Mobile Legends: Bang Bang

 Forgot password?
 Register now.
View: 139|Reply: 0
Collapse the left

[Kemaskini] NOTA PATCH 1.5.62 (Original Server)

[Copy link]
Post time 2021-3-18 11:13 PM | Show all posts |Read mode

Sign up now, Make more friends, Enjoy with more features, Let you easily Fun Community.

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

[Daripada Pereka:]

[Peta]

Dalam pusingan kemaskini kali ini, kami telah mengoptimakan lorong permainan untuk pembaikan sepenuhnya.  Oleh kerana sejumlah besar benda-benda telah diubah, kami mencadangkan anda untuk menyelesaikan muat turun sumber sebelum memasuki pertempuran.

[Survival: Nexus]

"Pengumuman Pembukaan":
Salam semua bagi para Wira Land of Dawn!  Mengikut kemaskini kali ini, mod pertempuran royale "Survival: Nexus" bakal dibuka untuk masa yang terhad, Bermula pada 16/03/2021!  Kami nantikan anda di dalam medan pertempuran!

Dalam mod ini, 100 pemain bakal bermain sebagai wira "Beatrix", membentuk pasukan yang terdiri dari dua pemain dan berperang bersama.  Bunuh monster untuk memperoleh hingga 7 senjata yang berbeza, berjuang untuk menjadi duo terakhir yang masih selamat, dan capai kemenangan!

Mod ini boleh diakses dari dalam Mod Arked.



I. Wira Baharu & Wira Diubahsuai

1. Wira baharu: [Beatrix] Dawnbreak Soldier.
Wira baharu ini bakal tersedia dan memulakan debutnya pada 19hb Mac!

Pasif - "Mecha Genius":
Bakatnya yang luar biasa dalam bidang mekanik membolehkan Beatrix menciptakan 4 senjata api yang benar-benar hebat.
1. Renner: boleh menyerang musuh yang mati dari julat beberapa mil.
2. Bennett: boleh menyerang dengan membombardir kawasan yang ditentukan.
3. Wesker: menjadi miliknya sendiri ketika mengakibatkan kerosakan dari dekat dan peribadi.
4. Nibiru: tak ada lawan dalam perkara kelajuan menembak.
Beatrix memiliki kebolehan untuk guna salah satu dari empat senjata itu ketika dalam pertempuran, dan juga untuk menjaga dia ketika keadaan memerlukannya.

Serangan Asas - "Renner": Caj, arahkan dan tembakkan Renner untuk melancarkan peluru yang mengakibatkan Kerosakan tinggi.

Serangan Asas - "Bennet": Menembakkan peluru ke arah kawasan tertentu untuk memperlahankan dan merosakkan musuh dalam julat.

Serangan Asas - "Wesker": Menembakkan peluru ke hadapan, yang boleh mengenai sasaran yang sama berterusan.

Serangan Asas - "Nibiru": Menembakkan 5 peluru dengan pantas ke arah kawasan kecik di hadapan, dan mengunci sasaran.

Teknik 1 - "Coordination":
Beatrix menukar senjata utamanya dengan senjata kedua yang disandarkan di punggungnya, yang memberikan dirinya cara baharu untuk menyerang.

Teknik 2 - "Tactical Reposition":
Beatrix berlari ke arah yang ditentukan, memuatkan semula senjatanya sepenuhnya dan memperoleh kesan senjata itu.

Muktamad - "Renner's Apathy":
Beatrix guna Renner dengan tenang di medan pertempuran, melepaskan tembakan ke arah yang disasarkan yang memberikan Kerosakan Fizikal kepada semua musuh yang berada di kawasan tembakan.

Muktamad - "Bennett's Rage":
Beatrix memfokuskan kemarahannya, dan Bennett melancarkan pengeboman dari udara di kawasan yang telah ditentukan sebanyak 5 kali.  Setiap pengeboman bakal memperlahankan sasaran dan memberikan Kerosakan Fizikal kepada musuh yang terkena serangan (dengan kerosakan ini bakal mereput juga ketika mengenai sasaran yang sama berterusan).

Muktamad - "Wesker's Elation":
Beatrix memulakan tarian kematian ketika dia menembak guna Wesker ke semua arah, setiap tembakan mengakibatkan Kerosakan Fizikal kepada musuh yang terkena serangan (dengan kerosakan ini bakal mereput ketika mengenai sasaran yang sama berterusan).

Muktamad - "Nibiru's Passion":
Beatrix menekan pencetus untuk menyambut musuh yang tiba dan melancarkan 6-tembakan tampar dari Nibiru, mengakibatkan Kerosakan Fizikal bagi setiap serangan.

Teknik Khas - "Need Backup":
Selepas melarikan diri dari pertempuran, Beatrix meminta butler Morgan untuk memberikannya peti senjata sandaran.  Beatrix kemudiannya mesti memilih dua dari peti untuk dijadikan senjata utama dan sekundernya.  Pemilihan senjatanya boleh terganggu jika dia melakukan apa-apa tindakan atau terkena kawalan dalam tempoh ini.


2. Wira Diubahsuai: [Argus] Dark Angel.
Argus ialah wira DPS Fighter fizikal julat dekat yang biasa.  Dengan ubahsuaian ini, kami harapkan bahawa Argus boleh untuk berterusan mengejar musuh dan membawa kesakitan!

Kami merasakan bahawa Teknik daripada Argus cukup bagus sebagaimana adanya, dan oleh itu kami tak banyak mengubahnya dengan hanya membuatkan beberapa perubahan kecik.  Walau bagaimanapun, aset seninya telah dikerjakan untuk direka semula sepenuhnya.

Perubahan kepada Teknik Argus Diubahsuai:
Teknik 1 - "Demonic Grip":
Argus kini boleh guna tangan iblisnya untuk menyatukan dirinya dengan musuh bersama, dan boleh guna fasa kedua daripada teknik ini selepas melancarkannya.

Teknik 2 - "Meteoric Sword":
Musuh yang terkena serangan Pedang Meteorik Argus bakal dikutuk selama beberapa saat, di mana mereka bakal menerima kerosakan semasa bergerak.

Muktamad - "Eternal Evil":
Teknik Muktamad ini telah mengekalkan tanda trademark-nya daripada kekebalan selama 5s sehingga ianya mati.

Pasif - "Warmonger":
Apabila di-caj penuh, Pasif ini boleh memberikan Argus 2 serangan asas tambahan.  Juga menambahkan mekanisme untuk mengubah Kelajuan Serangan-nya dan mencipta serangan laju tinggi yang berasa lebih memuaskan.



II. Penyelarasan Wira

1. Kami bakal menyelaraskan Wira-wira dan Peralatan yang kerap digunakan semasa Kejohanan M2, yang berasaskan daripada prestasi mereka dalam pertandingan Ranked.

2. Selepas penyelarasan yang lebih baik, kami bakal mengoptimakan Wira-wira untuk lebih baik lagi apabila mereka masih nampak tak popular atau tak boleh memberikan pengalaman permainan yang baik.

3. Sebilangan besar Wira Marksman dan Mage yang berkembang terutamanya di lewat permainan tak sesuai untuk perlawanan Kedudukan tinggi dan liga profesional.  Oleh itu, kami telah berupaya untuk menyelaraskan persekitaran medan pertempuran dan beberapa Wira untuk membaiki masalah ini.

4. Wira-wira berikut telah laraskan secara signifikan untuk versi kemaskini kali ini: Bane, Brody, Benedetta, Yi Sun-shin, Mathilda, Paquito, Silvanna, Angela, Aurora, Johnson, Terizla dan Wanwan.


Guna tanda (→) untuk menunjukkan Perubahan.

Guna tanda (↑), (↓), (~) untuk menunjukkan Dipertingkatkan, Diperlemahkan, dan Diselaraskan.


[Bane] (↑)

Selepas mendapati ujian yang mendalam, kami akhirnya memutuskan untuk Bane bersiap sedia dicuba oleh semua pemain.  Dalam penyelarasan ini, kami mengekalkan dan meningkatkan ciri-ciri peningkatan kerosakannya yang tinggi, dan sikit meningkatkan ketahanan dan kelincahannya.  Lebih-lebih lagi, kami telah membuatkan binaan berbeza yang disyorkan untuk Bane supaya ianya boleh bersesuaian diri dengan medan pertempuran yang selalu berubah.
Anda boleh terus memilih peralatan yang berfokus kepada kerosakan fizikal, melancarkan Teknik 1 dan Serangan Asas yang ditingkatkan untuk membolehkan dirinya mengakibatkan kerosakan dari jarak yang selamat, tetapi kini juga mungkin untuk guna binaan Magik yang baharu dan membangun secara dekat dan peribadi, menghapuskan musuh-musuh yang licik.  Anda bahkan juga boleh untuk membina Bane dengan peralatan pertahanan yang membolehkan untuk bertahan hidup lebih lama, pergi ke dalam medan pertempuran sesuka hati!

Seperti sebelumnya, Bane boleh menjadi sangat kuat di lewat permainan tetapi pertama kali ianya harus melalui permainan awal, di mana dia agak lemah.  Musuh boleh memanfaatkan ini, dan berupaya untuk menghalangnya mendapatkan peralatan sejak awal.  Secara keseluruhan, kami harapkan bahawa Bane mendapatkan sambutan hangat dari anda semua!

Pasif (~)
Kerosakan Serangan Asas yang dipertingkatkan: 160-190% → 150-200%.
Mengoptimakan paparan daripada timbunan buff pada ikon Pasif.
100 timbunan menunjukkan kesan yang sama dengan 20 timbunan sebelum patch ini.

Teknik 1 (↑)
Cooldown: 6-3.5s → 6-4s.
Kesan Baharu: Cooldown berkurangan sebanyak 0.05% bagi setiap Kerosakan Fizikal (pendaraban berlaku selepas pengiraan pengurangan cooldown).
Bonus Serangan Fizikal: 140% → 160%.

Teknik 2 (↑)
Cooldown: 10 → 7.5s-4.5s.
Pengiraan Cooldown: Awal Pelancaran → Akhir Pelancaran.
Kesan Baharu: Cooldown berkurangan sebanyak 0.08% bagi setiap Kerosakan Kuasa Magik (pendaraban berlaku selepas pengiraan pengurangan cooldown).
Peningkatan Kelajuan Pergerakan: 25% → asas daripada 50% tetapi mereput dengan pantas.
Kerosakan Minimum: 100-300 + 120% Serangan Fizikal → 180-380 + 180% Kuasa Magik.
Janaan HP: 260-460 + 200% Kuasa Magik → 160-285 + 10% HP yang hilang + 200% Kuasa Magik.

Muktamad (↑)
Jenis Kerosakan: Kerosakan Fizikal → Kerosakan Magik.
Kerosakan: 500-900 + 160% Serangan Fizikal → 600-1000 + 200% Kuasa Magik.

Mengoptimakan semua penerangan teknik, dan menambah binaan yang disyorkan untuk bermain Bane sebagai Wira Magik DPS/Tank.

[Brody] (↓)

Brody diselaraskan untuk menahan kuasanya ketika dia dilengkapi dengan peralatan pertahanan. Kini dia tak boleh lagi melancarkan Serangan Asas semasa fasa teknik 2.

Atribut (↓)
Pertumbuhan Serangan Fizikal: 13.5 → 10.

Teknik 2 (↓)
Tak boleh melancarkan Serangan Asas semasa guna teknik ini.
Tempoh Pegun: 1s (1.2s pada Penerangan Teknik) → 0.8s.

Muktamad (~)
Kerosakan Asas: 400-640 → 340-580.
Nisbah Kerosakan Tambahan daripada HP yang hilang: 6-8% → 4-6%.
Serangan Fizikal Tambahan: 100% → 180%.

[Benedetta] (↓)

Kami seterusnya telah mengehadkan kelincahan dirinya.

Teknik 1 (↓)
Cooldown: 6.5-5s → 9-7s.

Muktamad (↓)
Cooldown: 34-28s → 45-35s.
Kerosakan: 80-120 + 50% daripada Bilangan Serangan Fizikal → 120-160 + 85% daripada Serangan Fizikal Tambahan.

[Yi Sun-shin] (↓)

Meningkatkan kesukaran untuk farm bagi dirinya dan memudahkan musuh untuk berurusan dengan Kapal Penyu dirinya.

Pasif (↓)
Kerosakan Krit daripada Serangan Asas pertama: 70-100% → 60-100%.
Kerosakan Krit daripada Serangan Asas kedua: 55-70% → 60-75%.

Muktamad (↓)
Cooldown: 80-60s → 72-60s
Kesan perlahan dikeluarkan.

[Mathilda] (~)

Dalam patch ini, keupayaan daripada serangan Mathilda telah dikurangkan, yang kami harap bahawa untuk memberi pihak lawan lebih banyak ruang untuk bertindak.  Untuk mengimbangi ini, kami juga memungkinkan dia memiliki bilangan kerosakan yang lebih tinggi ketika bermain dengan betul, memberikan peluang kepada pemain untuk melihat apakah mereka boleh melakukannya.

Pasif (↑)
Kerosakan Asas daripada Serangan Asas yang dipertingkatkan: 135 → 160.

Teknik 1 (~)
Kerosakan Asas: 400-600 → 460-660.
Wisps kini boleh menyerang minion dan juga Wira musuh.
Nisbah Pereputan: 30-45% → 35-45%.

Muktamad (~)
Teknik ini perlu disasarkan secara manual, tak lagi disasarkan secara automatik.
Terbang hanya boleh dilakukan selepas menyerang sasaran.
Cooldown: 40s → 28s di semua level.

[Paquito] (~)

Selepas tinjauan dan analisis data, kami memutuskan untuk meningkatkan keupayaan Paquito untuk memberikan tekanan apabila berseorangan di awal permainan.  Seiring dengan ini, kami juga sikit meningkatkan keupayaan-nya dalam pertandingan berpasukan lewat permainan, untuk membuatkannya lebih mudah digunakan.

Teknik 1 (↓)
Perisai Asas: 200-500 → 150-500.
Perisai yang ditingkatkan juga bakal mematuhi nisbah ini.

Teknik 2 (↑)
Kerosakan Asas: 250-550 → 200-500.
Bonus Serangan Fizikal: 100% → 120%.
Kerosakan yang ditingkatkan juga bakal mematuhi nisbah ini.
Sikit meningkatkan julat lesatan dia.

Muktamad (~)
Tempoh kesan udara daripada Teknik yang ditingkatkan: 1s → 0.7s.
Julat Teknik yang sikit melebar.

[Silvanna] (↓)

Kami telah berupaya menyekat kuasanya untuk memulakan serangan ketika dia kekurangan peralatan yang baik.  Selain itu, untuk mengimbangi penyelarasan yang lepas, kami telah mengoptimakan logik Pasifnya.

Atribut (↓)
Nisbah Kelajuan Serangan yang diwarisi: 100% → 80%.

Pasif (↓)
Serangan Asas: 45 + 75% daripada Bilangan Serangan Fizikal + 45% daripada Bilangan Kuasa Magik → 25 + 45% daripada Bilangan Serangan Fizikal + 60% daripada Bilangan Kuasa Magik.
Kesan Baharu: Memperolehi timbunan Pasif dengan Serangan Asas, di mana kesan Pasif yang bertimbun penuh juga boleh dicetuskan.

Teknik 2 (~)
Perisai Asas: 450-675 → 250-400.
Kuasa Magik Tambahan: 105% → 150%.

Muktamad (↓)
Cooldown: 38s → 46-38s.

[Angela] (↑)

Teknik 1 daripada Angela boleh memberikan terlalu banyak kesan, dan kami ingin menjadikan penggunaan setiap Teknik-nya lebih jelas.  Oleh itu, kami telah meningkatkan kerosakan dan mengurangkan cooldown teknik ini, tetapi kesan perlahan dilemahkan.  Muktamad-nya juga telah sikit ditingkatkan.

Teknik 1 (~)
Kuasa Magik Tambahan daripada Kerosakan: 50% → 80%.
Masa pengecasan tenaga: 6s → 5s.
Kesan perlahan yang disediakan bagi setiap timbunan: 18% → 8%.
Janaan HP Asas: 100-175 → 150-225.

Muktamad (↑)
Cooldown: 80-70s → 70s.
Perisai Asas: 1200-2000 → 1200-1800.
Kuasa Magik Tambahan daripada Perisai: 200% → 200-280%.

[Aurora] (~)

Dalam patch ini, kami telah meningkatkan pelancaran teknik Aurora, kini ianya boleh dengan pantas melancarkan kombo Teknik 2 - Muktamad - Teknik 1.  Tetapi kami telah melemahkan kerosakan yang diakibatkan ketika membekukan musuh, dan berharap agar kerosakan burst Aurora boleh dikurangkan sikit dan sementara outputnya yang biasa tetap sama.

Meningkatkan pengalaman rasa daripada Teknik 1 dan kombo Teknik.

Pasif (↓)
Kerosakan Tambahan kepada sasaran yang dibekukan: 30% → 20%.

Teknik 1 (↑)
Bonus Kuasa Magik: 130% → 200%.

Mutamad (↑)
Kerosakan Asas: 900-1300 → 800-1200.
Bonus Kuasa Magik: 180% → 240%.

[Johnson] (~)

Kami telah membuatkan beberapa perubahan untuk meningkatkan siling daripada Teknik Johnson.  Kami sangat gembira kerana begitu banyak orang telah berseronok dengannya di seluruh Land of Dawn!  Tetapi, kami menyedari bahawa walaupun terdapat peringatan pendengaran, musuh masih sukar untuk bertindak balas tepat pada masanya kepada Johnson, dan mereka masih kerap kali tercelakai.  Oleh itu, kami telah meningkatkan mekanisme daripada amaran Muktamad Johnson untuk julat pendek pertama, ianya bakal memberikan amaran yang jelas yang bakal diberikan kepada lawan.  Kami harapkan bahawa ini tak menghilangkan keseronokan daripada pemain yang guna Johnson, dan memberikan masa yang pantas kepada lawan untuk bertindak balas.

Muktamad (~)
Pandangannya kini terpapar hanya 3 saat selepas mula memandu.

[Terizla] (↑)

Kami menyelaraskan Teknik 2-nya untuk mempertahankan keupayaan dirinya membersihkan gelombang minion pada pertengahan hingga lewatan permainan.  Selain itu, Muktamad dan Pasifnya telah diselaraskan juga untuk membuatkannya lebih sebagai Wira Fighter daripada Wira Tank.

Teknik 2 (↑)
Kerosakan kepada Minion: 60% → 60%-100%.

Muktamad (↑)
Cooldown: 48-36s → 40-30s.

Pasif (↓)
Pengurangan Kerosakan Maksima: 45% → 35%.

[Wanwan] (↓)

Sikit melemahkan kuasanya semasa berada di lorong dan mengoptimakan permainannya mengenai serangan Kelemahan musuh.

Pasif (↓)
Kerosakan yang diakibatkan ketika Kelemahan sasaran dicapai: 2.5% daripada HP Maksima → 58-100 (menimbang dengan level).
Tempoh Kelemahan pada sasaran yang tinggal dinyatakan: 10s → 6s (sama dengan tempoh ketika semua Kelemahan dilanda).

Teknik 1 (↓)
Kerosakan Asas: 100-200 → 60-120.
Kerosakan Fizikal Tambahan bagi Kerosakan Swallow Dagger: 85% → 65%.

Muktamad (↑)
Pemain kini boleh melihat dengan lebih jelas daripada ikon buff untuk berapa banyak kelemahan sasaran lawan yang tersisa untuk diserang sehingga Muktamad-nya boleh dilancarkan.
Membaiki masalah yang menghalang Kerosakan Kritikal.  Kini bonus kerosakan daripada Serangan Fizikal boleh mencetuskan Kritikal.

[Barats] (↑)

Ketahanan Barats sangat meningkat dalam penyelarasan sebelumnya, tetapi keupayaan keseluruhannya tak memenuhi jangkaan kami.  Oleh itu, kini kami sikit meningkatkan output kerosakannya untuk mengembalikannya supaya bersesuaian.

Pasif (↑)
HP Maksima Tambahan daripada Serangan Asas yang ditingkatkan: 2% → 3.5%.

Teknik 1 (↑)
HP maksima Tambahan daripada kerosakan pertama: 6% → 7%.

[Yu Zhong] (↓)

Yu Zhong diselaraskan untuk memisahkan peranannya daripada bertindak sebagai Wira Tank.

Atribut (↓)
HP Asas: 2898 → 2698.
Pertumbuhan HP: 215 → 195.

Teknik 3 (↓)
Cooldown: 12-10.5s → 14-11s.

[Lapu-Lapu] (↓)

Mengurangkan sikit kerosakan daripada Lapu-Lapu.

Pasif (↓)
Serangan Fizikal Tambahan bagi Kerosakan daripada Serangan Asas yang ditingkatkan: 200% → 150%.

Muktamad - "Heavy Sword" (↓)
Kerosakan Asas daripada 2 serangan pertama: 320-500 → 280-440.

[Alpha] (↑)

Atribut (↑)
Pertumbuhan HP: 200 → 219.

Teknik 2 (↑)
Kerosakan Asas daripada Beta: 75-120 → 125-175.

Muktamad (↑)
Cooldown: 20-12s → 16-12s.

[Vale] (~)

Kami mendapati bahawa ada perbezaan antara kuasa pilihan yang ditawarkan oleh Teknik 1 & 2 Vale, dan oleh itu kami telah membuatkan beberapa penyelarasan ini, Kami harapkan pilihannya tak bakal menjadi sepihak lagi.

Teknik 1 - "Wind Blade: Scatter" (↑)
Cooldown: 4s → 3s.

Teknik 2 (sebelum dan selepas pemilihan) (↓)
Kuasa Magik Tambahan: 120% → 80%.

Teknik 2 - "Windblow: Fix" (↑)
Kuasa Magik Tambahan daripada kerosakan angin puyuh yang tersisa untuk setiap serangan: 20% → 30%.

[Dyrroth] (↑)

Anak Kegelapan ini kini sudah mengalami masalah sesuaian dengan versi semasa, jadi kami sikit meningkatkan keupayaan Janaan HP dirinya di permulaan permainan.

Pasif (↑)
Janaan HP daripada Serangan Asas yang ditingkatkan: 40% Kerosakan diakibatkan → 50 + 40% Kerosakan yang diakibatkan.

[Esmeralda] (↓)

Kami telah mengurangkan kuasanya di awal sehingga pertengahan perlawanan.

Teknik 1 (↓)
Perisai asas yang dihasilkan: 500-850 → 400-850.

Muktamad (↓)
Tempoh Imobilisasi: 1.2s → 1s.

[Moskov] (↑)

Meningkatkan keupayaan dirinya untuk farm dan bertarung di permulaan sehingga pertengahan permainan.

Teknik 1 (↑)
Peningkatan Kelajuan Serangan: 20%-70% → 40%-70%.

[Popol dan Kupa] (↑)

Teknik 3 (↑)
Kesan Baharu: Perangkap kini boleh mendedahkan visi sasaran.



III. Wira Percuma Mingguan & Skin Baharu

1. Wira Baharu: [Beatrix] Dawnbreak Soldier, bakal bermula tersedia pada 19hb Mac.  599 Berlian, 32,000 BP.  DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

Skin wira baharu Beatrix [X Factor], bakal bermula tersedia pada 19hb Mac.  269 Berlian.  DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

Wira baharu [Beatrix] dan Skin-nya [X Factor], bakal dipakejkan dan bermula tersedia pada 19hb Mac.  DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

2. Wira diubahsuai: [Argus] Dark Angel, telah timba dengan kesan dan paparan yang baharu dalam pertempuran, bersama dengan skin-nya "Light of Dawn", "Dark Draconic", "Catastrophe", juga telah diubahsuai sepenuhnya. Sila periksa!

3. Skin baharu Kagura [Rainy Walk], bakal tersedia sebagai Skin Starlight Eksklusif bulan April yang bermula pada 1 April (Masa Server).

4. [Magic Chess] Little Commander Baharu dan Skin-nya pada 20hb Mac.

Little Commander "Saki" bakal bermula tersedia pada 20hb Mac.  499 Berlian, 24,000 BP.  DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

Skin Little Commander Saki "Frangipani Saki" bakal bermula tersedia pada 20hb Mac.  269 Berlian.  DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

Little Commander "Saki" dan Skin-nya "Frangipani Saki" bakal dipakejkan dan bermula tersedia pada 20hb Mac.  DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

5. Penyelarasan di dalam Kedai Fragment pada 17hb Mac:

a. Kedai Fragment Skin Rare:

Bakal ada: Dyrroth "Ruins Scavenger", Cyclops "Deep Sea Rescuer", Gusion "Cyber ​​Ops", Roger "Anubis", Layla "Bunny Babe", Miya "Captain Thorns".

Bakal dikeluarkan: Argus "Dark Draconic", Moskov "Snake Eye Commander", Akai "Akazonae Samurai", Martis "Searing Maw", Fanny "Royal Cavalry", Irithel "Nightarrow".

b. Kedai Fragment Wira:

Bakal ada: Barats, Roger, Khaleed, Kagura, Chang'e, Angela.

Bakal dikeluarkan: Luo Yi, Harith, Khufra, Carmilla, Lapu-Lapu, Cecilion.

6. Wira Percuma:
Masa Server 19/03/2021 05:01:00 sehingga 26/03/2021 05:00:00

8 Wira Percuma: Roger, Khaleed, Helcurt, Grock, Vale, Uranus, Kadita, Carmilla.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Luo Yi, Kaja, Chang'e, Hilda, Faramis, Franco.

Masa Server 26/03/2021 05:01:00 sehingga 02/04/2021 05:00:00

8 Wira Percuma: Silvanna, Claude, Harith, Gusion, Diggie, X.Borg, Bane, Dyrroth.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Brody, Minsitthar, Lunox, Leomord, Hanzo, Granger.

Masa Server 02/04/2021 05:01:00 sehingga 09/04/2021 05:00:00

8 Wira Percuma: Carmilla, Moskov, Minotaur, Vexana, Esmeralda, Cyclops, Chang'e, Clint.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Gatotkaca, Benedetta, Angela, Popol dan Kupa, Valir, Kagura.

Masa Server 09/04/2021 05:01:00 sehingga 16/04/2021 05:00:00

8 Wira Percuma: Guinevere, Lancelot, Hanzo, Jawhead, Irithel, Johnson, Khufra, Alucard.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Masha, X.Borg, Barats, Martis, Natalia, Mathilda.



IV. Penyelarasan Pertempuran

1. Memendekkan masa penjelmaan Wira di permulaan permainan dan memanjangkan masa di lewat permainan.

2. Pengoptimaan Lorong Pertempuran:
a. Dalam patch ini, kami telah mengubah dan mengoptimakan lorong pertempuran.  Ikon 5 lorong telah mengubah gaya seni mereka, dan reka bentuk asas daripada peta "The Celestial Palace" dan "Imperial Sanctuary" telah diubahsuai juga.  Sebagai tambahan kepada ini, kami telah menambahkan kesan baharu untuk membantu menunjukkan lorong yang berbeza untuk pemain, dan lorong bagi Wira "Roaming" yang disyorkan ke dalam medan pertempuran.

b. Selain itu, dalam patch ini kami telah membuatkan penyelarasan kepada pengaturan halangan dan semak antara "Serpent" dan "Sanctuary Lord", serta halangan di dekat Fiend.  Berasaskan perubahan ini, kami telah berupaya untuk memastikan bahawa Lithowanderer yang dikemaskini boleh bergerak dengan bebas.

c. Sebelum semua sumber permainan dimuat turun, halangan pada peta mungkin tak seefektif yang ditunjukkan.  Mulakan perlawanan selepas memuat turun semua sumber, atau tetapkan Grafik kepada "Lancar" supaya peta asal bakal digunakan secara automatik.

3. Mengoptimakan beberapa logik yang digunakan untuk pelbagai bentuk di dalam medan pertempuran.  Kini anda boleh nampak ikon dan panduan untuk borang walaupun anda belum mempelajari lagi teknik-nya.  Ianya berlaku untuk para Wira ini: Kagura, Roger, Selena, Beatrix, Chang'e, Aurora, X.Borg, Ling, Yi Sun-shin.

4. Membaiki masalah di mana Lord tumpang tindih dengan Pangkalan sekali-sekala ketika menyerangnya.

5. Untuk mengelakkan masalah yang timbul dalam keadaan yang melampau, mantera "Retribution" kini tak lagi berlaku untuk Penyasaran Teknik Pandai.

6. Membaiki masalah daripada Mantera Pertempuran "Arrival" di mana ianya boleh membuka minimap yang bakal mengacaukan pandangan anda dalam beberapa kes.

7. Mengoptimakan kesan khas daripada Muktamad Harley, untuk memudahkan pemain mengenali tempohnya.

8. Membaiki masalah pada kelantangan suara daripada Teknik 2 Helcurt "Deadly Stinger".

9. Membaiki masalah di mana Johnson bakal dibawa balik ke Fountain dalam beberapa kes apabila terbunuh dalam bentuk kereta dan dilengkapi dengan peralatan "Immortality".

10. Membaiki masalah daripada Teknik 2 Yu Zhong, di mana dalam keadaan yang jarang berlaku bahawa ianya tak boleh meletupkan Sha Residue.

11. Membaiki masalah dengan Teknik Pasif daripada Natalia, di mana ia tetap boleh mengakibatkan kerosakan walaupun pergerakannya terhalang semasa Berkelip.

12. Peningkatan Kelajuan Pergerakan yang diperolehi daripada Teknik Muktamad Diggie yang hilang dari penerangan teknik, kini telah ditambahkan semula.

13. Kami telah melaraskan pandangan kamera yang lebih tinggi ketika Luo Yi melancarkan Muktamad untuk membuatkannya lebih lancar, dan membaiki beberapa masalah pandangan lain yang timbul dari Muktamad Luo Yi.

14. Mengoptimakan logik bagi Muktamad Faramis.  Sekiranya sekutu membunuh musuh semasa dihidupkan kembali oleh Faramis, dia boleh mendapatkan Assist.

15. Mengoptimakan animasi dalam video tutorial mengenai Teknik daripada Vale.

16. Membaiki masalah yang membolehkan Gusion memulihkan HP dengan menyerang Menara.

17. Membaiki masalah dengan paparan ikon yang ditunjukkan ketika Teknik Muktamad daripada Wanwan siap dilancarkan.

18. Membaiki masalah dengan Teknik 3 daripada Popol dan Kupa ketika ianya memaparkan pandangan sasaran.

19. Beberapa pemain telah melaporkan masalah penampilan dengan kemahiran Angela.  Ketika dia meninggal, ikon rakan sepasukan yang ditunjukkan selain butang kemahiran ke-3 akan hilang untuk sementara waktu sehingga mereka mengetuk butang Ult sekali lagi.  Masalah ini akan diperbaiki pada masa akan datang

[Creep]
Dalam patch ini, kami telah menyelaraskan ganjaran kerana membunuh Lithowanderer.
Walkie Grass telah kembali, dan kami juga telah menambahkan Stone Roamer yang boleh membantu untuk meronda kawasan tersebut.

1. Lithowanderer
Sekiranya Wira membunuhnya, Walkie Grass akan mengikutinya.

2. Walkie Grass
Menjana mana semula Wira sepasukan sebanyak 1% setiap saat.  Seorang wira yang memperolehnya bakal mendapat kelajuan sebanyak 15% semasa berada di sungai selama 45s.

3. Stone Roamer
Ianya boleh meronda sungai di sekitar lorong tengah, dan memaparkan kawasan musuh yang paling hampir, tetapi boleh diserang juga oleh wira musuh.

[Menara]
Kami telah membuatkan penyelarasan kepada Menara sehingga ianya boleh memberikan lebih banyak pertahanan bagi Wira sepasukan di permulaan dan pertengahan permainan.  Kami akan memerhatikan pengaruh seterusnya.

a. Perisai Tenaga
Apabila aktif, ia boleh mengurangkan kerosakan yang diterima oleh Wira sepasukan yang berhampiran dengannya: 10% → 15%.

b. Kerosakan tambahan yang diakibatkan oleh semua Menara dan Pangkalan kepada sasaran Wira yang sama berterusan: 40% → 75%.

c. Kerosakan daripada semua Menara kepada Wira buat pertama kalinya dikurangkan sebanyak 10%.


[Peralatan]
1. Queen's Wings (↓)

Atribut (~)
Serangan Fizikal: 15 → 25.
Peningkatan HP Maksima: 1000 → 900.

Pasif Unik - Demonize (↓)
Pengurangan Kerosakan apabila HP rendah: 40% → 30%.

2. Immortality (~)

Pasif Unik - Abadi (~)
Tempoh masa sebelum bangkit semula: 2s → 2.5s.
Perisai diberikan selepas kebangkitan: 300-1000 → 220-1200.
Cooldown: 180s → 210s.

3. Clock of Destiny (↑)

Pasif Unik - Masa (↑)
Selang pertumbuhan atribut: 30s → 20s.
Pertumbuhan HP: 30 → 25.
Pertumbuhan Kuasa Magik: 5 → 4.
Atribut tumbuh sebanyak: 10 kali → 12 kali.

4. Semua Peralatan Jungling
Dalam 5 minit pertama perlawanan, Exp dan Gold yang diperoleh dari minion akan dikurangkan sebanyak: 40% → 50%.

5. Peralatan Jungling Asas
Emas Tambahan yang diperoleh daripada membunuh creep: 15% → 25%.

6. Peralatan Jungling Lain
Emas Tambahan yang diperoleh daripada membunuh creep: 25% → 35%.



V. Ciri & Acara Baharu

1. [Mod Ranked]

a. Penamatan Musim 19 bakal berlangsung pada 19/03/2021 23.59:59 (Masa Server).

b. Pemain dengan kedudukan "Master" dan diatasnya bakal mendapatkan ganjaran musim: Skin Akai "Street Enforcer".

c. Musim 20 bakal bermula pada 20/03/2021 02:00:00 (Masa Server).

2. Lethal Nexus: Eruditio Crisis, kini tersedia!
sertai dalam acara untuk menuntut salah satu skin daripada "Hip-hop Boy", "Fire Chief", "Blue Storm" atau "Fierce Dragon" secara percuma, Avatar sempadan serba baharu, Layla emote, dan Beatrix Coupon juga boleh ditukar!

3. Sistem Ahli Starlight Baharu

Sistem bagi Ahli Starlight yang baharu bakal dilancarkan pada 1 April 2021. Versi yang diubahsuaikan ini bakal merangkumi kandungan berikut:

a. Anda kini bebas untuk memilih mana-mana Skin Starlight yang anda mahukan.  Pemain boleh memilih salah satu daripada lima Skin Starlight Skin ketika membeli Keahlian Starlight bulan itu.

b. Keistimewaan Ahli Starlight telah ditingkatkan sepenuhnya.  Anda bebas untuk memilih atau menukar Wira Percuma Mingguan dan Skin Percuma Mingguan sekali dalam seminggu.

c. Tugasan kini dibuatkan lebih mudah.  Satu daripada tiga tugasan telah ditambahkan: Apabila memenuhi salah satu daripada tiga syarat untuk menuntut mata starlight anda.

d. Menambahkan lencana eksklusif bagi ahli starlight supaya mereka boleh menunjukkan keahlian mereka untuk boleh ditengok oleh semua orang.



VI. Penyelarasan Sistem

1. Ciri baharu: Sekat segera bagi semua bualan rakan sepasukan/musuh semasa dalam pertempuran.

2. Pengoptimaan Sistem Padanan:

a. Membuatkan penyelarasan kepada parameter untuk padanan daripada kedudukan Warrior, Elite dan Mythic.  Ianya kena dibaiki pasal masa padanan yang lama dialami oleh beberapa pemain.

b. Mengoptimakan algoritma padanan untuk semua kedudukan, mempelbagaikan peranan daripada Peranan utama setiap pasukan yang mahir (dan ciri ini akan diperkenalkan bermula dari Patch 1.5.62 kali ini).

3. Dalam kemaskini ini, kami telah mengoptimakan ciri "High Frame Rate" untuk beberapa peranti tertentu, dan membuatkannya tersedia untuk lebih banyak pemain.

4. Kemaskini Medan Pertempuran

a.  HP para Wira kini boleh nampak di dalam peta mini.

b.  Selepas mati, anda kini boleh mengetuk panel atas untuk memilih pandangan, dan boleh tengok rakan sepasukan anda.  (Anda juga bakal menyaksikan secara automatik rakan sepasukan anda apabila anda tak mengetuk apa-apa.)

c. Masa penjelmaan Fiend dan Serpent kini boleh nampak di dalam peta mini.

5. Menambahkan kaedah untuk mengakses Papan Pendahulu daripada Senarai Wira (menunjukkan kadar kemenangan dan kadar penggunaan Wira).

6. Menambahkan fitur yang boleh melacak kedudukan musim dari masa ke masa, Serta bilangan Wira dan Skin yang baharu yang dimiliki dalam musim itu, ke dalam musim penyelesaiannya yang bertambah.

7. Mengoptimakan ikon notis daripada notis yang berkenaan dengan sistem dan acara untuk mengurangkan pengulangannya.
You have to log in before you can reply Login | Register now.

Points Rules

Mobile Phone Version|Dark Room|Mobile Legends: Bang Bang Official Forum

2021-6-15 08:21 PM GMT+8

Powered by Discuz! X3.4

© 2001-2013 Comsenz Inc.

Quick Reply To Top Return to the list