Mobile Legends: Bang Bang

 Forgot password?
 Register now.
View: 96|Reply: 1
Collapse the left

[Kemaskini] NOTA PATCH 1.5.32 (Original Server)

[Copy link]
Post time 2020-11-25 04:09 PM | Show all posts |Read mode

Sign up now, Make more friends, Enjoy with more features, Let you easily Fun Community.

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x


[Dari Para Pereka]

Dalam patch ini.  Wira Baharu "Mathilda" the Swift Plume, bakal tiba di Land of Dawn.  Selain itu, kami telah mengubahsuai Wira "Clint" the West Justice, yang bakal tiba bersama adegan paparan baharu "Blazing West"!

Siri acara besar "Blazing West" sedang berlangsung!  Selain itu, banyak lagi acara yang menyeronokkan termasuk "Lucky Star 2020" dan "Hadiah Kesyukuran" menanti anda!  Terima kasih kerana telah menyokong MLBB selama ini!

Dan Akhirnya, "Arena", mod permainan eksperimental baharu, bakal segera dimulakan untuk Cubaan Beta pada 27 November, 00:00 (Masa Server)!


I. Wira Baharu & Wira Diubahsuai

[Wira Baharu]

1. Mathilda, the Swift Plume, akan tersedia secara percuma semasa log masuk pada 12 Disember.

Ciri Wira: Wira sokongan yang fleksibel yang boleh memberi keupayaan kepada rakan sepasukan untuk terbang.

Pasif - "Ancestral Guidance":
Mathilda memperoleh "Ancestral Guidance" semasa bergerak.  Apabila ia dicaj penuh, Serangan Asas seterusnya akan ditingkatkan, memberikan Kerosakan Magik kepada sasaran dan meningkatkan Kelajuan Pergerakan dirinya.

Teknik 1 - "Soul Bloom":
Mathilda bergema dengan Kuasa Ancestors dan menyeru gumpalan yang mengelilinginya.  Dengan julat pergerakan meningkat, semakin banyak gumpalan akan tertarik kepadanya dan memberikannya perisai, yang terhad pada 6 timbunan.  Selepas guna teknik ini atau mencapai had masa, Kuasa Ancestors akan memandu gumpalan untuk menyerang musuh yang berhampiran, setiap kali mengakibatkan Kerosakan Magik.  Kerosakan dikurangkan ketika terkena sasaran yang sama.

Teknik 2 - "Guiding Wind":
Mathilda mencipta bidang di sekelilingnya dan melonjak ke hadapan.  Setelah mendarat, dia memperoleh Perisai dan Kelajuan Pergerakan.  Unit sepasukan yang bersentuhan dengan bidang ini juga akan memperoleh perisai yang sama, dan Guiding Wind: Selepas guna Guiding Wind, wira akan dipandu ke Mathilda, dan kedua-duanya akan memperoleh Kelajuan Pergerakan ​​yang sama.  Apabila guna teknik ini semasa Muktamad, Mathilda tak boleh mengubah kedudukannya.  Mathilda akan menuntut semula semua Guiding Wind jika digunakan oleh Wira sepasukan.

Muktamad - "Circling Eagle":
Mathilda mengenakan Tanda Jiwa kepada wira yang disasarkan dan kemudian mengelilingi sasaran sehingga 2s.  Dalam tempoh ini, wisps akan meluru ke arah musuh yang berhampiran dan mengakibatkan Kerosakan Magik.  Selepas guna teknik ini atau mencapai tempoh had, dia akan meluru ke arah sasaran, menolak musuh di laluan, memegun mereka, dan mengakibatkan Kerosakan Magik.  Mathilda memperoleh kekebalan kawalan dan Perisai semasa dia berpusing-pusing.


[Wira Diubahsuai]

1. Clint, the West Justice.

Ciri Wira: Seorang Wira Marksman yang boleh melepaskan tembakan dengan revolver dan senapang.

Pasif - "Double Shot":
Setiap kali Clint guna teknik-nya, dia akan menembak senapang dengan Serangan Asas-nya yang seterusnya yang mengakibatkan kerosakan besar dalam garis lurus.

Teknik 1 - "Quick Draw":
Clint menembakkan 5 peluru dengan pantas.  Peluru akan menyerang musuh di dalam kawasan berbentuk kipas secara bergilir-gilir.  Kerosakan yang diakibatkan oleh peluru pertama pada sasaran akan meningkat.

Teknik 2 - "Trapping Recoil":
Clint menembakkan tali ke hadapan, memperlahankan musuh dan melompat semula dalam julat tertentu.

Muktamad - "Grenade Bombardment":
Clint melancarkan bom tangan ke arah yang ditentukan.  Dia boleh menyimpan sehingga 5 bom tangan pada satu masa.



II. Penyelarasan Wira

Dalam patch ini, kami telah membuatkan penyelarasan yang signifikan kepada Wira-wira berikut: Brody, Lapu-Lapu, Irithel, Claude, Kaja, Helcurt, Chou, Esmeralda, Khufra, Uranus, Luo Yi.

Guna tanda (→) untuk menunjukkan Perubahan.

Guna tanda (↑), (↓), (~) untuk menunjukkan Dipertingkatkan, Diperlemahkan, dan Diselaraskan.


[Brody] (~)

Walaupun data keseluruhan Brody disetel dengan baik, kebolehannya yang menindas dan bermain bola salji nampaknya terlalu berkuasa di awal permainan, dan sukar bagi dirinya untuk bersaing dengan Wira Marksman lain yang biasa dalam kerosakan berterusan kerana Kelajuan Serangan dirinya ​​yang rendah.  Selepas membuatkan beberapa penyelarasan pada Advanced Server, kami membuat simpulan bahawa penyelesaian langsung harus berguna untuk mengatasi masalah ini, iaitu untuk dengan melemahkan Kerosakannya di awal permainan dan meningkatkan Kelajuan Serangannya di lewat permainan.  Ini mungkin menjadikan ciri-ciri Brody sikit kurang jelas, tetapi kami berpendapat bahawa perubahan sederhana seperti itu tak akan mempengaruhi pengalaman bermain pemain.  Kami akan memerhatikan kesan seterusnya dalam permainan.

Atribut (~)
Serangan Fizikal Asas: 140 → 115.
Pertumbuhan HP: 125.5 → 150.5.
Pertumbuhan Kelajuan Serangan: 3% → 5%.
Nisbah Perolehan Kelajuan Serangan Tambahan: 30% → 50%.

Serangan Asas (↑)
Membaiki masalah di mana Serangan Asas Brody akan mencelah dan dilumpuhkan apabila dia terkena kesan Silence.

Teknik 1 (~)
Kerosakan Asas: 250-625 → 150-550.
Bonus Serangan Fizikal: 150% → 180%.
Nisbah Peningkatan Kerosakan bagi setiap Sasaran yang ditembusi: 20% → 10%, dengan had: 160% → 130%.

Muktamad (↓)
Kerosakan Tambahan bagi Setiap Timbunan: 8% → 6-8% daripada HP Sasaran yang hilang (menimbang dengan level teknik)

[Lapu-Lapu] (↑)

Kami telah mengoptimakan pelancaran teknik dan prestasi daripada Teknik 1 dan Teknik Pasif dirinya, kesemua ikon teknik, dan model pertempuran daripada Skin "Ancestral Blade".

Muktamad "Heavy-Sword" (↑)
Kami telah meningkatkan julat daripada setiap pergerakan.
Kami telah membaiki pepijat yang menyebabkan dirinya tak berubah arah dalam beberapa kes tertentu.

[Irithel] (~)

Untuk meningkatkan pengalaman menembak semasa guna Teknik Muktamad, kami telah meningkatkan Kelajuan Pergerakan dirinya semasa Muktamad.  Dan kami juga mengurangkan kerosakan dirinya untuk mengekalkan keseimbangan.

Pasif (↓)
Bonus Serangan Fizikal bagi Setiap Kerosakan daripada Anak Panah: 42% → 40%.

Muktamad (↑)
Kelajuan Pergerakan meningkat sebanyak 30-50 semasa Muktamad.

[Claude] (↑)

Kerosakan dirinya sebelum membeli Peralatan "Demon Hunter Sword" telah meningkat.

Muktamad (↑)
Kerosakan Asas bagi setiap pukulan: 70-100 → 120-160.
Kerosakan kepada Minion: 400% → 300%.

[Kaja] (↑)

Kami telah meningkatkan sikit kelajuan upaya farm dirinya, Dan kami telah Mengoptimakan dua binaan pertama yang disyorkan.

Pasif (↑)
Kerosakan Tambahan daripada Serangan Asas yang Dipertingkatkan kepada Minion dan Creep: 4% → 12% daripada HP Maksima.

[Helcurt] (↓)

Teknik 1 (~)
Sasaran terkena kesan Silence → Sasaran diperlahankan.
Sasaran diperlahankan semasa guna Muktamad → Sasaran terkena kesan Silence semasa guna Muktamad.

Teknik 2 (↓)
Kerosakan Asas: 210-360 → 180-330.
Bonus Serangan Fizikal: 100% → 80%.
Kerosakan kepada Minion dan Creep: 55% → 70%.

[Chou] (~)

Kali ini, kami bertujuan untuk meningkatkan beberapa Wira apabila mereka berlawan dengan Chou.  Kami juga mahu meningkatkan ketahanan dirinya tanpa mengubah kuasa keseluruhannya, sehingga boleh menawarkan pengalaman yang lebih baik kepada kedua-dua belah pihak.

Atribut (↑)
Pertumbuhan HP: 191 → 202.

Teknik 2 (↑)
Bonus Serangan Fizikal daripada Perisai: 150% → 200%.

Muktamad (↓)
Kekebalan Kawalan dikeluarkan apabila melancarkan fasa ke-2 daripada Muktamad dirinya. Dan kami telah Mengoptimakan teknik untuk memastikan kesannya yang sebenar dan yang dipaparkan untuk bersesuaian.

[Esmeralda] (↓)

Esmeralda boleh berterusan untuk menyegarkan cooldown Teknik dirinya sehingga mencapai bilangan Perisai yang tinggi sebelum menyerang.  Untuk membuatkan Esmeralda boleh melancarkan Teknik 1 lebih awal dalam pertarungan pasukan dan bukannya mengumpul Perisainya. Oleh itu, kami telah membuatkan beberapa penyelarasan kepada dirinya.

Teknik 1 (~)
Tempoh: 5s → 4s.
Perisai Asas: 400-750 → 500-850.

Teknik 2 (~)
Pengurangan CD daripada Teknik 1 untuk setiap serangan kepada Wira: 1s → 1.3s.
Pengurangan CD daripada Teknik 1 untuk setiap serangan kepada unit yang bukan Wira: 1s → 0.5s.

Muktamad (↓)
Kini CD bermula semasa melancarkan atau selepas akhir caj.

[Khufra] (↓)

Keupayaan Kawalan daripada Khufra terlalu berkuasa untuk ditentang lawan, kerananya Wira Tank lain kurang kerap digunakan oleh pemain.  Oleh itu, kami telah menyelaraskan keupayaan kawalan dirinya yang terlalu berkuasa itu.

Teknik 1 (↓)
Julat Pergerakan Maksima dikurangkan sebanyak 14%.

Teknik 2 (↓)
Kini tak boleh menyekat Mantera Pertempuran - Flicker.

[Uranus] (↓)

Teknik 1 (↓)
Mengeluarkan pengurangan daripada Serangan Fizikal & Kuasa Magik sasaran.

Muktamad (↓)
Peningkatan Perisai dan Janaan HP: 30-50% → 20-30%.

[Luo Yi] (↑)

Kami telah mengoptimakan kadar kejayaan dan peningkatan teknik dirinya untuk mengimbangi kekurangan dirinya semasa dalam laluan seorangan.

Teknik 1 (↑)
Lebar Teknik dan kelajuan pelancaran ditingkatkan sebanyak 10%.
Kos Mana: 60-100 → 50-90.
Kerosakan Asas: 230-430 → 210-410.

Muktamad (↑)
Pengurangan Cooldown yang disediakan oleh Teknik ini: 2-10% → 6-10%.

[Masha] (~)

Kami telah mengurangkan kerosakan dirinya pada sasaran dengan HP tinggi tetapi meningkatkan sikit daya tahan dirinya di tengah dan lewat permainan.

Teknik 2 (↓)
Kerosakan Tambahan daripada Serangan Asas yang Dipertingkatkan: 1-4% → 1-2.5% daripada HP Maksima sasaran.

Muktamad (↑)
Pengurangan Kerosakan: 30% → 30-40%.

[Aldous] (↑)

Kami telah meningkatkan sikit kuasa Aldous di awal permainan.

Teknik 1 (↑)
Kerosakan Asas daripada Serangan Asas yang Dipertingkatkan: 150-400 → 200-450.

[Terizla] (↑)

Teknik 2 (↑)
CD: 7-5.s → 5s.

Muktamad (↑)
Kesan perlahan: 30-40% → 40%-50%.

[Kimmy] (↑)

Serangan Asas (↑)
Bilangan Serangan Fizikal Tambahan: 30-41% → 35-46% (menimbang dengan level).

Teknik 1 (↑)
Bilangan Kuasa Magik Tambahan: 40-50% → 45-55%.

[Wanwan] (↓)

Muktamad (↓)
Bonus Serangan Fizikal: 50% → 40%.

[Yi Sun-shin] (↓)

Kami telah meningkatkan kesukaran untuk dirinya guna Muktamad yang biasanya pemain guna untuk meluaskan pandangan dirinya atau mendapatkan Assist, yang bertujuan untuk mengurangkan tekanan lawan.

Muktamad (↓)
CD: 60s → 80-60s.

[Cecilion] (↓)

Pada masa ini, Cecilion ialah Wira yang agak berkuasa.  Oleh itu, Kami mahu mengekalkan kerosakannya pada level tinggi dan melemahkan keupayaan kawalannya.  Kami akan memantau prestasinya pada masa yang akan tiba.

Teknik 2 (↓)
Kesan perlahan dikeluarkan.



III. Wira Percuma Mingguan & Skin Baharu

1. Skin Starlight Yu Zhong [Biohazard] akan tersedia sebagai Skin Starlight Eksklusif Bulan Disember yang bermula pada 1 Disember.

2. Skin Diperbaharui:
A. Skin Rafaela [Flower Fairy], akan tiba segera dengan DISKAUN 30% Berlian yang bermula pada 24 November sehingga 30 November.

B. Skin Tigreal [Dark Guardian], kami telah memperbaharui model paparan, model potret dan model pertempuran.

3. Penyelarasan dalam Kedai Fragment pada 25 Disember (Masa Server)

A. Kedai Fragment Skin Premium

Bakal tersedia: Tigreal [Dark Guardian], Pharsa [Enchanting Witch].

Bakal dikeluarkan: Diggie [Pigeoneer].

B. Kedai Fragment Skin Langka

Bakal tersedia: Nana [Clockwork Maid], Lunox [Ash Blossom], Cyclops [Deep Sea Rescuer], Kimmy [Bio Frontier], Miya [Captain Thorns], Angela [Shanghai Maiden].

Bakal dikeluarkan: Diggie [Pigeoneer], Karina [Black Pearl], Clint [Rock and Roll], Argus [Dark Draconic], Leomord [Frostborn Paladin], Irithel [Nightarrow].

C. Kedai Fragment Wira

Bakal tersedia: Rafaela, Karrie, Franco, Yu Zhong, Jawhead, Claude.

Bakal dikeluarkan: Luo Yi, Irithel, Popol dan Kupa, Aldous, Helcurt, Leomord.

4. Wira Percuma
Masa Server 20/11/2020 05.01:00 sehingga 27/11/2020 05:00:00

8 Wira Percuma: Valir, Popol dan Kupa, Franco, Pharsa, Cyclops, Wanwan, Granger, Belerick.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Irithel, Chang'e, Ling, Kaja, Chou, Alpha.


Masa Server 27/11/2020 05:01:00 sehingga 4/12/2020 05:00:00

8 Wira Percuma: Kagura, Lesley, Aurora, Karrie, Jawhead, Baxia, Selena, Esmeralda.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Lapu-Lapu, Kadita, Clint, Kimmy, Guinevere, Angela.


Masa Server 4/12/2020 05:01:00 sehingga 11/12/2020 05:00:00

8 Wira Percuma: Popol dan Kupa, Harley, Hanzo, Yu Zhong, Lylia, Esmeralda, Hanabi, Dyrroth.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Hilda, Argus, Moskov, Selena, Pharsa, Kaja.


Masa Server 11/12/2020 05:01:00 sehingga 12/18/2020 05:00:00

8 Wira Percuma: Vexana, Jawhead, Zhask, Irithel, Claude, Martis, Minsitthar, Cecilion.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Yu Zhong, Gatotkaca, Kagura, Estes, Kadita, Bane.

5. Menambah paparan daripada pemandangan "Blazing West".  Beberapa Wira akan dipaparkan dalam pemandangan ini.



IV. Penyelarasan Medan Pertempuran

1. Mengoptimakan seni rekaan daripada Siege Minion yang menawarkan Emas & EXP di lorong.

2. Mengoptimakan seni rekaam daripada beberapa Tekstur Tanah dan Creep dalam peta "Imperial Sanctuary".

3. Mengoptimakan seni rekaan daripada Pangkalan dan Menara dalam peta "Imperial Sanctuary".

4. Menambah ciri "Merge Damage Text": ia boleh mengira dan memaparkan bilangan daripada beberapa kerosakan berterusan.  Anda boleh menghidupkan/mematikannya melalui [Tetapan Asas] - [Grafik] - [Merge Damage Text]. Ciri ini boleh digunakan bagi Wira-wira berikut: Alice, Gord, Cyclops, Hylos, Jawhead, Chang'e, Badang, Guinevere, Wanwan, Yve, Hanzo, Zhask, Silvanna, Carmilla, X.Borg, Balmond, Franco, Hayabusa, Baxia, Harley, Cecilion.

[Mantera]

1. Aegis
Perisai Asas: 720 → 800.
Perisai bagi Rakan Sepasukan: 50% → 70%.

2. Retribution
Pengurangan Kerosakan terhadap creep apabila dilengkapi dengan peralatan jungling: 40% → 50%.

[Peralatan]

1. Peralatan Roaming

Tujuan asal kami merancang Peralatan Roaming ialah untuk memberi kemudahan kepada Wira roaming untuk farm, supaya farm mereka tak terlalu lamban juga tanpa fasa lorong.  Walau bagaimanapun, dengan adanya perubahan sumber-sumber pada medan pertempuran dalam patch baru-baru ini, peralatan roaming nampaknya telah memberikan faedah yang berlebihan di awal dan tengah permainan.  Sekali Wira lain membuat sikit kesilapan, Wira dengan peralatan roaming akan boleh melampaui mereka dalam perbezaan Emas atau Exp, yang mana itu bukan tujuan asal kami dan tak juga pengalaman yang baik bagi pemain.  Sebagai tambahan, kerana faedah daripada membunuh minion dan creep meningkat di lewat permainan, kecekapan farm daripada peralatan roaming tak tumbuh dengan sewajarnya, yang membuat kemajuan peralatan roaming tak begitu menjimatkan.  Oleh itu, kami telah membuatkan beberapa penyelarasan keseimbangan kepada peralatan roaming.

Keistimewaan Pasif - "Thriving":
Apabila bilangan Emas anda berada di kedudukan terendah dalam pasukan, Emas yang diperolehi setiap 4 saat: 12 → 8/10/14 (menimbang dengan level peralatan).
Apabila bilangan Exp anda berada di kedudukan terendah dalam pasukan, Exp yang diperolehi setiap 4 saat: 25 → 20/25/30 (menimbang dengan level peralatan)

2. Semua Peralatan Jungling

Dalam perlawanan esukan dan peringkat teratas, Wira-wira Assassin dan beberapa Wira Marksman boleh mendapatkan faedah daripada farm dan laluan, yang telah banyak digunakan pada masa ini.  Kami tak akan melarang taktik macam itu, tetapi kami masih mengharapkan lebih banyak taktik yang baharu.  Berasaskan cadangan daripada pemain, bahawa kami telah membuatkan beberapa penyelarasan pada Peralatan Jungling untuk membezakan Wira-wira Hutan daripada Wira lain yang di lorong, dengan harapan lebih banyak Wira Hutan boleh dimainkan dan mendapat kelebihan dengan berbuat roaming dengan cekap.

Keistimewaan Pasif - "Greed":
Mengurangkan Exp daripada membunuh Minion dalam 3 minit pertama sebanyak 40% → Mengurangkan Emas dan Exp daripada membunuh Minion pada 5 minit pertama sebanyak 30%, dengan Tambahan 30 Emas untuk setiap Kill atau Assist.

A. Hunter's Knife.

Keistimewaan Pasif - "Greed":
Memperoleh tambahan 25% Exp semasa jungling → Memperoleh tambahan 25% EXP dan 15% Emas semasa jungling.

B. Peralatan Jungling Level 2 dan 3.

Keistimewaan Pasif - "Greed":
Memperoleh tambahan 25% EXP semasa jungling → Memperoleh tambahan 25% EXP dan 25% Emas semasa jungling.



V. Fungsi & Acara Baharu

1. Acara Baharu: "Blazing West" sedang berlangsung, dengan Hadiah PERCUMA setiap minggu!

a. Log masuk ke dalam permainan pada 28 November untuk menuntut Mata Starlight secara PERCUMA!
b. Log masuk ke dalam permainan pada 5 Disember untuk menuntut Avatar Sempadan istimewa yang terhad secara PERCUMA!
c. Log masuk ke dalam permainan pada 12 Disember untuk menuntut Wira Baharu yang misterius secara PERCUMA!

2. Acara Baharu: "2020 Lucky Star" akan bermula pada 28 November!

a. Bermula dari 28 November sehingga 11 Disember, Log masuk ke dalam permainan untuk mendapatkan peluang percuma untuk menggali!

b. Anda boleh mula menggali pada 12 Disember.  Akses percuma kekal kepada semua Wira dan Skin menanti anda!

3. Acara Baharu: "Hadiah Kesyukuran" akan bermula pada 26 November!

a. Bermula dari 26 November sehingga 2 Disember, ambil bahagian dalam pertempuran dan kongsi acara untuk menuntut Turki.

b. Apabila anda atau semua pemain telah mengumpulkan sebilangan Turki masing-masing, anda boleh menuntut ganjaran yang luar biasa!

4. Menambah ciri "Sorotan", boleh diakses melalui Tetapan pada iOS dan Android 6.0 atau lebih rendah.



VI. Penyelarasan Sistem

1. MCL

a. Menambah ciri perkongsian dalam MCL Bounty Rush

b. Kini maklumat pemain boleh ditengok dalam Skor Peringkat MCL Bounty Rush.  Mengoptimakan masa penyegaran peringkat.

2. Menambah Penapis Peralatan di dalam medan pertempuran mengikut 9 atribut.

3. Menambah demonstrasi untuk Mantera.  Anda boleh menyemaknya dalam "Persiapan - Mantera Pertempuran".

4. Kejohanan

a. Kini, Wira yang di sekat dalam versi semasa dan kejohanan bakal dipaparkan di dalam lobi.

b. Mengoptimakan ciri penonton dalam kejohanan.

5. Mengoptimakan ciri Perbualan Pantas, supaya pemain yang tak bersuara tak boleh guna selama Fasa Pemilihan Wira.

6. Menambahkan fitur baharu, sehingga pemain boleh tengok kadar pelanggaran pengundang baru-baru ini dari notis pop-timbul semasa dijemput.

7. Menambahkan cooldown untuk jemputan yang dihantarkan oleh pemain tunggal kepada orang yang sama.

8. Mengurangkan Peringatan untuk menghantar permohonan Mentorship.

9. Had Skor Kredit yang diperolehi setiap hari tak berlaku untuk Skor Kredit yang dituntut melalui rayuan.

10. Kini, kamera boleh mengikuti pergerakan peranti pada ruang muka paparan Wira, hanya tersedia untuk peranti tertentu (yang akan dihidupkan secara automatik jika ada).

11. Mengoptimakan ruang muka Mod Arked dengan membuang bahagian sepanduk.  Menambah ganjaran yang boleh dituntut untuk mod baharu.

12. Mengoptimakan bahagian tutorial berulang selepas pemasangan semula permainan.

[Sistem Padanan]

1. Menyelaraskan julat masa dan kelajuan daripada padanan.

2. Menambah maklumat pasukan kedua-dua pihak pada skrin pasca permainan (yang akan berlaku secara beransur-ansur selepas kemaskini).



VII. Pembaikan Pepijat

1. Membaiki masalah daripada beberapa mel laporan.

2. Membaiki masalah di mana Teknik 1 daripada Ling tak boleh digunakan selepas menetapkan semula level di dalam Mod Latihan.

3. Membaiki masalah di mana Teknik 2 daripada Grock boleh menyekat sasaran di dinding dalam beberapa kes tertentu.

4. Membaiki masalah daripada kedudukan Kadita yang tak wajar selepas borang kereta Johnson berakhir dan dia boleh masuk ke dalam kereta apabila guna Teknik 1.

5. Membaiki masalah daripada Teknik 1 Franco apabila Cyclone Eye dicetuskan secara serentak.

6. Membaiki masalah di mana Popol tak boleh guna Teknik untuk menghidupkan kembali Kupa selepas Kupa meninggal

7. Membaiki masalah di mana sejarah pertempuran pemain tersembunyi masih boleh terbuka.

8. Membaiki masalah di mana ruang muka ganjaran akan menjadi kosong ketika menuntut ganjaran Peti Pingat.

9. Membaiki masalah yang menyebabkan nama pemain dalam senarai "Berhampiran" kosong.

10. Membaiki masalah di mana hasil pertempuran tak boleh dihantar kepada ruanh muka Ban/Pick.

11. Membaiki masalah yang menyebabkan mesej daripada orang asing tidak boleh dipaparkan.

12. Membaiki masalah yang menyebabkan skrin pemuatan ke dalam pertempuran berkelip-kelip.

13. Membaiki masalah di mana Bab II Kod Penguasaan Benedetta tak boleh diselesaikan.

14. Memperbaiki masalah di mana Bab II Kod Penguasaan Atlas tak boleh diselesaikan.

16. Membaiki pepijat di mana bayangan daripada Guinevere boleh mengakibatkan kerosakan kepada musuh.

17. Membaiki pepijat di mana Gatotkaca tak boleh guna Serangan Asas selepas melancarkan Teknik Muktamad apabila dia terkena Muktamad daripada Minisitthar.






Mobile Legends: Bang Bang
Post time 2020-11-26 01:21 AM | Show all posts

Hello @Ncup.Ajh

terima kasih kerana dah berkongsi guide ini, semoga ini boleh berguna bagi sesiapa yang membaca

You have to log in before you can reply Login | Register now.

Points Rules

Mobile Phone Version|Dark Room|Mobile Legends: Bang Bang Official Forum

2021-3-9 01:08 PM GMT+8

Powered by Discuz! X3.4

© 2001-2013 Comsenz Inc.

Quick Reply To Top Return to the list