Mobile Legends: Bang Bang

 Forgot password?
 Register now.
View: 77|Reply: 0
Collapse the left

[Kemaskini] NOTA PATCH 1.5.38 (Advanced Server)

[Copy link]
Post time 2020-12-10 07:27 PM | Show all posts |Read mode

Sign up now, Make more friends, Enjoy with more features, Let you easily Fun Community.

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

I. Penyelarasan Wira

Guna tanda (→) untuk menunjukkan Perubahan.

Guna tanda (↑), (↓), (~) untuk menunjukkan Dipertingkatkan, Diperlemahkan, dan Diselaraskan.

[Clint] (↑)

Prestasi Clint tak melampaui jangkaan kami, kerana ia terlalu lama untuk mengerahkan kuasanya dan kebarangkalian kematiannya lebih tinggi daripada prestasi Marksman yang serupa.  Oleh itu, kami telah membuatkan penyelarasan terhadap keupayaan bertahan dan bertempurnya di awal dan pertengahan permainan.

Teknik 1 (↑)
Kerosakan Asas: 200-400 → 250-450.
Kos Mana: 80-105 → 60-85.

Teknik 2 (↑)
Cooldown: 12-9.5s → 10-8s.
Pengurangan Cooldown apabila terkena musuh: 50% → 40%.

[Benedetta] (~)

Kami nampak bahawa prestasi Benedetta sangat berbeza dari pemain kepada pemain lain dan kuasanya secara tak dijangka terlalu hebat di awal dan pertengahan permainan.  Oleh itu, kami telah membuatkan pengoptimaan kepada dirinya.

Teknik 1 (~)
Masa Pelancaran dikurangkan.
Kerosakan Asas daripada Bayangan: 300-500 → 200-400.
Kerosakan Asas daripada Tebasan: 180-300 → 100-220.

Teknik 2 (↑)
Benedetta bakal memperoleh Sword Intent selepas berjaya menyekat kerosakan.

Pasif (↓)
Kerosakan Serangan Asas yang Ditingkatkan: 100+Bilangan Serangan Fizikal*220% → 50+Bilangan Serangan Fizikal*200%.
Kerosakan kepada Creep and Minion: 30% → 40%.

[Barats] (↓)

Selepas patch sebelumnya, jelas, Barats boleh bertahan dengan Pasif yang sangat lama lebih lama.  Namun, keupayaan dirinya secara keseluruhan agak melebihi jangkaan kami.  Oleh itu, kami telah melemahkan beberapa Atributnya.

Atribut (↓)
HP Asas: 2709 → 2559.
Pertumbuhan HP: 249 → 229.

Muktamad (↓)
Cooldown: 42-30s → 50-40s.

[Lunox] (↓)

Pada masa ini, prestasi Lunox telah melebihi jangkaan kami dalam Mod Ranked dan Kejohanan dengan kerosakan yang tinggi walaupun sebagai Roamer.  Oleh itu, Kami telah membuatkan penyelarasan untuk menghubungkan kerosakannya yang hebat dengan kebolehan farming dan membolehkannya melakukan jungling dengan lebih cekap.

Teknik 1 - "Chaos" (↓)
Kerosakan Asas: 240-340 → 200-300.
Bonus Kuasa Magik: 120% → 130%.
Bonus Kerosakan: 2%-4.5% → 1.5%-3.5% daripada HP musuh, yang kini juga berlaku apabila menyerang creep.

Muktamad - "Chaos" (↓)
Cooldown: 18-14s → 25-15s.

[Jawhead] (↓)

Jawhead mempunyai kerosakan pecah tinggi dan keupayaan yang hebat untuk mengakibatkan kerosakan di awal permainan.  Oleh itu, kami telah menyelaraskan nisbah Perisai dirinya untuk melemahkan keupayaannya untuk mengakibatkan kerosakan.

Teknik 2 (↓)
Perisai Asas: 600-1000 → 350-800.
Bilangan Bonus Serangan Fizikal: 100% → 140%.

[Alice] (↓)

Alice nampaknya semakin hebat ketika pemain menguasai mekanisme Wira ini, jadi kami telah membuatkan beberapa penyelarasan terhadap nilai asas Muktamad dirinya.

Muktamad (↓)
Kerosakan Asas: 140-180 → 120-160.
Janaan HP: 70-80 → 60-80.
Kos Mana: 50-100 → 50-90.

[Ling] (↓)

Teknik 1 (↓)
Kos Tenaga: 35-25 → 35.

[Estes] (↑)

Teknik 1 (↑)
Kesan Baharu: Kelajuan Pergerakan meningkat sebanyak 15% apabila berhubung dengan rakan sepasukan.
Membaiki masalah Penunjuk Teknik daripada Teknik 1 yang ditingkatkan.

[Hilda] (↓)

Pasif (↓)
Perisai yang diperolehi ketika memasuki semak: 20% → 15% daripada HP Maksima.

[Harith] (↓)

Teknik 2 (↓)
Perisai Asas: 150-350 → 150-300.
Bilangan Bonus Kuasa Magik: 150% → 120%.

[Selena] (↓)

Teknik 1 - "Abyssal" (↓)
Kerosakan Asas daripada Kerosakan Tambahan Serangan Asas seterusnya: 300-400 → 200-350.
Bilangan Bonus Kuasa Magik: 110% → 130%.

[Pharsa] (↓)

Muktamad (↓)
Cooldown: 28-22s → 36-28s.



II. Wira Percuma Mingguan & Skin Baharu

1. Skin Baharu Benedetta [Street Blow] ialah Skin Starlight Eksklusif Bulan Januari yang bakal tersedia bermula pada 1 Januari (Masa Server).

2. Skin Epic Baharu Valir [Demonlord] bakal tersedia di Pertunjukkan Epic dalam kedai yang bermula pada 5 Januari (Masa Server).

3. [Magic Chess] Little Commander Baharu & Skin-nya pada 15 Disember (Masa Server).

Little Commander Baharu [Bersi] bakal tersedia bermula pada 15 Disember (Masa Server).  499 Berlian.  24,000 BP.  DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

Skin Little Commander Baharu Bersi [Nether Bersi] bakal tersedia bermula pada 15 Disember (Masa Server).  269 Berlian.  DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

Little Commander Baharu [Bersi] dan Skin-nya [Nether Bersi] bakal dipakejkan dan tersedia bermula pada 15 Disember (Masa Server).  DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

4. Penyelarasan di dalam Kedai Fragment pada 16 Disember (Masa Server).

a. Kedai Fragment Skin Langka

Bakal tersedia: Aldous "The Insentient", Clint "Rock and Roll", Karina "Black Pearl", Freya "Dragon Hunter", Layla "Bunny Babe", Argus "Dark Draconic".

Bakal dikeluarkan: Grock "Iceland Golem", Kaja "Kaminari", Kimmy "Bio Frontier", Cyclops "Deep Sea Rescuer", Alucard "Viscount", Valir "Pale Flame".

b. Kedai Fragment Wira

Bakal tersedia: Chou, Fanny, Guinevere, Benedetta, Valir, Vale.

Bakal dikeluarkan: Rafaela, Franco, Yi Sun-shin, X.Borg, Claude, Esmeralda.

4. Wira Percuma:
Masa Server 11/12/2020 05:01:00 sehingga 18/12/2020 05:00:00

8 Wira Percuma: Vexana, Jawhead, Zhask, Irithel, Claude, Martis, Minsitthar, Cecilion.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Yu Zhong, Gatotkaca, Kagura, Estes, Kadita, Bane.



III. Penyelarasan Medan Pertempuran

1. Peralatan
Kami telah mengoptimakan ikon item peralatan "Divine Glaive", "Arcane Boots", dan "Rose Gold Meteor", mengikut maklum balas pemain.  Lebih banyak ikon item peralatan bakal dioptimumkan pada pembaharuan seterusnya.

2. Menara
Kami selalu mendapati maklum balas pemain berkenaan pertahanan Menara yang tak mencukupi.  Banyak yang mengatakan bahawa mereka dengan senang dibunuh walaupun dalam julat Menara sekutu.  Berasaskan sebilangan besar data dan cadangan, kami memutuskan untuk memberikan pertahanan yang lebih baik kepada Wira dengan perisai tenaga.  Ianya boleh melindungi Wira tanpa kelebihan di awal permainan dan memberi ruang kepada musuh untuk melakukan penyelaman menara.  Kami bakal memerhatikan kesan penyelarasan ini dan menimbang kemungkinan kemas kini dengan lebih baik.

[Menara Luar]
Kesan Baharu: Apabila perisai tenaga aktif, kerosakan yang diterima oleh Wira sekutu berhampiram bakal dikurangkan sebanyak 10%.

3. Minion
Kelajuan Pergerakan Permulaan daripada Minion Lorong Tengah dikurangkan sebanyak 6%.

4. Fiend
Masa Penjelmaan: 30s → 25s.
Pertumbuhan Pertahanan Fizikal dan Magik dalam seminit: 5 → 2.

5. Serpent (Besar)
Masa Penjelmaan: 30s → 25s.
Pertumbuhan Pertahanan Fizikal dalam seminit: 5 → 2.

6. Turtle
Kami telah membuatkan penyelarasan terhadap masa penjelmaan Turtle, sehingga boleh memberi lebih banyak kelebihan kepada Wira Jungler dan Wira di Exp Lane/Middle Lane ketika mengambil Turtle.  Sebagai tambahan, bilangan Turtle dinaikkan.  Juga, kami telah meningkatkan pertahanan Turtle untuk membatasi sumber daya netral yang diperolehi bagi pasukan dengan kelebihan dan keupayaan mereka untuk membunuh Turtle.

Masa Penjelmaan Turtle: 180s → 120s.
Maksima Turtle dalam setiap permainan: 3 → 4.
Pertahanan Fizikal dan Magik: 37 → 80.

7. Mengoptimakan paparan bahagian Bar HP untuk pengiraan kerosakan yang lebih mudah.  Setiap bahagian Bar HP mewakili 1,000 HP untuk Wira dan Creep, sedangkan 2.000 HP untuk Turtle and Lord.

8. Mengoptimakan kesan paparan Teknik daripada Skin Epic Baharu Jawhead [Samurai Mech].



IV. Penyelarasan Sistem

[Mod Ranked]

1. Menambah mod padanan baharu pada fasa awal musim, yang bergantung pada peringkat tertinggi yang pernah dicapai oleh pemain.

a.  Ini boleh diguna bersama dengan mod pedanan semasa.  Tuan rumah lobi boleh memutuskan untuk guna ianya atau tak.

b.  Mod ini hanya tersedia apabila semua pemain di dalam lobi pernah mencapai peringkat Mythic dan semasa berada di peringkat Epic atau lebih tinggi.

c.  Mod ini akan tersedia secara beransur-ansur selepas kemaskini.

[Mod Classic]

1. Mengoptimakan algoritma sistem padanan untuk meningkatkan ketepatan padanan dalam Mod Classic.

[Pembaharuan Sumber]

1. Menukar label pada Skin Eksklusif Pertunjukkan Epic iaitu "Epic" kepada "COLLECTOR".






Mobile Legends: Bang Bang
You have to log in before you can reply Login | Register now.

Points Rules

Mobile Phone Version|Dark Room|Mobile Legends: Bang Bang Official Forum

2021-3-9 01:08 PM GMT+8

Powered by Discuz! X3.4

© 2001-2013 Comsenz Inc.

Quick Reply To Top Return to the list