Mobile Legends: Bang Bang

 Forgot password?
 Register now.
View: 47|Reply: 0
Collapse the left

[Kemaskini] NOTA PATCH 1.5.21 (Advanced Server)

[Copy link]
Post time 2020-10-14 11:25 AM | Show all posts |Read mode

Sign up now, Make more friends, Enjoy with more features, Let you easily Fun Community.

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Memperkenalkan [Arena]

Pemain yang dikasihi, Mod Arked Baharu [Arena] bakal tersedia untuk dimainkan selepas kemaskini Advanced Server ini.

[Arena] Pengenalan:

Dalam mod [Arena], anda akan berlawan dengan pemain lain dalam pertempuran 1v1.  Dan tujuan anda adalah mudah, kalahkan Komander Kecik lawan sebelum mereka mengalahkan anda.  Untuk berbuat demikian, anda perlu guna kad untuk menyeru Wira dan Monster dan melancarkan Mantera untuk melawan pasukan lawan.  Pertempuran akan berterusan sehingga Komander Kecik di satu pihak dikalahkan.
[Shard] ialah sumber untuk menyeru Monster dan guna Mantera, dihasilkan setiap beberapa saat, dan dengan guna sumber Shard untuk menyeru Wira, [Essence] akan anda perolehi.

Walaupun keberuntungan kadang-kadang diperlukan kerana tangan permulaan yang baik sedikit sebanyak membantu, mod ini adalah keupayaan seperti memilih strategi dan membuat keputusan yang benar-benar hebat.  Justeru, sama ada anda peminat Magic Chess atau pencinta permainan Strategi Masa Sebenar, ini ialah mod yang anda pasti tak mahu ketinggalan!

1. Dapatkan Kad

Selepas memasuki [Arena], anda akan diberi serangkaian tutorial untuk anda memulakan permainan. Selepas melalui kesemua tutorial, anda akan diberi 9 kad asas.  Semasa bermain, anda boleh mendapatkan kad dari "Peti Pertempuran" dan "Summoning Orbs".  Kad pendua yang diperoleh akan digunakan untuk menaik taraf kad yang sesuai untuk memberikan kuasa yang lebih banyak dan hebat. Di samping itu, lebih banyak kad akan dibuka semasa anda mencapai peringkat lebih tinggi.  Semua kad akan dibuka semasa peringkat Legend telah dicapai.
A. Terdapat dua peringkat kelangkaan untuk kad Wira, Tak biasa dan Sangat jarang.
B. Terdapat dua peringkat kelangkaan untuk kad Monster/Mantera juga, Biasa dan Tak Biasa.

2. Membina Dek

Anda boleh mendapatkan butiran kad dan menaik taraf kad di dalam Koleksi.  Semasa anda membina dek, pastikan untuk memperhatikan kos Shard rata-rata dan juga komposisi dek, kerana keluk kos Shard yang berpatutan dan nisbah makhluk (Wira,Monster) hingga Mantera yang seimbang baik selalu dapat memberi Anda kelebihan.

3. Peraturan Asas & Keadaan Menang

Dalam [Arena] perlawanan, anda perlu memilih Komander Kecik anda dan memasuki Ancient Arena untuk melawan lawan anda.  Perlawanan akan tamat apabila komander kecik di satu pihak dikalahkan.  Oleh itu, cuba gunakan "Shard" dan "Essence" dengan bijak dan letakkan kad anda dengan lebih strategik.  Dengan kuasa yang jauh lebih besar daripada Monster dan Mantera, penggunaan kad Wira dengan baik boleh membuat perbezaan besar di dalam Arena.

4. Peringkat & Ganjaran

Anda boleh memperoleh Mata Peringkat, Battle Point, dan Peti Perlawanan selepas setiap perlawanan.  Lebih banyak kad boleh dibuka dengan peringkat yang lebih tinggi.  Anda boleh mendapatkan Battle Point atau Kad yang sudah dibuka dari Peti Perlawanan.

Itu semua ialah ganjaran asas untuk mod [Arena].  Sekiranya anda mempunyai soalan atau cadangan mengenai mod [Arena], sila beritahu kami melalui Perkhidmatan Pelanggan.  Kini masanya untuk masuk ke dalam Arena dan berseronok!

Harap maklum:

1. Anda boleh memasuki Arena dari dalam Mod Arked.

2. Anda perlu memuat turun sumber mod untuk memainkan mod ini.

3. Anda boleh mendapatkan Exp Akaun dan Battle Point dari Arena.  Tetapi anda tak dapat memperolehi Mata Peti Harian dari mod ini.

4. Anda tak boleh menyelesaikan Pencapaian dalam mod Arena.  Statistik Arena tak bakal direkodkan dalam Profil atau Papan Pendahulu Peringkat.




Mobile Legends: Bang Bang
You have to log in before you can reply Login | Register now.

Points Rules

Mobile Phone Version|Dark Room|Mobile Legends: Bang Bang Official Forum

2020-12-4 10:43 AM GMT+8

Powered by Discuz! X3.4

© 2001-2013 Comsenz Inc.

Quick Reply To Top Return to the list