Mobile Legends: Bang Bang

 Forgot password?
 Register now.
View: 79|Reply: 0
Collapse the left

[Kemaskini] NOTA PATCH 1.5.40 (Advanced Server)

[Copy link]
Post time 2020-12-18 12:33 PM | Show all posts |Read mode

Sign up now, Make more friends, Enjoy with more features, Let you easily Fun Community.

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Dari Para Pereka:

Magic Chess kini berusia satu tahun!
Sepanjang tahun lalu, pereka kami telah belajar banyak daripada penyelarasan musiman, dan kami telah menyiapkan musim baharu, Magic Chess: Blazing, Hammer.


I. Penyelarasan Wira

[Moskov] (↑)

Pasif (↑)
Kerosakan Penembusan daripada Serangan Asas: 0.54-1.1 → 0.68-1.1.
Kerosakan Penembusan selepas Teknik 1 dilancarkan: 0.64-1.2 → 0.78-1.2.

Muktamad (Diubahsuai)
Moskov membuang Spear of Destruction setelah menyalakan kuasa tidak lama lagi, memberikan Kerosakan Fizikal kepada musuh sepanjang garis lurus.  Tombak itu hilang ketika memukul pahlawan musuh, memberikan Kerosakan Fizikal yang lebih tinggi kepada musuh di belakang mereka.

[Argus Diubahsuai] (~)

Argus nampak agak lemah sebelum mencapai Lv.4, Oleh itu, kami telah menyelaraskan Atribut yang ditawarkan oleh Muktamad dirinya untuk boleh diberikan kepadanya lebih awal.  Selain itu, kami telah meningkatkan Kelajuan Janaan Tenaga yang membolehkan Serangan Asas dirinya yang lebih baik boleh dicetuskan lebih kerap juga.  Untuk mengimbangkan kesannya, kami sikit mengurangkan kerosakan dan Janaan HP dirinya.

Atribut (↑)
Serangan Fizikal Asas: 104 → 119.

Pasif (~)
Kelajuan Janaan Tenaga sebahagian besarnya ditingkatkan.
Serangan Fizikal Tambahan bagi setiap Serangan Asas yang dipertingkatkan: 60% → 50%.
Janaan HP Asas: 60 → 50.

Muktamad (↓)
Serangan Fizikal yang ditawarkan oleh Muktamad: 25-45 → 10-30.

[Paquito] (~)

Paquito nampaknya begitu melulu.  Tak mudah baginya untuk menyerang sasaran, tetapi selepas dia mengambil kesempatan dia boleh menyerang musuh dengan pantas kepada musuh dengan HP yang rendah guna kombo teknik dirinya, terutama di awal permainan.  Oleh itu, kami mengurangkan Kerosakan Teknik 2 dirinya bagi setiap pelancaran dan masa cooldown.

Serangan Asas (↑)
Kerosakan bagi setiap Serangan Asas: 80% → 90%.

Teknik 1 (↑)
Cooldown: 10-8s → 8-6s.

Teknik 2 (↑)
Kerosakan Asas: 300-750 → 250-600.
Kerosakan Asas yang Ditingkatkan: 510-1275 → 400-960.
Cooldown: 7-4.5s → 6-4.5s.

[Brody] (~)

Melalui penyelarasan yang sebelumnya, kami telah meningkatkan pengalaman pemain di awal dan lewat permainan ketika guna Brody.  Kini, kami akan menangani masalah mengenai Serangan Asas dirinya.

Dengan mekanisme Serangan Asas yang unik, Brody tak dihalang oleh pelancaran Serangan Asas yang lamban, kerana Kerosakan yang diakibatkan sangat tinggi daripada serangan tunggal  di awal permainan dan Serangan Krit di lewat permainan.  Oleh itu, prestasi dirinya selalu menjadi terlalu berkuasa secara mengejutkan.  Kami telah mengurangkan Kerosakan Serangan Asas dirinya di awal permainan dan Serangan Krit di lewat permainan dengan penyelarasan di bawah ini.  Sebagai ganti rugi, Kerosakan Serangan Asas dirinya yang wajar di pertengahan permainan tengah telah ditingkatkan, yang boleh bertahan untuk masa yang agak lama.  Kami akan terus memerhatikan prestasinya di dalam Advanced Server.

Serangan Asas (~)
Kerosakan: 200% Serangan Fizikal + 130% Serangan Fizikal + 30 * Level (bahagian kerosakan yang menimbang dengan level tak boleh menjadi kritikal)



II. Wira Percuma Mingguan & Skin Baharu

1. Skin Baharu Fanny [Christmas Carnival] bakal tersedia di dalam acara "Christmas Carnival's Call" yang bermula pada 24hb Disember (Masa Server).

2. Wira Percuma:
Masa Server 18/12/2020 05:01:00 sehingga 25/12/2020 05:00:00

8 Wira Percuma: Wanwan, Aldous, Chou, Angela, Estes, Terizla, Clint, Ling.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Martis, Harith, Leomord, Vale, Lunox, Khufra.



III. Penyelarasan Medan Pertempuran

1. Penerangan untuk lorong di dalam medan pertempuran kini tak bakal kena set-kan semula pada setiap perlawanan.  Ianya dihidupkan secara automatik,  Anda boleh menghidupkan atau mematikannya melalui peta mini pada skrin semasa Pemilihan Wira.



IV. Fungsi Sistem

1. Mengoptimakan kriteria hukuman bagi pelanggaran Prestasi Buruk Ringan, untuk mengelakkan salah sangka sebanyak mungkin.

2. Mengoptimakan paparan Kadar Menang dalam Draft Pick.

3. Mengoptimakan peraturan yang menyekat penggunaan Wira Baharu yang dimainkan kurang dari dua kali dalam Draft Pick.



V. Pembaikan Pepijat

1. Membaiki masalah di mana penggunaan Mantera "Arrival" tak boleh meningkatkan Kelajuan Pergerakan Wira.

2. Membaiki masalah yang menyebabkan Mantera "Flicker" tak tersedia semasa Lolita sedang meng-caj Muktamad dirinya.  Mengeluarkan tanda sekatan pada "Flicker".

3. Membaiki masalah yang menyebabkan Kimmy tak boleh menukar arah sesekali selepas mengetuk Serangan Asas.

4. Membaiki masalah daripada Paparan Kesan khas di atas kepala Creep.

5. Membaiki masalah di mana Wira bergerak tak wajar selepas guna Mantera "Flicker" dalam beberapa kes tertentu.

6. Membaiki masalah di mana Wira dengan kekebalan kawalan bergerak tak wajar apabila Jawhead sepasukannya melancarkan Teknik 2 ke arah mereka

7. Membaiki masalah daripada getaran skrin untuk Wira yang dihantam ke belakang oleh Teknik 1 Badang.

8. Membaiki masalah di mana Moskov tak boleh guna Teknik 2 dirinya kepada Lord.

9. Membaiki masalah yang menyebabkan Kerosakan tak wajar daripada Teknik 1 Nana kepada sasaran pertama yang diserang.

10. Membaiki masalah yang menetapkan semula cooldown daripada Teknik 2 Layla selepas Muktamad dirinya dibuka.

11. Membaiki masalah yang menyebabkan peningkatan Kelajuan Pergerakan Minion yang tak wajar selepas pertempuran berlangsung selama 9 minit.  Kini, ia boleh menimbang seperti biasa dengan masa.

12. Membaiki masalah di mana Teknik masih terdapati cooldown selepas Wira mati dengan Teknik yang tak berjaya dilancarkan.

13. Membaiki Paparan ikon Creep yang tak wajar di dalam peta mini selepas penyambungan semula.

14. Membaiki masalah mengenai ketidakkonsistenan antara perihalan beberapa Creep dalam "Gambaran Keseluruhan Pertempuran" dan prestasi sebenar mereka di medan pertempuran.

15. Membaiki masalah di mana tetapan Wira Kegemaran tak berlaku dalam masa sebenar.

16. Membaiki masalah di mana muzik latar pada ruang muka MCL tak boleh berhenti selepas kembali ke pada ruang muka utama.






Mobile Legends: Bang Bang
You have to log in before you can reply Login | Register now.

Points Rules

Mobile Phone Version|Dark Room|Mobile Legends: Bang Bang Official Forum

2021-3-6 08:09 PM GMT+8

Powered by Discuz! X3.4

© 2001-2013 Comsenz Inc.

Quick Reply To Top Return to the list