Mobile Legends: Bang Bang

 Forgot password?
 Register now.
View: 166|Reply: 0
Collapse the left

[Kemaskini] NOTA PATCH 1.5.04 (Advanced Server)

[Copy link]
Post time 2020-8-7 09:20 PM | Show all posts |Read mode

Sign up now, Make more friends, Enjoy with more features, Let you easily Fun Community.

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

I. Penyelarasan Wira

Nota: Gunakan simbol (↑), (↓), (~) untuk menunjukkan Peningkatan, Pengurangan, dan Penyelarasan.

[Brody] (↑)

Kami mendapati bahawa Brody masih agak lemah, terutama pada pertengahan atau lewatan permainan.

Atribut: (↑)
Pertahanan Fizikal Asas: 14 → 20.
Pertumbuhan Serangan Fizikal: 7 → 10.

Teknik 1: (↑)
Serangan Fizikal Tambahan: 60% → 100%.

Teknik 2: (↑)
CD: 10-8s → 8-6s.

Muktamad: (↑)
Kerosakan Asas Pertama: 300-480 → 400-640.
Serangan Fizikal Tambahan daripada Kerosakan Pertama: 80% → 100%.

[Barats] (↑)

Oleh kerana reka bentuk semula Muktamad, keupayaan kawalan kawasan Barats telah dikurangkan dan ini akan menjadi kesukaran bagi pemain untuk mengumpul "Big Guy".  Minggu ini, kami akan meneruskan pengoptimaan Muktamad dan memberikan Barats beberapa keupayaan kerosakan dan kawalan dalam aspek yang lain.

Pasif: (↑)
Serangan Fizikal Tambahan: 100% → 120%.

Teknik 1: (↑)
Kesan Perlahan: 15% → 30%.

Muktamad: (↑)
Mengoptimakan selang semasa pelancaran teknik.
Menyelaraskan kerosakan yang berulangan kepada kerosakan satu kali.
Mengeluarkan Pemulihan HP.
Kini, teknik ini hanya boleh mengakibatkan kerosakan selepas meludahkan sasaran, memegun semua wira musuh dalam laluannya.

[Benedetta] (↑)

Teknik 1: (↑)
CD: 7.5-6s → 6.5-5s.

[Pembaharuan Miya] (~)

Atribut: (↓)
Pertumbuhan Serangan Fizikal: 12 → 10,5.

Teknik 2: (↑)
CD: 10s → 8s.
Kos Mana: 100-150 → 80-130.

[Pembaharuan Saber] (↑)

Teknik 1: (↑)
Kerosakan Asas daripada Pedang Menusuk: 160-210 → 208-273.

Teknik 2: (↑)
Serangan Fizikal Tambahan daripada Serangan Asas yang Dipertingkatkan: 100% → 120%.

[Pembaharuan Layla] (↑)

Pada masa ini.  Prestasi Layla dalam perlawanan peringkat tinggi tidak selaras dengan jangkaan kami.  Oleh itu, kami telah meningkatkan Pasifnya dan memberikan lebih banyak kemungkinan kepadanya.

Atribut: (↓)
Pertumbuhan Serangan Fizikal: 10.5 → 9.

Pasif: (↑)
Kerosakan Maksima yang bertimbangan dengan julat: 130% → 140%.

[Natalia] (↑)

Sebagai Assassin, Mobiliti tinggi Natalia, Kerosakan pecah tinggi, kekebalan Serangan Asas, dan keupayaan Mendiamkan membuatnya sangat sukar untuk dilawan.  Untuk mengimbangi wira ini, kerosakannya pada peringkat awal sangat ketara, yang menyebabkan kadar kemenangan rendah dan kadar larangan tinggi untuk beliau.  Kami berharap boleh mengekalkan keupayaan beliau untuk melawan wira yang sangat bergantung pada Serangan Asas sementara itu masih membiarkan lawannya melawan dengan teknik.  Walaupun kami memastikan kerosakan kritikalnya di permainan lewat tidak dalam jangkaan, kami telah meningkatkan kerosakan Serangan Asas yang dipertingkatkan dalam keadaan siluman dan juga sedikit meningkatkan keupayaan kesan perlahan dan ketahanan beliau.  Kami akan terus mengikuti perubahan ini.  Semoga semua pemain yang menggunakan Natalia dan melawannya akan mempunyai pengalaman permainan yang lebih baik!

Atribut: (↑)
Pertumbuhan HP: 134 → 147.

Pasif: (~)
Kerosakan Serangan Asas yang Dipertingkatkan: 270 + 80% Jumlah Serangan Fizikal → 400 + 120% Jumlah Serangan Fizikal.
Kesan Perlahan: 30% → 60%.
Mengeluarkan Keupayaan Kesan Mendiamkan.
Kerosakan Kritikal: 200% → 140%.

[Alice] (~)

Membatalkan penyelarasan yang lepas.
Menjaga jumlahnya yang sama dengan Server rasmi.

[Ruby] (↓)

Pasif: (↓)
Lifesteal Fizikal yang diwarisi: 125% → 115%.


II. Wira Percuma Mingguan & Skin Baharu

1. Wira baharu [Khaleed - "Desert Scimitar"] akan tersedia bermula pada 7 Ogos (Masa Server). 599 Berlian.  32000 BP.  DISKAUN 30% Berlian pada minggu pelancaran.

Skin Khaleed [Prince of Sand] akan tersedia bermula pada 7 Ogos (Masa Server).  269 Berlian.  DISKAUN 30% Berlian pada minggu pelancaran.

[Khaleed] dan [Prince of Sand] akan dipakejkan dan tersedia bermula pada 7 Ogos (Masa Server).  DISKAUN 30% Berlian pada minggu pelancaran.

2. Skin baharu Hanzo - [Insidious Tutor] akan tersedia bermula pada 10 Ogos (Masa Server).  749 Berlian.  DISKAUN 30% Berlian pada minggu pelancaran.

[Hanzo] dan [Insidious Tutor] akan dipakejkan dan tersedia pada 10 Ogos (Masa Server).  DISKAUN 30% Berlian pada minggu pelancaran.

3. Wira Percuma:
Masa Server 7/8/2020 05:01:00 sehingga 14/8/2020 05:00:00

8 Wira Percuma: Akai, Cecilion, Estes, Argus, Vale, Martis, Harith, Faramis.
6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Alpha, Diggie, Kagura, Aldous, Khufra, Terizla.


III. Penyelarasan Pertempuran

[Medan Pertempuran]

1. Membunuh wira musuh yang memiliki emas paling tinggi kini memberikan lebih banyak emas tambahan.

2. Mengoptimakan kesan getaran daripada teknik Bane, Clint, Fanny, Minotaur, Bruno, dan Rafaela.

3. Kini, Pemain yang menghantar mesej yang tidak sesuai di dalam medan pertempuran akan diredam.


IV. Penyelarasan Sistem

1. Mengoptimakan Fungsi Rakan:

a. Menambahkan notis sistem apabila nombor rakan hampir mencapai had.

b. Meningkatkan had mengikuti.  Berasaskan had semasa, memiliki satu lagi rakan membolehkan anda mengikuti satu pemain lagi.

c. Mengoptimakan susunan senarai rakan di antara muka utama.  Rakan dalam talian dengan komen akan ditunjukkan di bahagian atas.

2. Mengoptimakan Lobi:

a. Menambahkan statistik rakan sepasukan termasuk Kill dan Assist pada perlawanan yang lepas dalam "Terkini"

b. Kini, Anda hanya boleh menerima jemputan apabila anda di dalam lobi.

3. Pemain yang melakukan pelanggaran akan disenaraikan dan ditunjukkan kepada semua dalam masa tidak lama lagi.

4. Mengoptimakan susun atur antara muka profil untuk versi Arab.
You have to log in before you can reply Login | Register now.

Points Rules

Mobile Phone Version|Dark Room|Mobile Legends: Bang Bang Official Forum

2020-12-3 06:25 AM GMT+8

Powered by Discuz! X3.4

© 2001-2013 Comsenz Inc.

Quick Reply To Top Return to the list