Mobile Legends: Bang Bang

 Forgot password?
 Register now.
View: 98|Reply: 0
Collapse the left

[Kemaskini] NOTA PATCH 1.5.24 (Original Server)

[Copy link]
Post time 2020-10-26 06:03 PM | Show all posts |Read mode

Sign up now, Make more friends, Enjoy with more features, Let you easily Fun Community.

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

[Dari Para Pereka]

Halloween kian menjelma! Dalam patch ini, kami bawakan kepada anda peta serba baharu - "Karnival Halloween"!
Dalam peta baharu ini, kami ciptakan guna tema dark night bagi meningkatkan atmosfera Halloween, dan menambahkan elemen seperti labu, keranda, tanglung, batu kubur, serta elemen lain yang menepati atmosfera Halloween. tambahan pula, minion juga guna sabit dan pelindung labu.
Reka bentuk yang lebih halus menanti anda!


I. Wira Baharu & Wira Diperbaharui

1. [Benedetta] Shadow Ranger, akan tersedia bermula pada 7hb November (Masa Server).  599 Berlian.  32,000 BP.  DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

Ciri Wira: Pejuang harapan.

Pasif "Elapsed Daytime": Ketika menahan butang Serangan Asas, Benedetta memasuki keadaan Swordout dan terus mengumpulkan Sword Intent. Sekiranya melepaskan butang Serangan Asas selepas Sword Inter terisi penuh, Benedetta akan guna Swordout Slash ke arah yang dia pandang dan berlari ke hadapan, mengakibatkan Kerosakan Fizikal (dikenal pasti sebagai Kerosakan Teknik dan akan mereput pada minion & creep) kepada musuh pada laluan itu. Hanya ketika Benedetta berada dalam keadaan Swordout dan Sword Intentnya terisi penuh, dia boleh melepaskan Swordout Slashnya. Benedetta juga boleh memperolehi Sword Intent ketika mengakibatkan kerosakan dengan Serangan Asas dan Teknik.

Teknik 1 "Phantom Slash": Benedetta menghunus dengan pantas dan meninggalkan bayangan dihadapan. Selepas seketika, bayangannya meluru ke hadapan di dalam kawasan berbentuk kipas, mengakibatkan Kerosakan Fizikal dan memperlahankan musuh. Sementara itu, Benedetta berlari ke hadapan untuk menebas, mengakibatkan Kerosakan Fizikal. (Sekiranya sasaran terkena bayangannya, kerosakan yang diakibatkan oleh Benedetta akan meningkat).

Teknik 2 "An Eye for An Eye": Benedetta mengangkat senjatanya untuk bertahan, memperoleh kekebalan terhadap kawalan dan menyekat kerosakan dari mana-mana sumber dalam tempoh masa tertentu. Selepas bertahan, dia menikam ke arah yang ditentukan dan mengakibatkan Kerosakan Fizikal. (Sekiranya Benedetta berjaya untuk bertahan terhadap kesan kawalan, dia akan memperoleh Sword Intent penuh dan memegun sasaran).

Muktamad "Alecto: Final Blow": Benedetta mengepalkan Alecto dan meluru ke hadapan selepas pengecasan yang singkat (kebal semasa meluru), memperlahankan semua sasaran di sepanjang laluannya. Selepas meluru, Benedetta meletupkan Sword Intent di sepanjang laluannya dan menjerut musuh dengan Sword Intent, mengakibatkan Kerosakan Fizikal dan memperlahankan musuh.

2. [Lapu-Lapu] Courage Blade, Dalam patch ini dia telah diperbaharui.
Dari Pereka: Memiliki dua posisi bilah kembar dan pedang berat, serta mekanisme dalam posisi yang sesuai ialah ciri terbesar daripada Lapu-lapu yang diperbaharui. Dalam pengubahsuaian ini, kami mengekalkan ciri utamanya menukar senjata dan mereka semula tekniknya. Tujuan kami ialah untuk menonjolkan perbezaan antara dua tekniknya dan mewujudkan lebih banyak kemungkinan untuk Wira lama ini.

Ciri Wira: Wira yang memperjuangkan kebebasan dan mempunyai dua posisi teknik.

Pasif "Homeland Defender": Setiap kali Lapu-Lapu mengakibatkan kerosakan, dia memperoleh Bravery Blessing. Apabila Bravery Blessingnya terisi penuh, Serangan Asas atau Justice Blades seterusnya akan ditingkatkan, memberikan Lapu-Lapu sebuah perisai yang boleh menyerap kerosakan. Serangan Asas yang ditingkatkan akan menyebabkan dia meluru ke arah sasaran dan mengakibatkan Kerosakan Fizikal, Justice Blades yang ditingkatkan akan memperlahankan sasaran.

Teknik 1 "Justice Blades" (Posisi Bilah Kembar):
Lapu-Lapu melepaskan dua bumerang ke arah tertentu. Setiap bumerang mengakibatkan Kerosakan Fizikal kepada musuh dalam laluan semasa keluar atau balik. Sekiranya kedua-dua bumerang mengenai sasaran yang sama, ia hanya akan mengakibatkan sebahagian kerosakan dengan bumerang kedua . Setiap sasaran boleh diakibatkan kerosakan maksima 4 kali.

Teknik 1 "Land Shaker" (Posisi Pedang Berat):
Lapu-Lapu mengumpul kuasa dengan pedang beratnya. Selepas itu, dia memukul dengan pedang beratnya ke arah sasaran. mengakibatkan Kerosakan Fizikal kepada musuh yang terkena dan memegun mereka.

Teknik 2 "Jungle Warrior" (Posisi Bilah Kembar):
Lapu-Lapu menebas dengan bilah kembarnya dan meluru ke arah yang tertentu, mengakibatkan Kerosakan Fizikal kepada musuh yang berada dalam laluannya.

Teknik 2 "Storm Sword" (Posisi Pedang Berat):
Lapu-Lapu memusingkan pedang beratnya dan mengakibatkan Kerosakan Fizikal kepada musuh berhampiran. Untuk setiap Wira yang terkena, dia akan memperoleh pengurangan kerosakan.

Muktamad "Bravest Fighter" (Posisi Bilah Kembar):
Lapu-Lapu melonjak ke udara, menggabungkan kedua-dua bilah kembarnya menjadi satu dan mendarat di tanah, mengakibatkan Kerosakan Fizikal kepada musuh dalam kawasan itu dan memperlahankan mereka. Dia kemudian memasuki Posisi Pedang Berat.

Muktamad "Raging Slash" (Posisi Pedang Berat):
Lapu-Lapu melepaskan tiga hunusan berterusan dengan pedang beratnya ke hadapan, mengakibatkan Kerosakan Fizikal. Semasa hunusan, Lapu-Lapu memperoleh kekebalan terhadap kawalan, tepat selepas setiap hunusan, dia boleh mengubah arahnya dan sikit bergerak.



II. Penyelarasan Wira

Dalam patch ini, kami telah melakukan penyelarasan kepada Wira-wira berikut: Belerick, Minotaur, Johnson, Barats, Grock, Roger, Baxia, Khufra, Hilda, Bruno, Granger, dan Karrie.

Guna tanda (↑), (↓), (~) untuk menunjukkan Dipertingkatkan, Diperlemahkan, dan Diselaraskan.

[Belerick] (↑)

Dalam patch baharu, perubahan lebih penting dibuatkan kepada fasa laluan, jadi lebih sukar bagi Belerick untuk memainkan peranan dalam pergaduhan pasukan.  Untuk membaiki masalah ini, kami telah memperkuatkan ketahanan dan pergerakan dirinya.
"Sudah tiba masanya untuk berkongsi kasih kepada Wira lama ini."

Atribut (↑)
HP Asas: 2719 → 2819.
Pertumbuhan HP: 235 → 245.

Teknik 2 (↑)
Pemulihan HP Hilang: 8% → 10%.
Peningkatan Kelajuan Pergerakan ditingkatkan (mereput dari masa ke masa).

Muktamad (↑)
Animasi Teknik dan backswing dipendekkan sikit.

[Minotaur] (↑)

Kami telah memperkuatkan keupayaan dirinya untuk menerima kerosakan semasa dalam Keadaan Kemarahan.

Atribut (↑)
HP asas: 2709 → 2859.
Pertahanan Magik Asas: 10 → 5.

Pasif (↑)
Peningkatan Pertahanan Fizikal & Magik semasa dalam Kemarahan: 11.5-32.5 → 14-70.

[Grock] (↑)

Kami telah meningkatkan daya saingnya di antara kesemua Wira Tank.

Teknik 1 (↑)
Serangan Fizikal Tambahan: 80% → 120% (Menimbang dengan masa pengecasan).
CD: 6 → 5.

[Johnson] (↑)

Untuk meningkatkan utiliti Teknik Muktamad dirinya, kami telah mengurangkan kesukaran kawalan dan CD ianya di awal permainan.

Muktamad (↑)
Mengoptimakan Perasaan kawalan.
CD: 53-43s → 45-40s.
Kerosakan Asas: 400-600 → 300-500.

[Barats] (~)

Kami berharap prestasi Barats akan lebih seimbang baik pada kelebihan dan kekurangannya.

Pasif (~)
Perisai yang disediakan oleh setiap timbunan Big Guy: 5 → 3-6 (tumbuh pada Lv.4, 8, dan 12).

Muktamad (~)
Kerosakannya tak lagi bertambah dengan peningkatan saiz badan.
Kesan Baharu: Memakan sasaran akan mengembalikan HP dirinya sehingga 20% daripada HP Maksima.

[Bruno] (↑)

Oleh kerana perubahan pada patch baharu, sukar bagi Bruno untuk mengambil kesempatan dengan menceroboh.  Oleh itu, kami telah meningkatkan kerosakan dirinya di awal permainan untuk membantu memperoleh semula penguasaan lorongnya,

Teknik 1 (↑)
Kerosakan Asas: 95-245 → 120-270.
Kos Mana: 90-140 → 75-125.

[Granger] (↑)

Selepas penyelarasan pada patch yang lalu, Granger masih mengalami kesukaran untuk memperoleh kelebihan pada awal permainan, dan agak lemah pada lewat permainan.  Oleh itu, kami bakal menyelaraskan kerosakannya semula.

Atribut (↑)
Pertumbuhan Serangan Fizikal: 16 → 18.

Muktamad (↑)
Kerosakan Asas: 30-120 → 80-160.

[Karrie] (↑)

Kami harapkan bahawa Karrie boleh guna kuasanya lebih awal dalam perlawanan terhadap Wira Tank.  Oleh itu, kami telah menyelaraskan kerosakan awal permainan bagi Pasifnya.

Pasif (↑)
Nisbah Kerosakan daripada HP Maksima: 6-12% → 8%-12%.

[Saber] (↑)

Teknik 1 (↑)
Kerosakan Penembusan Asas: 192-252 → 210-260.

[Luo Yi] (↑)

Kami telah meningkatkan keupayaan utamanya sebagai Mage.

Pasif (↑)
Kuasa Magik tambahan daripada Kerosakan Reaksi: 150% → 180%.
Kuasa Magik tambahan daripada Perisai: 120% → 150%.

[Ling] (↓)

Ketika perbezaan laluan secara beransur-ansur menjadi jelas, mobiliti daripada Ling dan kerosakan burstnya membuatkan dia sangat berkuasa selama bermain di kawasan jungle, terutama dalam perlawanan peringkat tinggi, jadi kami mestilah perlu untuk memperlemahkan dia lagi.
"Maaf, bro."

Muktamad (↓)
CD: 42-36s → 52-46s.

[Roger] (↓)

Kami telah melemahkan keupayaan dirinya untuk menerima kerosakan dan menyekat musuh.

Pasif "Bentuk Manusia" (↓)
Kesan Perlahan: 20% → 10%.

Muktamad "Bentuk Serigala" (↓)
Peningkatan Pertahanan Fizikal & Magik: 40-100 → 20-50.

[Baxia] (↓)

Kami telah melemahkan ketahanan dirinya dan faedah pengecasan, yang akan menyebabkan tingginya keperluan daripada tingkat pukulan teknik, sementara serangannya masih boleh mengakibatkan kesan yang besar kepada musuh.

Pasif (↓)
Pengurangan Kerosakan: 35 → 25.

Teknik 2 (↑)
HP Maksima Tambahan daripada Kerosakan: 5% → 6%.

Muktamad (↓)
Kerosakan Asas: 50-70 → 40-60.
Peningkatan Pengurangan Kerosakan: 75% → 140%.
Bilangan Kesan Pengurangan Kerosakan hampir tak berubah.

[Khufra] (↓)

Kami telah melemahkan dirinya di awal dan tengah permainan.

Teknik 1 (↓)
Kerosakan Asas: 150-250 → 50-100.
HP Maksima Tambahan daripada Kerosakan: 7.5%-10% → 7%-12%.

Teknik 2 (↓)
Peningkatan Pertahanan Fizikal & Magik: 50% -100% → 30% -100%.
HP Maksima Tambahan daripada Kerosakan: 3.5-6% → 36%.

[Hilda] (↓)

Kami telah menyelaraskan peningkatan kerosakan bagi setiap timbunan Power of Wildness, sementara itu kami tetap samakan kesan timbunan penuh dengan kekal.

Muktamad (↓)
Peningkatan Kerosakan bagi setiap timbunan Power of Wildness: 50-60 → 25-35.

[Lunox] (~)

Muktamad "Chaos" (~)
Kerosakan Asas selepas berkelip: 300 → 250-450.



III. Wira Percuma Mingguan & Skin Baharu

1. Skin Baharu Luo Yi [Tenko] akan tersedia bermula pada 27hb Oktober (Masa Server).  599 Berlian.  DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

Wira [Luo Yi] dan Skin baharunya [Tenko] akan dipakejkan dan tersedia bermula pada 27hb Oktober (Masa Server).  DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

2. Penyelarasan di dalam Kedai Fragment pada 28hb Oktober (Masa Server):

A. Kedai Fragment Skin Langka

Bakal Tersedia: Diggie - [Pigeoneer], Kaja - [Kaminari], Irithel - [Nightarrow], Clint - [Rock and Roll], Alucard - [Viscount], Argus - [Dark Draconic].

Bakal Tak Tersedia: Angela - [Dove & Love], Freya - [Dragon Hunter], Akai - [Akazonae Samurai], Angela - [Shanghai Maiden], Cyclops - [Deep SeaRescuer], Claude - [Plunderous Pirate].

B. Kedai Fragment Wira

Bakal Tersedia: Luo Yi, Leomord, Chang'e, Yi Sun-shin, Aldous, Irithel.

Bakal Tak Tersedia: Granger, Badang, Lylia, Diggie, Silvanna, Uranus.

3. Wira Percuma
Masa Server: 30/10/2020 05:01:00 sehingga 6/11/2020 05:00:00

8 Wira Percuma: Hayabusa, Fanny, Moskov, Thamuz, Harley, Dyrroth, Hylos, Baxia.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Chang'e, Johnson, Diggie, Rafaela, Lancelot, Kimmy.

Masa Server: 6/11/2020 05:01:00 sehingga 13/11/2020 05:00:00

8 Wira Percuma: Harith, Rafaela, Belerick, Aurora, Atlas, Grock, X.Borg, Lunox.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Carmilla, Valir, Helcurt, Yi Sun-shin, Bruno, Hanabi.

Masa Server: 13/11/2020 05:01:00 sehingga 20/11/2020 05:00:00

8 Wira Percuma: Natalia, Minotaur, Roger, Diggie, Terizla, Gusion, Faramis, Silvanna.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Sun, Masha, Vexana, Badang, Aldous, Uranus.

4. Mod Arked - [Magic Chess]

A. Komander Kecik Baharu:

[Connie] Star Catcher, akan tersedia bermula pada 30hb Oktober (Masa Server).  499 Berlian. 24,000 BP.  DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

Skin Komander Kecik Connie [Tender Fluff] akan tersedia bermula pada 30hb Oktober (Masa Server).  269 Berlian.  DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

Komander Kecik [Connie] dan Skin-nya [Tender Fluff] akan dipakejkan dan tersedia bermula pada 30hb Oktober (Masa Server).  DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

B. Pas Magic Chess akan dikemaskini pada 30hb Oktober.  Beli untuk mendapatkan Skin Starlight Baharu [Scavenger Eggie] dan Papan Chess baharu [Jungle Ruins].



IV. Penyelarasan Pertempuran

[Medan Pertempuran]

1. Perisai Tenaga daripada Menara bertahan selama 210s → 300s.

2. Perolehan Emas Asas telah ditukar daripada 2 emas setiap 1s kepada 5 emas setiap 2s.

3. Perolehan Exp Asas telah diselaraskan, tetapi bilangan setiap minit hampir sama dengan yang lepas.

4. Tempoh pertumbuhan Kelajuan Pergerakan daripada Minion:
8 minit → 9 minit.
Meningkat setiap minit: 10 → 15.
Had meningkat: 70 → 120.

5. Mengeluarkan Walkie Grass yang mengikuti pembunuh Lithowanderer.  Peningkatan Kelajuan Pergerakan tetaplah sama.

6. Dalam 3 minit pertama, kini Pop-Timbul muncul setiap kali anda membunuh 6 minion dengan Item Perlengkapan Jungle, dan bukannya membunuh 3 minion.

[Creep]

1. Crammer: Emas asas tambahan yang diperolehi ditingkatkan sebanyak 20%.

2. Crimson Lizard: Emas Asas tambahan yang diperolehi ditingkatkan sebanyak 20%.

3. Ketam Kecik: Penjelmaan Semula setiap 20s dan bukannya 15s.  Menjadi bentuk Ketam Besar pada 180s dan bukannya 90s.

[Peralatan]

1. Wind of Nature
Keistimewaan Pasif - Wind Chant:
CD: 80s → 70s.



V. Fungsi & Acara Baharu

1. [Blazzing West]

Bermula pada 14hb November dan diadakan setiap minggu dengan banyak Ganjaran PERCUMA!

a. Pra-tempah Acara bermula pada 14hb November sehingga 20hb November untuk menuntut Bounty dengan segera.

b. Log masuk ke dalam permainan pada 21hb November untuk menuntut salah satu daripada dua Emote Pertempuran Baharu secara PERCUMA!

c. Log masuk ke dalam permainan pada 28hb November untuk menuntut Mata Starlight secara PERCUMA!

d. Log masuk ke dalam permainan pada 5hb Disember untuk menuntut Avatar Sempadan Istimewa Terhad secara PERCUMA!

e. Log masuk ke dalam permainan pada 12hb Disember untuk menuntut Wira Baharu yang misteri secara PERCUMA!

2. [11 Diamond Vault Berganda]

Akan tersedia untuk masa yang terhad! Sertailah dalam cabutan bertuah untuk memenangi Skin Epic X.Borg baharu "Tesla Maniac" dan Skin langka yang lainnya!

3. Esukan

a. MCL Bounty Rush akan tersedia bermula pada 14hb November sehingga 12hb Disember.

b. Mengikut mod permainan asal, anda boleh memperoleh mata dengan bermain perlawanan MCL semasa acara berlangsung.

c. Kedudukan ditentukan oleh mata pemain. Sekiranya dua mata atau lebih pemain sama, kedudukan akan ditentukan oleh mata pingat mereka.

d. Menambah kumpulan Ganjaran MCL Baharu. Pemain akan berkongsi kumpulan ganjaran baharu  mengikut kedudukan mereka.

e. Anda boleh menyemak butiran peraturan pada ruang muka MCL.



VI. Penyelarasan Sistem

1. Menambahkan pintu kemasukan kepada Land of Dawn pada ruang muka Wira.  Buat masa ini, hanya Agelta Drylands yang terbuka.

a. Anda boleh tengok ciri-ciri daripada Agelta Drylands dan maklumat tempat-tempat di kawasan ini.

b. Anda boleh tengok maklumat para Wira di kawasan ini dan hubungan mereka.

2. Mengoptimakan peraturan dalam membuat pasukan dalam mekanisme Sistem Padanan.

a. Bilangan ahli pasukan daripada kedua-dua pasukan mestilah sama.  (Secara beransur-ansur akan berlaku di patch baharu),

b. Ahli pasukan dengan Rank yang berbeza akan dipadankan bersama terlebih dahulu.  (Secara beransur-ansur akan berlaku di patch baharu),

3. Bagi pemain AFK, Sistem Padanan mereka akan memakan masa yang lebih lama dalam tempoh masa seterusnya.

4. Penyelarasan Draft Pick.

a. Kini anda boleh menunjukkan kadar kemenangan Wira anda ketika menukar wira di fasa hujung persiapan dalam Draf Pick.

b. Sekiranya anda memilih untuk menyekat Wira yang telah dipilih oleh rakan sepasukan anda, anda perlu mengesahkannya.

5. Mengoptimakan ruang muka untuk mendapatkan item.  Kini anda boleh menutup ruang muka secara langsung.

6. Menambahkan fungsi "Sorotan" untuk pemain dengan peranti iOS.  Kini anda boleh rekod saat-saat paling menarik dalam perlawanan!



VII. Pembaikan Pepijat

1. Membaiki masalah di mana Minion pergi melaju terus ke arah pangkalan musuh dalam beberapa kes tertentu.

2. Membaiki masalah di mana Wanwan tak boleh mengakibatkan kerosakan dengan guna Teknik Muktamad dalam beberapa kes tertentu.

3. Membaiki masalah di mana Vale tak boleh mendapatkan Assist dengan guna Teknik Muktamad untuk mengawal musuh.

4. Membaiki penunjuk yang tak normal ketika Kimmy guna Serangan Asas selepas melancarkan Teknik 1.

5. Membaiki masalah bagi Pasif Nana ketika dia dibangkitkan semula oleh Teknik Muktamad daripada Faramis.

6. Membaiki masalah di mana sasaran yang salah terkunci ketika Atlas berada dalam Keadaan Ejected dalam beberapa kes tertentu.

7. Mengoptimakan prestasi bagi Teknik Muktamad daripada Hanzo apabila kedudukan ikon teknik diubah.

8. Membaiki masalah prestasi bagi Teknik 2 daripada Diggie kepada beberapa wira.

9. Membaiki bilangan Janaan HP/Mana yang tak betul.

10. Membaiki masalah di mana laman profil boleh disukai tanpa had.

11. Membaiki masalah di mana pemain tak boleh menghantar hadiah dalam beberapa kes tertentu.

12. Membaiki had Mengikuti yang tak betul.

13. Membaiki masalah UI pada ruang muka Ban/Pick.

14. Membaiki masalah di mana Wira utama pemain yang berada di bawah Rank Epic tak dipaparkan di lobi dalam Mod Ranked.








Mobile Legends: Bang Bang
You have to log in before you can reply Login | Register now.

Points Rules

Mobile Phone Version|Dark Room|Mobile Legends: Bang Bang Official Forum

2020-12-3 06:44 AM GMT+8

Powered by Discuz! X3.4

© 2001-2013 Comsenz Inc.

Quick Reply To Top Return to the list