Mobile Legends: Bang Bang

 Forgot password?
 Register now.
View: 95|Reply: 0
Collapse the left

[Kemaskini] NOTA PATCH 1.5.30 (Advanced Server)

[Copy link]
Post time 2020-11-13 09:42 PM | Show all posts |Read mode

Sign up now, Make more friends, Enjoy with more features, Let you easily Fun Community.

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

I. Wira Baharu & Wira Diubahsuai

1. Wira Baharu [Paquito] the Heavenly Fist, akan tersedia untuk percubaan percuma untuk masa yang terhad di dalam Advanced Server.  Tak tersedia untuk pembelian.

Ciri Wira: Wira Juara yang tegas dan adil.

Pasif - "Champ Stance"
Paquito membina timbunan apabila menyerang musuh guna Serangan Asas atau Pelancaran Teknik dirinya.  Selepas mencapai 4 timbunan, dia memasuki [Champ Stance]: meningkatkan Teknik Paquito seterusnya dan melewatkan cooldownnya.  Paquito pandai dalam tekniknya dan mempunyai Kelajuan Serangan Asas yang tinggi.

Teknik 1 - "Parry"
Paquito boleh Menangkis sebentar, mengurangkan kerosakannya dan meningkatkan Kelajuan Pergerakan.
(Guna Semula): Paquito melancarkan pukulan hebat yang mengakibatkan Kerosakan Fizikal.
(Champ Stance): Peningkatan untuk memanjangkan tempoh daripada masa Parry dan meningkatkan pengurangan kerosakan, Paquito melancarkan cangkuk selepas itu yang akan mengakibatkan kerosakan yang lebih tinggi.

Teknik 2 - "Jab"
Paquito meluru ke hadapan dan melemparkan tusukan, mengakibatkan Kerosakan Fizikal kepada semua musuh yang berada di dalam kawasan kesan.
(Champ Stance): Peningkatan untuk memberikan tusukan Paquito yang lebih berkuasa, mengakibatkan Kerosakan Fizikal yang lebih tinggi kepada musuh di dalam kawasan kesan.

Muktamad - "Annihilation Strike"
Paquito melancarkan serangan siku kepada semua musuh di hadapan yang mengakibatkan Kerosakan Fizikal dan mendorong mereka ke arah kawasan.  Dia kemudian mengayunkan mesin pemotong rumput dengan pantas yang mengakibatkan Kerosakan Fizikal dan memperlahankan sasaran, sambil dia balik ke belakang.
(Champ Stance): Peningkatan untuk selepas mendorong musuh ke arah kawasan, Paquito melancarkan serangan pukulan ke atas yang mengakibatkan Kerosakan Fizikal dan menolak musuh-musuhnya di udara dan bukannya memperlahankan mereka.



II. Penyelarasan Wira

Guna tanda (→) untuk menunjukkan Perubahan.

Guna tanda (↑), (↓), (~) untuk menunjukkan Dipertingkatkan, Diperlemahkan, dan Diselaraskan.

[Mathilda] (↓)

Pasif (↓)
Kerosakan Asas daripada Serangan Asas yang Ditingkatkan: 150 → 135.

Teknik 1 (↓)
Nisbah Reput Kerosakan daripada Pelbagai Wisps: 30-50% → 30-45%.

[Yve] (↑)

Teknik 2 (↑)
CD: 15-12s → 14-12s.

[Brody] (↓)

Pada penyelarasan yang lepas, kerosakan dirinya telah ditingkatkan, jadi kami akan mengembalikan beberapa bilangan kerosakan dirinya.

Teknik 1 (↓)
Kerosakan Asas: 250-650 → 150-550.

Serangan Asas (↑)
Membaiki masalah di mana Serangan Asas Brody akan mencelah dan dilumpuhkan apabila dia terkena kesan Silence.

[Kimmy] (↑)

Serangan Asas (↑)
Bilangan Serangan Fizikal Tambahan: 30-41% (menimbang dengan level) → 35-46% (menimbang dengan level).

Teknik 1 (↑)
Bilangan Kuasa Magik Tambahan: 40-50% → 45-55%.

[Helcurt] (~)

Teknik 1 (~)
Sasaran terkena kesan Silence → Sasaran diperlahankan.
Sasaran diperlahankan semasa guna Muktamad → Sasaran terkena kesan Silence semasa guna Muktamad.

[Chou] (~)

Kali ini, kami bertujuan untuk meningkatkan beberapa Wira apabila mereka berlawan dengan Chou.  Kami juga mahu meningkatkan ketahanan dirinya tanpa mengubah kuasa keseluruhannya, sehingga boleh menawarkan pengalaman yang lebih baik kepada kedua belah pihak.

Atribut (↑)
Pertumbuhan HP: 191 → 202.

Muktamad (↓)
Kekebalan Kawalan dikeluarkan apabila melancarkan fasa ke-2 daripada Muktamad dirinya.  Mengoptimakan teknik untuk memastikan kesannya yang sebenar dan yang dipaparkan ialah konsisten.

[Esmeralda] (↓)

Esmeralda boleh berterusan untuk menyegarkan cooldown Teknik dirinya sehingga mencapai bilangan Perisai yang tinggi sebelum menyerang.  Untuk membuatkan Esmeralda boleh melancarkan Teknik 1 lebih awal dalam pertarungan pasukan dan bukannya mengumpul Perisainya. Oleh itu, kami telah membuatkan beberapa penyelarasan kepada dirinya.

Teknik 1 (~)
Tempoh: 5s → 4s.
Perisai Asas: 400-750 → 500-850.

Teknik 2 (~)
Pengurangan CD daripada Teknik 1 untuk setiap serangan kepada Wira: 1s → 1.3s.
Pengurangan CD daripada Teknik 1 untuk setiap serangan kepada unit yang bukan Wira: 1s → 0.5s.

Muktamad (↓)
Kini CD bermula semasa melancarkan atau selepas akhir caj.

[Khufra] (↓)

Keupayaan Kawalan daripada Khufra terlalu berkuasa untuk ditentang lawan, kerananya Wira Tank lain kurang kerap digunakan oleh pemain.  Oleh itu, kami telah menyelaraskan keupayaan kawalan dirinya yang terlalu berkuasa itu.

Teknik 1 (↓)
Julat Pergerakan Maksima dikurangkan sebanyak 14%.

Teknik 2 (↓)
Kini tak boleh menyekat Mantera Pertempuran - Flicker.

[Aldous] (↑)

Kami telah meningkatkan sikit kuasa daripada Aldous di awal permainan.

Teknik 1 (↑)
Kerosakan Asas daripada Serangan Asas yang Ditingkatkan: 150-400 → 200-450.

[Uranus] (↓)

Teknik 1 (↓)
Mengeluarkan pengurangan daripada Serangan Fizikal & Kuasa Magik sasaran.

[Hanabi] (~)

Kami mengembalikan dirinya kepada keadaan semula yang sama seperti pada Original Server.

Teknik 1 (↑)
Nisbah Kerosakan daripada lantunan pertama: 45% → 50%.

Pasif (↓)
Had Perisai: 30% → 20% daripada HP Maksima.

[Luo Yi] (↑)

Kami telah mengoptimakan kadar kejayaan dan peningkatan teknik dirinya untuk mengimbangi kekurangan dirinya semasa dalam laluan seorangan.

Teknik 1 (↑)
Lebar Teknik dan kelajuan pelancaran ditingkatkan sebanyak 10%.

Muktamad (↑)
Pengurangan Cooldown yang disediakan oleh Teknik ini: 2-10% → 6-10%.

[Yi Sun-shin] (↓)

Kami telah meningkatkan kesukaran untuk dirinya guna Muktamad yang biasanya pemain guna untuk meluaskan pandangan dirinya atau mendapatkan Assist, yang bertujuan untuk mengurangkan tekanan lawan.

Muktamad (↓)
CD: 60s → 80-60s.



III. Wira Percuma Mingguan & Skin Baharu

1. Wira [Benedetta] Shadow Ranger, akan tersedia di dalam Kedai pada 14 November (Masa Server).  599 Berlian.  32,000 BP.

2. Skin Baharu Aldous - [Blazing Force] akan tersedia bermula pada 13 November (Masa Server).  899 Berlian.  DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

Wira [Aldous] dan Skin [Blazing Force] akan dipakejkan dan tersedia bermula pada 13 November (Masa Server).  DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

3. Wira Percuma:
Masa Server 6/11/2020 05:01:00 sehingga 13/11/2020 05:00:00

8 Wira Percuma: Harith, Rafaela, Belerick, Aurora, Atlas, Grock, X.Borg, Ling.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Carmilla, Valir, Helcurt, Yi Sun-shin, Bruno, Hanabi.

Masa Server 13/11/2020 05:01:00 sehingga 20/11/2020 05:00:00

8 Wira Percuma: Natalia, Minotaur, Roger, Diggie, Terizla, Gusion, Faramis, Silvanna.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Sun, Masha, Vexana, Badang, Aldous, Uranus.

4. Mod Arked - [Magic Chess]

A. Skin Baharu Little Commander Eva - [Frost Princess] akan tersedia pada 16 November (Masa Server).  599 Berlian.  DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

Little Commander [Eva] dan Skin [Frost Princess] akan dipakejkan dan tersedia bermula pada 16 November (Masa Server).  DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran



IV. Penyelarasan Medan Pertempuran

1. Mengoptimakan sumber seni daripada beberapa tekstur tanah dan creep dalam peta "Imperial Sanctuary".

[Peralatan]

1. Peralatan Jungling

a. Keistimewaan Pasif - Greed: Pengurangan Emas dan Exp daripada membunuh Minion dalam 5 minit pertama: 30% → 35%.

b. Emas Tambahan yang diperoleh bagi setiap Kill atau Assist: 100 → 80.



V. Pembaikam Pepijat

1. Membaiki masalah daripada kedudukan Kadita yang tak wajar selepas borang kereta Johnson berakhir dan dia boleh masuk ke dalam kereta apabila guna Teknik 1.

2. Membaiki masalah daripada Teknik 1 Franco apabila Cyclone Eye dicetuskan secara serentak.






Mobile Legends: Bang Bang
You have to log in before you can reply Login | Register now.

Points Rules

Mobile Phone Version|Dark Room|Mobile Legends: Bang Bang Official Forum

2021-1-18 08:31 AM GMT+8

Powered by Discuz! X3.4

© 2001-2013 Comsenz Inc.

Quick Reply To Top Return to the list