Mobile Legends: Bang Bang

 Forgot password?
 Register now.
View: 93|Reply: 0
Collapse the left

[Kemaskini] NOTA PATCH 1.5.16 (Advanced Server)

[Copy link]
Post time 2020-9-17 12:03 PM | Show all posts |Read mode

Sign up now, Make more friends, Enjoy with more features, Let you easily Fun Community.

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

I. Wira Baharu & Wira yang Diubahsuai

1. [Clint], the West Justice, akan tersedia untuk percubaan percuma di dalam Advanced Server untuk masa yang terhad.  Pembelian tak tersedia.

Ciri-ciri Wira: Seorangan Marksman yang boleh melepaskan tembakan dengan revolver dan senapang.

Teknik 1 - "Quick Draw":
Clint menembakkan 5 peluru dengan pantas.  Peluru akan menyerang musuh di dalam kawasan berbentuk kipas secara bergilir-gilir.  Kerosakan yang diakibatkan oleh peluru pertama pada sasaran akan meningkat.

Teknik 2 - "Trapping Recoil":
Clint menembakkan tali ke hadapan, memperlahankan musuh dan melompat semula dalam julat tertentu.

Muktamad - "Grenade Bombardment":
Clint melancarkan bom tangan ke arah yang ditentukan.  Dia boleh menyimpan sehingga 5 bom tangan pada satu masa.

Pasif - "Double Shot":
Setiap kali Clint guna teknik-nya, dia akan menembak senapang dengan Serangan Asas-nya yang seterusnya yang mengakibatkan kerosakan besar dalam garis lurus.


II. Penyelarasan Wira

[Brody] (↑)

Kami telah mengganti rugi untuk kerosakannya yang hilang kerana pembetulan pepijat baru-baru ini.

Atribut (↑)
Pertumbuhan Kelajuan Serangan: 2% → 3%.

Teknik 1 (↑)
CD: 5s → 4s.
Kerosakan Awal: 200-550 → 250-625.
Serangan Fizikal tambahan: 130% → 150%.

Muktamad (↑)
CD: 28-22s → 24-18s.

[Clint yang Diubahsuai] (↑)

Oleh kerana kelewatan teknik-nya ditingkatkan pada patch yang lepas, di sini kami telah menambah kerosakannya sebagai balasannya.

Pasif (↑)
Serangan Fizikal tambahan daripada Serangan Asas yang ditingkatkan: 120% → 140%.

Teknik 1 (↑)
CD: 8s → 8-5s.
Serangan Fizikal tambahan: 40% → 60%.
Kos Mana: 80-130 → 80-105.

Teknik 2 (↑)
Kesan Perlahan: 60% → 80%.

Muktamad (↑)
Kerosakan Awal: 250-350 → 280-380.

[Miya] (↑)

Kami telah meningkatkan ketahanan dan kerosakan awal permainan-nya.

Atribut (↑)
Serangan Fizikal Asas: 105 → 115.

Muktamad (↑)
CD: 38-30s → 38-26s.
Tempoh: 1.2-2s → 2s (pada semua level).

[Saber] (↓)

Kami melemahkan sikit kerosakan burst-nya pada awal dan pertengahan permainan.

Teknik 1 (↓)
Kerosakan penembusan: 208-273 → 192-252.

[Zilong] (↑)

Muktamad (↑)
Tempoh: 6s → 7.5s.

[Eudora] (~)

Muktamad (~)
Kerosakan Asas di bawah awan gelap: 400-700 → 440-770.
Kerosakan Asas kepada musuh berhampiran: 400-700 → 360-630.

[Tigreal] (↓)

Kini Teknik 1-nya memiliki keupayaan yang lebih tinggi, jadi kami telah mengurangkan kerosakan-nya sehingga tahap tertentu.

Teknik 1 (↓)
Kerosakan Awal: 300-475 → 270-420.
Serangan Fizikal tambahan: 80% → 70%.

[Yu Zhong] (↓)

Kami telah meningkatkan CD beliau untuk meningkatkan masa rehat antara pertempuran berpasukan dan meningkatkan ketahanan-nya.

Teknik 1 (↓)
CD: 5.5-4s → 7-5.5s.

Teknik 2 (↓)
CD: 10.6-8.5s → 12-10.5s.

Muktamad (↓)
CD: 65s → 85-65s.

[Atlas] (↓)

Tanpa memberi banyak pengaruh terhadap keupayaan bertarung bersama pasukannya yang hebat, kami hanya melemahkan sikit ketahanan dan keupayaan permulaan-nya.

Pasif (↓)
Pertahanan Fizikal: 45-80 → 25-60.

Teknik 2 (↓)
CD: 12-8s → 15-10s.

[Vale] (↑)

Teknik 2 (~)
CD: 9-7.5s → 8.5s.

[Chang'e] (↓)

Teknik 1 (↓)
Kerosakan Asas: 340-540 → 300-500.

[Silvanna] (↓)

Teknik 2 (↓)
Kuasa Magik tambahan bagi setiap serangan: 50% → 45%.

[Uranus] (↓)

Muktamad (↓)
CD: 36-28s → 42-36s.

[Esmeralda]

Membaiki masalah had perisai.

[Badang]

Membaiki masalah lokasi halangan daripada Teknik 2-nya.
Membaiki masalah di mana kawasan kesan daripada Teknik Muktamad-nya yang sebenarnya tak sepadan dengan penunjuk teknik.

[Selena]

Membaiki masalah di mana Teknik 2-nya tak boleh melalui halangan dalam beberapa kes tertentu.

[Ling]

Membaiki masalah kesan visual daripada Teknik Muktamad-nya.

[Popol dan Kupa]

Membaiki masalah di mana Popol tak boleh menghidupkan kembali Kupa dalam beberapa kes tertentu.

[Franco]

Membaiki tempoh kawalan yang salah dalam beberapa kes tertentu.

[Gatotkaca]

Mengoptimakan prestasi kamera Teknik Muktamad-nya.


III. Wira Percuma Mingguan & Skin Baharu

1. Pengoptimaan Paparan Wira: Untuk menyelaraskan imej wira dengan kisah latar belakang mereka, kami telah menambah kisah latar belakang baharu untuk beberapa wira di ruang muka paparan wira, dan akan terus dikemaskini pada masa yang akan tiba.

2. Mod Arked - [Magic Chess]

Komander Kecik baharu: "Mavis - Vampire Countess", akan tersedia bermula pada 29hb September (Masa Server).  499 Berlian.  24000 BP.  DISKAUN 30% Berlian pada minggu pelancaran.

Skin Mavis "Night Princess" akan tersedia bermula pada 29hb September (Masa Server).  269 Berlian.  DISKAUN 30% Berlian pada minggu pelancaran.

Komander Kecik "Mavis" dan skin-nya "Night Princess" akan dipakejkan dan tersedia bermula pada 29hb September (Masa Server).  DISKAUN 30% Berlian pada minggu pelancaran.

3. Penyelarasan di dalam Kedai Fragment pada 23hb September (Masa Server).

a. Kedai Fragment Skin Langka

Bakal tersedia: Gatotkaca - "Mighty Guardian", Lancelot - "Masked Knight", Grock - "Iceland Golem", Akai - "Akazonae Samurai", Cyclops - "Deep Sea Rescuer", Karina - "Black Pearl", Roger - "Anubis".

Bakal dikeluarkan: Grock - "Grave Guardian", Kimmy - "Steam Researcher, Argus - "Dark Draconic", Moskov - "Snake Eye Commander", Kimmy - "Bio Frontier", Layla - "Bunny Babe", Aurora - "Heartbreak Empress".

b. Kedai Fragment Wira

Bakal tersedia: Popol dan Kupa, Silvanna, Granger, Diggie, Lylia, Helcurt.

Bakal dikeluarkan: Ling, Lunox, Valir, Natalia, Khufra, Moskov.

4. Wira Percuma:
Masa Server 18/9/2020 05:01:00 sehingga 25/9/2020 05:00:00

8 Wira Percuma: Atlas, Gatotkaca, Lunox, Popol dan Kupa, Dyrroth, Badang, Uranus, Ling.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Estes, Grock, Yi Sun-shin, Kaja, Helcurt, Chang'e.


IV. Penyelarasan Pertempuran

1. Emas tambahan bagi sepasukan daripada menghancurkan menara dalam: 80 → 100.

2. Emas tambahan bagi sepasukan daripada menghancurkan menara pangkalan: 120 → 150.

3. Mengurangkan emas tambahan bagi sepasukan daripada membunuh musuh yang memiliki Nilai Teruk tinggi sebanyak 25%.

4. Kawasan daripada kesan pemulihan pada titik penjelmaan ditingkatkan sikit, menyegerakkannya dengan peta.

5. Menambah "mekanisme amaran" untuk Creep.  Kini creep boleh menemui wira paling hampir dan bertindak balas.

6. Menambah beberapa kesan khas untuk peta Imperial Sanctuary di bawah grafik ultra, termasuk kesan perlanggaran semak, kesan pokok bergoyang, burung berhampir Core Guard, dan banyak lagi.

7. Mengoptimakan kesan getaran teknik bagi kebanyakan wira.

8. Menambah kesan visual pada beberapa teknik untuk mengukuhkan hentian pukulan.

9. Mengoptimakan beberapa kesan visual medan pertempuran dan peralatan.

10. Mengoptimakan kesan menaikkan kamera untuk membuatkannya lebih lancar.

[Pengoptimaan Medan Pertempuran]

1. Mengoptimakan kesan daripada pemilihan sasaran.

2. Mengoptimakan kesan seni daripada peta mini.

3. Mengoptimakan kesan visual teks dalam pertempuran.  Menambah teks baharu daripada membunuh wira.

4. Mengoptimakan kesan seni daripada kesan penyingkiran.

5. Mengoptimakan kesan seni daripada bar penyaluran

6. Melaraskan Bar HP rakan sepasukan dan peringatan utama di dekat panel skor.

7. Mengoptimakan beberapa UI medan pertempuran.

8. Mengoptimakan Penunjuk Teknik.

9. Mengoptimakan kesan seni daripada semua penunjuk asas.

10. Kini Penunjuk arah boleh menunjukkan sama ada wira yang akan bergerak.

11. Kini Penunjuk kawasan boleh menunjukkan sama ada wira yang akan bergerak.

12. Menambah penunjuk baharu untuk teknik yang dilancarkan kepada diri sendiri.

13. Mengoptimakan kesan letupan pangkalan dan kesan hasil pertempuran pada akhir perlawanan.

[Peralatan]

1. Enchanted Talisman

Pasif Istimewa - Mana Spring: Pemulihan Mana dalam 10s: 12% → 15%.

[Minion & Creep]

1. Meningkatkan had Kelajuan Pergerakan minion pada late pertempuran.

2. Lithowanderer: Meningkatkan ganjaran emas asas sebanyak 25%.  Mengeluarkan Mana


V. Fungsi & Acara Baharu

1. [Mod Ranked]

a. S17 akan tamat pada pukul 23:59:59 pada 18hb September 2020 (Masa Server).

b. Pemain yang mencapai Master atau yang lebih tinggi akan diganjar Skin Cyclops - "Zombie Bambino".

c. S18 akan bermula pada pukul 02:00:00 pada 19hb September 2020 (Masa Server).

2. Kemaskini Acara Isi Semula Berlian

a. Wira Hanabi dan Valir ditukar kepada Moskov dan Chang'e dalam acara isi semula Berlian Pertama.

b. Skin "Resplendent Iris" dan "Pale Flame" ditukar kepada Skin "Spear of Bone Dragon" dan "Moonstruck" dalam acara Memperbaharui.


VI. Penyelarasan Sistem

1. Pengoptimaan Sistem Matchmaking

a. Hasil matchmaking berbeza dengan jumlah pemain dalam talian.  Semakin banyak pemain dalam talian, semakin tepat hasilnya.

b. "Mod Speed" akan tersedia apabila matchmaking terlalu lama.  Fungsi ini akan tersedia secara beransur-ansur selepas kemaskini.

2. Fungsi Pemilihan Lorong dan Pengoptimaan Panduan

a. Mengoptimakan pemilihan lorong dan cadangan pada ruang muka pemilihan wira

b. Anda boleh menyaring wira mengikut arahan asal lorong mereka pada ruang muka pemilihan wira.

c. Menambah "Maklumat pemilihan lorong pada gambaran keseluruhan medan pertempuran".

d. Menambah panduan pemilihan lorong baharu pada beberapa perlawanan pertama selepas kemaskini.

3. Mod Kawalan Lanjutan Baharu

a. Bantuan Penyasaran: Arah penunjuk akan mengikuti lokasi sasaran secara automatik.

b. Penyasaran Pandai: Penunjuk boleh mengunci sasaran.  Sekiranya anda telah mengaktifkan "Penyasaran Pandai Serangan Asas" dan "Penyasaran Pandai Teknik" dalam tetapan, teknik sasaran tunggal dan serangan asas anda boleh memilih sasaran dengan lebih tepat.

c. Pergeseran Kamera ketika guna teknik julat jauh: kamera boleh mengikuti teknik yang dilancarkan secara automatik.

4. Fungsi daripada minta bantuan kepada rakan Facebook diubah menjadi fungsi berkongsi.


VII. Pembaikan Pepijat

1. Membaiki masalah di mana laman siaran langsung dalam profil hilang dalam beberapa kes.

2. Membaiki masalah di mana pemain tak boleh memuat naik avatar pada beberapa peranti.

3. Membaiki masalah paparan daripada beberapa maklumat ahli pasukan.

4. Membaiki statistik sejarah perlawanan peribadi yang salah dalam beberapa kes.

5. Membaiki masalah di mana skin dipaparkan secara salah selepas bertukar wira dalam Mod Ban/Pick.






Mobile Legends: Bang Bang
You have to log in before you can reply Login | Register now.

Points Rules

Mobile Phone Version|Dark Room|Mobile Legends: Bang Bang Official Forum

2020-12-4 09:53 AM GMT+8

Powered by Discuz! X3.4

© 2001-2013 Comsenz Inc.

Quick Reply To Top Return to the list