Mobile Legends: Bang Bang

 Forgot password?
 Register now.
View: 64|Reply: 0
Collapse the left

[Kemaskini] NOTA PATCH 1.5.60 (Advanced Server)

[Copy link]
Post time 2021-3-5 04:05 PM | Show all posts |Read mode

Sign up now, Make more friends, Enjoy with more features, Let you easily Fun Community.

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Daripada Pereka:

[Pengoptimaan Lorong Pertempuran]

Dalam kemaskini kali ini, kami telah mengoptimakan pemilihan lorong dalam pertempuran, termasuk penyusunan semula kesan lorong yang ditunjukkan pada peta mini, dan menambahkan lorong "Roaming" yang disyorkan ke dalam pertempuran.

Lebih-lebih lagi, kami juga telah memperbaharui reka bentuk asas di dalam peta "Imperial Sanctuary" dan "The Celestial Palace" yang terdapati fungsi serba baru untuk menunjukkan lorong-lorong yang disyorkan kepada pemain.  Terdapat lebih banyak kandungan yang berkaitan dengan aspek-aspek ini yang bakal tiba dalam kemas kini seterusnya juga.


[Magic Chess]
Little Commander Baharu - Saki, the Flora Butterfly

Teknik 1 - "Stagnation Flower" (Pasif)
Menyeru stagnation flower ke dalam papan chess.  Apabila ia mati, kelopaknya bakal jatuh untuk melumpuhkan musuh yang berhampiran.  (Stagnation Flower tak boleh menyerang, kebal terhadap Kerosakan Teknik dan bakal mati selepas menerima sebilangan serangan).

Teknik 2 - "Flower of Retribution" (Pasif)
Menyeru flower of retribution ke dalam papan chess.  Apabila Wira musuh guna teknik, Flower of Retribution bakal memberikan sebilangan HPnya sebagai Kerosakan Magik.  (Flower of Retribution tak boleh menyerang, kebal terhadap Kerosakan Teknik dan bakal mati selepas menerima sebilangan serangan).

Teknik 3 - "Shield Flower" (Pasif)
Menyeru Shield Flower ke dalam papan chess.  Beberapa saat selepas pertempuran dimulakan, Shield Flower bakal mekar untuk memberikan perlindungan kepada wira-wira sepasukan berhampiran.  (Shield Flower tak boleh menyerang, kebal terhadap Kerosakan Teknik dan bakal mati selepas menerima sebilangan serangan).



I. Penyelarasan Wira

Guna tanda (→) untuk menunjukkan Perubahan.

Guna tanda (↑), (↓), (~) untuk menunjukkan Dipertingkatkan, Diperlemahkan, dan Diselaraskan.


[Gloo] (↑)

Nama dia sebelumnya ialah Daktec yang kini telah ditukar menjadi Gloo.  Sorangan Wira Tank tanpa keupayaan kawalan yang hebat, tetapi Gloo boleh menunjukkan prestasi yang baik dalam pertempuran berterusan agar boleh bertahan dalam pertempuran berpasukan.  Dengan ini, kami telah meningkatkan keupayaannya dalam hal ini.

Atribut (↑)
Janaan HP Asas: 8.4 → 12.4.
Janaan Mana Asas: 3.0 → 4.0.

Pasif (↑)
Mengeluarkan keupayaan Gloo untuk mengembalikan HP daripada menyerang sasaran yang bertanda "Sticky".
Kesan baharu: penyerang kini hanya mengakibatkan 7.5% kerosakan lebih sedikit kepada Gloo bagi setiap timbunan tanda "Sticky" yang mereka miliki.
Had Timbunan: 6 → 5.

Teknik 1 (↑)
Kos Mana: 60-90 → 50-80.

Muktamad (↑)
Janaan HP ketika berpisah: 3-5% → 4-5%.
Janaan HP ketika dipautkan kepada sasaran: 30-50% → 40-50%.
Kerosakan dan penyembuhan (sebelum pengurangan kerosakan) kini dihantar dengan betul.

[Beatrix] (~)

Membaiki masalah dengan kelajuan farm yang berlebihan, dan meningkatkan kuasa keseluruhannya.
Membuatkan sikit penyelarasan terhadap Nibiru dan Renner.

Atribut (↑)
Pertumbuhan HP: 143.5 → 153.5.
Pertumbuhan Kelajuan Serangan: 1.5% → 2.5%.

Serangan Asas (↓)
Kerosakan yang diakibatkan kepada creep dikurangkan menjadi 60%.

Serangan Asas - Renner (↑)
Peluru sedikit melebar.

Serangan Asas - Nibiru (↓)
Kerosakan Asas: 30 → 20.
Bonus atribut daripada item Demon Hunter Sword yang diwarisi: 33% → 22%.

Teknik 1 (↑)
Masa muat semula: 1-0.5s → 0.65-0.4s
Pengurangan masa muat yang menimbang dengan Kelajuan Serangan.

Muktamad - Nibiru (↑)
Kerosakan Asas: 320-440 → 340-460.
Bonus Serangan Fizikal: 85% → 90%.

[Bane] (~)

Untuk mengelakkan masa cooldown daripada Teknik 2-nya yang menjadi terlalu singkat dalam keadaan yang melampau, kami telah menyelaraskan semua untuk bagaimana cooldown teknik ini dikira.  Atribut cooldown Bane telah ditingkatkan untuk mengimbangi ini, dan kerosakannya sikit meningkat.

Teknik 2 (~)
Cooldown kini dikira hanya selepas Teknik selesai sepenuhnya.
Cooldown: 12-10s → 7.5-4.5s.
Pengurangan Cooldown bagi setiap Kuasa Magik: 0,05% → 0,08%.
Bonus Kuasa Magik bagi Kerosakan Awal: 160% → 180%.

[Wanwan] (↑)

Muktamad (↑)
Membaiki masalah yang menghalang Kerosakan Kritikal.  Kini bonus kerosakan daripada Serangan Fizikal boleh mencetuskan Kritikal.

[Mathilda] (↑)

Kami mendapati bahawa perubahan pada Muktamad Mathilda tak memperolehi hasil yang diinginkan.  Walaupun Teknik 1-nya lebih masuk akal sebagai hasilnya, kami menyedari kerosakannya juga kena dikompensasi lebih jauh.

Teknik 1 (↑)
Kerosakan Asas: 400-600 → 460-660.

Muktamad (~)
Cooldown: 28s → 40s.
Objektif Manual → Penyasaran Automatik (dikembalikan untuk sepadan dengan Server Original).

[Paquito] (~)

Selepas tinjauan dan analisis data, kami memutuskan untuk meningkatkan keupayaan Paquito untuk memberikan tekanan apabila berseorangan di awal permainan.  Seiring dengan ini, kami juga sikit meningkatkan keupayaan-nya dalam pertandingan berpasukan lewat permainan, untuk membuatkannya lebih mudah digunakan.

Teknik 1 (↓)
Perisai Asas: 200-500 → 150-500.
Perisai yang ditingkatkan juga bakal mematuhi nisbah ini.

Teknik 2 (↑)
Kerosakan Asas: 250-550 → 200-500.
Bonus Serangan Fizikal: 100% → 120%.
Kerosakan yang ditingkatkan juga bakal mematuhi nisbah ini.
Sikit meningkatkan julat lesatan dia.

Muktamad (~)
Tempoh kesan udara daripada Teknik yang ditingkatkan: 1s → 0.7s.
Julat Teknik yang sikit melebar.

[Angela] (~)

Kami telah mengembalikan perubahan yang lepas pada masa muat semula Teknik 1-nya, sebaliknya kami telah meningkatkan kesan penyembuhan daripada Teknik 1-nya.

Teknik 1 (~)
Masa muat semula: 5s → 6s.
Janaan HP asas: 100-175 → 150-225.



II. Wira Percuma Mingguan & Skin Baharu

1. Skin Epic Roger baharu "Cyborg Werewolf" bakal bermula tersedia pada 10hb Mac.  899 Berlian.  DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

Wira "Roger" dan Skin baharu-nya "Cyborg Werewolf" bakal dipakejkan dan bermula tersedia pada 10hb Mac.  DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

2. [Magic Chess] Little Commander Baharu dan Skin-nya pada 20hb Mac.

Little Commander "Saki" bakal bermula tersedia pada 20hb Mac.  499 Berlian, 24,000 BP.  DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

Skin Little Commander Saki "Frangipani Saki" bakal bermula tersedia pada 20hb Mac.  269 Berlian.  DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

Little Commander "Saki" dan Skin-nya "Frangipani Saki" bakal dipakejkan dan bermula tersedia pada 20hb Mac.  DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

3. Penyelarasan di dalam Kedai Fragment pada 17hb Mac:

a. Kedai Fragment Skin Rare:

Bakal ada: Dyrroth "Ruins Scavenger", Cyclops "Deep Sea Rescuer", Gusion "Cyber ​​Ops", Roger "Anubis", Layla "Bunny Babe", Miya "Captain Thorns".

Bakal dikeluarkan: Argus "Dark Draconic", Moskov "Snake Eye Commander", Akai "Akazonae Samurai", Martis "Searing Maw", Fanny "Royal Cavalry", Irithel "Nightarrow".

b. Kedai Fragment Wira:

Bakal ada: Barats, Roger, Khaleed, Kagura, Chang'e, Angela.

Bakal dikeluarkan: Luo Yi, Harith, Khufra, Carmilla, Lapu-Lapu, Cecilion.

4. Wira Percuma:
Masa Server 5/3/2021 05:01:00 sehingga 12/3/2021 05:00:00

8 Wira Percuma: Silvanna, Claude, Kagura, Gusion, Roger, X.Borg, Rafaela, Dyrroth.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Hanabi, Minsitthar, Lunox, Leomord, Hanzo, Granger.



III. Penyelarasan Medan Pertempuran

1. Kami telah melaraskan pandangan kamera yang lebih tinggi ketika Luo Yi melancarkan Muktamad untuk membuatkannya lebih lancar, dan membaiki beberapa masalah pandangan lain yang timbul dari Muktamad Luo Yi.

2. Mengoptimakan logik bagi Muktamad Faramis.  Sekiranya sekutu membunuh musuh semasa dihidupkan kembali oleh Faramis, dia boleh mendapatkan Assist.

3. Untuk mengelakkan masalah yang timbul dalam keadaan yang melampau, mantera Retribution kini tak lagi berlaku untuk Penyasaran Teknik Pandai.



IV. Penyelarasan Sistem

1. Ciri baharu: Sekat segera bagi semua bualan rakan sepasukan/musuh semasa dalam pertempuran.
You have to log in before you can reply Login | Register now.

Points Rules

Mobile Phone Version|Dark Room|Mobile Legends: Bang Bang Official Forum

2021-4-19 01:33 AM GMT+8

Powered by Discuz! X3.4

© 2001-2013 Comsenz Inc.

Quick Reply To Top Return to the list