Mobile Legends: Bang Bang

 Forgot password?
 Register now.
View: 128|Reply: 0
Collapse the left

[Kemaskini] Survival: Nexus v.30.1 (Original Server)

[Copy link]
Post time 2021-3-17 07:21 PM | Show all posts |Read mode

Sign up now, Make more friends, Enjoy with more features, Let you easily Fun Community.

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

[Survival: Nexus]

"Pengumuman Pembukaan":

Salam semua bagi para Wira Land of Dawn!  Mengikut kemaskini kali inj, mod pertempuran royale "Survival: Nexus" bakal dibuka untuk masa yang terhad, Bermula pada 16/03/2021!  Kami nantikan anda di dalam medan pertempuran!

"Cara Bermain":

"Survival: Nexus" ialah mod pertempuran royale yang tertumpu pada taktik dan keselamatan hidup.  Di dalam peta bergaya gurun, 100 pemain bermain sebagai Wira "Beatrix" membentuk pasukan yang terdiri dari dua pemain, dan masuk ke dalam pertempuran bersama.  Pemain boleh mencari dan membunuh monster atau peti untuk mendapatkan banyak peralatan dan senjata yang berbeza.  Lebih-lebih lagi, dalam "Survival: Nexus", Beatrix boleh guna sehingga 7 senjata yang berbeza!  Semasa anda mencari peralatan yang lebih baik, anda perlu melawan gas beracun yang selalu diceroboh - kerana dua pemain daripada yang tersisa untuk bertahan dan selamat bakal mencapai kemenangan sebenar!

"Panduan Senjata":

• Military Blade: Senjata asas tanpa embel-embel.

• Gatling Gun: Senjata hebat yang terdapati dalam mod permainan ini.  Pusingkan semua sasaran musuh yang berdiri sebelum anda menjadi keju swiss!

• Boomerang: Mengakibatkan kerosakan kepada mereka yang berada di dalam laluannya, lalu ianya bakal terbang balik ke tangan anda.

• Submachine Gun: Membolehkan anda untuk berlari dan menembak, Perolehan pergerakannya sangat baik sebagai kelebihannya.

• Shotgun: Tembakan luas dengan pelbagai peluru, sangat bersesuai untuk pertempuran julat dekat.

• Sniper Rifle: Senjata julat jauh dengan daya kerosakan tinggi yang boleh mengakibatkan kerosakan hebat, tetapi penggunanya kena memiliki kemahiran untuk menggunakannya.

• Rocket Launcher: Mampu membersihkan rintangan dan mengakibatkan kerosakan ke arah kawasan yang tertentu.  Sangat berguna ketika mengelilingi musuh ketika berada di dalam kawasan yang kompleks.

"Kisah Latar Belakang":

Sejak kebelakangan ini, persaingan paling menarik yang semakin popular pada masanya telah menggegarkan Eruditio.  Dikenal sebagai "Survival: Nexus", ia menarik minat banyak peserta dari seberang Eruditio.  Terminal yang sesuai membolehkan peserta mengawal avatar maya dengan hanya guna gelombang otak mereka, melibatkan diri dalam alam maya ketika mereka mengambil bahagian dalam perlawanan taktikal ini.

Mereka yang berada di belakang "Survival: Nexus" melancarkan hadiah kejatuhan yang diberikan kepada sesiapa yang terus mencapainya.  Selepas bertahun-tahun perdamaian tanpa henti, warga Eruditio menyambut perlawanan itu dengan semangat yang tinggi.  Namun, yang mereka anggap pelik ialah bahawa ianya tak diciptakan oleh saintis Eruditio.  Ia berasal daripada Moniyan Empire yang jauh dan peliknya bagi setiap peserta bakal bermain guna avatar yang sama.  Ini semua menimbulkan banyak rasa ingin tahu terhadap mereka yang memiliki teknologi tersebut.

Di dalam makmal Castle Gorge, Beatrix duduk dan memerhatikan ketika warga Eruditio memanjakan diri, dan senyuman puas terbentuk di wajahnya ...

Notis:

1. Mod ini boleh diakses dari dalam Mod Arked.

2. Anda mesti memuat turun sumber tambahan untuk mod ini terlebih dahulu sebelum memulakan.

3. Tak ada Mata Peti yang diberikan dalam mod ini, tetapi anda masih boleh mendapatkan Exp dan BP seperti biasa.

4. Hanya pencapaian tertentu yang boleh dibuka dalam mod ini, datanya tak bakal direkodkan ke dalam profil anda, dan tak mempengaruhi peringkat Papan Pendahuluan anda.
You have to log in before you can reply Login | Register now.

Points Rules

Mobile Phone Version|Dark Room|Mobile Legends: Bang Bang Official Forum

2021-6-15 09:20 PM GMT+8

Powered by Discuz! X3.4

© 2001-2013 Comsenz Inc.

Quick Reply To Top Return to the list