Mobile Legends: Bang Bang

 Forgot password?
 Register now.
View: 160|Reply: 0
Collapse the left

[Kemaskini] NOTA PATCH 1.5.10 (Advanced Server)

[Copy link]
Post time 2020-8-28 10:01 PM | Show all posts |Read mode

Sign up now, Make more friends, Enjoy with more features, Let you easily Fun Community.

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

[Dari Para Pereka]

Dalam patch ini, kami telah mencipta penyelarasan yang signifikan terhadap medan pertempuran.  Kami menjangkakan perubahan berikut:

Pemain boleh memilih lorong mengikut ciri wira yang dipilih pada awal perlawanan.  Dan lorong boleh menjadi lebih kompetitif.

Perbezaan antara wira-wira hutan dan wira-wira lorong menjadi lebih ketara dan tersendiri, sehingga seorang wira boleh menjadi lebih baik di kawasan utamanya sementara menjadi lemah di kawasan yang lain daripada boleh melakukan farm di kedua-dua lorong dan kawasan hutan dengan mudah.

Pengalaman bermain solo di awal perlawanan telah dioptimakan.  Kami akan terus memerhatikan penyelarasan ini dan menimbang penyelarasan lebih lagi mengikut prestasi.  Sekiranya anda mempunyai cadangan mengenai perkara ini, sila beritahu kami.

Sebagai tambahan, untuk menyelaraskan imej wira dengan kisah latar belakang, kami telah menambahkan latar belakang baharu untuk beberapa wira di ruang muka paparan wira, dan akan terus diperbaharui lebih lagi.


I. Penyelarasan Wira

1. Ubah nama teknik kepada Teknik 1, Muktamad, dll.

2. Guna tanda (→) untuk menunjukkan perubahan.

3. Guna tanda (↑), (↓), (~) untuk menunjukkan Peningkatan, Pengurangan, dan Penyelarasan.

[Alice] (~)

Sebagai seorang Mage yang mesti bertarung secara berhadapan dengan musuh, Alice sangat bergantung pada kerosakan dan pemulihan Muktamad-nya, yang membuatkan dia kurang keupayaan tempur selama Muktamad-nya dalam fasa CD.  Oleh itu, kami telah mencipta rekaan semula bagi Muktamad-nya.  Kami harapkan bahawa Alice boleh menjadi Mage & Tank yang tahan lama.  Untuk memastikan imbangan, kami telah melemahkan kesan Teknik 1 dan Muktamad-nya.  Selain itu, kami telah menambahkan kesan baharu pada Teknik 1-nya sehingga pemain boleh tengok tempatan aliran darah.

Pasif (↑)
Selepas menyerap 25 bola darah: meningkatkan 10% Lifesteal Magik → 15% Perisai dan Pemulihan HP.

Teknik 1 (↑)
Kerosakan Awal: 350-650 → 400-600.
Jumlah Kuasa Magik tambahan: 180% → 120%.
Kos Mana: 90-140 → 50-75.
Kesan Baharu: Selepas pelancarab pertama, anda boleh tengok tempatan Aliran Darah dengan menahan butang ikon teknik.

Teknik 2 (↑)
Kos Mana: 90-115 → 50-75.

Muktamad (~)
CD telah dikeluarkan.
Kos Mana berterusan apabila teknik digunakan.
Kerosakan Awal: 160-220 → 140-200.
Jumlah Kuasa Magik tambahan: 0.7 → 0.5.
Pemulihan HP Asas: 80-120 → 80-100.
Pemulihan HP tambahan: 0.3 → 0.2.

[Tigreal yang Diubahsuai] (~)

Muktamad (~)
Apabila guna Flicker semasa pelancaran, Tigreal akan berkelip langsung dan bukannya berkelip sebelum pelancaran teknik berakhir.
Membaiki masalah paparan CD.

[Lapu-Lapu yang Diubahsuai] (↓)

Kami telah mengoptimakan beberapa butiran dan melemahkan kerosakan Muktamad miliknya.

Pasif (~)
Memperoleh Bravery Blessing dengan memukul wira musuh guna Teknik atau Serangan Asas → Memperoleh Bravery Blessing dengan mengakibatkan kerosakan kepada musuh (10 untuk wira dan 5 untuk minion).
Kerosakan Serangan Asas yang dipertingkatkan: 250% → 200%.

Teknik 1 - Twin Blade (↓)
Julat Kerosakan: 6.5 → 5.5.

Muktamad - Twin Blade (↓)
CD: 30-20s → 25-15s (Bermula dari suis pendirian)
Tempoh Perlahan: 1.5s → 1s.
Memperoleh 50 Bravery Blessing untuk memukul wira dan 25 untuk memukul minion.

Teknik 1 - Heavy Sword (↓)
Kerosakan Awal: 350-500 → 250-400.
Serangan Fizikal tambahan: 120% → 100%.

Teknik 2 - Heavy Sword (↓)
Kerosakan Awal: 350-500 → 250-400.

Membaiki masalah di mana timbunan pengurangan kerosakan tidak betul dalam keadaan yang tertentu.

[Brody] (↑)

Kesan kritikal tambahan daripada Serangan Asasnya tidak diselaraskan dengan tekniknya yang lain, jadi kami telah ubah tetapan ini kepada peningkatan kerosakannya.  Kami telah mengoptimakan perasaan kawalannya dan sedikit mengukuhkannya.

Pasif (~)
Kesan perlahan ketika memukul musuh telah dikeluarkan.

Mengikut jumlah timbunan tanda Abyss pada sasaran, setiap timbunan meningkatkan 10% kerosakan (kecuali Teknik 1) dan bukannya meningkatkan Peluang Kritikal.

Setiap Serangan Asas meningkatkan 30% Kelajuan Pergerakan yang akan mereput dalam 1.2s dan bukannya meningkatkan Kelajuan Pergerakan selepas Kritikal.  Setiap timbunan tanda Abyss meningkatkan 5% Kelajuan Pergerakan tambahan.

Serangan Asasnya dapat diganggu oleh semua kemahirannya dan bukan hanya kemahiran 2.

Serangan Asas (↑)
Masa Pelancaran dipendekkan sebanyak 0.2s.
Meningkatkan pusing belakang sebanyak 0.2s.  (Supaya anda boleh guna teknik antara Serangan Asas dengan lebih pantas)

Atribut (↑)
Pertumbuhan Kelajuan Serangan: 0 → 2%.

Teknik 2 (~)
Mengoptimakan Perasaan kawalan.

[Benedetta] (~)

Kami harapkan pemain boleh guna Serangan Asasnya lebih kerap dalam pertempuran daripada sekadar alat untuk farm.

Pasif (↓)
Serangan Asas yang dipertingkatkan hanya mengakibatkan 50% kerosakan kepada minion.

Teknik 1 (↑)
Kini Kerosakan kepada minion tidak akan mereput.

[Zilong yang Diubahsuai] (↓)

Oleh kerana kami telah membaiki masalah di mana dia tidak melakukan Serangan Asas selepas guna Teknik 2, kami perhatikan bahawa kerosakannya melebihi jangkaan kami.  Oleh itu, kami melaraskan Serangan Fizikal tambahan daripada Teknik 2.

Teknik 2 (↓)
Jumlah Serangan Fizikal tambahan: 100% → 60%.

[Selena] (~)

Membaiki masalah di mana Teknik 2-nya tidak boleh menembusi halangan dalam beberapa keadaan yang tertentu.

[Gatotkaca] (~)

Mengoptimakan prestasi kamera daripada Muktamad-nya.


II. Wira Percuma Mingguan & Skin Baharu

1. Skin-skin berikut ini akan diubahsuai pada masa yang akan datang dan telah disekat buat sementara masa di dalam Advanced Server: Miya "Modena Butterfly", Eudora "Emerald Enchantress", Zilong "Glorious General", Saber "Codename - Storm", Alice "Wizardry Teacher", Alucard "Child of the Fall", Chou "Dragon Boy", dan Roger "Dr Beast".

2. Wira Percuma:
Masa Server 28/8/2020 05:01:00 sehingga 4/9/2020 05:00:00

8 Wira Percuma: Hayabusa, Fanny, Roger, Lancelot, Esmeralda, Angela, Zhask, Wanwan.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Chou, Baxia, Lapu-Lapu, Faramis, Hanzo, Terizla.


III. Penyelarasan Medan Pertempuran

Dalam patch ini, kami telah mencipta penyelarasan yang signifikan terhadap medan pertempuran.  Kami menjangkakan perubahan berikut:

Pemain boleh memilih lorong mengikut ciri wira yang dipilih pada awal perlawanan.  Dan lorong boleh menjadi lebih kompetitif.

Perbezaan antara wira-wira hutan dan wira-wira lorong menjadi lebih ketara dan tersendiri, sehingga seorang wira boleh menjadi lebih baik di kawasan utamanya sementara menjadi lemah di kawasan yang lain daripada boleh melakukan farm di kedua-dua lorong dan kawasan hutan dengan mudah.

Pengalaman bermain solo di awal perlawanan telah dioptimakan.  Kami akan terus memerhatikan penyelarasan ini dan menimbang penyelarasan lebih lagi mengikut prestasi.  Sekiranya anda mempunyai cadangan mengenai perkara ini, sila beritahu kami.

Sebagai tambahan, untuk menyelaraskan imej wira dengan kisah latar belakang, kami telah menambahkan latar belakang baharu untuk beberapa wira di ruang muka paparan wira, dan akan terus diperbaharui lebih lagi.

[Menara]

1. Lorong: Untuk 7 gelombang minion pertama, Siege Minion di setiap lorong mempunyai kesan istimewa.  Siege Minion daripada Lorong Penyu memberikan 50% EXP tambahan, sementara yang bukan Lorong Penyu memberikan 50% Emas tambahan.  Dari gelombang ke-8, semua Siege Minion akan berhenti memberikan faedah seperti itu.

2. Menara Luar: Dalam 3 minit pertama perlawanan, ia kini mempunyai perisai yang boleh menyerap 4000 kerosakan dan bukannya 50% pengurangan kerosakan.  Emas tambahan akan diberikan kepada wira musuh berhampiran mengikut kerosakan yang diberikan kepada perisai (1 Emas setiap 10 kerosakan pada perisai).  Minion mengakibatkan 50 kerosakan kepada perisai.

3. Menara Dalam: Pertahanan Fizikal & Magik: 40 → 20.  HP: 4600 → 5500.

[Creep]

1. Menyelaraskan atribut bagi semua Creep:
HP Asas (↑), Pertumbuhan HP (↓), Serangan Asas (↓), Pertumbuhan Serangan (↑).  Mengikut penyelarasan daripada peralatan hutan, sedikit mengurangkan EXP Asas daripada Creep.

2. Mengurangkan Kelajuan Janaan HP ​​daripada semua creep kecuali Ketam dan Ketam Kecil pada 3s pertama selepas wira meninggalkan julat kejaran.

3. Statued Shocker & Core Guard
Teknik Baharu: Mengurangkan kerosakan yang diterima sebanyak 15% untuk setiap wira berhampiran, dengan had 60%.

4. Ketam & Ketam Kecil
Sedikit menyelaraskan kawasan kemunculan.
Mengurangkan Kelajuan Janaan HP ​​pada 5s pertama selepas wira meninggalkan julat kejaran.

5. Rumput Walkie
Mengeluarkan kesan pemulihan HP.  Kesan pemulihan Mana sesaat: 2% → 1%.
Kesan baharu: Meningkatkan Kelajuan Pergerakan pemilik semasa berada di sungai. Berakhir dalam 45s dan bukannya 20s.

6. Lithowanderer
Kemunculan pada satu sisi Lorong Tengah dan bukannya kedua-dua sisi.

[Peralatan]

1. Kini Retribution diperlukan untuk membeli kelengkapan peralatan Jungle.

2. Menambah kesan baharu untuk semua item peralatan Jungle: Mengurangkan Perolehan EXP daripada minion sebanyak 30% pada 3 minit pertama perlawanan.

3. Hunter's Knife
Peningkatan Kerosakan kepada Creep: 20% → 30%.
Perolehan EXP tambahan daripada Creep: 15% → 25%.

4. Curse Sword, Pillager Axe, Nimble Blade
Peningkatan Kerosakan kepada Creep: 35% → 40%.

[Lain-lain]

1. Membaiki masalah di mana minion tidak sesekali menyerang wira.

2. Mengoptimakan kesan getaran bagi Teknik Alpha, Ruby, Hilda, dan Roger.

3. Mengoptimakan kawasan yang berhampiran dengan Sungai Lorong Tengah di dalam peta Imperial Sanctuary untuk grafik rendah.


IV. Penyelarasan Sistem

1. Mengoptimakan Draft-Pick.

2. Mengoptimakan prestasi pemandangan.

3. Apabila dua wira perlu dipilih dalam fasa Ban-pick, kedua-dua wira dengan saiz badan yang besar kini dipisahkan antara satu sama lain.

4. Mengoptimakan ruang muka daripada menerima ganjaran.



Mobile Legends: Bang Bang
You have to log in before you can reply Login | Register now.

Points Rules

Mobile Phone Version|Dark Room|Mobile Legends: Bang Bang Official Forum

2020-12-2 09:03 AM GMT+8

Powered by Discuz! X3.4

© 2001-2013 Comsenz Inc.

Quick Reply To Top Return to the list