Mobile Legends: Bang Bang

 Forgot password?
 Register now.
View: 81|Reply: 0
Collapse the left

[Kemaskini] NOTA PATCH 1.5.38 (Original Server)

[Copy link]
Post time 2020-12-15 07:45 PM | Show all posts |Read mode

Sign up now, Make more friends, Enjoy with more features, Let you easily Fun Community.

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Dari Para Pereka:

Krismas 2020 bakal tiba tak lama lagi!  Oleh itu, Kami telah menyediakan peta khas yang baharu "Christmas Land" untuk anda!  Untuk bahagian dalam peta ini, kami guna rekaan bentuk latar belakang gelap untuk suasana malam yang sama dengan peta "Halloween Carnival" yang lepas, dengan tambahan hiasan seperti sarung tangan, kotak hadiah, gula-gula, orang salji, dan banyak lagi untuk membuatkannya lebih berasa Krismas yang sebenar!  Selain itu, kami juga telah menghiasi Menara dan Pangkalan di dalam peta ini untuk mewujudkan suasana Krismas
  Peta baharu ini akan tersedia bermula 15hb sehingga 31hb Disember!


I. Penyelarasan Wira

Dalam patch ini, kami telah membuatkan penyelarasan terhadap beberapa Wira dengan kadar sekatan dan pilihan tertinggi dalam Mod Ranked dan Kejohanan baru-baru ini.  Kami akan melancarkan penyelarasan kepada beberapa Wira, termasuk Brody di patch seterusnya yang berasaskan perbincangan dan analisis lebih lanjut.  Selain itu, kami telah membuatkan pengoptimaan kepada banyak Wira yang jarang dipilih oleh pemain dalam Mod Ranked, dengan harapan ia boleh membawa lebih banyak pilihan barisan pemain yang tersedia.
Kami juga telah menyelaraskan Menara, Monster Buff, dan Turtle, untuk pengalaman permainan awal dan pertengahan yang lebih baik ketika bermain jungle atau di lorong.
Sila Nikmati patch baharu ini!

Kami Guna tanda (→) untuk menunjukkan Perubahan.

Kami Guna tanda (↑), (↓), (~) untuk menunjukkan Dipertingkatkan, Diperlemahkan, dan Diselaraskan.

Dalam patch ini, kami juga telah membuatkan penyelarasan yang signifikan terhadap Wira-wira berikut: Alpha, Harley, Carmilla, Belerick, Clint, Benedetta, Barats, Lunox.

[Alpha] (↑)

Prestasi Alpha dalam pertempuran masih tak mendapatkan perhatian walaupun selepas menerima penyelarasan pada patch sebelumnya.  Berasaskan pemerhatian kami, kami telah memutuskan untuk mengurangkan cooldown secara drastik bagi semua teknik dirinya, baik untuk meningkatkan permainannya dan menjadikan Pasifnya boleh dicetuskan lebih kerap.  Sudah tentu, untuk mengekalkan keseimbangan, kami juga sikit melemahkan kesan teknik dirinya untuk kegunaan tunggal.

Pasif (↑)
Kesan Baharu: Serangan berterusan bakal memperlahankan sasaran sebanyak 90% setiap kali, selama 0.2s.

Teknik 1 (↑)
Kerosakan Asas Tebasan: 210-310 → 200-300.
Kerosakan Asas daripada Serangan Beta: 90-165 → 100-150.
Kesan Perlahan: 70% selama 2s → 40% selama 1s.
Cooldown: 7-4s → 4s.
Kos Mana: 60 → 50.

Teknik 2 (↑)
Kerosakan Asas daripada Serangan: 160-460 → 250-400.
Bilangan Kerosakan Fizikal Tambahan daripada Serangan: 170% → 100%.
Kerosakan Asas daripada Serangan Beta: 90-165 → 75-120.
Janaan HP Asas: 150-300 → 125-200.
Bilangan Janaan HP: 40% daripada Kuasa Magik → 30% daripada Kerosakan Fizikal.
Cooldown: 6s → 6-4s.

Muktamad (↑)
Cooldown: 24-20s → 20-12s
Tempoh Pegun: 1.3s → 1s.

[Harley] (↑)

Dia jarang dimainkan masa ini.  Oleh itu, kami telah mengurangkan cooldown Teknik 1 dan menambahkan kesan baharu pada Pasif dirinya untuk meningkatkan kerosakan ketika Teknik Muktamad tak tersedia lagi.  Selain itu, kami meningkatkan sikit cooldown Muktamadnya untuk menahan serangannya kepada musuh ketika kerosakan ditingkatkan.

Pasif (↑)
Kesan Baharu: Mengurangkan 2 Pertahanan Magik daripada setiap sasaran yang disasarkan selama 3s, yang dihadkan pada 15 timbunan.

Teknik 1 (↑)
Cooldown: 7s → 6s.

Muktamad (↓)
Cooldown: 32-24s → 36-30s.

Membaiki masalah di mana kerosakan daripada Teknik 1 sikit berkurangan semasa guna Muktamad.

[Carmilla] (~)

Pelancaran daripada Teknik Muktamad Carmilla menyukarkan dirinya untuk memukul musuh lebih pantas daripada lawan dan kerosakan yang dapat ditularkan tak boleh dimaksimakan selepas guna Teknik 2.  Oleh itu, kami telah menyelaraskan pelancaran Muktamad dirinya berasaskan maklum balas pemain.  Selain itu, kami juga menyelaraskan julatan teknik dirinya untuk memperkuat kuasanya dalam pertempuran dekat.

Teknik 2 (↓)
Julat Pelancaran dikurangkan sebanyak 50%.

Muktamad (↑)
Julat Pelancaran dikurangkan sebanyak 10%.
Arah: Manual → Tujuan automatik.

[Cecilion & Carmilla] (~)

Kami menjangkakan lebih banyak interaksi dalam pasangan ini.

Teknik Khas (~)
Cooldown: 45s → 20s.
Kerosakan dan Perisai: 400+40 * Level → 200+20 * Level.
Kesan Perlahan: 60% → 30%.

[Belerick] (↑)

Pada masa ini kebanyakan Wira Tank hanya boleh berkeliaran untuk menyokong pasukan mereka sahaja, tetapi mereka kena dimainkan dengan lebih fleksibel, bahkan di Lorong Exp dan Jungle, untuk mempelbagaikan barisan pemain yang ada.  Kali ini, kami mengikuti penyelarasan yang kami lakukan kepada Wira Tank pada pertengahan tahun ini dan berupaya untuk membuatkan Belerick boleh mendapat lebih banyak faedah daripada peralatan.  Kami akan terus memerhatikan pengaruh penyelarasan berikut ini dan mengubah beberapa Wira Tank yang lain dengan bersesuaian.

Atribut (↓)
Pertumbuhan HP: 245 → 205.

Pasif (↑)
Peningkatan HP yang diperolehi daripada item peralatan: 15% → 40%.
Refleksi Kerosakan: 120-260 + 0.8% daripada HP Maks → 100-170 + 2% daripada HP Maksima.

Teknik 1 (↑)
Kerosakan Tambahan kepada Minion: 50% → 80%.

[Clint] (↑)

Prestasi Clint tak melampaui jangkaan kami, kerana ia terlalu lama untuk mengerahkan kuasanya dan kebarangkalian kematiannya lebih tinggi daripada prestasi Marksman yang serupa.  Oleh itu, kami telah membuatkan penyelarasan terhadap keupayaan bertahan dan bertempurnya di awal dan pertengahan permainan.

Teknik 1 (↑)
Kerosakan Asas: 200-400 → 250-450.
Kos Mana: 80-105 → 60-85.

Teknik 2 (↑)
Cooldown: 12-9.5s → 10-8s.
Pengurangan Cooldown apabila terkena musuh: 50% → 40%.

[Benedetta] (~)

Kami nampak bahawa prestasi Benedetta sangat berbeza dari pemain kepada pemain lain dan kuasanya secara tak dijangka terlalu hebat di awal dan pertengahan permainan.  Oleh itu, kami telah membuatkan pengoptimaan kepada dirinya.

Pasif (↓)
Kerosakan Serangan Asas yang Ditingkatkan: 100+Bilangan Serangan Fizikal*220% → 50+Bilangan Serangan Fizikal*200%.
Kerosakan kepada Creep and Minion: 30% → 40%.

Teknik 1 (~)
Masa Pelancaran dikurangkan.
Kerosakan Asas daripada Bayangan: 300-500 → 200-400.
Kerosakan Asas daripada Tebasan: 180-300 → 100-220.

Teknik 2 (↑)
Benedetta bakal memperoleh Sword Intent selepas berjaya menyekat kerosakan.

[Barats] (↓)

Selepas patch sebelumnya, jelas, Barats boleh bertahan dengan Pasif yang sangat lama lebih lama.  Namun, keupayaan dirinya secara keseluruhan agak melebihi jangkaan kami.  Oleh itu, kami telah melemahkan beberapa Atributnya.

Atribut (↓)
HP Asas: 2709 → 2559.
Pertumbuhan HP: 249 → 229.

Pasif (~)
Timbunan daripada Big Guy berkurang secara beransur-ansur dan tak diset semula sekaligus, dengan pertahanan yang disediakan oleh setiap timbunan dikurangkan.

Muktamad (↓)
Masa pelancaran ditingkatkan sebanyak 60%.
Cooldown: 42-30s → 50-40s.

[Lunox] (↓)

Pada masa ini, prestasi Lunox telah melebihi jangkaan kami dalam Mod Ranked dan Kejohanan dengan kerosakan yang tinggi walaupun sebagai Roamer.  Oleh itu, Kami telah membuatkan penyelarasan untuk menghubungkan kerosakannya yang hebat dengan kebolehan farming dan membolehkannya melakukan jungling dengan lebih cekap.

Teknik 1 - "Chaos" (↓)
Kerosakan Asas: 240-340 → 200-300.
Bonus Kuasa Magik: 120% → 130%.
Bonus Kerosakan: 2%-4.5% → 1.5%-3.5% daripada HP musuh, yang kini juga berlaku apabila menyerang creep.

Muktamad - "Chaos" (↓)
Cooldown: 18-14s → 25-15s.

[Bruno] (↑)

Dalam patch yang lepas, kekuasaan daripada kebanyakan Marksmen pada awal permainan telah diselaraskan dengan baik.  Namun, kerana keupayaan permainan pertengahan dan lewat mereka yang kurang memuaskan, prestasi mereka masih tak diingini, termasuk Bruno.  Oleh itu, kami mengembalikan perubahan yang kami buatkan kepada dirinya.

Pasif (↑)
Nisbah Kelajuan Serangan Tambahan: 50% → 80%.

[Jawhead] (↓)

Jawhead mempunyai kerosakan pecah tinggi dan keupayaan yang hebat untuk mengakibatkan kerosakan di awal permainan.  Oleh itu, kami telah menyelaraskan nisbah Perisai dirinya untuk melemahkan keupayaannya untuk mengakibatkan kerosakan.

Teknik 2 (↓)
Perisai Asas: 600-1000 → 350-800.
Bilangan Bonus Serangan Fizikal: 100% → 140%.

[Alice] (↓)

Alice nampaknya semakin hebat ketika pemain menguasai mekanisme Wira ini, jadi kami telah membuatkan beberapa penyelarasan terhadap nilai asas Muktamad dirinya.

Muktamad (↓)
Kerosakan Asas: 140-180 → 120-160.
Janaan HP: 70-80 → 60-80.
Kos Mana: 50-100 → 50-90.

[Ling] (↓)

Ling memiliki keupayaan yang tak ada tandingannya untuk membunuh pada pertengahan dan lewat permainan, jadi kami telah meningkatkan Kos Tenaga untuk membuatkan dirinya lebih berhati-hati dalam guna teknik.

Teknik 1 (↓)
Kos Tenaga: 35-25 → 35.

Teknik 2 (↓)
Kos Tenaga: 40-30 → 40.

[Estes] (↑)

Teknik 1 (↑)
Kesan Baharu: Kelajuan Pergerakan meningkat sebanyak 15% apabila berhubung dengan rakan sepasukan.
Membaiki masalah Penunjuk Teknik daripada Teknik 1 yang ditingkatkan.

[Rafaela] (↑)

Teknik 2 (↑)
Peningkatan Kelajuan Pergerakan: 1s → 1.5s.

[Hilda] (↓)

Pasif (↓)
Perisai yang diperolehi ketika memasuki semak: 20% → 15% daripada HP Maksima.

[Lancelot] (↓)

Pasif (↓)
Peningkatan Kerosakan bagi setiap caj: 10% → 7.5%, dengan had tak berubah.

[Harith] (↓)

Teknik 2 (↓)
Perisai Asas: 150-350 → 150-300.
Bilangan Bonus Kuasa Magik: 150% → 120%.

[Selena] (↓)

Teknik 1 - "Abyssal" (↓)
Kerosakan Asas daripada Kerosakan Tambahan Serangan Asas seterusnya: 300-400 → 200-350.
Bilangan Bonus Kuasa Magik: 110% → 130%.

[Pharsa] (↓)

Muktamad (↓)
Cooldown: 28-22s → 36-28s.



II. Wira Percuma Mingguan & Skin Baharu

1. Skin Baharu Benedetta [Street Blow] ialah Skin Starlight Eksklusif Bulan Januari yang bakal tersedia bermula pada 1hb Januari (Masa Server).

2. Skin Collector Baharu Valir [Demonlord] bakal tersedia di dalam Pertunjukkan Epic dalam kedai yang bermula pada 5hb Januari (Masa Server).

3. [Magic Chess] Little Commander Baharu & Skin-nya pada 15hb Disember (Masa Server).

Little Commander Baharu [Bersi] bakal tersedia bermula pada 15hb Disember (Masa Server).  499 Berlian.  24,000 BP.  DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

Skin Little Commander Baharu Bersi [Nether Bersi] bakal tersedia bermula pada 15hb Disember (Masa Server).  269 Berlian.  DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

Little Commander Baharu [Bersi] dan Skin-nya [Nether Bersi] bakal dipakejkan dan tersedia bermula pada 15hb Disember (Masa Server).  DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran

4. Penyelarasan di dalam Kedai Fragment pada 16hb Disember (Masa Server).

a. Kedai Fragment Skin Langka

Bakal tersedia: Aldous "The Insentient", Clint "Rock and Roll", Karina "Black Pearl", Freya "Dragon Hunter", Layla "Bunny Babe", Argus "Dark Draconic".

Bakal dikeluarkan: Grock "Iceland Golem", Kaja "Kaminari", Kimmy "Bio Frontier", Cyclops "Deep Sea Rescuer", Alucard "Viscount", Valir "Pale Flame".

b. Kedai Fragment Wira

Bakal tersedia: Chou, Fanny, Guinevere, Benedetta, Valir, Vale.

Bakal dikeluarkan: Rafaela, Franco, Yi Sun-shin, X.Borg, Claude, Esmeralda.

5. Wira Percuma
Masa Server 18/12/2020 05:01:00 sehingga 25/12/2020 05:00:00

8 Wira Percuma: Wanwan, Aldous, Chou, Angela, Estes, Terizla, Clint, Ling.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Martis, Harith, Leomord, Vale, Lunox, Khufra.

Masa Server 25/12/2020 05:01:00 sehingga 1/1/2021 05:00:00

8 Wira Percuma: Cecilion, Yi Sun-shin, Fanny, Lapu-Lapu, Guinevere, Ruby, Vale, Bruno.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Karrie, Luo Yi, Zhask, Atlas, Gusion, Hylos.

Masa Server 1/1/2021 05:01:00 sehingga 8/1/2021 05:00:00

8 Wira Percuma: Gatotkaca, Cyclops, Lunox, Lesley, Harley, Moskov, Badang, Alice.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Baxia, Terizla, Benedetta, Valir, Hayabusa, Wanwan.

Masa Server 8/1/2021 05:01:00 sehingga 15/1/2021 05:00:00

8 Wira Percuma: Bane, Atlas, Akai, Harley, Kimmy, Martis, Kadita, Khufra.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Alucard, Pharsa, Vexana, Vale, Esmeralda, Ling.



III. Penyelarasan Pertempuran

[Peralatan]

Kami telah mengoptimakan ikon item peralatan "Divine Glaive", "Arcane Boots", dan "Rose Gold Meteor", mengikut maklum balas pemain.  Lebih banyak ikon item peralatan bakal dioptimumkan pada pembaharuan seterusnya.

[Menara]

Kami selalu mendapati maklum balas pemain berkenaan pertahanan Menara yang tak mencukupi.  Banyak yang mengatakan bahawa mereka dengan senang dibunuh walaupun dalam julat Menara sekutu.  Berasaskan sebilangan besar data dan cadangan, kami memutuskan untuk memberikan pertahanan yang lebih baik kepada Wira dengan perisai tenaga.  Ianya boleh melindungi Wira tanpa kelebihan di awal permainan dan memberi ruang kepada musuh untuk melakukan penyelaman menara.  Kami bakal memerhatikan kesan penyelarasan ini dan menimbang kemungkinan kemas kini dengan lebih baik.

1. Menara Luar
Kesan Baharu: Apabila perisai tenaga aktif, kerosakan yang diterima oleh Wira sekutu berhampiram bakal dikurangkan sebanyak 10%.

2. Apabila menara dimusnahkan dalam 8 minit pertama, Menara seterusnya pada lorong yang sama akan memperoleh peningkatan Pertahanan Apabila menara dimusnahkan dalam 9 minit pertama, Menara seterusnya pada lorong yang sama akan memperoleh peningkatan Pertahanan.

[Creeps]

Kami memerhatikan bahawa, disebabkan oleh tempoh dan selang masa buff, Wira Jungler selalu mendapati diri mereka terbiar ketika bermain jungle.  Selain itu, apabila pihak yang kekurangan kehilangan buff, keadaan mereka akan bertambah buruk untuk masa yang lama.  Oleh itu, kami berusaha untuk membuatkan penyelarasan yang tepat terhadap tempoh dan selang masa buff.  Kami akan memerhatikan kesan penyelarasan ini dan menimbang kemungkinan kemaskini yang lebih baik.

Tempoh Buff daripada "Soul of Wind" dan buff "Soul of Lava": 120s → 75s.

1. Fiend
Selang Kemunculan: 120s → 90s.
Masa Kemunculan: 30s → 25s.
Pertumbuhan Pertahanan Fizikal dan Magik dalam seminit: 5 → 2.
Pertumbuhan Exp: 5 → 2.5.
Emas Asas: 43 → 32.
Pertumbuhan Emas: 1.43 → 1.07.

2. Serpent (Besar)
Selang Kemunculan: 120s → 90s.
Masa Kemunculan: 30s → 25s.
Pertumbuhan Pertahanan Fizikal dan Magik dalam seminit: 5 → 2.
Pertumbuhan Exp: 5 → 2.5.
Emas Asas: 38 → 28.
Pertumbuhan Emas: 1.43 → 1.07.

3. Serpent (Kecik)
Selang Kemunculan: 120s → 90s.
Masa Kemunculan: 30s → 25s.
Exp Asas: 86 → 78.
Pertumbuhan Exp: 2 → 0.8.
Emas Asas: 8 → 6.
Pertumbuhan Emas: 0.21 → 0.15.

4. Minion
Kelajuan Pergerakan Permulaan daripada Minion Lorong Tengah dikurangkan sebanyak 6%.

[Medan Pertempuran]

1. Turtle
Kami telah membuatkan penyelarasan terhadap masa penjelmaan Turtle, sehingga boleh memberi lebih banyak kelebihan kepada Wira Jungler dan Wira di Exp Lane/Middle Lane ketika mengambil Turtle.  Sebagai tambahan, bilangan Turtle dinaikkan.  Juga, kami telah meningkatkan pertahanan Turtle untuk membatasi sumber daya netral yang diperolehi bagi pasukan dengan kelebihan dan keupayaan mereka untuk membunuh Turtle.

Masa Kemunculan Turtle: 180s → 120s.
Maksima Turtle dalam setiap permainan: 3 → 4.
Pertahanan Fizikal dan Magik: 37 → 80.

2. Meningkatkan bonus Emas bagi pasukan daripada membunuh musuh dengan nilai teruk tinggi sebanyak 33%.

3. Mengoptimakan paparan bahagian Bar HP untuk pengiraan kerosakan yang lebih mudah.  Setiap bahagian Bar HP mewakili 1,000 HP untuk Wira dan Creep, sedangkan 2.000 HP untuk Turtle and Lord.

4. Mengoptimakan kesan paparan Teknik daripada Skin Baharu Jawhead "Samurai Mech".



IV. Fungsi & Acara Baharu

1. [Mod Ranked]

a.  S18 bakal tamat pada 23:59:59 pada 18hb Disember 2020 (Masa Server).

b.  Pemain yang mencapai peringkat Master atau yang lebih tinggi akan diberikan ganjaran Skin Rafaela "Star Chaser".

2. [Kejohanan]

Menambah pautan ke laman MPL tempatan.



V. Penyelarasan Sistem

1. Mengoptimakan mekanik masa tamat untuk "Main Lagi".

2. Menambahkan panduan untuk menutup siaran langsung di dalam lobi pada grafik Smooth.

3. Menambah ciri Rekap Musim ketika tamat musim.
a.  Prestasi dalam Mod Ranked
b.  Prestasi Wira Kegemaran
c.  Statistik Perlawanan

4. Menambahkan pintu masuk ke Rekap Musim di dalam lobi Mod Ranked, yang memaparkan prestasi pemain dalam Mod Ranked dari S18.

5. Pemain yang telah diredam dari medan pertempuran tak boleh menghantar mesej di Public Chat atau orang asing.

6. Menambahkan notis menukar suar suara untuk pemain Arab yang belum menghidupkan suar suara Arab.

7. [Mod Ranked]
Menambah mod padanan baharu pada fasa awal musim, yang berasaskan kepada peringkat tertinggi yang dicapai oleh pemain.

a.  Ini boleh diguna bersama dengan mod pedanan semasa.  Tuan rumah lobi boleh memilih untuk guna ianya atau tak.

b.  Mod ini hanya tersedia apabila semua pemain di dalam lobi pernah mencapai peringkat Mythic dan semasa berada di peringkat Epic atau lebih tinggi.

c.  Mod ini akan tersedia secara beransur-ansur selepas kemaskini.

8. [Mod Classic]
Mengoptimakan algoritma sistem padanan untuk meningkatkan ketepatan padanan dalam Mod Classic.

9. [Pembaharuan Sumber]
Menukar label pada Skin Eksklusif Pertunjukkan Epic iaitu "Epic" kepada "COLLECTOR".






Mobile Legends: Bang Bang
You have to log in before you can reply Login | Register now.

Points Rules

Mobile Phone Version|Dark Room|Mobile Legends: Bang Bang Official Forum

2021-3-9 01:12 PM GMT+8

Powered by Discuz! X3.4

© 2001-2013 Comsenz Inc.

Quick Reply To Top Return to the list