Mobile Legends: Bang Bang

 Forgot password?
 Register now.
View: 132|Reply: 0
Collapse the left

[Kemaskini] NOTA PATCH 1.5.58 (Advanced Server)

[Copy link]
Post time 2021-2-26 08:57 PM | Show all posts |Read mode

Sign up now, Make more friends, Enjoy with more features, Let you easily Fun Community.

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

l. Penyelarasan Wira

Guna tanda (→) untuk menunjukkan Perubahan.

Guna tanda (↑), (↓), (~) untuk menunjukkan Dipertingkatkan, Diperlemahkan, dan Diselaraskan.


[Gloo] (↑)

Meningkatkan logik daripada Teknik, meningkatkan sikit Teknik Pasif daripada Gloo dan meningkatkan ketahanan-nya.

Pasif (↓)
Kesan perlahan yang disediakan bagi setiap timbunan: 5% (terhad pada 6 timbunan).

Muktamad (↑)
Setiap kali Goo yang berhampiran kini mewarisi 8% daripada HP Maksima (tetapi hanya boleh menahan kerosakan yang diakibatkan oleh Menara sekali).
Janaan HP sesaat apabila dibagikan kepada beberapa Goo: 3/4/5% daripada HP Maksima.
Janaan HP sesaat apabila berjaya dipautkan kepada sasaran: 30/40/50% daripada HP Maksima.
Ketika terpaut ke sasaran, 80% kerosakan yang ditransmisikan kepada sasaran, dan 20% ditukarkan ke HP dirinya.

Membaiki beberapa masalah, termasuk masalah kamera.
Mengoptimakan Binaan yang disyorkan.

Pada masa ini, kerosakan yang ditransmisikan kepada sasaran ialah sama dengan kerosakan yang anda terima selepas pertahanan.  Pada versi seterusnya, ianya bakal ditukar kepada kerosakan langsung yang diterima.

[Beatrix] (↑)

Ketahanan yang sangat meningkat, meningkatkan pengalaman daripada menaik-tarafkan Teknik 1, dan Kerosakan yang ditingkatkan.

Atribut (↑)
Kelajuan Pergerakan: 245 → 257.
Serangan Fizikal Asas: 105 → 100.
Pertumbuhan Serangan Fizikal: 9 → 7.
Pertumbuhan HP: 138.5 → 143.5.

Teknik 1 (↑)
Kesan Baharu: Beatrix kini memperoleh 5 Serangan Fizikal tambahan setiap kali dia naik-taraf.

Teknik 2 (↑)
Cooldown: 12-8s → 8-6s.

Serangan Asas (↑)
Kerosakan yang diakibatkan oleh semua senjata meningkat sekitar 22-33% lebih kurang.

Serangan Asas - "Bennett" (↓)
Masa terbang peluru tak lagi dikurangkan dengan julat serangan.
Meningkatkan masa Kelajuan pemuatan semula peluru.

Serangan Asas - "Nibiru" (↓)
Meningkatkan masa pemuatan semula peluru.

Muktamad (↓)
Cooldown bagi "Bennett" dan "Nibiru": 40-30s.
Cooldown "Renner" dan "Wesker": 24-18s.

Muktamad - "Wesker" (~)
Banyak tembakan kini boleh dilancarkan ke arah hadapan dalam julat berbentuk kipas.  (Penerangan teknik semasa dan kesan sebenar tak sesuai sementara, dan akan dibaiki dalam kemaskini seterusnya).

[Mathilda] (~)

Dalam patch ini, keupayaan daripada serangan Mathilda telah dikurangkan, yang kami harap bahawa untuk memberi pihak lawan lebih banyak ruang untuk bertindak.  Untuk mengimbangi ini, kami juga memungkinkan dia memiliki bilangan kerosakan yang lebih tinggi ketika bermain dengan betul, memberikan peluang kepada pemain untuk melihat apakah mereka boleh melakukannya.

Teknik 1 (~)
Wisps kini boleh menyerang minion dan juga Wira musuh.
Nisbah Pereputan: 30-45% → 35-45%.

Muktamad (~)
Teknik ini perlu disasarkan secara manual, tak lagi disasarkan secara automatik.
Terbang hanya boleh dilakukan selepas menyerang sasaran.
Cooldown: 40s → 28s di semua level.

[Argus] (↓)

Argus terlalu banyak mendapat peningkatan pada Patch 1.5.56 yang lepas.  Namun, walaupun selepas pelemahan kali ini, dia masih lebih kuat daripada Patch 1.5.54.

Atribut (↓)
Pertumbuhan Kelajuan Serangan: 3.1% → 1.1%.

Pasif (~)
Bilangan Kerosakan daripada 3 Serangan Asas yang dipertingkatkan: 325% → 260%.
Atribut tambahan yang diwarisi daripada item Demon Hunter Sword: 50% → 80%.
Julat lintang daripada tebasan akhir: 3 → 2.5.

[Angela] (↑)

Teknik 1 daripada Angela boleh memberikan terlalu banyak kesan, dan kami ingin menjadikan penggunaan setiap Teknik-nya lebih jelas.  Oleh itu, kami telah meningkatkan kerosakan dan mengurangkan cooldown teknik ini, tetapi kesan perlahan dilemahkan.  Muktamad-nya juga telah sikit ditingkatkan.

Teknik 1 (~)
Kuasa Magik Tambahan daripada Kerosakan: 50% → 80%.
Masa pengecasan tenaga: 6s → 5s.
Kesan perlahan yang disediakan bagi setiap timbunan: 18% → 8%.

Muktamad (↑)
Cooldown: 80-70s → 70s.
Perisai Asas: 1200-2000 → 1200-1800.
Kuasa Magik Tambahan daripada Perisai: 200% → 200-280%.

[Aurora] (~)

Dalam patch ini, kami telah meningkatkan pelancaran teknik Aurora, kini ianya boleh dengan pantas melancarkan kombo Teknik 2 - Muktamad - Teknik 1.  Tetapi kami telah melemahkan kerosakan yang diakibatkan ketika membekukan musuh, dan berharap agar kerosakan burst Aurora boleh dikurangkan sikit dan sementara outputnya yang biasa tetap sama.

Meningkatkan pengalaman rasa daripada Teknik 1 dan kombo Teknik.

Pasif (↓)
Kerosakan Tambahan kepada sasaran yang dibekukan: 30% → 20%.

[Johnson] (~)

Selepas penyelarasan pada patch yang lepas, kami mendapati bahawa sementara ketepatan bagi Muktamad Johnson agak menurun, tak ada perubahan yang signifikan dalam keseluruhan prestasinya, dan dia sangat sering menunjukkan prestasi yang baik ketika membuat langkah pertama untuk mengawal musuh.  Walau bagaimanapun, kami telah menerima banyak maklum balas mengenai perkara ini dari para pemain yang menyatakan bahawa ia memberi kesan yang teruk kepada keseluruhan pengalaman mereka.  Selepas menimbangkan semua ini, kami memutuskan untuk memendekkan tempoh masa pandangannya.  Dengan cara ini musuh masih boleh berpeluang untuk bertindak balas, tetapi Johnson masih boleh mencuba untuk melakukan serangan mengejutkan selepas itu.  Kami bakal terus memerhatikan bagaimana prestasi Johnson  seterusnya selepas perubahan ini untuk kami boleh menimbangkan perubahan semula pada masa yang bakal tiba.

Muktamad (~)
Pandangannya kini terpapar hanya 3 saat selepas mula memandu.

[Alpha] (↑)

Teknik 2 (↑)
Kerosakan Asas daripada Beta: 75-120 → 125-175.

[Silvanna] (↓)

Teknik 2 (↓)
Perisai Asas: 250-500 → 250-400.
Kuasa Magik Tambahan: 170% → 150%.

[Wanwan] (↑)

Pasif (↑)
Kerosakan Sebenar yang diakibatkan ketika memukul Kelemahan sasaran: 50 → 58-100, yang bersesuaian dengan level (sudah diberlakukan sejak Patch 1.5.56)



II. Wira Percuma Mingguan & Skin Baharu

1. Skin baharu Khufra "Dreadful Clown" ialah Skin Starlight Eksklusif bulan Mac yang bakal tersedia bermula pada 1hb Mac (Masa Server).

2. Wira Percuma
Masa Server 26/2/2021 05:01:00 sehingga 5/3/2021 05:00:00

8 Wira Percuma: Roger, Angela, Helcurt, Grock, Khufra, Uranus, Carmilla, Cecilion.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Khaleed, Zhask, Yi Sun-shin, Hilda, Bane, Bruno.



III. Penyelarasan Medan Pertempuran

1. Membaiki masalah dengan Teknik 2 daripada Yu Zhong, di mana dalam keadaan yang jarang berlaku bahawa ianya tak boleh meletupkan Sha Residue.

2. Membaiki masalah dengan Teknik Pasif daripada Natalia, di mana ia tetap boleh mengakibatkan kerosakan walaupun pergerakannya terhalang semasa Berkelip.

3. Membaiki masalah dengan paparan ikon yang ditunjukkan ketika Teknik Muktamad daripada Wanwan siap dilancarkan.

4. Membaiki masalah dengan Teknik 3 daripada Popol dan Kupa ketika ianya memaparkan pandangan sasaran.

5. Peningkatan Kelajuan Pergerakan yang diperolehi daripada Teknik Muktamad Diggie yang hilang dari penerangan teknik, kini telah ditambahkan semula.






Mobile Legends: Bang Bang
You have to log in before you can reply Login | Register now.

Points Rules

Mobile Phone Version|Dark Room|Mobile Legends: Bang Bang Official Forum

2021-7-30 07:29 PM GMT+8

Powered by Discuz! X3.4

© 2001-2013 Comsenz Inc.

Quick Reply To Top Return to the list