Mobile Legends: Bang Bang

 Forgot password?
 Register now.
View: 65|Reply: 0
Collapse the left

[Kemaskini] NOTA PATCH 1.5.44 (Advanced Server)

[Copy link]
Post time 2021-1-2 01:03 PM | Show all posts |Read mode

Sign up now, Make more friends, Enjoy with more features, Let you easily Fun Community.

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Daripada Pereka:

Semua Little Commander mendapat potret baharu mereka!

Pasukan MLBB berupaya untuk meningkatkan kualiti permainan secara beransur-ansur daripada aspek kecik, dengan harapan bahawa watak-watak Little Commander boleh nampak menyeronokkan bagi para pemain.
Sila nikmati Mod Magic Chess!

Pasukan MLBB telah menerima maklum balas pemain mengenai Little Commander dan juga berupaya sungguh-sungguh untuk mengatasi masalah itu.

Terima kasih atas maklum balas anda!



I. Penyelarasan Wira

Guna tanda (↑), (↓), (~) untuk menunjukkan Dipertingkatkan, Diperlemahkan, dan Diselaraskan.


[Paquito] (↑)

Kami memutuskan untuk mengembalikan beberapa penyelarasan yang lepas, kerana keupayaan bertahan hidup Paquito dilemahkan kepada tahap yang tak diingini.  Selain itu, kami berupaya untuk menahan sedikit kelebihan daripada Teknik 1 yang ditingkatkan di awal permainan.

Teknik 1 (↑)
Perisai Asas: 200-400 + 100% Serangan Fizikal → 200-500 + 110% Serangan Fizikal.

Teknik 1 yang Ditingkatkan (↓)
Nisbah Peningkatan Perisai: 120% - 100% (240-480 + 120% Serangan Fizikal) → 200-500 + (110% Serangan Fizikal)

[Johnson] (↑)

Pada patch yang lepas, kami membuatkan pengoptimaan untuk penggunaan Teknik Muktamad daripada Johnson, selepas itu kami dengan senang hati mendapati lebih banyak pemain memainkannya dalam pertandingan.  Sebaliknya, sebilangan "pemain veteran" memberitahu kami bahawa mereka menganggap kesan memandu Johnson terlalu lamban untuk menyerang musuh.  Selain itu, kami sentiasa berusaha untuk mencipta pengalaman memandu yang lebih mendalam bagi pemain.  Oleh itu, kami telah menambahkan ciri baharu bagi Muktamad-nya, yang membolehkan Johnson memandu dengan lebih pantas dengan mengetuk butang Teknik 2.  Kelajuannya bakal normal semula ketika melepaskan butang.  Kami harapkan ianya bakal membawa lebih banyak keseronokan dalam permainan.

Muktamad (↑)
Teknik 2 dirinya akan dipindahkan semasa pemanduan.  Menekan dan menahan Teknik 2 untuk sementara masa bakal meningkatkan kelajuan memandu secara beransur-ansur, yang bakal normal semula selepas melepaskannya.

[Carmilla] (~)

Sebagai sokongan dengan kesan Teknik khas, Carmilla mempunyai kebolehan solo yang cukup kuat tetapi menawarkan lebih sedikit kelebihan bagi sepasukan yang berbanding dengan sokongan lain.  Akibatnya, dia hanya boleh memberikan pengalaman bermain yang tak memuaskan hati walaupun kadar kemenangannya tinggi.  Oleh itu, kami memutuskan untuk meningkatkan lagi keupayaan mobiliti dan kerja berpasukannya pada kos daripada sebahagian kerosakan dan bertahan hidup.  Kami bakal memerhatikan prestasinya dan menimbangkan kemungkinan untuk penyelarasan seterusnya.

Pasif (↓)
Pencurian Pertahanan daripada sasaran yang diserang: 10-20 → 5-10.

Teknik 2 (↑)
Kelajuan Pergerakan meningkat.

Muktamad (↑)
Kesan Perlahan pada satu sasaran dilemahkan.
Nisbah Kerosakan dan Kawalan yang dihantar antara sasaran dengan Kutukan Darah: 50% → 70%.

[Moskov] (↑)

Muktamad (↑)
Kerosakan Asas: 480-650 → 600-800.
Bilangan Serangan Fizikal Tambahan: 140% → 100%.
Memperlahankan sasaran pertama yang diserang sebanyak 80% selama 0.8s.
Mengoptimakan Penerangan Teknik.

[Mathilda] (~)

Mathilda sangat berkuasa dalam mengganggu musuh bersama-sama dengan gelombang minion di awal permainan, jadi kami telah membaiki kerosakan dirinya dalam tempoh itu dan meningkatkan peranannya dalam berpasukan.

Teknik 1 (↑)
Kerosakan Asas: 500-650 → 400-600.
Kuasa Magik Tambahan: 60% → 70%.

Teknik 2 (↑)
Nisbah Perisai yang diterima oleh Wira sepasukan: 50% → 70%.

[Benedetta] (↓)

Kami menyangka bahawa Benedetta masih terlalu berkuasa.  Kali ini, kami berharap boleh mengimbangi kuasannya dengan melemahkan kerosakan dirinya di awal sehingga pertengahan permainan.

Pasif (↓)
Kerosakan Asas daripada Serangan Asas yang dicaj sepenuhnya: 50 → 0.
Nisbah Reputan daripada Kerosakan kepada minion: 40% → 50%.

Teknik 1 (↓)
Kerosakan Asas daripada Tebasan: 100-220 → 50-150.

[Fanny] (~)

Kekuasaan Fanny ditingkatkan terlalu banyak selepas kami meningkatkan Kelajuan Janaan Tenaga dirinya pada patch yang lepas.  Oleh itu, kami memutuskan untuk mengurangkan Kos Tenaga daripada Teknik 2 dirinya sebagai ganti.

Atribut (↓)
Janaan Tenaga sesaat: 4 → 3 (dikembalikan kepada keadaan semula yang sama seperti pada Original Server)

Teknik 2 (↑)
Kos Tenaga: 18-13 → 17-12 (Kos Tenaga bagi setiap penggunaan berterusan dikurangkan dengan sewajarnya)

[Hanabi] (↓)

Hanabi nampak berkuasa selepas penyelarasan pada patch yang lepas, jadi kami telah mengembalikan nisbah pertukaran daripads Janaan HP kepada Perisai.

Pasif (↓)
Nisbah Pertukaran Janaan HP kepada Perisai: 100% → 60%.

[Lapu-Lapu] (~)

Kami telah mengoptimakan fasa terakhir daripada Muktamad Lapu-Lapu, kerana kawasan kesannya nampak tak boleh dikenal pasti oleh kedua-dua belah pihak.  Oleh itu, kami telah melemahkan daya tahannya dan mengekalkan hasil kerosakan yang tinggi, untuk mengimbangi pengaruh penyelarasan yang lepas, yang bermaksud untuk cabaran yang lebih besar baginya untuk memasuki medan pertempuran pada masa yang tepat.

Muktamad (Heavy Sword) (~)
Pertahanan Tambahan: 30-70 → 10-40.
Menambah paparan kotak serangan untuk fasa ke-3 dan mengoptimakan Pelancaran Teknik.

[Brody] (↓)

Berasaskan pemerhatian kami, adalah mustahak untuk mengembalikan pertumbuhan kuasanya di lewat permainan.

Atribut (↓)
Pertumbuhan Serangan Fizikal: 14 → 13.

[Luo Yi] (↓)

Berasaskan pemerhatian kami, adalah mustahak untuk mengembalikan pertumbuhan kuasanya di lewat permainan.

Pasif (↓)
Kuasa Magik Tambahan daripada Kerosakan Reaksi: 195% → 190%.

[Khaleed] (↓)

Berasaskan pemerhatian kami, adalah mustahak untuk mengembalikan pertumbuhan kuasanya di akhir permainan.

Teknik 1 (↓)
Serangan Fizikal Tambahan: 130% → 125%.

[Clint] (↑)

Penyelarasan bagi Clint pada patch yang lepas tak memenuhi jangkaan kami.

Teknik 2 (↑)
Meningkatkan keupayaan dirinya untuk menembusi dinding.  Kini, ia boleh menembusi dinding yang lebih tebal daripada sebelumnya.

[Popol dan Kupa] (~)

"Awas! Perangkap Popol akan menyakiti kamu."

Teknik 3 (~)
Kesan Baharu: Memberikan sebilangan kecik Kerosakan Magik kepada musuh (70-100 + 20% Kuasa Magik).

[Uranus] (~)

Uranus sukar dilawan kerana kesan perlahan dan kelajuannya yang berlebihan.  Kami harapkan boleh memberikan musuh lebih banyak ruang dalam memerangi dia.  Selain itu, kami juga ingin menekankan keupayaan dirinya untuk menjadi lebih berkuasa dari masa ke masa dalam pertempuran, jadi kami telah meningkatkan Pasifnya.

Pasif (↑)
Janaan HP sesaat bagi setiap timbunan: 2-10 → 3-14.

Muktamad (↓)
Mengeluarkan kekebalan terhadap kesan perlahan semasa guna Muktamad.

[Aldous] (↑)

Kami telah mengoptimakan Pelancaran Teknik daripada Muktamad Aldous, yang membolehkan pemain menggunakannya dengan hanya mengetuk ikon wira di sebelah butang Muktamad.



II. Wira Percuma Mingguan & Skin Baharu

1. Skin Baharu Benedetta [Street Blow] ialah Skin Starlight Eksklusif Bulan Januari yang bakal tersedia bermula pada 1hb Januari

2. Skin Collector Baharu Valir [Demonlord] bakal tersedia di dalam "Pertunjukkan Epic" pada 5hb Januari dalam Kedai.

3. Wira Percuma:
Masa Server 1/1/2021 05:01:00 sehingga 8/1/2021 05:00:00

8 Wira Percuma: Gatotkaca, Cyclops, Lunox, Lesley, Harley, Moskov, Badang, Alice.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Baxia, Terizla, Benedetta, Valir, Hayabusa, Wanwan.



III. Penyelarasan Medan Pertempuran

1. Mengoptimakan kesan khas daripada Teknik 2 - Fanny.

2. Menukar ikon Teknik Hilda dengan yang baharu.

3. Membaiki masalah paparan daripada garis hitam di tanah di belakang Menara Pangkalan lorong Atas dan Tengah dalam peta Imperial Sanctuary pada beberapa peranti.

4. Menambah kesan khas umum bagi Wira berikut ketika mendedahkan kedudukan sasaran guna Teknik: Hayabusa, Aldous, Mathilda, Yi Sun-shin, Moskov, Argus, Nana, Angela, Gusion, Chang'e, Kaja.

5. Mengoptimakan paparan bulatan daripada julat di sekitar creep.  Apabila creep mendekatinya, warnanya bakal berubah.

6. Mengoptimakan cadangan lorong untuk beberapa Wira.

7. Membaiki kesan kawalan daripada Emblem Tank: Talent - Brave Smite kepada Wira sepasukan.

8. Pertumbuhan Kelajuan Pergerakan Minion per minit: 15 - 30 (dengan jumlah kenaikan maksima tak berubah).

9. Pertumbuhan Pertahanan Fizikal bagi Gelombang Siege Minion: 0 → 4;  Pertumbuhan Pertahanan Magik: 0 → 3.

10. Pertumbuhan Serangan Fizikal bagi Gelombang Siege Minion: 15 → 25.

11. Pertumbuhan Serangan Fizikal bagi Gelombang Siege Minion selepas Menara Luaran musuh dihancurkan: 15 → 30.

12. Pertumbuhan Serangan Fizikal bagi Gelombang Siege Minion selepas Lord dibunuh: 19.6 → 33.



IV. Fungsi Sistem

1. Peralatan Ditambah

a.  Ciri Ganti Peralatan dalam Persiapan, yang membolehkan pemain untuk menambahkan Ganti Peralatan kepada setiap binaan.  Alat ganti yang digunakan boleh dibeli dengan mudah melalui Kedai Peralatan dalam medan pertempuran.

b.  Menyelaraskan interaksi perubahan peralatan di ruang muka persiapan pertempuran untuk membolehkan menukar beberapa item peralatan pada satu masa.

c.  Menambah pilihan penapis daripada Wira yang dimiliki ke dalam senarai Pemilihan Wira di ruang muka persiapan pertempuran.

2. Menyelaraskan syarat Skor Kredit sehingga 60 untuk memasuki Mod Arked.

3. Skor Kredit tak boleh dipulihkan dengan bermain Mod Magic Chess.






Mobile Legends: Bang Bang
You have to log in before you can reply Login | Register now.

Points Rules

Mobile Phone Version|Dark Room|Mobile Legends: Bang Bang Official Forum

2021-3-6 06:10 PM GMT+8

Powered by Discuz! X3.4

© 2001-2013 Comsenz Inc.

Quick Reply To Top Return to the list