Mobile Legends: Bang Bang

 Forgot password?
 Register now.
View: 138|Reply: 0
Collapse the left

[Kemaskini] NOTA PATCH 1.5.70 (Advanced Server)

[Copy link]
Post time 2021-4-8 11:54 PM | Show all posts |Read mode

Sign up now, Make more friends, Enjoy with more features, Let you easily Fun Community.

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

I. Penyelarasan Wira

[Bane Diubahsuai] (↓)

Pasif (↓)
Kerosakan: Serangan Fizikal 128-170% → Serangan Fizikal 125-160%
Pantulan daripada meriam kini tak lagi boleh menimbun kesan Pasif.

[Karina Diubahsuai] (↓)

Teknik 1 (↓)
Sikit mengurangkan julat yang dikenakannya.

Muktamad (↓)
Mengurangkan kerosakan untuk bahagian kedua daripada Muktamad, mengalihkan fokusnya kepada kegunaannya dan tak hanya mengakibatkan kerosakan.

[Gloo] (↓)

Kami mahu untuk meningkatkan pengalaman permainan daripada Gloo dengan Muktamad selepas ianya berpisah, dan kemungkinan untuk berjaya melekatkan dirinya kepada sasaran.  Memandangkan kuasa Gloo pada versi sebelumnya, kami bakal melemahkan dirinya dengan ketara kali ini.

Muktamad (↓)
Selang kerosakan selepas membelah: 0.4s → 0.33s
HP maksima yang diperolehi selepas dilekatkan: 40-50% → 30-35%

[Phoveus] (↓)

Kami mendapati bahawa pemain yang guna Phoveus sangat bergantung kepada timbunan ganda daripada Teknik 1-nya di awal permainan, yang membuatkannya sikit berkuasa dalam fasa lorong.  Juga, sukar bagi lawan untuk berhadapan dengan Muktamad dirinya.  Oleh itu, kami bakal melemahkan kerosakan dan perisai dirinya di awal permainan dalam versi kali ini, juga mengurangkan Kesan kawasan daripada Muktamad.  Untuk menjaga keseimbangan, nisbah bonus daripada Kuasa Magik telah ditingkatkan.

Teknik 1 (↓)
Kerosakan Asas dikurangkan, dan meningkatkan bonus Kuasa Magik.
Perisai Asas dikurangkan, dan meningkatkan bonus Kuasa Magik.

Muktamad (~)
Kerosakan daripada Kesan kawasan: 5 → 4.
Tempoh Maksima: 10s → 12s.

[Argus] (~)

Selepas mendengar banyak maklum balas anda, kami telah fokus untuk meningkatkan pengalaman permainan ketika guna Serangan Asas yang tingkatkan daripada Argus, mengoptimakan bagaimana perasaan mereka ketika digunakan dan kerosakan yang diakibatkan.  Untuk menjaga keseimbangan, kami telah mengurangkan beberapa atribut Serangan miliknya.

Atribut (↓)
Serangan Fizikal Asas dan Pertumbuhan Serangan Fizikal dikurangkan.

Pasif (↑)
Kerosakan daripada Dua Serangan Asas Pertama: 85% → 100%.
Kerosakan daripada Serangan Asas Ketiga: 100% → 120%.
Serangan Fizikal Meningkatkan Kelajuan Serangan daripada Serangan Asas yang ditingkatkan.
Sikit meningkatkan Tenaga yang diperolehi ketika mengakibatkan kerosakan.
Sikit mengurangkan Tenaga yang diperoleh sesaat.
Sekiranya Serangan Asas yang ditingkatkan membunuh Wira musuh, serangan itu tak bakal berterusan.

Teknik 1 (~)
Julat teknik diluaskan sikit.
Tempoh pegun dikurangkan sikit.

[Beatrix] (↑)

Kami menyedari bahawa bermain guna Beatrix agak melampau, pada awal permainan dia boleh memberikan banyak tekanan kepada musuh, menciptakan kesan bola salji ketika dia semakin berkuasa.  Dan jika peluang di awal permainan ini dilepaskan (seperti dalam kebanyakan kes), bakal sukar baginya untuk digunakan dalam perlawanan berpasukan.  Dalam pusingan perubahan ini, kami harapkan boleh meningkatkan prestasi dirinya di awal permainan (menyelaraskan beberapa pelemahan yang sebelumnya) dan meningkatkan kuasa dirinya di lewat permainan dengan sesuaian.

Serangan Asas - "Renner" (↑)
Lifesteal Fizikal yang diperolehi: 50% → 80%.
Kerosakan: 225 + 450% Serangan Fizikal → 125 + 500% Serangan Fizikal.

Serangan Asas - "Wesker" (~)
Lifesteal Fizikal yang diperolehi: 50% → 80%.
Nisbah reputan daripada Kerosakan yang diakibatkan kepada sasaran yang sama: 50% → 40%.

Serangan Asas - "Bennett" (~)
Kerosakan: 120 + 240% Serangan Fizikal → 70 + 280% Serangan Fizikal.
Meningkatkan sikit kelajuan daripada penerbangan peluru.

Serangan Asas - "Nibiru" (~)
Kerosakan: 26 + 52% Serangan Fizikal → 15 + 60% Serangan Fizikal.
Julat Serangan: 4.1 → 4.3 ela.
Meningkatkan masa serangan balik.

[Yve] (~)

Muktamad (~)
Sikit menyelaraskan perspektif ketika guna Muktamad untuk meningkatkan ketepatan.
Membaiki masalah di mana "Mod Kunci Wira" boleh menghalang anda daripada mengheret skrin semasa guna Muktamad.
Meningkatkan kelancaran pergerakan mengikuti Muktamad, sehingga kini anda boleh bergerak seperti biasa selepas guna Muktamad, tak kira ketika anda mula menggerakkan guna joystick.



II. Wira Percuma Mingguan & Skin Baharu

1. Wira Baharu: [Gloo] the Swamp Spirits, bakal bermula tersedia pada 16jb April (Masa Server).  599 Berlian, 32,000 BP.  DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

Skin Wira baharu Gloo [Verdant Enchanter] bakal bermula tersedia pada 16hb April (Masa Server).  269 Berlian.  DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

Wira baharu [Gloo] dan Skin-nya [Verdant Enchanter] bakal dipakejkan dan bermula tersedia pada 16hb April (Masa Server).  DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

2. Skin baharu Yi Sun-shin [Azure Sentry] bakal tersedia sebagai Skin Starlight bulan Mei yang bermula pada 1hb Mei (Masa Server).

3. Penyelarasan di dalam Kedai Fragment pada 14hb April (Masa Server).

a. Kedai Fragment Skin Langka.

Bakal ada: Martis "Searing Maw", Aurora "Heartbreak Empress", Akai "Akazonae Samurai", Hanzo "The Pale Phantom", Karina "Phantom Blade".

Bakal dikeluarkan: Dyrroth "Ruins Scavenger", Selena "Double Identity", Miya "Captain Thorns", Guinevere "Lotus", Lancelot "Masked Knight", Nana "Clockwork Maid".

b. Kedai Fragment Wira.

Bakal ada: Paquito, Yi Sun-shin, Brody, Selena, Mathilda, Karina.

Bakal dikeluarkan: Kagura, Hilda, Chang'e, Pharsa, Chou, Barats.

4. Wira Percuma:
Masa Server 09/04/2021 05:01:00 sehingga 16/04/2021 05:00:00

8 Wira Percuma: Guinevere, Lancelot, Hanzo, Jawhead, Irithel, Johnson, Khufra, Alucard.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Masha, X.Borg, Barats, Martis, Natalia, Mathilda.



III. Penyelarasan Medan Pertempuran

1. Mengoptimakan warna nilai daripada Mana dalam penerangan teknik Cecilion, untuk memudahkan dalam membezakan antara bonus Mana dan bonus Kuasa Magik.



IV. Penyelarasan Sistem

1. Pengoptimaan Mod Draft Pick:

a. Butang Isi kini ditunjukkan lebih awal, selepas rakan sepasukan anda yang terakhir membuat pilihan.

b. Suka yang diberikan kepada mereka yang telah mengisi peranan, kini juga bakal menunjukkan nama pemain yang menerima seumpamanya.

c. Menyelaraskan tempoh kesan daripada tepukan yang dimainkan semasa peranan diisi.

d. Mengoptimakan paparan pemilihan wira semasa mengisi peranan.  Apabila memilih Wira Kegemaran rakan sepasukan yang disarankan oleh rakan sepasukan, anda bakal diarahkan kepada Wira terpilih dalam senarai wira secara automatik.

e. Pra-pilih Wira, kini juga menunjukkan Lorong yang sesuai dengan wira itu.

2. Pengoptimaan Pertempuran:

a. Farm dan membunuh minion. Penunjuk ini kini dipaparkan di dalam kawasan sembang, dan bukan di tengah-tengah skrin.

b. Permintaan Lorong: Membaiki ketidakselarasan antara arahan peranan wira dan wira semasa yang ditunjukkan dalam kes tertentu.

c. Permintaan amaran bagi pemula ditunjukkan semasa menyerang creep. Amaran ini tak bakal ditunjukkan lagi ketika menyerang Ketam atau Lithowanderers tanpa Peralatan Jungling.

3. Mengoptimakan ciri daripada lobi, yang membolehkan anda menerima jemputan dari rakan semasa anda hanya berada di lobi.

4. Menyelaraskan kekerapan pop timbul mengenai Conquest of Dawn.

5. Mengemaskini penanda sudut daripada Skin "Elite", "Special", "Epic", "Collector" dan "Legend".



V. Pembaikan Pepijat

1. Membaiki masalah di mana Wira yang sama boleh mencetuskan dan mengumpulkan kesan Glowing Wand dengan seruan mereka.

2. Membaiki masalah di mana paparan yang boleh terjadi ketika banyak fungsi pengungkapan pendangan menjadi aktif serentak.

3. Membaiki masalah di mana penunjuk di bawah kaki Wira yang boleh berubah bakal hilang semasa melakukan transformasi.

4. Membaiki masalah di mana Benedetta boleh menyekat kesan kawalan daripada lontaran Jawhead, tetapi tetap bakal berlaku kerosakan.

5. Membaiki masalah di mana Diggie kadang-kadang tak boleh bergerak selepas berubah kepada telur.

6. Membaiki masalah di mana, apabila Faramis mati dan kemudian menghidupkan kembali dengan Muktamad-nya dan membunuh sasaran yang sama dengan yang dia telah mendapatkan Assist, dia bakal memperoleh kedua-dua Kill dan Assist.

7. Membaiki masalah di mana ikon Pasif Beatrix tak bakal berubah untuk sesuai dengan senjata semasa di dalam medan pertempuran.

8. Membaiki masalah di mana kesan panduan tak muncul semasa anda menetapkan Wira Kegemaran anda.

9. Membaiki masalah yang kadangkala menghalang penyekatan Wira semasa Mod Draft Pick.
You have to log in before you can reply Login | Register now.

Points Rules

Mobile Phone Version|Dark Room|Mobile Legends: Bang Bang Official Forum

2021-6-15 08:55 PM GMT+8

Powered by Discuz! X3.4

© 2001-2013 Comsenz Inc.

Quick Reply To Top Return to the list