Mobile Legends: Bang Bang

 Forgot password?
 Register now.
View: 77|Reply: 0
Collapse the left

[Kemaskini] NOTA PATCH 1.5.16 (Original Server)

[Copy link]
Post time 2020-9-23 01:40 PM | Show all posts |Read mode

Sign up now, Make more friends, Enjoy with more features, Let you easily Fun Community.

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

[Daripada Pereka]

Salam sejahtera para Wira sekalian! Project NEXT akhirnya telah dilancarkan!
Di dalam Patch ini, kami telah menaik taraf sepenuhnya grafik permainan dalam membentuk semua ramai Wira-Wira klasik. Project NEXT menggambarkan tekad kami untuk mempertingkatkan kualiti permainan, dan Patch baharu ini adalah langkah pertamanya. Macam apa yang tertulis pada slogan "Beyond Legends", kami harapkan bagi setiap pemain boleh menyaksikan peningkatan sendiri MLBB di masa akan datang!

Para Wira telah berhadapan dengan pertempuran yang tak terkira jumlahnya di atas medan pertempuran, dan limpahan tenaga yang mencurah kepada kesemua pertempuran itu, yang kemudiannya telah diserap oleh sekalian makhluk yang berada di atas medan tersebut, telah menghasilkan suatu perubahan yang begitu menakjubkan.
Penyu telah menyerap jumlah tenaga yang paling banyak dalam kalangan makhluk-makhluk ini. Di bawah pengaruhnya, banyak perubahan yang tak dijangka berlaku di atas medan pertempuran. Harapan kami adalah supaya kesemua perubahan ini akan membolehkan:

1. Para Pemain berupaya memilih laluan berasaskan fungsi Wira yang telah dipilih pada permulaan perlawanan. Situasi pada laluan juga boleh menjadi lebih kompetitif.

2. Perbezaan antara Wira-Wira Jungle dan Wira-Wira Laluan biasa menjadi semakin jelas dan nyata, maka seseorang wira mampu menjadi lebih baik dalam kawasan utamanya ketika masih lemah manakala Wira yang lain pula mampu melakukan Farm pada kedua-dua kawasan laluan dan jungle dengan mudah.

3. Pengalaman Jungling ketika seorangan pada awal permainan telah dioptimakan. kami akan terus memantau kesemua penyelarasan ini dan mempertimbangkan sebarang penyelarasan akan datang mengikut prestasi. Sekiranya anda mempunyai apa-apa cadangan berkenaan ini, anda amat dialu-alukan untuk memberitahunya kepada kami.


I. Wira Baharu & Wira Dibentuk Semula

[Wira Baharu]

1. Brody - Lone Star, akan tersedia bermula pada 16hb Oktober. DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

Ciri Wira: Penembak jarak jauh yang boleh melancarkan serangan hebat kepada musuh.

Teknik 1 - Abyss Impact:
Brody melancarkan satu gelombang kejutan dalam arah tertentu, mengakibatkan kerosakan kepada musuh dan mengenakan 1 timbunan "Tanda Abyss" kepada musuh yang terkena. apabila gelombang kejutan terserak kepada musuh yang terkena, ia akan mengakibatkan kerosakan tambahan dan mengenakan 1 tambahan timbunan "Tanda Abyss".

Teknik 2 - Corrosive Strike:
Brody meluru ke arah musuh, mengakibatkan kerosakan dan memegunkan mereka dan mengenakan 1 timbunan "Tanda Abyss". apabila serangan mengenai sasaran , dia boleh bergerak sekali lagi dalam arah pergerakan.

Muktamad - Torn-Apart Memory:
Brody mengunci ke arah kesemua sasaran yang berada dalam lingkungan 8 ela. mengakibatkan kerosakan kepada sasaran mengikut bilangan timbunan "Tanda Abyss" yang dimiliki oleh sasaran. Kesemua "Tanda Abyss" akan diset-semula.

Pasif - Abyss Corrosion:
Brody boleh bergerak semasa mengumpul serangan asasnya (yang akan diganggu apabila melancarkan teknik), yang menjadikan Animasi Serangan Asasnya semakin panjang dan Kelajuan Pergerakan tambahan semakin rendah. Setiap serangan asas meningkatkan kelajuan pergerakannya dan mengenakan 1 timbunan "Tanda Abyss", meningkatkan kerosakan kepada sasaran, dihadkan kepada 4 timbunan.

[Wira-Wira Dibentuk Semula]

1. Miya - Moonlight Archer
Ciri Wira: Seorang Marksman yang dianugerahkan Kuasa Bulan.

Teknik 1 - Moon Arrow:
Miya memecahkan serangan asasnya kepada 3 anak panah, menyerang 2 sasaran tambahan.

Teknik 2 - Arrow of Eclipse:
Miya menyeru kuasa gerhana bulan dan melancarkan satu anak panah yang diperkuatkan dalam kawasan yang ditentukan. mengakibatkan kerosakan kepada musuh dalam kawasan tersebut, mengkakukan mereka, dan berpecah kepada 8 anak panah kecik yang akan menembak ke sekitarnya. Setiap anak panah kecik mengakibatkan kerosakan dan memperlahankan musuh.

Muktamad - Hidden Moonlight:
Miya membuang kesemua debuff serta-merta, menyembunyikan dirinya dan meningkatkan kelajuan pergerakan. Dia serta-merta memperoleh timbunan penuh "Moon Blessing" apabila tempoh penyembunyian berakhir.

Pasif - Moon Blessing:
Setiap kali serangan asas Miya mengenai sasaran, Kelajuan Serangannya akan meningkat, dihadkan kepada 5 timbunan. Selepas mencapai timbunan penuh Kelajuan Serangan tambahan, Miya menyeru "Moonlight Shadow" untuk membantunya pada setiap Serangan Asas, mengakibatkan Kerosakan tambahan.

2. Layla - Energy Gunner
Ciri Wira: Seorang Marksman berkemahiran dengan Senjata Senapang Tenaga.

Teknik 1 - Malefic Bomb:
Layla menembak Bom Tenaga Malefic, mengakibatkan kerosakan kepada musuh pertama yang terkena dan meningkatkan julat serangan asasnya.

Teknik 2 - Void Projectile:
Layla menembak bola tenaga yang akan meletup, mengakibatkan kerosakan kepada sasaran dan musuh berhampiran serta mengenakan "Tanda Magik" kepada mereka. Layla boleh meletupkan "Tanda Magik" dengan serangan yang seterusnya, mengakibatkan kerosakan kepada musuh berhampiran dan memperlahankan mereka.

Muktamad - Destruction Rush:
Layla menembak satu letupan tenaga yang hebat. mengakibatkan kerosakan kepada musuh yang berada dalam laluannya. Setiap naik taraf teknik ini akan meningkatkan julat Serangan Asasnya dan Teknik 2-nya.

Pasif - Malefic Gun:
Kerosakan Serangan Asas dan Teknik Layla berkadar terus mengikut julat antara dirinya dan juga musuh.

3. Alucard - Demon Hunter
Pasif - Pursuit:
Jika Teknik Alucard hanya terkena 1 musuh, ia akan mengakibatkan kerosakan tambahan. Selepas guna satu teknik, dia berupaya untuk meluru ke arah sasaran dengan Serangan Asasnya yang seterusnya, mengakibatkan kerosakan tambahan. Teknik-tekniknya mendapat peratusan tertentu Lifesteal Fizikal.

Teknik 1 - Groundsplitter:
Alucard melonjak ke kawasan yang ditentukan, mengakibatkan kerosakan kepada musuh dalam kawasan.

Teknik 2 - Whirling Smash:
Alucard melibaskan pedangnya ke arah musuh-musuh berhampiran dan mengakibatkan kerosakan.

Muktamad - Fission Wave:
Alucard menyerap tenaga musuh-musuh dalam kawasan yang ditentukan dan meningkatkan Lifesteal Fizikal dirinya. Di dalam suatu tempoh singkat, dia memperlahankan musuh-musuhnya, dan Teknik Pasifnya akan dicetuskan setiap saat dia mengakibatkan kerosakan kepada musuh. Semasa tempoh ini, dia boleh melepaskan satu gelombang kejutan yang berkuasa ke hadapan dan mengakibatkan kerosakan besar kepada musuh yang yerkena.

4. Eudora - Lightning Weaver
Pasif - Superconductor:
Teknik-teknik Eudora mengenakan tanda "Superconductor" ke atas sasaran. Kesan tambahan akan dikenakan apabila teknik-teknik Eudora mengenai sasaran yang terkesan dengan "Superconductor"

Teknik 1 - Forked Lightning:
Eudora melancarkan panahan petir bercabang, mengakibatkan kerosakan Magik kepada musuh dalam kawasan berbentuk kipas, Musuh-musuh yang terkesan dengan "Superconductor" akan menerima kerosakan tambahan selepas satu jeda singkat

Teknik 2 - Electric Arrow:
Eudora melancarkan panahan petir ke arah sasaran, mengakibatkan kerosakan Magik, memegun sasaran untuk suatu tempoh masa dan mengurangkan pertahanan Magik sasaran. Jika sasaran terkesan dengan "Superconductor", panahan petir akan berpecah kepada panahan-panahan kecik apabila terkena sasaran dan akan terserak kepada sehingga 3 sasaran berhampiran, mengakibatkan kerosakan Magik dan memegun mereka. panahan petir kecik akan mengutamakan Wira-wira musuh.

Muktamad - Thunder's Wrath:
Eudora menyeru satu ribut petir yang besar, mengakibatkan kerosakan Magik kepada sasaran. Jika sasaran terkesan dengan "Superconductor", kepulan awan hitam akan dibentukkan di atas kepala mereka. Selepas satu jeda singkat, panahan petir akan menyerang daripada kepulan awan tersebut, mengakibatkan kerosakan Magik kepada musuh dalam kawasan. Sementara itu, caj elektrik daripada petir akan terserak di atas tanah ke arah musuh berhampiran dan mengakibatkan kerosakan Magik.

5. Zilong - Spear of Dragon
Ciri Wira: Tombak Naga, Pakar guna tombak.

Pasif - Dragon Flurry:
Selepas setiap 3 Serangan Asas, Zilong memperoleh "Dragon Flurry" pada Serangan Asas seterusnya, mengakibatkan kerosakan tambahan dan memulihkan HP mengikut Serangan Fizikalnya.

Teknik 1 - Spear Flip:
Zilong membanting musuhnya ke belakang, mengakibatkan Kerosakan Fizikal.

Teknik 2 - Spear Strike:
Zilong meluru ke arah sasaran dan menyerang guna Tombak Naga miliknya, mengakibatkan Kerosakan Fizikal kepada sasaran dan mengurangkan Pertahanan Fizikal sasaran. CD teknik ini akan diset-semula apabila Zilong membunuh sasaran.

Muktamad - Supreme Warrior:
Zilong memperoleh Kelajuan Pergerakan, Kelajuan Serangan, dan Kekebalan terhadap kesan diperlahankan. Kesemua kesan perlahan kepada Zilong akan dibuang apabila teknik ini dilancarkan. Ketika muktamad ini digunakan, Pasif boleh dicetuskan selepas setiap 2 Serangan Asas berbanding selepas 3 Serangan Asas.

6. Saber - Wandering Sword
Ciri Wira: Pakar guna pedang yang mencari Erti Dirinya.

Pasif - Enemy's Bane:
Kerosakan yang diakibatkan oleh Saber mengurangkan Pertahanan Fizikal musuh.

Teknik 1 - Flying Sword:
Saber melepaskan 5 pedang yang berterbangan, dengan setiap pedang yang boleh mengakibatkan Kerosakan Fizikal. Selepas berpusing mengelilingi Saber untuk suatu tempoh masa, pedang-pedang itu akan balik kepada Saber, apabila Saber mengakibatkan kerosakan dengan Serangan Asas atau Teknik semasa pedang berpusing tersebut, dia akan menembak satu pedang ke arah sasaran dan mengakibatkan Kerosakan Fizikal.
Kerosakan kepada sasaran lain yang berada dalam laluan akan semakin berkurangan. CD Teknik 2 dikurangkan.

Teknik 2 - Charge:
Saber meluru ke arah yang ditentukan, mengakibatkan kerosakan kepada musuh di sepanjang laluannya. Saber memperoleh satu Serangan Asas yang dipertingkatkan selepas meluru, mengakibatkan kerosakan dan memperlahankan sasaran.

Muktamad - Triple Sweep:
Saber meluru ke arah satu Wira musuh dan melambungkan sasaran ke udara. Ketika tempoh ini, Saber melancarkan 3 serangan berterusan dengan pantas. Dua serangan pertama mengakibatkan Kerosakan Fizikal, sementara bagi serangan ketiga mengakibatkan kerosakan tambahan.

Bagi Wira-wira berikut, kami telah mempertingkatkan paparan dan model pertempuran mereka serta mengoptimakan tidakan dan kesan visual mereka. membuatkan kualiti hasil seni mereka yang terpapar meningkat dengan ketara.
1. Nana - Sweet Leonin
2. Rafaela - Wings of Holiness
3. Fanny - Blade Dancer
4. Ruby - Little Red Hood
5. Roger - Dire Wolf Hunter
6. Alice - Queen of Apocalypse


II. Penyelarasan Wira

Dalam Patch baharu ini, kami telah membuatkan beberapa penyelarasan yang signifikan terhadap Wira-wira berikut: Alice, Tigreal, Vale, Aurora, Kadita, Granger, Silvanna, Yu Zhong, Chang'e, Atlas, Martis, Terizla, Balmond.

Oleh kerana perubahan-perubahan di atas medan pertempuran, kami telah menyelaraskan kebolehan untuk mengeluarkan gelombang Minion untuk beberapa orang Wira serta menyelaraskan aspek-aspek lain yang bersesuaian. Kami harapkan supaya perubahan penting ini tak akan memberikan kesan yang besar terhadap kedudukan kebolehan untuk mengeluarkan gelombang Minion bagi wira-wira yang berkaitan.

Guna tanda (↑), (↓), (~) untuk menunjukkan Pengukuhan, Pelemahan, dan Penyelarasan.

[Alice] (~)

Sebagai seorang Mage yang perlu bertarung secara bersemuka dengan musuh, Alice amat sangat bergantung pada kerosakan dan pemulihan Muktamad-nya, yang membuatkan dia kurang memiliki keupayaan tempur semasa Muktamad-nya dalam fasa CD.  Justeru, kami telah mencipta rekaan semula bagi Muktamad-nya.  Kami harapkan bahawa Alice boleh menjadi Mage & Tank yang berdaya tahan.  Untuk memastikan keseimbangan, kami telah melemahkan kesan Teknik 1 dan Muktamad-nya.  Sementara itu, kami telah menambahkan kesan baharu pada Teknik 1-nya sehingga pemain boleh tengok tempatan aliran darah.

Pasif (↑)
Selepas menyerap 25 bola darah: meningkatkan 10% Lifesteal Magik → 15% Perisai dan Pemulihan HP.
Kesan baharu: Selepas bulatan darah yang diserap akan memulihkan 50 mana untuk dirinya.

Teknik 1 (↓)
Kerosakan: 350-650+180% Kuasa Magik → 400-600+120% Kuasa Magik.
CD: 4s → 5s.
Kos Mana: 90-140 → 50-75.
Kesan baharu: Selepas pelancaran pertama, anda boleh tengok tempatan Aliran Darah dengan tekan butang ikon teknik secara berpanjangan.

Teknik 2 (↑)
Kos Mana: 90-115 → 50-75.

Muktamad (~)
CD telah dikeluarkan. Guna Mana berterusan apabila teknik digunakan.
Kos Mana: 50 → 60-100.
Kerosakan: 160-220+70% Kuasa Magik → 120-180+50% Kuasa Magik.
Pemulihan HP: 80-120+30% Kuasa Magik → 80-100+20% Kuasa Magik.

[Tigreal] (~)

Mengoptimakan skin dan mereka semula Teknik 1. Membatalkan beberapa kehendak kombinasi bagi memberikan keupayaan yang lebih tinggi.

Teknik 1 (~)
Tigreal mengentak ke tanah, mengakibatkan kerosakan sehingga 3 kali kepada semua musuh dalam kawasan berbentuk kipas dan memperlahankan mereka mengikut julat antara dirinya dan musuh.
Mengurangkan kerosakan setiap sasaran
(Tip: Guna teknik ini bersama dengan teknik 2 boleh mengakibatkan kerosakan kepada musuh sebanyak 3 kali.)

Muktamad (~)
Kesan baharu: Kini anda boleh guna mantera "Flicker" semasa pelancaran bagi mengubah kawasan semasa anda.

[Yu Zhong] (↓)

Kami telah meningkatkan CD beliau untuk meningkatkan masa perantaraan pertempuran berpasukan serta melemahkan ketahanannya.

Teknik 1 (↓)
CD: 5.5-4s → 7-5.5s.

Teknik 2 (↓)
CD: 10.6-8.5s → 12-10.5s.

Muktamad (↓)
CD: 65s → 85-65s.

[Atlas] (↓)

Tanpa memberi banyak pengaruh terhadap keupayaan pertempuran berpasukannya yang hebat, kami hanya melemahkan sikit ketahanan dan keupayaan permulaannya.

Pasif (↓)
Pertahanan Fizikal: 45-80 → 25-60.

Teknik 2 (↓)
CD: 12-8s → 15-10s.

[Vale] (↑)

Pasif (↑)
Perolehan Kelajuan pergerakan setiap timbunan: 5 → 8.
Had timbunan: 12 → 10.

Teknik 1 - Scatter (↑)
CD: 5s → 4s.

Teknik 2 (~)
CD: 9-7.5s → 8.5s.
Teknik 2 - Fix (↑)
Kerosakan Asas daripada kerosakan berterusan: 90-215 → 150-225.
Teknik 2 - Control (↓)
Tempoh udara: 1.1 → 1s.

[Chang'e] (↓)

Teknik 1 (↓)
Kerosakan Asas: 340-540 → 300-500.
Kesan Perlahan: 40% → 20%
Kesan Perlahan Maksima: 75% → 40%.

Teknik 2 (~)
Kerosakan Asas daripada Serangan Asas Bulan Sabit: 0 → 20.
Kuasa Magik tambahan: 30% → 25%.

[Aurora] (~)

Teknik 1 (↑)
Kerosakan Asas: 300-600 → 400-600.

Teknik 2 (↓)
Kerosakan Asas: 530-830 → 450-750.
Kuasa Magik tambahan: 180% → 160%.

[Kadita] (~)

Teknik 1 (~)
Kerosakan Asas: 265-490 → 300-500.
Pengurangan Kerosakan: 70% → 50%.

[Granger] (↑)

Dalam persekitaran semasa.  Granger agak lemah pada awal dan tengah permainan.  Oleh itu, kami telah meningkatkan kerosakan asas Teknik 1-nya.

Teknik 1 (↑)
Kerosakan Asas: 30-180 → 45-195.

[Silvanna] (↑)

Teknik 2 (↑)
Kuasa Magik Tambahan bagi setiap serangan: 35% → 45%.
Kerosakan kepada Minion: 75% → 50%.

Muktamad (~)
Perolehan Lifesteal Magik: 100% → 80%-120%.

[Uranus] (↓)

Muktamad (↓)
CD: 36-28s → 42-36s.

[Balmond] (~)

Pasif (↑)
Pemulihan HP daripada membunuh Minion dan Creep: 5% → 7%.

Teknik 2 (↓)
Peningkatan kerosakan selepas mengakibatkan kerosakan kepada Wira musuh kini tak berkesan kepada Minion.

[Martis] (↑)

Teknik 1 (↑)
Kerosakan Asas: 340-540 → 350-650.

Teknik 2 (↓)
Hanya mengakibatkan 75% kerosakan kepada Minion.

Muktamad (↑)
Peningkatan Kelajuan Pergerakan ​​selepas membunuh sasaran kini dikurangkan dengan ketara.

[Terizla] (↑)

Pasif (↑)
Setiap 2.5% HP yang hilang ditukar kepada 1% pengurangan kerosakan sehingga 35% → Setiap 2% HP yang hilang ditukar kepada 1% pengurangan kerosakan sehingga 45%.

Teknik 2 (↑)
CD: 7s → 5.5s.
Kesan baharu: Hanya mengakibatkan 50% kerosakan kepada Minion.

[Freya] (↓)

Teknik 2 (↓)
Kerosakan yang diakibatkan oleh pelancaran ke-4: 150% → 120%.

[X.Borg] (↓)

Teknik 1 (↓)
Hanya mengakibatkan 75% kerosakan kepada Minion semasa dia masih mempunyai perisai.

[Dyrroth] (↓)

Teknik 1 (↓)
Hanya mengakibatkan 75% kerosakan kepada Minion.

[Esmeralda]

Membaiki masalah had perisai.

[Badang]

Membaiki masalah lokasi halangan daripada Teknik 2-nya.
Membaiki masalah di mana kawasan kesan daripada Teknik Muktamad-nya yang sebenarnya tak sepadan dengan penunjuk teknik.

[Selena]

Membaiki masalah di mana Teknik 2-nya tak boleh melalui halangan dalam beberapa kes tertentu.

[Ling]

Membaiki masalah kesan visual daripada Teknik Muktamad-nya.

[Popol dan Kupa]

Membaiki masalah di mana Popol tak boleh menghidupkan kembali Kupa dalam beberapa kes tertentu.

[Franco]

Membaiki tempoh kawalan yang salah dalam beberapa kes tertentu.

[Gatotkaca]

Mengoptimakan prestasi kamera Teknik Muktamad-nya.


III. Wira Percuma Mingguan & Skin Baharu

1. Pengoptimaan Paparan Wira: Untuk menyelaraskan imej wira dengan cerita latar mereka, kami telah menambah latar belakang baharu untuk beberapa wira di ruang muka paparan wira, dan akan terus dikemas kini pada masa yang akan tiba.

2. Mengoptimakan model paparan dan animasi, model pertempuran, dan animasi teknik kepada Skin-skin berikut ini:
Miya - "Modena Butterfly"
Eudora - "Emerald Enchantress"
Zilong - "Glorious General"
Saber - "Codename - Storm"
Alice - "Wizardry Teacher"
Alucard - "Child of the Fall"
Chou - "Dragon Boy"
Roger - "Dr. Beast"

3. Mod Arked - [Magic Chess]

Komander Kecik baharu: "Mavis - Vampire Countess", akan tersedia bermula pada 29hb September (Masa Server).  499 Berlian.  24000 BP.  DISKAUN 30% Berlian pada minggu pelancaran.

Skin Mavis - "Night Princess" akan tersedia bermula pada 29hb September (Masa Server).  269 Berlian.  DISKAUN 30% Berlian pada minggu pelancaran.

Komander Kecik "Mavis" dan skin-nya "Night Princess" akan dipakejkan dan tersedia bermula pada 29hb September (Masa Server).  DISKAUN 30% Berlian pada minggu pelancaran.

4. Penyelarasan di dalam Kedai Fragment pada 23hb September (Masa Server).

a. Kedai Fragment Skin Langka

Bakal tersedia: Gatotkaca - "Mighty Guardian", Lancelot - "Masked Knight", Grock - "Iceland Golem", Akai - "Akazonae Samurai", Cyclops - "Deep Sea Rescuer", Karina - "Black Pearl", Roger - "Anubis".

Bakal dikeluarkan: Grock - "Grave Guardian", Kimmy - "Steam Researcher, Argus - "Dark Draconic", Moskov - "Snake Eye Commander", Kimmy - "Bio Frontier", Layla - "Bunny Babe", Aurora - "Heartbreak Empress".

b. Kedai Fragment Wira

Bakal tersedia: Popol dan Kupa, Silvanna, Granger, Diggie, Lylia, Helcurt.

Bakal dikeluarkan: Ling, Lunox, Valir, Natalia, Khufra, Moskov.

5. Skin Baharu Popol dan Kupa - "Tribal Howl" akan tersedia bermula pada 28hb September (Masa Server). 599 Berlian. DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

Wira "Popol dan Kupa" & Skin "Tribal Howl" akan dipakejkan dan tersedia bermula pada 28hb September (Masa Server). DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

5. Wira Percuma:
Masa Server 18/9/2020 05:01:00 sehingga 25/9/2020 05:00:00

8 Wira Percuma: Atlas, Gatotkaca, Lunox, Popol dan Kupa, Dyrroth, Badang, Uranus, Ling.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Estes, Grock, Yi Sun-shin, Kaja, Helcurt, Chang'e.

Masa Server 25/9/2020 05:01:00 sehingga 2/10/2020 05:00:00

8 Wira Percuma: Lapu-lapu, Lesley, Hylos, Harley, Martis, Valir, Harith, Silvanna.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Popol dan Kupa, Karrie, Natalia, Cyclops, Minsitthar, Franco.

Masa Server 2/10/2020 05:01:00 sehingga 9/10/2020 05:00:00

8 Wira Percuma: Masha, Selena, Johnson, Jawhead, Cyclops, Esmeralda, Bruno, X.Borg.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Gusion, Thamuz, Vale, Claude, Leomord, Badang.

Masa Server 9/10/2020 05:01:00 sehingga 16/10/2020 05:00:00

8 Wira Percuma: Silvanna, Ruby, Rafaela, Aurora, Guinevere, Alpha, Claude, Bane.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Roger, Kadita, Hylos, Carmilla, Angela, Diggie.

Masa Server 16/10/2020 05:01:00 sehingga 23/10/2020 05:00:00

8 Wira Percuma: Roger, Johnson, Hanzo, Grock, Gatotkaca, Alpha, Khufra, Bane.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Lylia, Thamuz, Silvanna, Lesley, Lolita, Masha.

Masa Server 23/10/2020 05:01:00 sehingga 30/10/2020 05:00:00

8 Wira Percuma: Franco, Carmilla, Hilda, Lancelot, Leomord, Uranus, Minsitthar, Badang.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Ruby, Helcurt, Argus, Claude, Granger, X.Borg.

Masa Server 30/10/2020 05:01:00 sehingga 6/11/2020 05:00:00

8 Wira Percuma: Hayabusa, Fanny, Moskov, Thamuz, Harley, Dyrroth, Hylos, Baxia.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Chang'e, Johnson, Diggie, Rafaela, Lancelot, Kimmy.

Masa Server 6/11/2020 05:01:00 sehingga 13/11/2020 05:00:00

8 Wira Percuma: Harith, Rafaela, Balerick, Aurora, Atlas, Grock, X.Borg, Lunox.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Carmilla, Valir, Helcurt, Yi Sun-shin, Bruno, Hanabi.

Masa Server 13/11/2020 05:01:00 sehingga 20/11/2020 05:00:00

8 Wira Percuma: Natalia, Minotaur, Roger, Diggie, Terizla, Gusion, Faramis, Silvanna.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Sun, Masha, Vexana, Badang, Aldous, Uranus.

Masa Server 20/11/2020 05:01:00 sehingga 27/11/2020 05:00:00

8 Wira Percuma: Valir, Popol dan Kupa, Franco, Pharsa, Cyclops, Wanwan, Granger, Balerick.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Irithel, Chang'e, Ling, Kaja, Chou, Alpha.


IV. Penyelarasan Pertempuran

[Medan Pertempuran]

1. Lorong
Untuk 7 gelombang minion pertama, Siege Minion di setiap lorong mempunyai kesan istimewa.  Siege Minion yang berada di dekat dari Lorong Penyu memberikan 50% EXP tambahan, sementara yang berada jauh dari Lorong Penyu memberikan 50% Emas tambahan.  Bermula dari gelombang minion ke-8, semua Siege Minion akan berhenti memberikan faedah tersebut.

2. Menara Luar (Menara pertama di setiap Lorong)
HP: 4000 → 4500.
50% Pengurangan Kerosakan dalam 180s pertama perlawanan → Perisai yang boleh menyerap 4500 Kerosakan pada 210s pertama. Perisai memberikan pengurangan kerosakan dalam julat jauh sebanyak 60% dan 30% pengurangan kerosakan dalam julat dekat.
Emas tambahan akan diberikan kepada wira musuh berhampiran mengikut kerosakan yang diberikan kepada perisai (0.8 Emas setiap 10 kerosakan pada perisai).  Minion mengakibatkan 75 kerosakan kepada perisai.

3. Menara Dalaman
Pertahanan Fizikal & Magik: 40 → 20.
HP: 4600 → 5500.
Emas tambahan bagi sepasukan untuk menghancurkan menara: 120 → 100.

4. Menara Pangkalan
Emas tambahan bagi sepasukan untuk menghancurkan menara: 160 → 150.

5. Emas tambahan daripada membunuh wira musuh: 70 → 60.  Emas tambahan maksima dalam satu perlawanan: 400 → 300

6. Emas tambahan daripada membunuh musuh yang memiliki nilai teruk tertinggi ditingkatkan sebanyak 50%, yang hanya berfungsi apabila emas pasukan ketinggalan 2500 → 2000.

7. Meningkatkan sikit Perolehan EXP Asas pada pertengahan dan hujung perlawanan.

8. Sekurang-kurangnya 30 Exp dan 50 Emas akan diberikan daripada Membunuh wira musuh secara berterusan.

9. Mengurangkan bahagian masing-masing apabila Emas dan Exp daripada minion dikongsi oleh beberapa wira.

10. Meningkatkan sikit kawasan kesan pemulihan pada lokasi penjelmaan semula.

11. Menambah "Mekanisme Amaran" untuk creep. Creep kini boleh menemui wira yang paling hampir dan bertindak balas.

12. Menambah beberapa kesan khas untuk peta Imperial Sanctuary di bawah grafik ultra (sebahagiannya interaktif), termasuk kesan perlanggaran semak, kesan goyangan pokok, burung di Core Guard, dan banyak lagi.

13. Mengoptimakan kesan getaran teknik bagi kebanyakan wira.

14. Menambah kesan visual pada beberapa teknik untuk mengukuhkan hentian pukulan.

15. Mengoptimakan beberapa kesan paparan medan pertempuran dan peralatan.

16. Mengoptimakan kesan menaikkan kamera untuk menjadikannya lebih lancar.

17. Pengoptimaan Medan Pertempuran:

a. Mengoptimakan kesan daripada pemilihan sasaran.

b. Mengoptimakan kesan seni daripada peta mini.

c. Mengoptimakan kesan visual teks dalam pertempuran.  Menambah teks baharu daripada membunuh wira.

d. Mengoptimakan kesan seni daripada kesan penyingkiran.

e. Mengoptimakan kesan seni daripada bar penyaluran

f. Melaraskan Bar HP rakan sepasukan dan peringatan utama di dekat panel skor.

g. Mengoptimakan UI bagi sesetengah medan pertempuran.

18. Mengoptimakan Penunjuk Teknik:

a. Mengoptimakan kesan seni bagi kesemua penunjuk.

b. Kini Penunjuk arah boleh menunjukkan sama ada wira yang akan bergerak.

c. Kini Penunjuk kawasan boleh menunjukkan sama ada wira yang akan bergerak.

d. Menambah penunjuk baharu untuk teknik yang dikenakan terhadap diri sendiri.

19. Mengoptimakan kesan letupan pangkalan dan keputusan perlawanan pada akhir permainan.

[Peralatan]

1. Kini Retribution diperlukan untuk membeli kelengkapan peralatan Jungle.

2. Menambah kesan baharu untuk semua item peralatan Jungle: Mengurangkan Perolehan EXP daripada minion sebanyak 30% pada 3 minit pertama perlawanan.

3. Hunter's Knife
Peningkatan Kerosakan kepada Creep: 20% → 30%.
Perolehan EXP tambahan daripada Creep: 15% → 25%.

4. Curse Sword, Pillager Axe, Nimble Blade
Peningkatan Kerosakan kepada Creep: 35% → 40%

5. Raptor Machete
Pasif Istimewa - Breakout: Serangan Asas seterusnya mengurangkan Pertahanan Fizikal sasaran sebanyak 10 dan memperlahankan sasaran sebanyak 30% selama 1.5s, yang sebelumnya mengakibatkan kerosakan tambahan dan memperlahankan sasaran selama 1s.

6. Queen's Wings
Pasif Istimewa - Demonize: Mengoptimakan kesan visual, Kami telah melaraskan dua item peralatan pertahanan untuk menyegerakkan atribut mereka dengan kesan pasifnya.

7. Athena's Shield
Pasif Istimewa - Shield: Boleh dicetuskan apabila menerima Kerosakan Magik.  Mengurangkan Kerosakan Magik yang diterima sebanyak 25 selama 5s.  Kesan ini boleh dicetuskan sekali lagi selepas meninggalkan pertempuran selama 10s.

8. Enchanted Talisman
Pasif Istimewa - Mana Spring: Pemulihan Mana dalam 10s: 12% → 15%.
Kami telah mengubah 3 item peralatan pertahanan dalam upaya untuk menyamakan ciri-ciri mereka dengan kesan pasif mereka.

9. Antique Cuirass
Pasif Istimewa - Deter: Tak mengurangkan Kuasa Magik lawan tetapi Mengurangkan Serangan Fizikal lawan sebanyak 10% berbanding 6%.

10. Dreadnaught Armor
Pasif Istimewa - Deter: Tak mengurangkan Kuasa Magik lawan tetapi Mengurangkan Serangan Fizikal lawan sebanyak 6% berbanding 4%.

[Mantera]

1. Retribution
Kerosakan Asas: 600-1440 → 600-1720.

[Minion & Creep]

1. Kelajuan Serangan bagi 7 gelombang pertama Siege Minion dikurangkan sebanyak 10%.  Kini Kerosakan mereka kepada wira tak mereput.

2. Kelajuan pergerakan minion di dua lorong sisi dikurangkan sebanyak 10%.

3. Meningkatkan had Kelajuan Serangan Minion pada akhir permainan.

4. Menyelaraskan Ciri-ciri bagi kesemua Creep:
HP Asas (↑), Pertumbuhan HP (↓), Serangan Asas (↓), Pertumbuhan Serangan (↑).  Mengikut penyelarasan daripada peralatan hutan, meningkatkan ganjaran emas asas daripada membunuh creep.

5. Mengurangkan Kelajuan Janaan HP ​​daripada semua creep kecuali Ketam dan Ketam Kecil pada 3s pertama selepas wira meninggalkan julat kejaran

6. Statued Shocker & Core Guard
Teknik Baharu: Mengurangkan kerosakan yang diterima sebanyak 15% untuk setiap wira berhampiran, dengan had 60%.

7. Ketam & Ketam Kecil
Sedikit menyelaraskan kawasan kemunculan.
Mengurangkan Kelajuan Janaan HP ​​pada 5s pertama selepas wira meninggalkan julat kejaran.

8. Lithowanderer
Kemunculan pada satu sisi Lorong Tengah dan bukannya kedua-dua sisi.
HP Asas dan Peningkatan HP dikurangkan sebanyak 10%.
Pertahanan Fizikal: 37 → 60.
Emas Asas tambahan ditingkatkan sebanyak 56%.

9. Rumput Walkie
Mengeluarkan kesan pemulihan HP.  Kesan pemulihan Mana sesaat: 2% → 1%.
Kesan baharu: Meningkatkan Kelajuan Pergerakan pemilik semasa berada di dalam kawasan sungai.
Tempoh: 20s → 40s.


V. Fungsi & Acara Baharu

1. [Mod Ranked]

a. Musim 17 akan tamat pada pukul 23:59:59 pada 25hb September 2020 (Masa Server).

b. Pemain yang mencapai Master atau yang lebih tinggi akan diganjar Skin Cyclops - "Zombie Bambino".

c. Musim 18 akan bermula pada pukul 02:00:00 pada 26hb September 2020 (Masa Server).

2. Kemaskini Acara Isi Semula Berlian

a. Wira Hanabi dan Valir ditukar kepada Moskov dan Chang'e dalam acara isi semula Berlian Pertama.

b. Skin "Resplendent Iris" dan "Pale Flame" ditukar kepada Skin "Spear of Bone Dragon" dan "Moonstruck" dalam acara Memperbaharui.


VI. Penyelarasan Sistem

1. Pengoptimaan Sistem Suai Padanan

a. Meningkatkan pemberatan rank.

b. Keputusan Suai Padanan berbeza dengan jumlah pemain dalam talian.  Lebih ramai pemain dalam talian, lebih tepat keputusan tersebut.

c. "Mod Laju" akan tersedia sekiranya Suai Padanan mengambil masa terlalu lama.  Fungsi ini akan tersedia secara beransur-ansur selepas kemaskini.

2. Pengoptimaan Fungsi Lorongan dan Panduan

a. Mengoptimakan pemilihan lorong dan mengesyorkan pada ruang muka pemilihan wira.

b. Anda boleh memaparkan para wira mengikut lorongan mereka pada ruang muka pemilihan wira.

c. Menambah maklumat "Lorongan" pada gambaran keseluruhan medan pertempuran.

d. Menambah panduan Lorongan terkini pada beberapa perlawanan terawal selepas kemaskini.

3. Mod Kawalan Lanjutan Baharu

a. Bantuan Penyasaran: Arah penunjuk akan mengikuti lokasi sasaran secara automatik.

b. Penyasaran Pandai: Penunjuk boleh mengunci sasaran.  Sekiranya anda telah mengaktifkan "Penyasaran Pandai Serangan Asas" dan "Penyasaran Pandai Teknik" dalam tetapan, teknik sasaran tunggal dan serangan asas anda boleh memilih sasaran dengan lebih tepat.

c. Menaikkan Kamera: Apabila guna teknik julat jauh, kamera akan mengikut teknik yang digunakan secara automatik.

4. Fungsi Baharu: Pra-Jemputan

a. Bermain bilangan perlawanan tertentu bersama rakan anda untuk mengaktifkan fungsi pra-jemputan.

b. Rakan hanya boleh mendapat pra-jemputan selepas memasuki perlawanan beberapa ketika.

c. Semasa Perlawanan, setiap pemain hanya boleh melakukan pra-jemputan dengan bilangan.

5. Mengoptimakan Notis apabila had rakan sudah hampir.

6. Mengoptimakan had Mengikuti dan had rakan dalam senarai rakan.

7. Mengoptimakan peraturan had Mengikut dalam senarai rakan.

8. Mengoptimakan fungsi urutan dalam senarai rakan.

9. Menambah tanda yang menunjukkan sama ada mesej itu dibaca atau tak dibaca dalam perbualan.

10. Dalam Draft Pick selepas memilih wira anda sendiri, kini anda boleh menunjukkan kadar kemenangan wira anda.

11. Mengoptimakan ruang muka pemilihan wira dalam Draft Pick, yang akan berlaku selepas memuat turun sumber.

12. Mengoptimakan fungsi dan kesan "Satu Perlawanan Lagi" pada Skrin pasca permainan.

13. Skrin pasca permainan kini boleh dikongsi kepada rakan.

14. Mengoptimakan ruang muka penerimaan peralatan.

15. Semasa dijemput ke dalam perlawanan, anda boleh tengok wira utama dan perlawanan terkini oleh si penjemput.

16. Fungsi permintaan bantuan rakan Facebook diubah kepada fungsi berkongsi.

17. Anda boleh tengok nombor pemain di dalam lobi ketika percarian perlawanan bermula.

18. Mengemas kini logo baharu di laman kongsi.

19. Menambah Notis semasa mengakses kebenaran telefon.

20. Pengoptimaan MCL

a. Menambah peringatan mel untuk final musim dan perlawanan pertama musim baharu.

b. Pemain yang tak layak untuk menyertai perlawanan akan memiliki ruang muka Final MCL yang berbeza.

c. Pra-tempah kini boleh ditambahkan ke kalendar telefon.

d. Menambah label khas ke ruang muka untuk perlawanan pertama musim baharu.

21. Pengoptimaan UI

a. Mengoptimakan latar belakang dan kesan visual ruang muka utama.

b. Mengoptimakan peringatan titik merah.

c. Mengoptimakan ikon Peti Percuma, Peti Medal, dan Tugasan Harian.

d. Mengoptimakan ruang muka untuk menerima ganjaran.

e. Mengoptimumkan ruang muka lobi dengan menambahkan latar belakang baharu.

22. Mengoptimakan prestasi permainan di bawah grafik lancar dengan membuang beberapa kesan visual dan animasi.

23. Peningkatan Rangkaian iOS

a. Peningkatan Rangkaian iOS kini tersedia.  Ianya boleh melegakan kelewatan permainan yang disebabkan oleh sambungan rangkaian.  Anda perlu mengaktifkan kedua-dua 4G dan Wi-Fi untuk menghidupkannya.

b. Dari Laman utama: Ketuk ikon roda gigi di kanan atas dan pergi ke dalam "Tetapan", dan kemudian pilih "Tetapan Rangkaian".  Dari sana anda akan boleh menghidupkan Peningkatan Rangkaian.

c. Semasa dalam pertandingan: Ketuk ikon roda gigi di kiri atas dan pergi ke dalam "Tetapan, dan kemudian pilih" Tetapan Rangkaian ". Dari sana anda akan boleh menghidupkan Peningkatan Rangkaian.


VII. Pembaikan Pepijat

1. Membaiki masalah di mana laman siaran langsung dalam profil hilang dalam beberapa kes.

2. Membaiki masalah di mana pemain tak boleh memuat naik avatar pada beberapa peranti.

3. Membaiki masalah paparan daripada beberapa maklumat ahli pasukan.

4. Membaiki statistik sejarah perlawanan peribadi yang salah dalam beberapa kes.

5. Membaiki masalah di mana skin dipaparkan secara salah selepas bertukar wira dalam Mod Ban/Pick.
You have to log in before you can reply Login | Register now.

Points Rules

Mobile Phone Version|Dark Room|Mobile Legends: Bang Bang Official Forum

2020-12-3 06:40 AM GMT+8

Powered by Discuz! X3.4

© 2001-2013 Comsenz Inc.

Quick Reply To Top Return to the list