Mobile Legends: Bang Bang

 Forgot password?
 Register now.
View: 67|Reply: 0
Collapse the left

[Kemaskini] Mod Baharu: ARENA [v.18.1] - Original Server

[Copy link]
Post time 2020-11-28 01:50 PM | Show all posts |Read mode

Sign up now, Make more friends, Enjoy with more features, Let you easily Fun Community.

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Pengumuman Mod [Arena]:

Salam sejahtera! Para Wira Land of Dawn! Selepas kemaskini ini, Mod permainan Arked serba  baharu untuk julung kali pertama "Arena" akan memulakan Percubaan Beta.  Ianya akan bermula pada 27/11/2020, 00:00:00 (Masa Server), dianggarkan berlangsung selama sebulan.

Penyelarasan dan pengoptimaan yang seterusnya akan dibuatkan mengikut maklum balas para pemain daripada cubaan ini.  Sila maklum bahawa semua data kad yang diperolehi oleh mana-mana pemain di dalam tempoh ini akan dikekalkan sehingga pelancaran mod ini yang seterusnya.  Tak usah ragu-ragu untuk kongsikan pendapat dan cadangan anda mengenai mod ini dengan kami!

Log masuk ke dalam permainan segera dan sertai perlawanan di dalam Mod Baharu: Arena untuk menuntut Little Commander - Benny secara PERCUMA!


Cara Bermain?

Dalam mod [Arena], anda akan dipadankan untuk berlawan dengan pemain yang lain dalam pertempuran 1v1.  Dan matlamat anda adalah mudah, tumpaskan Little Commander pihak lawan anda sebelum mereka menumpaskan anda.  Demi matlamat itu, anda akan dikehendaki guna kad untuk menyeru Wira dan Monster dan melancarkan Mantera untuk bertempur melawan tentera pasukan pihak lawan anda.  Pertempuran ini akan berterusan sehingga salah satu pihak Little Commander ditumpaskan.
[Shard] ialah sumber untuk menyeru Monster dan melancarkan Mantera, dihasilkan pada setiap beberapa saat, dan dengan guna sumber Shard untuk menyeru Wira, [Essence] akan anda perolehi.
Meskipun adakalanya tuah diperlukan untuk permulaan yang baik yang mana sikit membantu, mod ini ialah di mana keupayaan seperti pemilihan strategi dan penentu keputusan yang benar-benar hebat.  Jadi, sama ada anda ialah peminat Magic Chess ataupun pencinta permainan Strategi Masa Sebenar, ianya pasti mod yang anda pasti tak mahu lepaskan!


1. Kad Yang Diperolehi

Selepas memasuki [Arena], anda akan diberi satu siri tutorial sebagai permulaan anda. Selepas melampaui tutorial sepenuhnya, anda akan di ganjarkan dengan 9 kad asas.  Sebagaimana anda bermain, anda akan mendapat kad dari "Peti Pertempuran" dan "Summoning Orbs".  Salinan kad yang diperolehi akan diguna untuk menaikkan taraf kad yang sesuai untuk memberi lebih banyak kuasa.  Tambahan lagi, lebih banyak kad akan dibuka sebagaimana anda mencapai peringkat lebih tinggi.  Semua kad akan dibuka apabila anda mencapau peringkat Legend.
A. Terdapat dua level kelangkaan untuk Kad Wira: Uncommon & Epic.
B. Terdapat dua level kelangkaan untuk Kad Monster/Mantera: Common & Uncommon.

2. Pembinaan Dek

Anda boleh mendapatkan butiran kad dan menaikkan taraf kad di dalam "Koleksi".  Apabila anda membina satu dek, Sila pastikan untuk beri perhatian kepada purata kos Shard dan juga komposisi dek, sebagaimana keluk kos Shard yang berpatutan dan nisbah Wira & Monster/Mantera hingga Mantera yang seimbang baik sentiasa boleh memberikan Anda kelebihan.

3. Peraturan Asas & Syarat Kemenangan

Dalam satu perlawanan [Arena], anda kena memilih Little Commander anda dan memasuki Ancient Arena untuk bertempur melawan pihak lawan anda.  Perlawanan akan tamat apabila satu pihak Little Commander ditumpaskan.  Oleh itu, cuba guna "Shard" dan "Essence" dengan bijak dan meletakkan kad anda dengan lebih strategik.  Dengan kuasa yang jauh lebih hebat daripada Monster/Mantera, guna kad Wira yang baik boleh mencetus perbezaan besar di dalam Arena.

4. Cup Point & Ganjaran

Anda boleh memperoleh Cup Point, Battle Point, dan Peti Pertempuran selepas setiap perlawanan.  Lebih banyak kad boleh dibuka dengan Cup Point yang lebih tinggi.  Anda boleh mendapatkan Battle Point atau Kad yang sudah dibuka daripada Peti Pertempuran.

5. Peraturan Padanan

Untuk memastikan pemadanan yang adil, kami telah mengoptimakan ketepatan secara besar-besaran dengan sesuaian kepada Sistem Padanan, supaya pemain daripada peringkat yang berbeza tak boleh dipadankan.  Kami juga telah menambahkan algoritma penilaian kad kepada sistem pemadanan.  Pemain dengan level kad yang sama akan dipadankan.


Itulah sahaja semua maklumat asas untuk mod [Arena].  Jika anda mempunyai sebarang soalan atau cadangan berkenaan mod [Arena], tak usah ragu-ragu untuk menghubungi kami melalui Khidmat Pelanggan.  Kini, inilah masanya untuk masuk dan menyertai ke dalam Arena dan berseronok!



Untuk Makluman:

1. Anda boleh memasuki Arena dari dalam Mod Arked.

2. Anda kena memuat turun sumber mod untuk memainkan mod ini.

3. Anda boleh mendapatkan Exp Akaun dan Battle Point dari Arena.  Akan tetapi anda tak boleh mendapatkan Mata Peti Harian dari mod ini.

4. Anda tak boleh melengkapkan Pencapaian di dalam mod Arena.  Statistik Arena tak akan direkodkan di dalam Profil atau Papan Pendahulu Peringkat.
You have to log in before you can reply Login | Register now.

Points Rules

Mobile Phone Version|Dark Room|Mobile Legends: Bang Bang Official Forum

2021-3-9 12:39 PM GMT+8

Powered by Discuz! X3.4

© 2001-2013 Comsenz Inc.

Quick Reply To Top Return to the list