh mengakibatkan kerosakan.

8. Membaiki masalah di mana, apabila Faramis mati dan kemudian menghidupkan kembali dengan Muktamad-nya dan membunuh sasaran yang sama dengan yang dia telah mendapatkan Assist, dia bakal memperoleh kedua-dua Kill dan Assist.

9. Membaiki masalah di mana ikon Pasif Beatrix tak bakal berubah untuk sesuai dengan senjata semasa di dalam medan pertempuran.

10. Membaiki kesilapan untuk tajuk dan cerita daripada Zhask.

11. Membaiki kesilapan untuk tajuk daripada Claude dan Clint.

12. Membaiki masalah di mana kesan panduan tak muncul semasa anda menetapkan Wira Kegemaran anda.

13. Membaiki masalah yang kadangkala menghalang penyekatan Wira semasa Mod Draft Pick.
You have to log in before you can reply Login | Register now.

Points Rules

Mobile Phone Version|Dark Room|Mobile Legends: Bang Bang Official Forum

2021-6-15 09:21 PM GMT+8

Powered by Discuz! X3.4

© 2001-2013 Comsenz Inc.

Quick Reply To Top Return to the list