Mobile Legends: Bang Bang

 Forgot password?
 Register now.
View: 161|Reply: 0
Collapse the left

[Kemaskini] NOTA PATCH 1.5.66 (Advanced Server)

[Copy link]
Post time 2021-3-26 06:22 PM | Show all posts |Read mode

Sign up now, Make more friends, Enjoy with more features, Let you easily Fun Community.

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

[Daripada Pereka]

Minggu ini, Server Cubaan bakal memberikan apa yang anda semua tunggu-tunggu, iaitu "Karina Diubahsuai"!

Sebagai Wira yang paling anda nanti-nantikan dalam acara "Reforge Your Legend" yang lepas, Ubahsuaian Karina pastinya bukan cabaran kecik bagi kami.  Kami telah mereka semula ciri-cirinya, dan lebih memfokuskan pada "ketangkasan dan pembunuhan".

Oleh itu, kami memutuskan bahawa perubahan ini kena mengekalkan 'Assassin' sebagai ciri utamanya sambil menguatkan ketangkasannya juga.



I. Wira Baharu & Wira Diubahsuai

1. Wira Diubahsuai: [Karina, Shadow Blade]

Pasif - "Shadow Combo":
Lebih banyak kerosakan bakal diakibatkan kepada musuh apabila anda guna kombo 3 serangan kepada mereka.
Mencetuskan pasif ini juga bakal mengurangkan cooldown daripada Teknik 1 dan 2.

Teknik 1 - "Dance of Blades":
Karina mengembangkan senjatanya dengan laju yang menghalangi semua Serangan Asas, dan melemparkan bilah bayangan ke arah musuh setiap kali.

Teknik 2 - "Dance of Death":
Karina mengacukan bilahnya, mengakibatkan Kerosakan Magik kepada musuh berhampiran.

Muktamad - "Shadow Assault":
Teknik ini masih sama dengan yang sebelumnya, tetapi kini boleh menyeru Shadowform yang berada di belakang sasaran. Karina boleh dengan pantas kembali ke lokasi Shadowform dengan guna teknik sekali lagi.



II. Penyelarasan Wira

[Phoveus] (~)

Kami berharap musuh sekarang dapat menjauhkan Phoveus sebagai alat untuk berurusan dengannya.  Selain itu, kami telah mengoptimumkan beberapa butiran untuk memberikan pengalaman yang lebih lancar kepada pemain.

Pasif (↓)
Julat Pengesanan: 10 → 8.

Teknik 1 (↑)
Kerosakan Asas: 500-800 → 600-900.
Nisbah reput semasa menyerang sasaran yang sama: 60% → 50%.
Bonus Kuasa Magik untuk Perisai: 110% → 120%.
Sikit meningkatkan julat di mana Astaros Dread merebak.
Kesan Baharu: Phoveus kini boleh menyebarkan Astaros Dread yang disebarkan oleh wira lain juga.

Teknik 2 (~)
Julat pelancaran dikurangkan.
Meningkatkan julat pengesanan daripada Astaros Oculus.
Kelajuan pelancaran dikurangkan.

Muktamad (↓)
Julat Pengesanan: 10 → 8

[Gloo] (~)

Kami berharap perubahan ini berfungsi untuk memperkuat Gloo's Ultimate apabila ia terpisah, dan kami telah meningkatkan had timbunan demi kepentingan menjaga keseimbangan.

Pasif (↓)
Timbunan Maksima: 4 → 5.
Pengurangan Kerosakan bagi Setiap Timbunan: 7.5% → 6%.
Kesan Perlahan bagi Setiap Timbunan: 7.5% → 6%.

Muktamad (↑)
Selang Kerosakan: 0.6s → 0.4s.
Kerosakan kepada sasaran semasa dipautkan: 100 → 120.

[Argus] (↑)

Kami mendapati bahawa prestasi Argus agak mengecewakan, berbanding dengan jangkaan kami.

Pasif (↑)
Kerosakan daripada tiga serangan asas yang dicetuskan: 260% → 300%.

Teknik 2 (↑)
Bonus Serangan Fizikal untuk Kerosakan yang diakibatkan dari masa ke masa: 10% → 16%.

[Yve] (↑)

Kami telah berupaya untuk mengoptimakan pelancaran daripada Teknik Yve.

Muktamad (↑)
Kami telah meningkatkan kelajuan tindak balas ketika menyerang guna Muktamad.

[Cyclops] (↑)

Yang kecik juga hebat!  Ciri Cyclops sebagai pelancar magik frekuensi tinggi di lewat permainan ialah sesuatu yang telah kami tekankan dalam kemaskini ini.

Teknik 2 (↑)
Cooldown: 14-11.5s → 14-10s.
Kerosakan Asas: 210-410 → 200-400.

[Martis] (↑)

Sudah lama kita tak mendengar daripada Raja Ashura, tetapi dia berupaya untuk bergerak.  Dia kini boleh lebih dekat dan menjatuhkan musuh dengan lebih kerap.

Teknik 1 (↑)
Cooldown: 8-6s → 7-5s.

Teknik 2 (↑)
Cooldown: 10s → 8s.
Kerosakan kepada Minion: 75% → 75%-100%.

[Fanny] (↑)

Permainan bilah Fanny lebih tajam daripada sebelumnya.  Dia kini lebih pandai untuk farm dan bertempur di awal permainan.

Teknik 1 (↑)
Kerosakan Asas: 260-460 → 300-500.

[Ling] (↑)

Teknik lightness Ling yang luar biasa juga telah mencapai tahap tinggi.  Kini, dia boleh menyesuaikan diri dengan lebih pantas di atas dinding.

Pasif (↑)
Titik Lightness Tambahan yang diperoleh semasa berada di dinding: 5 → 6.

Muktamad (↑)
Cooldown: 52-46s → 48-44s.



III. Wira Percuma Mingguan & Skin Baharu

1. Prestasi Pertempuran: Kesan Recall Epic "Dashing Cat" bakal dijual selama 14 hari yang bermula pada 30 Mac (Masa Server).

2. Wira Percuma:
Masa Server 26/03/2021 05:01:00 sehingga 02/04/2021 05:00:00

8 Wira Percuma: Silvanna, Claude, Harith, Gusion, Diggie, X.Borg, Bane, Dyrroth.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Brody, Minsitthar, Lunox, Leomord, Hanzo, Granger.



IV. Ciri & Acara Baharu

1. Pelbagai acara "Parti 515" telah disediakan untuk masa yang terhad.  Untuk maklumat lanjut, sila tengok ke dalam Acara.

a. Lengkapkan Tugasan Aktif untuk mendapatkan item cabutan, mengambil bahagian dalam cabutan, dan mendapatkan banyak hadiah hebat!

b. Acara Log Masuk parti 515

2. Acara "Trial of Knowledge" Tahap 3 bakal bermula.



V. Penyelarasan Sistem

1. Perkongsian Facebook telah diubah untuk guna hyperlink.

2. Acara "Road to Mythic" juga akan tersedia untuk pemain Lv.8 atau ke bawah yang kembali.

3. Dengan parti 5 pemain, anda boleh mengambil bahagian dalam Mod Ranked dengan rakan sepasukan anda yang memiliki 2 peringkat lebih tinggi atau lebih rendah daripada anda.

4. Dalam perlawanan Ranked 5 pemain, parti dengan perbezaan sehingga 2 peringkat kini dibenarkan.  Padanan dilakukan mengikut ahli parti berpangkat tertinggi.
You have to log in before you can reply Login | Register now.

Points Rules

Mobile Phone Version|Dark Room|Mobile Legends: Bang Bang Official Forum

2021-7-30 06:18 PM GMT+8

Powered by Discuz! X3.4

© 2001-2013 Comsenz Inc.

Quick Reply To Top Return to the list