Mobile Legends: Bang Bang

 Forgot password?
 Register now.
View: 130|Reply: 0
Collapse the left

[Kemaskini] NOTA PATCH 1.5.68 (Advanced Server)

[Copy link]
Post time 2021-4-3 11:30 PM | Show all posts |Read mode

Sign up now, Make more friends, Enjoy with more features, Let you easily Fun Community.

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

[Daripada Pereka]

Dalam versi ini, kami telah membuatkan banyak penyelarasan terhadap pelbagai nilai medan pertempuran.  Kami harapkan bahawa mereka yang memiliki tangan yang terampil masih boleh berpeluang untuk terus mengejar kelebihan tersebut, sambil tetap mempertahankan kebarangkalian musuh untuk membalikkan kedudukan.  Di samping itu, kami juga berharap untuk versi ini boleh meminimumkan perlawanan yang terlalu panjang/pendek.


I. Wira Baharu & Wira Diubahsuai

[Bane Diubahsuai]

Kami berasa gembira kerana Bane yang diubahsuai mendapat sambutan hebat.  Selepas mengumpulkan maklum balas pemain, kami memutuskan untuk melaksanakan tahap pengoptimaan kami yang seterusnya untuknya.  Selain daripada keupayaan daripada prestasinya dan teknik asas-nya, perubahan ini menjadikan permainan dirinya daripada binaan magik yang baharu berubah dan juga meningkatkan pengalaman Bane dengan pembuatan binaan fizikal.

Pasif
Mengubah mekanisme timbunan daripada Pasif Bane.  Kini, dia memperoleh 1 timbunan ketika kerap melancarkan teknik sehingga 2 timbunan maksima.  Serangan Asas guna 1 timbunan dan bakal mengakibatkan Kerosakan Fizikal kepada musuh berhampiran.

Teknik 1
Bane kini memperoleh timbunan Pasif tambahan apabila serangan daripada Teknik 1-nya melambung diantara musuh-musuh yang berhampiran.

Muktamad
Muktamad Bane kini tak lagi mengurangkan Kelajuan Serangan daripada sasaran.



II. Penyelarasan Wira

[Karina Diubahsuai] (↑)

Kami harapkan untuk boleh membuatkan Pasif Karina lebih hebat, dan dengan demikian telah mengalihkan beberapa kerosakan yang diakibatkan oleh Teknik 1 kepada Pasifnya.  Kerosakan yang diakibatkan oleh dua fasa pada Muktamad-nya telah ditukar, dengan yang kedua kini lebih lemah daripada yang pertama dan meningkatkan fungsinya untuk menjadikannya lebih daripada sekadar mengakibatkan kerosakan.  Ini semestinya menjadikan keupayaan burst Karina yang kurang berakal, tetapi masih boleh dilancarkan apabila digunakan dengan betul.

Pasif (↑)
Kerosakan Asas: 0 → 50-120 (menimbang dengan level).

Teknik 1 (↓)
Kerosakan Pra-Krit Asas: 160-260 → 135-210.

Muktamad (↑)
Kerosakan Fasa Pertama: 300-420 + 100% Kuasa Magik → 520-720 + 150% Kuasa Magik.
Kerosakan Fasa Kedua: Tak lagi terpengaruh oleh HP sasaran yang hilang, dan telah dikurangkan kepasa 300-420 + 100% Kuasa Magik.
Cooldown: 48-40s → 42-34s.
Julat teknik yang sikit melebar.

[Phoveus] (↑)

Bagi Teknik 1 Phoveus, perubahan paling jelas yang dibuatkan ialah pengurangan masa caj-nya. Namun, kami juga menghadkan kerosakan yang boleh diakibatkan kepada satu musuh.  Ketahanan dan ketepatan Teknik-nya telah meningkat dengan sesuaian.  Bagi Muktamad, kami telah meningkatkan pengalaman bermainnya dan menyelaraskan kesukaran bagi musuh ketika berlawan dengan dirinya.

Pasif (↑)
Pasif ini kini mengurangkan masa caj daripada Teknik 1 ketika dicetuskan, bukannya masa cooldown.

Teknik 1 (↑)
Masa caj: 9-6.5s → 9-7.5s.
Reput Kerosakan kepada musuh tunggal: 50% → 35%.
Perisai Asas: 450-750 → 450-950.
Sikit meningkatkan julat daripada Teknik.
Sikit mengurangan masa pelancaran daripada pukulan.
Kesan Baharu: Kerosakan ini kini juga boleg ditularkan ketika menyerang minion atau monster.

Muktamad (~)
Cooldown: 40-30s → 50-40s.
Julat Pelancaran: 8 → 10 ela (Julat pengesanan tetap tak berubah pada 8 ela, tetapi julat di mana Phoveus boleh menindaklanjuti serangan musuh dari 8 sehingga 10 ela).
Mengoptimakan penunjuk ketika musuh diberi amaran.
Mengoptimakan penunjuk kawasan daripada kerosakan.
Avatar musuh bakal dipaparkan di tepi skrin jika mereka berada di dalam kawasan serangan susulan ini, tetapi di luar skrin.  Dengan cara ini anda boleh mengawasi pergerakan musuh.

Lain-lain
Membaiki masalah di mana Muktamad tak berfungsi ketika melawan bot yang baru diseru di dalam Mod Latihan.
Mengoptimakan Binaan yang disyorkan.

[Gloo] (↑)

Kami telah membuatkan Gloo lebih kuat ketika berhadapan dengan musuh guna Muktamad-nya, dan mengoptimakan pelbagai ciri lain juga.  Mengingat hakikat bahawa keupayaan menyeluruh Gloo lebih rendah daripada Wira Tank lain, dan kesan Pasifnya telah dipertingkatkan sedikit, yang kami harapkan bahawa dirinya bakal menjadi wira yang boleh lebih berguna dalam pergaduhan pasukan.

Pasif (↑)
Pengurangan Kerosakan daripada setiap timbunan: 6% → 8%.

Teknik 1 (↑)
Meningkatkan sikit kelajuan di mana Goo muncul dan memulakan gabungan Teknik 1 - Teknik 2 terasa lebih intuitif.

Teknik 2 (↑)
Kelajuan meluru sikit meningkat.

Muktamad (↑)
Kesan Baharu: Gloo kini boleh melancarkan Serangan Asas selepas berhadapan dengan musuh. Apabila melakukannya bakal menyebabkan letupan di dalam kawasan yang tertentu dan menyebabkan kerosakan rendah di kawasan kecik dan mencetuskan Pasif Gloo (kerosakan ini dianggap sebagai kerosakan Teknik).

[Yve] (~)

Sebagai wira Mage inti yang hebat, Yve unggul dalam pengakibatan kerosakannya.  Walaupun demikian, jika tanpa kesan kawalan atau tindakan pertahanan, dia nampak sikit tak berdaya ketika diancam oleh musuh.  Untuk membaiki perkara ini, kami telah meningkatkan ketahanan dirinya ketika guna Muktamad serta keupayaan dirinya untuk membunuh musuh dan untuk menjaga keseimbangan, kerosakannya telah diselaraskan juga.

Teknik 1 (↓)
Kerosakan Asas bagi setiap serangan: 200-375 + 90% Kuasa Magik → 180-330 + 80% Kuasa Magik.

Teknik 2 (↓)
Kerosakan Asas bagi setiap serangan: 110-210 → 90-165.

Muktamad (↑)
Kerosakan Asas daripada ketukan pada skrin: 400-550 + 120% Kuasa Magik → 360-490 + 110% Kuasa Magik.
Kerosakan Asas daripada heretan pada skrin: 130-210 → 105-165.

Bekas kesan perlahan yang ditimbulkan ketika sasaran menyentuh tepi kawasan Muktamad-nya telah diubah kepada kesan imobilisasi 0.8s untuknya.

Kesan Baharu: Yve kini memperoleh Perisai besar selepas guna Muktamad (700-1100 + 150% Kuasa Magik, bilangan yang menimbang dengan timbunan Pasifnya sehingga 200% maksima).  Perisai ini boleh bertahan selama 3s selepas Muktamad-nya berakhir, kemudian hilang.

[Claude] (↓)

Prestasi daripada Teknik 1-nya jauh melebihi prestasi daripada Wira Marksman lain dalam versi baharu.  Oleh itu, kami telah membuatkan beberapa penyelarasan kepadanya.

Teknik 1 (↓)
Peningkatan Kelajuan Serangan dan Kelajuan Pergerakan: 2.5%-5% → 2%-4%.

[Cyclops] (↓)

Keupayaan Cyclops yang hebat di lewat permainan bererti kadar dia boleh mengakibatkan kerosakan dan pergerakannya meningkat dengan ketara.  Dengan ini, kami telah mengurangkan kerosakan sasaran tunggal di lewat permainan.

Teknik 2 (↓)
Kerosakan Asas: 200-400 → 200-350.

[Fanny] (↓)

Peningkatan kerosakan yang diberikan kepadanya pada versi sebelumnya nampak sikit berlebihan, jadi kali ini kami mengembalikannya sikit.

Teknik 1 (↓)
Kerosakan Asas: 300-500 → 280-480.

[Ling] (↓)

Kami mahukan untuk Ling dipertingkatkan, tetapi kami tak mahu untuk dia akhirnya kerap disekat dalam Mod Draft-pick.  Untuk cubaan ini, kami telah mengembalikkan beberapa perubahan kepada Muktamad-nya.

Muktamad (↓)
Cooldown: 48-44s → 52-46s.



III. Wira Percuma Mingguan & Skin Baharu

1. Skin Starlight Kagura [Rainy Walk] telah tersedia sebagai Skin Starlight eksklusif bulan April sejak 1hb April.

2. Skin Epic baharu Chang'e [Vine Cradle] bakal bermula tersedia pada 4hb April.  899 Berlian.  DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

Wira [Chang'e] dan skin baharunya [Vine Cradle] bakal dipakejkan dan bermula tersedia pada 4hb April.  DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

3. Wira Percuma:
Masa Server 02/04/2021 05:01:00 sehingga 09/04/2021 05:00:00

8 Wira Percuma: Carmilla, Moskov, Minotaur, Vexana, Esmeralda, Cyclops, Chang'e, Clint.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Gatotkaca, Benedetta, Angela, Popol dan Kupa, Valir, Kagura.



IV. Penyelarasan Medan Pertempuran

1. Masa respawn wira diselaraskan menjadi lebih pendek dalam 20 minit pertama perlawanan, selepas itu mereka bertambah mengikut tempoh masa perlawanan.

2. Menyelaraskan ganjaran emas tambahan kerana mengakhiri pembunuhan berterusan daripada musuh.
Syarat ganjaran: membunuh musuh yang berada dalam pembunuhan berterusan yang lebih daripada 4 → membunuh musuh yang berada dalam pembunuhan berterusan yang lebih daripada 2.
Peningkatan ganjaran: 60 → 40.
Had ganjaran: 300 → 400.

3. Pengurangan ganjaran Emas bagi musuh apabila dibunuh oleh mereka setiap kali: 30 → 20.

4. Ganjaran emas untuk Assist: 70% → 60% daripada ganjaran kerana membunuh.

5. Ganjaran emas yang diberikan kepada pasukan selepas membunuh Lord: 300 → 120 +10 * tempoh permainan (dalam beberapa minit).

6. Mengurangkan kerosakan daripada minion kepada Menara Pangkalan sebanyak 50%.

7. Untuk mengelakkan tingkah laku daripada Lithowanderer yang tak biasa dalam kes tertentu, anda tak boleh lagi guna kesan kawalan terhadapnya.

8. Membaiki masalah di mana Teknik Pasif Lesley bakal gagal dan berlaku dalam kes tertentu.

9. Membaiki masalah di mana Teknik Muktamad Wanwan kadang-kadang gagal dan tak boleh mengakibatkan kerosakan.

10. Mengoptimakan binaan daripada Teknik Pasif Chou.

11. Membaiki kesilapan untuk tajuk dan cerita daripada Zhask.

12. Membaiki kesilapan untuk tajuk daripada Claude dan Clint.



V. Ciri & Acara Baharu

1. Acara "Trial of Knowlegde" fasa 3 telah dimulakan.  Anda boleh menuntut Avatar sempadan yang telah dilancarkan pada fasa sebelumnya.



VI. Penyelarasan Sistem

1. Mengoptimakan fungsi "urutkan mengikut perlawanan yang dimainkan" di dalam Senarai Wira, sehingga jika beberapa Wira dimainkan dalam bilangan perlawanan yang sama, yang dimiliki disenaraikan terlebih dahulu.

2. Kandungan yang ditunjukkan dalam data sejarah Magic Chess telah diubah kepada Synergy and Kuasa Pertempuran.

3. Battle lD yang ditunjukkan di dalam skrin keputusan Magic Chess kini boleh disalin ke dalam papan keratan.

4. Mengoptimakan paparan keputusan untuk Mod Magic Chess.

5. Mengoptimakan skrin pemuatan untuk Mod Ravage.
You have to log in before you can reply Login | Register now.

Points Rules

Mobile Phone Version|Dark Room|Mobile Legends: Bang Bang Official Forum

2021-6-15 07:58 PM GMT+8

Powered by Discuz! X3.4

© 2001-2013 Comsenz Inc.

Quick Reply To Top Return to the list