Mobile Legends: Bang Bang

 Forgot password?
 Register now.
View: 183|Reply: 0
Collapse the left

[Kemaskini] NOTA PATCH 1.5.08 (Original Server)

[Copy link]
Post time 2020-8-25 11:31 PM | Show all posts |Read mode

Sign up now, Make more friends, Enjoy with more features, Let you easily Fun Community.

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Dari Para Pereka:

Mod Baharu ada di sini!

Sejak pelancaran Mod Magic Chess, kami pernah terkejut dengan daya tarikannya kepada para pemain.  Dan mod ini sebenarnya telah mempengaruhi permainan inti dalam Mobile Legends.

Untuk membangunkan mod yang sama sekali berbeza dengan mod inti, ini benar-benar merupakan percubaan.  Untuk masa yang lama, peningkatan kepada Magic Chess dianggap sebagai tugasan yang penting.  Kami berharap usaha kami boleh membuatkan pemain kami lebih menikmati permainan.

Selain daripada Mod Magic Chess, kami juga pernah mendengar beberapa suara cadangan untuk mod lain.

Hasilnya, inilah Mirror Mayhem!

Mod permainan yang sangat menyeronokkan, menggabungkan Mod Mirror dengan Mod Mayhem!

Dalam fasa Pemilihan Wira, pemain mengundi wira yang ingin mereka gunakan daripada sekumpulan wira secara rawak.  Wira dengan undian terbanyak akan menjadi wira yang digunakan oleh seluruh pasukan.

Kesan Teknik, kerosakan dan CD bagi semua wira ditingkatkan sehingga menjadikan permainan lebih menyeronokkan.

Wira bermula dengan Lv.4.  Pemain boleh memperolehi Emas dengan lebih pantas.  CD mantera Arrival lebih pendek.  Permainan akan lebih pantas!

Mirror Mayhem masih dalam proses pembangunan.  Kami melakukan penyelarasan dan pengoptimaan akhir untuk mod baharu ini, termasuk percubaan pengimbangan.  Apabila anda jumpai pepijat atau masalah dalam mod ini, segera laporkan kepada kami.  Kami akan membaiki masalahnya sebaik sahaja.  Sila Nikmati mod baharu ini!


[Dari para Pereka]

Patch baharu memberikan tumpuan kepada pengimbangan Mod Brawl.

Sudah beberapa bulan sejak penyelarasan Mod Brawl yang lepas.  Dalam tempoh ini, kami telah melakukan ujian pada Magic Chess dan mod baharu yang bakal tiba dan telah mengumpulkan beberapa pengalaman yang berkesan mengenai pengimbangan mod.  Walaupun pengalaman itu masih belum cukup banyak lagi, kami telah memutuskan untuk menerapkan apa yang telah kami pelajari pada beberapa bulan yang lepas kepada mod arked terlama di dalam MLBB - Mod Brawl.

Dahulu, kami berpendapat bahawa prestasi pengimbangan hampir sama dalam Mod Brawl dan mod biasa.  jadi pemain tidak perlu belajar cara bermain Mod Brawl.

Tetapi kini, kami telah menemui beberapa kaedah pengimbangan baharu yang boleh membuatkan sebahagian besar wira lebih seimbang dalam mod yang berbeza.

Apabila kami menerapkan kaedah ini ke dalam Mod Brawl, yang kami harapkan bukan hanya untuk mengubah urutan dalam senarai peringkat wira semata-mata tetapi untuk merapatkan besarnya antara wira peringkat atas dan wira peringkat bawah.  Odette dan Estes masih kuat, tetapi anda boleh mencari cara untuk menanganinya kini selain mengelak!

Kami harapkan pemain Brawl boleh mempelajari sesuatu yang berguna selepas membaca nota patch ini.


I. Wira Baharu & Wira yang Diubahsuai

1. Wira Baharu - [Barats], Penunggang Dino

Raja Gurun yang boleh menyerap tenaga dan menjadi lebih besar.

Pasif: [I AM BIG!] - Setiap kali Barats dan Detona mengakibatkan kerosakan kepada sasaran, Detona memperoleh 1 timbunan "Big Guy" untuk tempoh masa tertentu, yang dihadkan pada 25 timbunan.  Untuk setiap timbunan "Big Guy".  Detona memperoleh peningkatan saiz badan, Pertahanan Fizikal & Magik, dan Ketahanan.  Ketika "Big Guy" mencapai 16 timbunan, Detona akan menginjak-injak sasaran dengan Serangan Asasnya, mengakibatkan kerosakan tambahan kepada musuh dalam kawasan bulat dan memperlahankan mereka.

Teknik 1: [So-Called Teamwork] - Detona menyemburkan minyak yang tercemar di dalam kawasan berbentuk kipas di hadapan, mengakibatkan kerosakan kepada musuh di dalam kawasan tersebut dan memperlahankan mereka.  Kemudian Barats menjatuhkan mercun ke minyak yang tercemar dari begnya dan menyalakannya, mengakibatkan kerosakan kepada musuh di dalam kawasan itu.  Kawasan pengaruh teknik ini ditimbang dengan jumlah timbunan "Big Guy".

Teknik 2: [Missile "Expert"] - Barats melancarkan peluru berpandu ke kawasan yang ditentukan.  Semasa mendarat, letupan api keluar dari belakang peluru berpandu, mengakibatkan kerosakan kepada musuh dalam garis lurus dan mendorong mereka ke arah Barats pada julat tertentu.

Muktamad: [Detona's Welcome] - Detona mengunci wira musuh.  Sekiranya sasaran tidak meninggalkan Detona dengan julat berburu dalam tempoh masa tertentu, Detona akan melahap sasaran, mengejutkan sasaran untuk tempoh masa tertentu.  Dalam tempoh ini, Barats kebal terhadap kesan kawalan dan tidak boleh bergerak sambil masih boleh membelok arah.  Kemudian Detona meludahkan sasaran pada julat tertentu, mengakibatkan kerosakan kepada sasaran.  Sekiranya sasaran dilemparkan ke arah wira musuh lain atau dinding, sasaran dan wira musuh yang ditabraknya akan menerima kerosakan tambahan dan terpegun.  Kerosakan teknik ini ditimbang dengan jumlah timbunan "Big Guy".  Dengan guna teknik ini, Detona memperoleh beberapa timbunan [Big Guy] segera selepas setiap penjelmaan semula.


II. Penyelarasan Wira

[Dari Para Pereka]

A. Dalam patch ini, kami telah mengoptimakan beberapa wira lama dan melemahkan beberapa wira yang terlalu berkuasa untuk memberikan lebih banyak pilihan bagi pemain dalam Mod Ranked.  Dalam kemaskini yang bakal tiba, kami akan berterusan untuk mengoptimakan wira lama.  Berikut ini ialah rancangan kami:

1. Kami akan mengoptimakan Kedudukan Wira di laman web rasmi.  Dengan membuatkan ini, kami harapkan bagi pemain kami boleh mengetahui keadaan terkini setiap wira dalam Mod Ranked dengan jelas.

2. Kami akan terus mengoptimakan sistem penilaian keupayaan wira yang pertama kali diterapkan di dalam patch ini selepas pengoptimaan sebelumnya).  Dengan ini, kami akan dapat mengetahui bahawa wira mana yang perlu dibuatkan penyelarasan lebih baik dalam setiap patch.

3. Kami akan berupaya untuk membuatkan cara me-lorong lebih jelas dan memberikan pilihan lebih selain daripada lorong 1-3-1.

4. Kami akan membuka acara "Reforge Your Legend" untuk pemain kami boleh memilih wira mana yang mahu diubahsuaikan di masa depan.

Untuk lebih banyak kandungan dan butiran, kami akan memperkenalkannya pada masa akan tiba.  Terima kasih atas sokongan berterusan anda terhadap MLBB!

B. Baharu-baharu ini kami perhatikan bahawa banyak pemain mengalami kesukaran dalam membaca nota patch.  Untuk membaiki masalah ini, kami akan mencuba gaya penerangan yang baharu:

1. Mengubah nama teknik kepada Teknik 1, Muktamad, dll.

2. Guna tanda (→) untuk menunjukkan perubahan.

3. Guna tanda (↑), (↓), (~) untuk menunjukkan Peningkatan, Pengurangan, dan Penyelarasan.

C. Dalam patch ini, kami telah mengubahsuai dengan ketara kepada Ruby, Uranus, Atlas, Popol dan Kupa, Yu Zhong, Luo Yi, Yi Sun-shin, Ling, Esmeralda, Helcurt, Karina, Natalia, dan Vale.

[Ruby] (~)

Sebagai wira Tank istimewa, Ruby boleh memulihkan HP dan meningkatkan pertahanan untuk menyerap sejumlah besar kerosakan dengan melancarkan teknik dan melompat berterusan.  Kami mahu untuk mengukuhkan ciri-cirinya.  Oleh itu, kami telah mengurangkan CD daripada kelajuan janaan mana bagi Teknik 1-nya tetapi melemahkannya dalam beberapa aspek lain untuk menjaga keseimbangan.  Lebih-lebih lagi, kami telah mengoptimakan kawasan kesan bagi Teknik 2 dan julat lompatannya untuk membuatkan kombonya lebih lancar.

Atribut (↑)
Janaan Mana sesaat: 2.8 → 5.8.

Teknik 1 (↑)
CD: 6-4s → 4s pada semua level.
Serangan Fizikal tambahan: 90% pada semua peringkat → 65%-90%.

Teknik 2 (↑)
Kawasan kesan ditingkatkan sebanyak 10%.

Pasif (↓)
Mengoptimakan julat dan kelajuan lompatannya.
Perolehan Pertahanan Fizikal & Magik: 23-40 → 12-45.
ifesteal Fizikal yang diwarisi: 125% → 115%.

[Uranus] (↓)

Uranus ialah lawan yang agak sukar dalam perlawanan semasa.  Kami mahu untuk mengekalkan Kelajuan Janaan HP ​​miliknya untuk mengakibatkan kerosakan yang berterusan, tetapi mengurangkan keupayaan-nya untuk bertahan daripada kerosakan pecah sehingga tahap tertentu.  Memandangkan bahawa tidak begitu sukar untuk mengalahkannya pada akhir permainan, oleh itu kami mengurangkan beberapa nombor di awal permainan.

Teknik 2 (↓)
Kerosakan Asas yang boleh diserap oleh perisai tenaga: 400-1000 → 300-750.

Muktamad (↓)
Peningkatan Perisai dan Penjanaan HP: 50% pada semua level → 30%-50%.

[Atlas] (↓)

Kami mendapati bahawa sangat sukar bagi lawan untuk menghadapi Atlas ketika dia melepaskan kombo "Teknik 2 + Berkelip + Muktamad".  Kami telah melemahkan teknik 2 dalam kombonya sambil menjaga tetap sama untuk pelancaran biasa.

Teknik 2 (↓)
Guna Muktamad dalam keadaan Ejected: kesan pegun 0.2s → kesan perlahan 40%.

[Popol dan Kupa] (~)

Dalam perlawanan peringkat tinggi, Popol dan Kupa selalu menyokong rakan sepasukan.  Kami memutuskan untuk mengurangkan keupayaan sokongan dan meningkatkan kerosakannya.

Atribut (↓)
Kupa mewarisi 700 + 120% daripada HP Popol → 1300 + 80% daripada HP Popol.

Teknik 1 (↑)
Kerosakan Awal: 240-330 → 200-290.
Serangan Fizikal tambahan: 60% → 75%.

Teknik 3 (↓)
Pengurangan Kelajuan Pergerakan: 35% → 20%.

Muktamad (↑)
Perolehan Kelajuan Serangan: 30%-50% → 30%-70%.

[Yu Zhong] (↓)

Meski terkena pengurangan yang lepas, Yu Zhong masih menunjukkan keupayaan-nya yang hebat dalam perlawanan peringkat tinggi.  Dengan mengurangkan mobiliti, ketahanan, dan kerosakannya, kami harapkan lawan boleh mencari jalan terbaik untuk menghadapinya.

Pasif (↓)
Tempoh Letupan Sha Residue: 1s → 2s.
Perolehan Kelajuan pergerakan apabila Sha Essence dicaj sepenuhnya: 30% → 45% (hanya boleh dicetuskan sekali dan akan mereput pantas dalam 2s).
Spell Vamp: 20% → 10%.

Muktamad (↓)
Kerosakan Asas yang diakibatkan dalam bentuk Naga Hitam: 200-360 → 180-310.

[Luo Yi] (↓)

Entah bagaimana Luo Yi terlalu berkuasa dalam patch yang lepas. oleh itu, Kami sedikit mengurangkan keupayaan kerosakan dan kawalannya.  Kami harapkan bahawa wira Mage yang lain boleh digunakan lebih kerap semasa dia masih berada dalam perlawanan.

Teknik 1 (↓)
Kerosakan Awal: 250-450 → 230-430.

Teknik 2 (↓)
Kerosakan Asas bagi Kerosakan Pertama: 250-350 → 200-280.
Kuasa Magik tambahan bagi Kerosakan Pertama: 50% → 40%.
Kerosakan dan julat tindak balas dikurangkan sebanyak 10%.

[Yi Sun-shin] (↓)

Pada masa ini, Yi Sun-shin jauh lebih berkuasa daripada wira-wira lain pada awal dan tengah permainan, terutama dalam perlawanan peringkat tinggi.  Oleh itu, kami telah melemahkannya sehingga tahap tertentu dan akan terus menimbang penyelarasan lebih lagi mengikut prestasi.

Pasif (↓)
Kerosakan kritikal bagi serangan pertama yang dipertingkatkan: 85%-100% → 70%-100%.

Teknik 1 (↓)
Pengurangan Kerosakan 30% telah dikeluarkan.

[Ling] (↓)

Kami percaya bahawa wajar bagi Ling untuk mengakibatkan kerosakan besar, tetapi kami harapkan juga supaya pihak lawan boleh menghadapi pembunuhan Ling sehingga tahap tertentu.

Pasif (↓)
Apabila Ling terkena kawalan semasa berada di dinding, dia akan jatuh ke tanah dan diperlahankan sebanyak 30% selama 2s.

Teknik 2 (↓)
Kelewatan daripada melancarkan teknik ini di dinding: 0.4s → 0.5s.

Muktamad (↓)
Perolehan kelajuan pergerakan: 30% → 10%.

Mengoptimakan Penerangan Teknik 1 dan Muktamad.

[Esmeralda] (~)

Kami telah membaiki masalah untuk had perisai dan mengukuhkan perisai yang disediakan oleh Teknik 1 miliknya.

Teknik 1 (~)
Perisai: 350-700 → 400-750.
Membaiki masalah di mana perolehan perisai boleh melebihi 50% daripada HP maksimanya.
Mengoptimakan Penerangan Teknik.

[Helcurt] (~)

Sebagai Assassin yang boleh melawan wira yang sangat bergantung pada teknik, kami rasai bahawa wajar untuk mengekalkan keupayaan Silence-nya.  Tetapi saat ini Pasifnya terlalu mudah dicetuskan, yang membuat lawan sukar untuk menghadapinya.  Oleh itu, kami telah membuatkan penyelarasan ini:

Atribut (↑)
Kelajuan Serangan: 1.0875 → 1.1675.

Pasif (↓)
Musuh kini boleh terkena silence hanya apabila dikawal.

[Karina] (↑)

Sebagai Reap Assassin, keupayaan bertahan bagi Karina terlalu rendah.  Apabila dia tidak berjaya membunuh musuh dengan Muktamad-nya, akan sangat sukar baginya untuk mencari peluang untuk bertempur.  Oleh itu, kami harapkan penyelarasan ini akan meningkatkan tahap pembunuhan dan tahap toleransi kesalahannya.

Pasif (↑)
HP sasaran yang hilang: 10% → 13%.

Muktamad (↑)
CD: 36/30/24 → 28/24/20.

[Natalia] (~)

Serangan Asas yang dipertingkatkan bagi Natalia memiliki jumlah kerosakan yang berbeza pada awal dan akhir permainan.  Kerosakan kritikalnya juga sukar untuk dikira.  oleh itu, Kami telah mengimbangi kerosakannya dalam pelbagai peringkat supaya pengguna dan lawannya boleh mengira kerosakannya dengan betul.

Pasif (~)
Kerosakan Serangan Asas yang dipertingkatkan: 270 + 80% Jumlah Serangan Fizikal → 350 + 90% Jumlah Serangan Fizikal.
Kerosakan kritikal: 200% → 140%.

[Vale] (↑)

Kami telah mengimbangkan dua cabang tekniknya dan sedikit meningkatkan keupayaan dia untuk farm pada awal permainan.

Teknik 1 (↑)
Kos Mana: 75-100 → 60-85.
Kerosakan Awal: 230-430 → 250-450.
Apabila Peningkatan Julat Kerosakan dipilih: CD: 8.5-6s → 5s pada semua level.
Menyelaraskan saiz penunjuk dengan julat sebenar.

Teknik 2 (~)
Apabila Kesan Stop-on-hit dipilih, Kerosakan asas angin puyuh berterusan: 60-160 → 90-215.
Apabila Kesan Knock-airborne dipilih, tempoh masa mengudara: 1.2s → 1.1s.

[Kaja] (↑)

Sebagai seorang Fighter, Kaja tidak memiliki keupayaan menekan dan ketahanan pada awal permainan.  Oleh itu, kami telah memperkuatkannya dalam aspek ini.

Atribut (↑)
HP Asas: 2459 → 2609.

Teknik 1 (↑)
Kerosakan Awal: 120-270 → 135-285.

[Kimmy] (~)

Perbezaan yang besar antara kerosakannya pada awal dan akhir permainan telah mempengaruhi pengalaman permainan pengguna dan lawannya.  Oleh itu, kami telah mengimbangkan masalah ini sambil mengekalkan peluangnya yang tinggi pada awal permainan.

Serangan Asas (~)
Jumlah Serangan Fizikal: 35% → 30%-41% (berskala dengan level).

[Martis] (↑)

Martis agak lemah pada awal permainan. oleh itu, Kami telah mengurangkan CD bagi Teknik 1-nya, yang boleh mencetuskan Pasif-nya lebih kerap.  Kami harapkan ini boleh membuatkannya berkesan dalam permainan awal.

Teknik 1 (↑)
CD: 10-7s → 8-6s.

[Terizla] (↑)

Terizla hampir tidak boleh mengawal musuh walaupun Muktamad-nya telah memukul mereka, dan selang kerosakan pecahnya agak lama pada akhir permainan berbanding dengan wira fighter lain yang sama dengannya.  Oleh itu, kami telah memperkuatkan kesan kawalan dan mengurangkan CD bagi Muktamad-nya.

Muktamad (↑)
CD: 48-42s → 48-36s
Pengurangan kelajuan pergerakan ditingkatkan sebanyak 10% pada semua level.

[Claude] (↑)

Penyelarasan yang lepas membuatkan Claude kurang kompetitif pada awal permainan.  Oleh itu, kami sedikit memperkuatkan Teknik 1-nya.

Teknik 1 (↑)
Kelajuan serangan dan Kelajuan Pergerakan: 2%-4.5% → 2.5%-5%.

[Aldous] (~)

Aldous agak lemah pada awal permainan, tetapi Serangan Asas yang dipertingkatkan pada akhir permainan membuatkannya sukar untuk dilawan.  Oleh itu, kami telah mengurangkan kesukaran untuk melakukan farm pada awal permainan dan melemahkan Serangan Asas yang dipertingkatkan.

Teknik 1 (~)
Kerosakan Asas bagi Serangan Asas yang dipertingkatkan: 100-300 → 130-330.
Peningkatan kerosakan bagi setiap timbunan Soul Steal: 8 → 7.

[Alpha] (↑)

Selepas penyelarasan yang lepas kepada Alpha, kami mendapati bahawa kerosakannya pada akhir permainan masih kurang.  Oleh itu, kami telah meningkatkan kerosakan bagi Beta apabila Alpha menyerang musuh dengan Muktamad.  Kami harapkan untuk pemain yang mahir guna Alpha boleh mengakibatkan lebih banyak kerosakan dengan Muktamad-nya.

Muktamad (↑)
Serangan Fizikal tambahan bagi kerosakan yang diakibatkan oleh Beta: 270% → 360%.

[Minsitthar] (↑)

Muktamad utiliti tinggi daripada Minsitthar membuatkannya kurang berkesan apabila berseorangan.  CD yang lama juga menyebabkan kerosakan berkurangan.  oleh itu, Kami telah menyelaraskan beberapa jumlah imbangan untuk mengoptimakannya dan akan menimbang penyelarasan lebih lagi mengikut prestasinya.

Teknik 2 (↑)
Kerosakan Awal: 230-455 → 300-450.
CD: 9-7 → 8-6.
Kos Mana: 60-110 → 50-75.

[Gatotkaca] (↓)

Sebagai seorang wira Tank dan juga Fighter, kerosakan Gatotkaca saat ini terlalu tinggi, dan lawannya hampir tidak boleh melarikan diri kerana kesan Teknik 1-nya yang berkesan perlahan berterusan. Oleh itu, kami telah membuatkan penyelarasan ini:

Pasif (↓)
Sedikit mengurangkan kerosakan Serangan Asas yang dipertingkatkan pada akhir permainan.

Teknik 1 (↓)
Kesan Perlahan: 40% → 30%.

[Harith] (↑)

Pasif (↑)
Tempoh kesan CC yang diterimanya kini betul-betul berbeza dengan jumlah wira musuh yang berhampiran.


III. Wira Percuma Mingguan & Skin Baharu

1. Penyelarasan di dalam Kedai Fragment pada 26 Ogos (Masa Server):

a. Kedai Fragment Skin Premium

Bakal tersedia: Hayabusa - "Spacetime Shadow" dan Hylos - "Jungle Watcher".

Bakal dikeluarkan: Akai - "Summer Carnival".

b. Kedai Fragment Skin Langka

Bakal tersedia: Chou - "Go Ballistic", Saber - "Force Warrior", Layla - "Bunny Babe", Aurora - "Heartbreak Empress", Argus - "Dark Draconic".

Bakal dikeluarkan: Alucard - "Viscount", Franco - "Apocalypse", Zilong - "Eastern Warrior", Fanny - "Royal Cavalry", Irithel - "Nightarrow".

c. Kedai Fragment Wira

Bakal tersedia: Esmeralda, Atlas, Moskov, Lunox, Natalia, Lancelot.

Bakal dikeluarkan: Pharsa, Angela, Wanwan, Carmilla, Cecilion, Baxia.

2. Starlight Skin Esmeralda - "Cleopatra", ialah Skin Starlight Eksklusif bulan September, akan tersedia di dalam Server Rasmi pada 1 September (Masa Server).

3. Skin baharu Carmilla - "Magician Girl", akan tersedia bermula pada 25 Ogos (Masa Server).  599 Berlian.  DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

"Carmilla" dan skin baharunya "Magician Girl" akan dipakejkan dan tersedia bermula pada 25 Ogos (Masa Server).  DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

4. Wira Percuma
Masa Server 28/8/2020 05:01:00 sehingga 4/9/2020 05:00:00

8 Wira Percuma: Hayabusa, Fanny, Roger, Lancelot, Esmeralda, Angela, Zhask, Wanwan.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Chou, Baxia, Lapu-Lapu, Faramis, Hanzo, Terizla.

Masa Server 4/9/2020 05:01:00 sehingga 11/9/2020 05:00:00

8 Wira Percuma: Granger, Atlas, Minotaur, Helcurt, Johnson, Masha, Khufra, Hanzo.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Harley, Hanabi, X.Borg, Selena, Kagura, Sun.

Masa Server 11/9/2020 05:01:00 sehingga 18/9/2020 05:00:00

8 Wira Percuma: Natalia, Pharsa, Hilda, Vexana, Lesley, Lylia, Kaja, Guinevere.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Aurora, Kadita, Akai, Belerick, Granger, Jawhead.

Masa Server 18/9/2020 05:01:00 sehingga 25/9/2020 05:00:00

8 Wira Percuma: Atlas, Gatotkaca, Lunox, Popol dan Kupa, Dyrroth, Badang, Uranus, Ling.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Estes, Grock, Yi Sun-shin, Kaja, Helcurt, Chang'e.


IV. Penyelarasan Pertempuran

[Medan Pertempuran]

1. Membunuh wira musuh yang memiliki emas paling tinggi kini memberikan lebih banyak emas tambahan.

2. Mengoptimakan rekaan dinding di dalam peta Imperial Sanctuary dan peta Celestial Palace.

3. Mengoptimakan kesan visual di dalam peta Western Desert.

4. Jumlah Penjanaan HP dan Mana kini dipaparkan setiap 1 saat dan bukannya setiap 5 saat.  (Kesan janaan tetap sama seperti sebelumnya).

5. Kini nombor Kelajuan Serangan pada antara muka pertempuran sama dengan nombor sebenar (sebelumnya dikalikan dengan 0.8).  Kesan sebenar tetap sama.

6. Mengoptimakan mekanisme navigasi untuk Minion.  Laluan mereka kini lebih bersesuaian.

[Peralatan]

1. Glowing Wand

Pasif Istimewa - Scorch: Peningkatan Kerosakan kepada sasaran yang sama untuk beberapa kali dikurangkan daripada 2.5% kepada 2%.

2. Queen's Wings

Pasif Istimewa - Demonize: Pengurangan kerosakan diselaraskan daripada 50% kepada 40%.  Perolehan Lifesteal Fizikal diselaraskan daripada 30% kepada 40%.  CD diselaraskan daripada 50 kepada 60s.  Menambahkan ikon peringatan apabila teknik sudah siap.

[Pembaikan Pepijat]

1. Mengoptimakan mekanisme navigasi untuk Creep.  Membaiki masalah di mana creep boleh meninggalkan pertempuran ketika mengejar musuh.

2. Membaiki masalah di mana cabang Teknik Vale yang dipilih tidak diaktifkan.

3. Membaiki masalah di mana "Molten Scythes" Thamuz tidak boleh digunakan dalam beberapa keadaan.

4. Membaiki masalah di mana lokasi Karina boleh dilihat oleh musuh dalam beberapa keadaan.

5. Membaiki masalah di mana Endless Strike tidak boleh ditimbun ketika Freya dan Badang dilengkapi dengan peralatan Golden Staff dalam beberapa keadaan.

6. Membaiki animasi yang tidak normal ketika menggunakan Teknik Muktamad Irithel, Winter Truncheon, dan Cyclone Eye dicetuskan secara serentak.

7. Membaiki nombor kerosakan yang salah daripada ikon Pasif Khaleed.

8. Membaiki masalah di mana wira dibangkitkan semula di dalam medan pertempuran dalam beberapa keadaan.

9. Membaiki bingkai amaran yang tidak normal ketika wira berada di tepi semak berhampiran dengan Menara Lorong Tengah.

10. Membaiki masalah ketinggalan sesekali di sebilangan semak.


V. Penyelarasan Sistem

1. Membaiki Avatar wira yang tidak bersesuai dalam Senarai wira pada skrin Binaan.

2. Pengubahsuaian Peraturan AFK:

a. Di dalam Draft Pick, apablia anda kehilangan perlawanan kerana pemain yang AFK yang tidak berlawan bersama anda dalam satu lobi, anda tidak akan kehilangan bintang.  Kesannya boleh dicetuskan hanya 1 kali setiap minggu.

b. Di dalam Draft Pick, pemain yang AFK tidak akan memperoleh BP dan EXP, kerana BP dan EXP mereka itu akan diedarkan semula kepada pemain yang tidak bermain perlawanan bersama dengan mereka.

3. Ujian akan tiba tidak lama lagi untuk pemain dengan Skor Kredit yang rendah apabila mereka membuka Mod Ranked.

4. Mengemaskini ikon skuad pada skrin utama.

5. Penambahbaikan persekitaran permainan

a. Kini anda boleh melaporkan status peribadi pemain lain lagi.

b. Mengoptimakan Kata-kata tersekat yang disekat.

c. Fungsi baharu: Melaporkan Avatar Group.

d. Kini, Pemain yang menghantar mesej yang tidak sesuai di dalam medan pertempuran bakal diredam.

6. Menambahkan mata perlindungan kepada peringkat Mythic.  Kad perlindungan kini tersedia untuk peringkat Mythic.

7. Wira yang baharu diperolehi hanya boleh digunakan dalam Mod Ranked selepas mereka digunakan sekurang-kurangnya 2 Perlawanan dalam Mod Classic/Brawl.

8. Mengoptimakan peraturan hukuman bagi pemain yang sengaja melakukan Feed dan AFK.

9. Mengoptimakan Fungsi Rakan:

a. Menambahkan notis sistem apabila nombor rakan hampir mencapai had.

b. Meningkatkan had mengikuti.  Berasaskan had semasa, memiliki satu lagi rakan membolehkan anda mengikuti satu pemain lagi.

c. Membatalkan CD selepas mengeluarkan rakan.

d. Mengoptimakan susunan senarai rakan pada ruang muka utama. Kini Rakan dalam talian dengan komen akan ditunjukkan di bahagian atas.

e. Rekod perlawanan yang dimainkan dengan rakan anda kini bakal dipaparkan di dalam "Berkaitan dengan Saya" daripada profil rakan anda.

10. Mengoptimakan Fungsi Group.

Selepas menyertai Group, anda boleh memilih sama ada untuk memaparkan group tersebut dalam senarai rakan pada skrin utama di laman "Group Saya".

11. Mengoptimakan Lobi:

a. Menambahkan statistik rakan sepasukan termasuk Kill dan Assist pada perlawanan yang lepas dalam tab "Terkini"

b. Kini, Anda hanya boleh menerima jemputan apabila anda berseorangan di dalam lobi.

12. Kuasa Skor Wira:

a. Menambahkan Peraturan Kuasa Skor Wira di dalam "Kuasa Saya di Papan Pendahulu"

b. Untuk mengurangkan kecurangan skor, ketika anda menyerah atau kalah dalam perlawanan untuk waktu yang sangat singkat, Kuasa Wira bakal dikurangkan secara normal.

13. Pemain yang melakukan pelanggaran akan disenaraikan dan ditunjukkan kepada semua dalam masa tidak lama lagi.

14. Mengoptimakan susun atur ruang muka profil untuk versi Arab.

15. Pemain dengan Skor Kredit lebih tinggi daripada 100 tidak boleh mendapat Skor Kredit dengan me-Log masuk ke dalam permainan.

16. Mengoptimakan paparan nisbah pengurangan Skor Kredit dan Had pemulihan Harian untuk Skor Kredit.

17. Apabila pemain yang memiliki Tingkat pengurangan Skor Kredit telah melakukan pelanggaran dalam perlawanan, pengurangan Skor Kredit akan ditambah (baik dilaporkan atau tidak).

18. Skor Kredit tidak boleh dipulihkan dalam mod VS Al apabila lebih tinggi daripada 70.

19. Mengoptimakan kesan visual "Satu Perlawanan Lagi" pada skrin pasca permainan.

20. Mengoptimakan Kedai dalam pertempuran.

Senarai peralatan yang disyorkan akan ditukar segera selepas anda menukar rancangan binaan.

21. Membaiki masalah di mana Peta Asal akan bertukar kepada Peta Celestial Palace apabila beralih daripada grafik berkualiti tinggi kepada grafik berkualiti rendah.

22. Menambahkan notis titik merah apabila Tugasan Kongsi Harian belum selesai lagi.

23. Menambahkan notis Kemajuan Pencapaian "Kongsian" selepas berjaya berkongsi.

24. Membaiki masalah di mana rakan sepasukan boleh melarang wira yang sama dalam fasa Draft Pick.

25. Membaiki perbualan yang salah tempat selepas dua pemain menukar posisi dalam fasa Draft Pick.


[Mod Brawl]

Dari para Pereka:

Patch baharu memberikan tumpuan kepada pengimbangan Mod Brawl.

Sudah beberapa bulan sejak penyelarasan Mod Brawl yang lepas.  Dalam tempoh ini, kami telah melakukan ujian pada Magic Chess dan mod baharu yang bakal tiba dan telah mengumpulkan beberapa pengalaman yang berkesan mengenai pengimbangan mod.  Walaupun pengalaman itu masih belum cukup banyak, kami telah memutuskan untuk menerapkan apa yang telah kami pelajari pada beberapa bulan yang lepas kepada mod arked terlama di dalam MLBB - Mod Brawl.

Dahulu, kami berpendapat bahawa prestasi pengimbangan hampir sama dalam Mod Brawl dan mod biasa.  jadi pemain tidak perlu belajar cara bermain Mod Brawl.

Tetapi kini, kami telah menemui beberapa kaedah pengimbangan baharu yang boleh membuatkan sebahagian besar wira lebih seimbang dalam mod yang berbeza.

Apabila kami menerapkan kaedah ini ke dalam Mod Brawl, yang kami harapkan bukan hanya untuk mengubah urutan dalam senarai peringkat wira semata-mata tetapi untuk merapatkan besarnya antara wira peringkat atas dan wira peringkat bawah.  Odette dan Estes masih kuat, tetapi anda boleh mencari cara untuk menanganinya kini selain mengelak!

Kami berharap pemain Brawl boleh mempelajari sesuatu yang berguna selepas membaca nota patch ini.

[Mantera]

1. Revitalize: Kesan Pemulihan dikurangkan sebanyak 50%.

2. Flameshot: CD ditingkatkan sebanyak 50%.  Kerosakan dikurangkan sebanyak 25%.

3. Aegis: Kesan perisai bagi wira sepasukan diselaraskan daripada 50% kepada 25%.


[Wira yang Diperkuat]

Natalia: Tiada Pelarasan -> Kerosakan yang Diakibatkan +8%.  Kerosakan yang Diterima +5%.

Aldous: Tiada Pelarasan -> Kerosakan yang Diterima +8%.

Chou: Tiada Pelarasan -> Kerosakan yang Diterima +8%.

Karina: Tiada Pelarasan -> Kerosakan yang Diakibatkan +8%.

Fanny: Tiada Pelarasan -> Kerosakan yang Diakibatkan +8%.

Zilong: Tiada Pelarasan -> Kerosakan yang Diterima +5%.

Jawhead: Tiada Pelarasan -> Kerosakan yang Diterima +5%.

Kaja: Tiada Pelarasan -> Kerosakan yang Diterima +5%.

Esmeralda: Tiada Pelarasan -> Kerosakan yang Diterima + 5%.

Harith: Tiada Pelarasan -> Kerosakan yang Diterima +8%.

Grock: Tiada Pelarasan -> Kerosakan yang Diterima +3%.

Harley: Tiada Pelarasan -> Kerosakan yang Diakibatkan +3%.

Granger: Tiada Pelarasan -> Kerosakan yang Diterima +3%.

Helcurt: Tiada Pelarasan -> Kerosakan yang Diterima +3%.


[Wira yang Dilemahkan]

Odette: Tiada Pelarasan -> Kerosakan yang Diakibatkan -5%.  Kerosakan yang Diterima +5%.

Estes: Tiada Pelarasan -> Kesan Penyembuhan -5%.  Kerosakan yang Diterima +5%.

Bane: Tiada Pelarasan -> Kerosakan yang Diakibatkan -5%.  Kerosakan yang Diterima +5%.

Vexana: Tiada Pelarasan -> Kerosakan yang Diterima +8%.

Zhask: Tiada Pelarasan -> Kerosakan yang Diterima + 8%.

Uranus: Tiada Pelarasan -> Kerosakan yang Diakibatkan -5%.

Hanabi: Tiada Pelarasan -> Kerosakan yang Diterima +5%.

Cecilion: Tiada Pelarasan -> Kerosakan yang Diakibatkan -3%.

Hanzo: Tiada Pelarasan -> Kerosakan yang Diterima +3%.

Chang'e: Tiada Pelarasan -> Kerosakan yang Diakibatkan -3%.





Mobile Legends: Bang Bang
You have to log in before you can reply Login | Register now.

Points Rules

Mobile Phone Version|Dark Room|Mobile Legends: Bang Bang Official Forum

2020-12-2 08:43 AM GMT+8

Powered by Discuz! X3.4

© 2001-2013 Comsenz Inc.

Quick Reply To Top Return to the list