Mobile Legends: Bang Bang

 Forgot password?
 Register now.
View: 135|Reply: 0
Collapse the left

[Kemaskini] NOTA PATCH 1.5.64 (Advanced Server)

[Copy link]
Post time 2021-3-22 05:06 AM | Show all posts |Read mode

Sign up now, Make more friends, Enjoy with more features, Let you easily Fun Community.

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

[Daripada Pereka]

[Magic Chess Musim 6 - Kebangkitan daripada Nature Spirit]

Pada musim baharu, "Magic Chess: Kebangkitan daripada Nature Spirit", Bagi Synergy yang nampak tak banyak berubah pada musim ulang tahun pertama yang lepas, hanya beberapa ubahsuaian dan penyelarasan.


I. Wira Baharu

1. [Phoveus] Shadow of Dread.

Ciri Wira: Seorangan Fighter yang berkuasa yang boleh menghukum wira musuh yang guna teknik Kelip.

Pasif - "Deity Intuition": Senjata Phoveus, Astaros, memegang kuasa misteri dan sangat sensitif terhadap musuh yang bergerak laju.  Apabila wira musuh guna teknik kelip atau meluru, ianya boleh mengurangkan semua cooldown daripada teknik Phoveus.

Teknik 1 - "Malefic Terror": Phoveus menghentam tanah dan melepaskan Astaros Dread, mengakibatkan Kerosakan Magik kepada musuh yang terkena dan mengurangkan Kelajuan Pergerakan mereka.  Astaros Dread meninggalkan musuh yang terkena ketakutan dan menyebabkan kesannya merebak lagi.  Apabila Phoveus menyentuhnya, dia bakal memperoleh perisai.

Teknik 2 - "Astaros Eye": Phoveus menyeru Astaros Oculus yang boleh memerhatikan musuh, mengurangkan Kelajuan Pergerakan mana-mana musuh yang menginjaknya.  Selepas 1s Astaros Oculus bermula, ianya bakal menarik semua musuh dalam julat ke arah pusatnya yang mengakibatkan Kerosakan Magik.

Muktamad - "Deity Force": Astaros memerhatikan kawasan sekitar Phoveus.  Apabila nampak wira musuh guna teknik kelip atau meluru, ianya bakal aktif.  Semasa fasa ini, Phoveus boleh langsung berkelip ke arah kawasan mereka untuk memberikan tamparan hebat yang mengakibatkan Kerosakan Magik kepada sasaran dan sekitarnya.  Selepas Phoveus mengaktifkan kesan ini, teknik ini tersedia selama 10s sebelum memasuki cooldown.
[Petua] Di dalam Mod Latihan, anda mesti menyeru bot sebelum mempelajari Muktamad wira ini supaya ianya boleh digunakan kepada bot.  Masalah ini bakal dibaiki pada kemaskini seterusnya.



II. Penyelarasan Wira

[Gloo] (~)

Membaiki kesilapan medan pertempuran, dan membuatkan Gloo sekali lagi tersedia.  Pengoptimaan lain, termasuk fakta bahawa kerosakan daripada Menara tak bakal lagi dihantar kepada sasaran;  kami harapkan bahawa ini boleh meningkatkan pengalaman permainan untuk kedua-dua pasukan dalam pertempuran.

Pasif (~)
Wira yang mempunyai kekebalan terhadap kawalan atau kesan perlahan kini boleh dipengaruhi oleh kesan Pasif daripada Gloo, dan penghitung timbunan telah dibaiki (tetapi, mereka yang mempunyai kekebalan terhadap kesan perlahan masih kebal terhadap kesan lambat yang lainnya).

Muktamad (~)
Tempoh maksima semasa dilekatkan kepada sasaran: 6s → 9s
Cooldownn daripada Teknik 1 dan 2 kini dibelah dua selepas dilekatkan kepada sasaran.
Kerosakan menara kini tak bakal lagi dihantar kepada sasaran.
Timbunan pasif pada Wira musuh tak bakal dikeluarkan lagi ketika Gloo melepaskan diri dari mereka.

[Natalia] (~)

Selepas menimbangkan cadangan daripada semua orang, kami memutuskan untuk mengekalkan semua ciri Natalia;  namun, kami telah mengubahsuai cara dia membungkam musuh untuk menunda kesan "silence".  Kami juga telah membuat keupayaan dirinya untuk mengakibatkan kerosakan pada pertengahan sehingga lewat permainan dan keupayaan untuk bertahan yang lebih hebat.  Kami harapkan bahawa perubahan ini semua boleh sikit memperkuat prestasinya, dan masih memberikan ruang kepada musuh untuk menghadapinya.

Atribut (↑)
Pertumbuhan HP: 134 → 154.

Pasif (~)
Serangan Asas yang ditingkatkan kini boleh menandakan sasaran.  Hanya apabila tanda dicetuskan oleh Serangan Asas yang ditingkatkan seterusnya, sasaran bakal dibungkam.
Tempoh Bungkam: 0.6s → 1s.
Kerosakan Asas daripada Serangan Asas yang ditingkatkan: 350 → 250.
Bilangan Serangan Fizikal tambahan bagi Serangan Asas yang ditingkatkan: 90% → 120%.

[Estes] (↑)

Kami telah meningkatkan keupayaan perlindungan daripada Estes pada awal permainan, dan memberinya keupayaan bertarung yang lebih besar ketika dia berkaitan dengan beberapa Wira sepasukan.

Teknik 1 (↑)
Penyembuhan Asas: 200-350 → 250-400 (meningkat secara berkadar apabila teknik ditingkatkan).
Bonus Serangan Fizikal apabila dikaitkan dengan Wira sepasukan meningkat sebanyak 20%.
Peningkatan Kuasa Magik ketika dikaitkan dengan Wira sepasukan meningkat sebanyak 10%.



III. Wira Percuma Mingguan & Skin Baharu

1. Wira Percuma:
Masa Server 19/03/2021 05:01:00 sehingga 26/03/2021 05:00:00

8 Wira Percuma: Roger, Khaleed, Helcurt, Grock, Vale, Uranus, Kadita, Carmilla.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Luo Yi, Kaja, Chang'e, Hilda, Faramis, Franco.



IV. Penyelarasan Sistem

1. Prestasi Pertempuran: Kad Percubaan daripada Kesan Recall, Notis Penghapusan, Kesan Penghapusan, Kesan Spawn, serta Emote Pertempuran, kini boleh digunakan segera dengan mengetuknya selepas dibeli atau mendapatkannya.

2. Pengoptimaan Mod Draft-Pick:
a. Menambahkan kesan khas pada butang Isi.
b. Anda kini boleh menukar pemilihan lorong guna Perbualan Segera.

3. Had masa untuk penyelarasan akhir dalam Mod Custom dan seorangan dalam Mod Classic kini 20s.

4. MCL: Mengoptimakan Sumber peta daripada tempatan spawn di dalam peta Imperial Sanctuary.

5. Menyelaraskan kekerapan di mana tutorial aplikasi Hubungan Mentoring yang ditunjukkan.

6. Mengoptimakan pelbagai ikon notis titik merah, mengurangkan bilangan notis yang kerap muncul dalam pertempuran/dalam sistem.

7. Mod Ranked: Apabila dalam pasukan lima ahli rakan, kini boleh guna wira yang baru diperolehi.
You have to log in before you can reply Login | Register now.

Points Rules

Mobile Phone Version|Dark Room|Mobile Legends: Bang Bang Official Forum

2021-6-15 09:54 PM GMT+8

Powered by Discuz! X3.4

© 2001-2013 Comsenz Inc.

Quick Reply To Top Return to the list