Mobile Legends: Bang Bang

 Forgot password?
 Register now.
View: 55|Reply: 0
Collapse the left

[Kemaskini] NOTA PATCH 1.5.46 (Original Server)

[Copy link]
Post time 2021-1-13 12:01 AM | Show all posts |Read mode

Sign up now, Make more friends, Enjoy with more features, Let you easily Fun Community.

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Daripada Pereka:

Salam!  Selamat Tahun 2021!  Fokus bulan ini ialah "Kejohanan M2".  Sayangnya kita tak boleh menyaksikan perlawanan yang menarik itu bersama-sama secara langsung.  Tahun ini, kami bakal menayangkan perlawanan 5v5 peringkat teratas "Kejohanan M2" kepada anda semua dalam talian!  Bermula pada 18hb sehingga 24hb Januari, ingatlah untuk menyaksikan siaran langsung perlawanannya di saluran Youtube rasmi kami, laman FB rasmi kami atau ruang muka Kejohanan dalam permainan.

Selain itu, legenda, juara tinju "Paquito" bakal tiba di Land of Dawn!

Dalam patch ini, kami telah berupaya dengan keras untuk membaiki masalah mengenai kelambatan, pemuatan lambat, dll.

Terima kasih atas sokongan berterusan anda terhadap MLBB!  Kami menantikan tahun baharu yang menakjubkan bersama-sama!



I. Wira Baharu

1. Wira Baharu: [Paquito] Heavenly Fist, bakal tersedia bermula pada 15hb Januari (Masa Server).  599 Berlian.  32,000 BP.

Ciri Wira: Juara yang tegas dan adil.

Pasif "Champ Stance":
Paquito membina timbunan ketika merosakkan musuh dengan guna Serangan Asas atau Teknik.  Selepas mencapai 4 timbunan, dia memasuki Champ Stance, meningkatkan kesemua Teknik Paquito seterusnya dan melewatkan cooldownnya tetapi mengurangkan Kerosakan Serangan Asas.  Guna Teknik yang ditingkatkan bakal meningkatkan Kelajuan Pergerakan Paquito.

Teknik 1 "Heavy Left Punch":
Paquito melancarkan pukulan hebat, mengakibatkan Kerosakan Fizikal kepada sasaran.  Ketika Teknik menyerang Wira musuh, dia memperolehi Perisai.

Ditingkatkan "Champ Stance":
Memberikan pukulan Paquito lebih kuat lagi, mengakibatkan kerosakan yang lebih tinggi dan memberikan lebih banyak Perisai (yang boleh ditimbun pada Perisai yang diperolehi sebelum peningkatan teknik).

Teknik 2 "Jab":
Paquito melaju keluar dan melemparkan tusukan, mengakibatkan Kerosakan Fizikal kepada semua musuh yang berada di dalam kawasan kesan.

Ditingkatkan "Champ Stance":
Memberikan tusukan Paquito yang lebih kuat lagi, memberikan Kerosakan Fizikal yang lebih tinggi kepada musuh yang berada di kawasan kesan.  Tusukan tak mengakibatkan kerosakan kepada sasaran di laluannya dan bakal berhenti ketika menyerang Wira atau creep.  (Ianya melalui minion).

Muktamad "Knockout Strike":
Paquito melancarkan serangan siku kepada semua musuh di hadapan, mengakibatkan Kerosakan Fizikal dan mendorong mereka ke arah yang tertentu.  Dia kemudian mengayunkan haymaker dengan pantas, yang mengakibatkan Kerosakan Fizikal dan memperlahankan sasaran ketika dia balik ke belakang.

Ditingkatkan "Champ Stance":
Selepas mendorong musuh ke arah tertentu, Paquito melancarkan hantaran atas yang mengakibatkan Kerosakan Fizikal dan mengetuk musuh-musuhnya di udara dan bukannya memperlahankan mereka.



II. Penyelarasan Wira

Guna tanda (→) untuk menunjukkan Perubahan.

Guna tanda (↑), (↓), (~) untuk menunjukkan Dipertingkatkan, Diperlemahkan, dan Diselaraskan.

Dalam patch ini, kami telah membuatkan penyelarasan yang signifikan terhadap Wira-wira berikut: Moskov, Johnson, Brody, Fanny, Mathilda, Carmilla.

[Moskov] (↑)

Pasif (↑)
Kerosakan Penembusan daripada Serangan Asas: 0.54-1.1 → 0.68-1.1.
Kerosakan Penembusan selepas guna Teknik 1: 0.64-1.2 → 0.78-1.2.

Muktamad (~) (Diubahsuai)
Moskov melancarkan Spear of Destruction selepas sikit berkuasa, mengakibatkan Kerosakan Fizikal kepada musuh dalam laluan garis lurus.  Tombak itu bakal hilang ketika terkena Wira musuh, dan memberikan Kerosakan Fizikal yang lebih tinggi kepada musuh di belakang mereka.

Pembaharuan Suara Wira dan Penerangan Teknik bagi Moskov.

[Johnson] (↑)

Pada patch yang lepas, kami membuatkan pengoptimaan untuk penggunaan Teknik Muktamad daripada Johnson, selepas itu kami dengan senang hati mendapati lebih banyak pemain memainkannya dalam pertandingan.  Sebaliknya, sebilangan "pemain veteran" memberitahu kami bahawa mereka menganggap kesan memandu Johnson terlalu lamban untuk menyerang musuh.  Selain itu, kami sentiasa berusaha untuk mencipta pengalaman memandu yang lebih mendalam bagi pemain.  Oleh itu, kami telah menambahkan ciri baharu bagi Muktamad-nya, yang membolehkan Johnson memandu dengan lebih pantas dengan mengetuk butang Teknik 2.  Kelajuannya bakal normal semula ketika melepaskan butang Teknik.  Kami harapkan ianya bakal membawa lebih banyak keseronokan dalam permainan.

Muktamad (↑)
Teknik 2 dirinya akan dipindahkan semasa pemanduan.  Menekan dan menahan Teknik 2 untuk sementara masa bakal meningkatkan kelajuan memandu secara beransur-ansur, yang bakal normal semula selepas melepaskannya.

[Brody] (~)

Pada penyelarasan yang lepas, kami telah meningkatkan pengalaman pemain di awal dan lewat permainan ketika guna Brody.  Kini, kami bakal membaiki masalah berkenaan dengan Serangan Asas dirinya.
Dengan mekanisme Serangan Asas yang khas, Brody tak dihalang oleh pelancaran Serangan Asas yang lamban, kerana Kerosakan yang diakibatkan sangat tinggi daripada Serangan Tunggal di awal permainan dan Serangan Krit di lewat permainan.  Oleh itu, prestasi dirinya selalu menjadi terlalu berkuasa secara mengejutkan.  Kami telah mengurangkan Kerosakan Serangan Asas dirinya di awal permainan dan Serangan Krit di lewat permainan dengan penyelarasan di bawah ini.  Sebagai ganti rugi, Kerosakan Serangan Asas dirinya yang wajar di tengah permainan ditingkatkan, yang boleh bertahan untuk masa yang agak lama.  Kami akan terus memerhatikan prestasinya di dalam Advanced Server.

Serangan Asas (~)
Kerosakan: 200% Serangan Fizikal + 130% Serangan Fizikal + 30 * Level (bahagian kerosakan yang menimbang dengan level tak boleh menjadi kritikal)

Atribut (~)
Serangan Fizikal Asas: 115 → 105.
Pertumbuhan HP: 12 → 13.5.

[Fanny] (↑)

Penyelarasan terhadap buff jungle pada patch yang lepas sangat mempengaruhi beberapa Wira.  Berasaskan pemerhatian kami, kami kena untuk membuatkan penyelarasan kepada Fanny dalam beberapa aspek untuk mengurangkan kesannya.  Dalam patch ini, kami telah meningkatkan Kelajuan Janaan Tenaga dirinya, dengan harapan bahawa keupayaan dirinya untuk terbang dengan bebas yang tak terhad.

Teknik 2 (↑)
Kos Tenaga: 18-13 → 17-12 (Setiap guna Teknik ini berterusan bakal mengurangkan kos tenaga dengan sewajarnya).

[Mathilda] (~)

Mathilda sangat berkuasa dalam mengganggu musuh bersama-sama dengan gelombang minion di awal permainan, jadi kami telah membaiki kerosakan dirinya dalam tempoh itu dan meningkatkan peranannya dalam berpasukan.

Teknik 1 (↑)
Kerosakan Asas: 500-650 → 400-600.
Kuasa Magik Tambahan: 60% → 70%.
Menambah penunjuk amaran bagi kawasan kesan daripada Kerosakan Teknik 1.

Teknik 2 (↑)
Nisbah Perisai yang diterima oleh Wira sepasukan: 50% → 70%, dengan tempoh masa: 4s → 3s.
Teknik ini disyorkan ketika bekerjasama dengan Wira-wira berikut: Gord, Odette, Badang, Guinevere, Silvanna.

Muktamad (↑)
Kerosakan Kuasa Magik Tambahan yang diakibatkan oleh Wisps: 10% → 12.5%.

[Carmilla] (~)

Sebagai Wira sokongan dengan kesan Teknik khas, Carmilla mempunyai kebolehan solo yang cukup kuat tetapi menawarkan lebih sedikit kelebihan bagi sepasukan yang berbanding dengan sokongan lain.  Akibatnya, dia hanya boleh memberikan pengalaman bermain yang tak memuaskan hati walaupun kadar kemenangannya tinggi.  Oleh itu, kami memutuskan untuk meningkatkan lagi keupayaan mobiliti dan kerja berpasukannya pada kos daripada sebahagian kerosakan dan bertahan hidup.  Kami bakal memerhatikan prestasinya dan menimbangkan kemungkinan untuk penyelarasan seterusnya.

Pasif (↓)
Pencurian Pertahanan daripada sasaran yang diserang: 10-20 → 6.4-12.

Teknik 1 (↓)
Kerosakan Asas: 100-250 → 100-200.
Janaan HP Asas: 60-150 → 50-150.
Kesan Perlahan: 30% → 10% (terhad pada 5 timbunan).

Teknik 2 (↑)
Peningkatan Kelajuan Pergerakan Maksima: 60% → 70%.
Masa Pereputan bagi Pengumpulan Bloodbath dari penuh sehingga sifar: 1.5s → 2s.
Tempoh daripada Pengumpulan Bloodbath: 4s → 4.5s.

Muktamad (↑)
Kesan Perlahan Maksima: 90% → 80%.
Nisbah Kerosakan dan Kawalan yang dihantar antara sasaran dengan Kutukan Darah: 50% → 70%.

Mengoptimakan Binaan yang disyorkan.

[Ling] (↓)

Pada patch yang lepas, kami meningkatkan Janaan Tenaga Ling untuk mengimbangi kesan pelemahan daripada Kerosakan burst dirinya.  Walau bagaimanapun, penyelarasan ini membawa kesan yang jauh lebih besar di Original Server daripada Advanced Server.  Dengan mempertimbangkan keseimbangan keseluruhan, kami memutuskan untuk mengembalikan peningkatan ini dari 2 sehingga 1. Kami sangat meminta maaf atas semua kesilapan yang diakibatkan.  Kami akan lebih bijak dan berhati-hati dalam menilai setiap penyelarasan untuk mengelakkan masalah yang serupa.

Pasif (↓)
Janaan Tenaga Asas: 5 → 4.
Bilangan Janaan Tenaga ketika berada di dinding: 10 → 9.

[Hanabi] (↑)

Pasif (↑)
Nisbah Pertukaran Janaan HP kepada Perisai: 40% → 60%.
Had Perisai: 20% → 25% (daripada HP Maksima).

Membaiki masalah di mana Hanabi tak boleh dikawal ketika Teknik tertentu telah berjaya memecahkan Perisai dirinya.

[Grock] (↑)

Teknik 1 (↑)
Serangan Fizikal Tambahan Asas: 120% → 160% (menimbang dengan masa caj).

Pasif (↑)
Peningkatan Janaan HP semasa berada berhampiran dengan dinding: 3 + 1.6 * LV → 15 + 1.6 * LV.

[Lapu-Lapu] (↓)

Kami telah mengoptimakan fasa terakhir daripada Muktamad Lapu-Lapu, kerana kawasan kesannya nampak tak boleh dikenal pasti oleh kedua-dua belah pihak.  Oleh itu, kami telah melemahkan daya tahannya dan mengekalkan hasil kerosakan yang tinggi, untuk mengimbangi pengaruh penyelarasan yang lepas, yang bermaksud untuk cabaran yang lebih besar baginya untuk memasuki medan pertempuran pada masa yang tepat.

Pasif (↓)
Perisai Asas: 400 → 250.

Muktamad "Heavy-Sword" (~)
Pertahanan Tambahan: 30-70 → 10-40.
Menambah paparan kotak serangan untuk fasa ke-3 dan mengoptimakan Pelancaran Teknik..

[Balmond] (↑)

Teknik 1 (↑)
Cooldown: 11-8.5s → 8-5s.
Kesan Perlahan: 40% selama 2.5s → 30% selama 2s.

[Uranus] (~)

Uranus sukar untuk dilawan kerana kesan perlahan dan kelajuannya yang berlebihan.  Kami harapkan boleh memberikan musuh lebih banyak ruang dalam memerangi dia.  Selain itu, kami juga ingin menekankan keupayaan dirinya untuk menjadi lebih berkuasa dari masa ke masa dalam pertempuran, jadi kami telah meningkatkan Pasifnya.

Pasif (↑)
Janaan HP sesaat bagi setiap timbunan: 2-10 → 3-14.

Muktamad (↓)
Mengeluarkan kekebalan terhadap kesan perlahan semasa guna Muktamad.

[Jawhead] (~)

Sebagai Wira Fighter, Jawhead mempunyai kesinambungan di awal permainan yang berkuasa dan kerosakan burst lebih tinggi daripada Wira Tank, yang kerap menyekat penggunaan beberapa Wira Tank.  Oleh itu, kami menyelaraskan HP Maksima dirinya di awal dan lewat permainan supaya lebih bersuaian dengan peranannya sebagai Wira Fighter.

Atribut (~)
HP Asas: 2778 → 2658.
Pertumbuhan HP: 215 → 223.

[Popol dan Kupa] (~)

"Awas! Perangkap Popol bakal mencederakammu."

Teknik 3 (~)
Kesan Baharu: Memberikan sebilangan kecik Kerosakan Magik kepada musuh (70-100 + 20% Kuasa Magik).

[Aldous] (↑)

Kami telah mengoptimakan Pelancaran Teknik daripada Muktamad Aldous, yang membolehkan pemain menggunakannya dengan hanya mengetuk ikon wira di sebelah butang Muktamad.

[Lancelot] (~)

Teknik 1 (~)
Mengoptimakan Teknik penyasaran.

[Lain-lain]

Dengan pengembangan dan perubahan yang telah kami buatkan di MLBB, permainan daripada beberapa Wira mungkin juga telah berubah secara berangsur-angsur, bersesuaian dengan pengaturan peran asalnya.  Untuk membuatkan perkara ini lebih jelas kepada pemain kami, terutama pemain baharu, kami merancang untuk membuatkan pengoptimaan dalam aspek berikut secara berkala:

Balmond: Tank/Fighter → Fighter.
Ruby: Tank/Fighter → Fighter/Tank.
Lapu-Lapu: Fighter/Assassin → Fighter.



III. Wira Percuma Mingguan & Skin Baharu

1. Skin Baharu Paquito [Death Blow] bakal tersedia bermula pada 15hb Januari (Masa Server).  269 Berlian.  DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

Wira [Paquito] dan Skin [Death Blow] bakal dipakejkan dan tersedia bermula pada 15hb Januari (Masa Server).  DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

2. Skin Baharu Clint [Shadow Omen] boleh didapati dari dalam Acara "Pas Kejohanan M2", yang bermula pada 12hb Januari (Masa Server).

3. Penyelarasan di dalam Kedai Fragment pada 13hb Januari (Masa Server)

a.  Kedai Fragment Skin Langka:

Bakal ada: Guinevere [Lotus], Claude [Plunderous Pirate], Fanny [Royal Cavalry], Moskov [Snake Eye Commander], Akai [Akazonae Samurai], Alice [Steam Glider].

Bakal dikeluarkan: Karina [Black Pearl], Clint [Rock and Roll], Angela [Shanghai Maiden], Argus [Dark Draconic], Karrie [Dragon Queen], Lunox [Ash Blossom].

b.  Kedai Fragmen Wira:

Bakal ada: Aurora, Ling, Harith, Lapu-Lapu, Hilda, Clint.

Bakal dikeluarkan: Valir, Chang'e, Karrie, Benedetta, Atlas, Guinevere.

4. Wira Percuma:

Masa Server 8/1/2021 05:01:00 sehingga 15/1/2021 05:00:00

8 Wira Percuma: Bane, Atlas, Akai, Harley, Kimmy, Martis, Kadita, Khufra.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Alucard, Pharsa, Vexana, Vale, Esmeralda, Ling.

Masa Server 15/1/2021 05:01:00 sehingga 22/1/2021 05:00:00

8 Wira Percuma: Natalia, Clint, Johnson, Faramis, Guinevere, Lylia, Zhask, Masha.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Kaja, Aurora, Hylos, Fanny, Jawhead, Harith.

Masa Server 22/1/2021 05:01:00 sehingga 29/1/2021 05:00:00

8 Wira Percuma: Badang, Lolita, Harith, Hilda, Popol dan Kupa, Argus, Ling, Hanzo.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Atlas, Martis, Kimmy, Ruby, Estes, Alice.

Masa Server 29/1/2021 05:01:00 sehingga 5/2/2021 05:00:00

8 Wira Percuma: Kagura, Hayabusa, Gatotkaca, Hylos, Cyclops, Faramis, Alucard, Masha.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Alpha, Wanwan, Lapu-Lapu, Minotaur, Aldous, Hanabi.

5. [Pas Magic Chess] bakal dikemaskini pada 30hb Januari (Masa Server).  Beli untuk mendapatkan Skin Little Commander Buss baharu "Astrologer" dan Papan Chess baharu "Silent Ridge".



IV. Penyelarasan Medan Pertempuran

1. Penerangan untuk pemilihan lorong di dalam medan pertempuran kini tak bakal diset-kan semula pada setiap perlawanan.  Ianya dihidupkan secara automatik,  Anda boleh menghidupkan atau mematikannya melalui peta mini pada skrin semasa Pemilihan Wira.

2. Mengoptimakan cadangan pemilihan lorong untuk beberapa Wira.

3. Menambah kesan khas umum bagi Wira-wira berikut ketika mereka mendedahkan kedudukan sasaran guna Teknik: Hayabusa, Aldous, Mathilda, Yi Sun-shin, Moskov, Argus, Nana, Angela, Gusion, Chang'e, Kaja, Belerick, Granger, Terizla, Wanwan, Silvanna, Carmilla, Atlas, Popol dan Kupa, Barats.

4. Isyarat Attack/Retreat/Gather bakal dipaparkan di tengah-tengah skrin.

5. Mengoptimakan pergerakan Wira ketika membunuh minion.

6. Mengoptimakan kesan khas bagi Teknik 2 Fanny.

7. Menukar ikon Teknik Hilda dengan yang baharu.

8. Mengoptimakan pergerakan Rafaela di medan pertempuram.

[Creep]

1. Penyu: Pada patch yang lepas, kami telah berjaya untuk menyukarkan kedua-dua belah pihak untuk mendapatkan buff penyu.  Tetapi, walaupun kami meningkatkan pertahanan Penyu, ia kerap mudah dibunuh dalam 3 minit sahaja.  Oleh itu, untuk menjadikannya lebih mencabar ketika mengambil Penyu sejak permulaan, kami bakal menyelaraskan pertahanannya lagi di patch ini.  Pertahanan Penyu kini bersesuaian dengan masa perlawanan.

Pertahanan Fizikal dan Magik: 80 → 15 +10 (menimbang dengan masa)

Membaiki masalah yang menyebabkan minion di dua lorong sisi bertukar sesekali selepas Penyu terbunuh.  Kini, Lorong Exp dan Lorong Emas tak berubah selepas perlawanan dimulakan.

2. Membaiki masalah yang menyebabkan peningkatan Kelajuan Pergerakan Minion yang tak wajar selepas pertempuran berlangsung selama 9 minit.  Kini, ia boleh menimbang seperti biasa dengan masa.

Pertumbuhan Kelajuan Pergerakan Minion per minit: 15 - 30 (dengan jumlah kenaikan maksima tak berubah).

3. Mengoptimakan paparan bulatan daripada julat di sekitar creep.  Apabila creep mendekatinya, warnanya bakal berubah.



V. Fungsi & Acara Baharu

1. Acara M2: Tersedia bermula pada 12hb sehingga 30hb Januari.  Lengkapkan tugasan untuk mengumpul Syiling M2 dalam acara tersebut dan menukarkannya dengan ganjaran hebat!

2. Tema M2: Peta Baharu bertema M2, Lobi, Laman Acara dan banyak lagi bakal tersedia bermula pada 12hb Januari (Masa Server)!

3. Battle Night: Tersedia bermula pada 30hb Januari.  Banyak ganjaran, termasuk Skin berkualiti Asas dan lebih tinggi lagi, sila nantikan!

4. Pembaharuan Acara Isi Semula Berlian

Acara Isi Ulang Berlian Pertama dan Pembaharuan Pertama yang baharu akan bermula pada 12hb Januari.  Lebih daripada 3 ganjaran pilihan akan ditawarkan untuk anda pilih!

a.  Buat pengisian semula pertama untuk memilih satu daripada beberapa Wira kekal secara PERCUMA dalam Acara Pengisian Berlian Pertama!

b.  Buat pengisian semula untuk memilih satu daripada beberapa Skin kekal secara PERCUMA dalam Acara Pembaharuan Pertama!



VI. Peningkatan Prestasi Permainan

1. Pengalaman Pertempuran Lebih lancar: Grafik yang dioptimakan, kadar bingkai dan tetapan prestasi lain untuk pelbagai peranti, yang sebahagian besarnya mengurangkan kelambatan.

2. Peningkatan Muat Turun Sumber: Sistem muat turun sumber yang dioptimakan untuk memendekkan masa muat turun.  Mengoptimakan penunjuk kemajuan muat turun untuk menjadikan proses lebih jelas.  Menambah ciri baharu yang membolehkan anda mengurus dan memadam muat turun, yang boleh menjimatkan penggunaan memori untuk permainan.

3. Peningkatan Kelajuan Pemuatan Pertempuran: Peruntukan fail sumber yang dioptimakan untuk pertempuran, yang meningkatkan masa pemuatan pertempuran.  Perubahan ini bakal memakan masa untuk merangkumi semua pemain.

4. Pengurangan Masalah Crash dalam permainan: Menambahkan sistem pengesanan dan keselamatan anomali untuk mengurangkan kadar masalah crash dalam permainan.



VII. Penyelarasan Sistem

1. Peralatan

a.  Ciri Ganti Peralatan dalam Persiapan, yang membolehkan pemain untuk menambahkan Ganti Peralatan kepada setiap binaan.  Alat ganti yang digunakan boleh dibeli dengan mudah melalui Kedai Peralatan dalam medan pertempuran.

b.  Menyelaraskan interaksi perubahan peralatan di ruang muka persiapan pertempuran untuk membolehkan menukar beberapa item peralatan pada satu masa.

c.  Menambah pilihan penapis daripada Wira yang dimiliki ke dalam senarai Pemilihan Wira di ruang muka persiapan pertempuran.

2. Pengoptimaan Sistem Padanan

a.  Mekanisme padanan yang dioptimakan telah berlaku di banyak server sejak 30hb Disember.  Ianya bakal merangkumi semua server selepas pelancaran patch baharu ini.

b.  Oleh kerana mekanisme yang dioptimakan telah dilancarkan pada 30hb Disember, jelas meningkatkan kelajuan dan ketepatan padanan dalam server yang bersesuaian.

3. Pengoptimaan paparan Kadar Kemenangan dalam Draft Pick.

4. Mengoptimakan peraturan yang menyekat penggunaan wira baharu yang dimainkan kurang dari dua kali.

5. Mengoptimakan kriteria hukuman pelanggaran Prestasi Buruk Ringan, untuk mengelakkan kesilapan sebanyak mungkin.

6. Mengoptimakan prosedur Rayuan pasca permainan untuk pemain yang dilaporkan.

7. KemasKini Mod: Pemain boleh menghidupkan kemaskini Mod Arked secara automatik (termasuk Mod Mayhem, Mod Mirror, dll.)

8. Menyelaraskan syarat Skor Kredit kepada 60 untuk memasuki Mod Arked.

9. Kini "Mod Arked" dipindahkan ke penjuru kanan atas di ruang muka pemilihan mod.

10. Skor Kredit tak boleh dipulihkan dengan bermain Mod Magic Chess.



VIII. Pembaikan Pepijat

[Medan Pertempuran]

1. Membaiki masalah di mana guna Mantera "Arrival" tak meningkatkan Kelajuan Pergerakan Wira.

2. Membaiki masalah di mana Wira bergerak tak wajar selepas guna Mantera "Flicker" dalam beberapa kes.

3. Membaiki masalah yang menyebabkan Mantera "Flicker" tak tersedia semasa Lolita sedang meng-caj Teknik Muktamad.  Tanda sekatan pada Mantera "Flicker" dikeluarkan.

4. Membaiki masalah yang menyebabkan Kimmy tak boleh menukar arah sekali-sekala selepas mengetuk Serangan Asas.

5. Membaiki masalah di mana Wira dengan kekebalan kawalan bergerak tak wajar ketika rakan sepasukan Jawhead melancarkan Teknik 2-nya kepada mereka.

6. Membaiki masalah yang mengganggu Recall bagi Jawhead ketika mana-mana rakan sepasukan membeli ramuan.

7. Membaiki masalah daripada getaran skrin bagi Wira yang dihempas oleh Teknik 1 Badang.

8. Membaiki masalah di mana Moskov tak boleh melancarkan Teknik 2 kepada Lord.

9. Membaiki masalah yang menyebabkan Kerosakan tak wajar daripada Teknik 1 Nana kepada sasaran pertama yang diserang.

10. Membaiki masalah yang menetapkan semula Cooldown bagi Teknik 2 Layla selepas Muktamad dirinya dibuka.

11. Membaiki masalah di mana Muktamad Lesley tak berakhir selepas beberapa peluru pertama membunuh Atlas semasa Keadaan Ejected.

12. Membaiki masalah paparan Penunjuk Teknik daripada Teknik 2 Clint pada peta mini.

13. Membaiki masalah di mana musuh boleh mendengar Benedetta semasa dia meng-caj Teknik di dalam semak.

14. Membaiki masalah di mana Wanwan tak boleh guna Muktamad untuk menembak sasaran dalam beberapa kes.

15. Membaiki masalah di mana musuh boleh mendengar Mathilda semasa dia meng-caj Teknik 2 di dalam semak.

16. Membaiki masalah yang menyebabkan Pharsa balik ke Pangkalan sebaik sahaja ketika guna Mantera "Flicker" di dinding tertentu.

17. Membaiki masalah yang menyebabkan Wanwan tetap berada di udara ketika Muktamad dirinya tak ditujukan kepada sasaran tertentu.

18. Membaiki masalah di mana Mathilda tersekat selepas guna Muktamad.

19. Membaiki masalah di mana Pasif Belerick tak mempengaruhi HPnya yang diperolehi daripada Emblem sebelum membeli Peralatan dalam pertempuran.

20. Membaiki masalah di mana Teknik tak mempengaruhi Serangan yang ditawarkan oleh Emblem Marksman "Weapon Master" sebelum pemain membeli Peralatan dalam perlawanan.

21. Membaiki kesan kawalan daripada Emblem Tank "Brave Smite" kepada Wira sepasukan.

22. Membaiki masalah di mana Teknik masih menunjukkan cooldown selepas Wira mati dengan Teknik yang tak berjaya dilancarkan.

23. Membaiki paparan ikon daripada creep yang tak wajar di peta mini selepas penyambungan semula.

24. Membaiki masalah mengenai ketidakkonsistenan antara penerangan beberapa creep dalam "Gambaran Keseluruhan Pertempuran" dan prestasi sebenar mereka di medan pertempuran.

25. Membaiki masalah daripada paparan kesan khas di atas kepala creep.

26. Membaiki masalah yang menyebabkan kesan khas daripada Buff Penyu dan Peralatan "Wind of Nature" untuk berulangan tak wajar.

27. Membaiki masalah daripada garis hitam tanah di belakang Menara Pangkalan di Lorong Atas dan Tengah dalam peta "Imperial Sanctuary" pada beberapa peranti.

[Lain-lain]

1. Membaiki masalah yang menyebabkan ruang muka "Dapatkan Ganjaran" nampak kosong.

2. Membaiki masalah di mana Piala MCL tak dipaparkan dalam senarai Rakan.

3. Membaiki masalah daripada papan ketik pada skrin di dalam permainan semasa perlawanan.

4. Membaiki ikon Papan Pendahulu Kejiranan yang tak responsif pada skrin pemuatan.

5. Membaiki masalah di mana status rakan tak dikemaskini dalam masa sebenar.

6. Membaiki masalah di mana tetapan Wira Kegemaran tak berlaku dalam masa sebenar.

7. Membaiki masalah di mana muzik latar dalam ruang muka MCL tak berhenti selepas kembali ke ruang muka utama.






Mobile Legends: Bang Bang
You have to log in before you can reply Login | Register now.

Points Rules

Mobile Phone Version|Dark Room|Mobile Legends: Bang Bang Official Forum

2021-3-9 12:59 PM GMT+8

Powered by Discuz! X3.4

© 2001-2013 Comsenz Inc.

Quick Reply To Top Return to the list