Mobile Legends: Bang Bang

 Forgot password?
 Register now.
View: 187|Reply: 0
Collapse the left

[Kemaskini] NOTA PATCH 1.4.98 (Advanced Server)

[Copy link]
Post time 2020-7-24 08:20 PM | Show all posts |Read mode

Sign up now, Make more friends, Enjoy with more features, Let you easily Fun Community.

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Edited by Ncup.Ajh at 2020-7-25 01:17 AM


Dari Para Pereka:

Mod Baharu ada di sini!

Sejak pelancaran Mod Magic Chess, kami pernah terkejut dengan daya tarikannya kepada para pemain.  Dan mod ini sebenarnya telah mempengaruhi permainan inti dalam Mobile Legends.

Untuk membangunkan mod yang sama sekali berbeza dengan mod inti, ini benar-benar merupakan percubaan.  Untuk masa yang lama, peningkatan kepada Magic Chess dianggap sebagai tugasan yang penting.  Kami berharap usaha kami boleh membuatkan pemain kami lebih menikmati permainan.

Selain daripada Mod Magic Chess, kami juga pernah mendengar beberapa suara cadangan untuk mod lain.

Hasilnya, inilah Mirror Mayhem!

Mod permainan yang sangat menyeronokkan, menggabungkan Mod Mirror dengan Mod Mayhem!

Dalam fasa Pemilihan Wira, pemain mengundi wira yang ingin mereka gunakan daripada sekumpulan wira secara rawak.  Wira dengan undian terbanyak akan menjadi wira yang digunakan oleh seluruh pasukan.

Kesan Teknik, kerosakan dan CD bagi semua wira ditingkatkan sehingga menjadikan permainan lebih menyeronokkan.

Wira bermula dengan Lv.4.  Pemain boleh memperolehi Emas dengan lebih pantas.  CD mantera Arrival lebih pendek.  Permainan akan lebih pantas!

Mirror Mayhem masih dalam proses pembangunan.  Kami melakukan penyelarasan dan pengoptimaan akhir untuk mod baharu ini, termasuk percubaan pengimbangan.  Apabila anda jumpai pepijat atau masalah dalam mod ini, segera laporkan kepada kami.  Kami akan membaiki masalahnya sebaik sahaja.  Sila Nikmati mod baharu ini!


I. Wira Baharu

1. [The Lone Star] - Protti, kini tersedia untuk percubaan percuma di dalam Advanced Server untuk masa yang terhad.  Pembelian tidak tersedia.

Ciri-ciri Wira: Penembak jauh dengan melancarkan serangan hebat kepada musuh.

Teknik 1 - (Abyss Impact): Protti melancarkan gelombang kejut ke arah tertentu, mengakibatkan kerosakan dan memberikan Tanda Abyss kepada musuh yang terkena.  Ketika gelombang kejut bergerak, bagi setiap musuh yang terkena, ia mengakibatkan kerosakan tambahan dan menggunakan timbunan tambahan daripada Tanda Abyss.

Teknik 2 - (Corrosive Stoke): Protti meluru ke arah musuh, mengakibatkan kerosakan, memegun musuh, dan memberikan Tanda Abyss kepada musuh.  Selepas mengenai sasaran, dia boleh bergerak sekali lagi ke arah pergerakan.

Muktamad - (Torn-Apart Memory): Protti mengunci semua sasaran dalam julat 7 ela, mengakibatkan kerosakan kepada sasaran mengikut jumlah timbunan Tanda Abyss yang dimiliki oleh sasaran.  Semua Tanda Abyss pada sasaran akan diset semula.

Pasif - (Abyss Corrosion): Protti boleh bergerak semasa penyaluran, kos-nya mempunyai masa penyaluran yang lebih lama dan Kelajuan Serangan tambahan ​​yang lebih rendah.  Setiap Serangan Asas akan memperlahankan musuh dan memberikan 1 timbunan Tanda Abyss kepada musuh, dihadkan pada 5 timbunan.  Setiap timbunan Tanda Abyss meningkatkan Peluang Kritikal Protti terhadap sasaran.  Jika Serangan Asas Protti kritikal, dia memperoleh Kelajuan Pergerakan tambahan selama 7s.


II. Wira Percuma Mingguan & Skin Baharu

1. Skin Starlight Wanwan - “Teen Pop”, ialah Skin Starlight Eksklusif bulan Ogos, akan tersedia bermula pada 1 Ogos (Masa Server) di dalam Server Rasmi. Sila Nantikan!

2. Wira Percuma:
Masa Server 24/7/2020 05:01:00 sehingga 31/7/2020 05:00:00

8 Wira Percuma: Angela, Alpha, Clint, Hilda, Granger, Sun, Aldous, Franco.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Vexana, Thamuz, Diggie, Cecilion, Jawhead, Lancelot.


III. Penyelarasan Wira

[Khaleed]

Sand Walk: Kerosakan asas untuk Serangan Asas yang dipertingkatkan dikurangkan daripada 100 kepada 50.

Quicksand Guard: Pemulihan HP dikurangkan daripada 7.5%-15% HP yang hilang kepada 5-10% HP yang hilang.

[Benedetta]

An Eye for An Eye: Tempoh pertahanan dikurangkan daripada 0.8 kepada 0.6s.  Serangan Fizikal tambahan ditingkatkan daripada 50% kepada 80%.  Mengoptimakan binaan yang disyorkan.

[Barats]

I AM BIG!: Kerosakan tambahan selepas mencapai timbunan penuh "Gnaw" diselaraskan daripada 12% HP sasaran kepada 6% HP beliau sendiri.

[Atlas]

Fatal Links: Menggunakan teknik ini dalam Keadaan Ejected akan memegunkan musuh selama 0.1s dan bukannya 1.2s.

[Popol dan Kupa]

We Are Friends: HP Kupa diselaraskan daripada 700 ditambah 120% HP Popol kepada 1200 ditambah 100% HP Popol.

[Martis]

Ashura Aura: CD diselaraskan daripada 10-7 kepada 8-6s.

[Terizla]

Penalty Zone: CD diselaraskan daripada 48-42 kepada 48-36s.  Pengurangan kelajuan pergerakan dikurangkan sebanyak 10% pada semua level.

[Uranus]

Transcendent Ward: Kerosakan asas yang boleh diserap oleh perisai tenaga dikurangkan daripada 400-1000 kepada 300-750.

Consecration: Peningkatan Perisai dan Pemulihan HP dikurangkan daripada 50% pada semua level kepada 30%-50%.

[Ruby]

Let's Dance!: Setiap timbunan untuk perolehan Pertahanan Fizikal dan Magik diselaraskan daripada 23-40 kepada 12-45.


IV. Penyelarasan Pertempuran

[Medan Pertempuran]

1. Mengoptimakan kesan visual di dalam peta Western Desert.

2. Mengoptimakan kesan getaran pada Pembaharuan Zilong, Pembaharuan Eudora, Pembaharuan Layla, Pembaharuan Miya, Pembaharuan Saber, dan Pembaharuan Alucard.

3. Membaiki masalah di mana Endless Strike tidak boleh ditimbun ketika Freya dan Badang dilengkapi dengan peralatan Golden Staff dalam beberapa keadaan.

[Peralatan]

1. Glowing Wand

Pasif Istimewa - Scorch: Peningkatan Kerosakan kepada sasaran yang sama untuk beberapa kali dikurangkan daripada 2.5% kepada 2%.

2. Queen's Wings

Pasif Istimewa - Demonize: Pengurangan kerosakan diselaraskan daripada 50% kepada 40%.  Perolehan Lifesteal Fizikal diselaraskan daripada 30% kepada 40%.  CD diselaraskan daripada 50 kepada 60s.  Menambahkan ikon peringatan apabila teknik sudah siap.


V. Penyelarasan Sistem

1. Fungsi Baharu: Laporkan Avatar Group

2. Wira yang baharu diperolehi hanya boleh digunakan dalam Mod Ranked selepas mereka digunakan sekurang-kurangnya 2 Perlawanan dalam Mod Classic/Brawl.
You have to log in before you can reply Login | Register now.

Points Rules

Mobile Phone Version|Dark Room|Mobile Legends: Bang Bang Official Forum

2020-12-2 08:21 AM GMT+8

Powered by Discuz! X3.4

© 2001-2013 Comsenz Inc.

Quick Reply To Top Return to the list