Mobile Legends: Bang Bang

 Forgot password?
 Register now.
View: 314|Reply: 0
Collapse the left

[Kemaskini] Nota Patch 1.4.60 (Original Server)

[Copy link]
Post time 2020-3-19 01:24 AM | Show all posts |Read mode

Sign up now, Make more friends, Enjoy with more features, Let you easily Fun Community.

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Daripada Pereka:

Musim pertama Mod Ranked tahun 2020 akan tamat, dan pada masa ini, pasukan pembangunan telah membawa wira baharu "Atlas", dan 4 wira yang diubahsuai: Freya, Hanzo, Natalia dan Lancelot ke Land of Dawn.  Lebih-lebih lagi, banyak perubahan utama untuk peralatan medan pertempuran yang telah dilakukan.  Harap anda menikmati kemas kini ini!

Sementara itu, Magic Chess telah bersama kita selama 2 bulan.  Dalam tempoh 2 bulan ini, kami merasai keghairahan dan semangat anda untuk mod arked ini.  Oleh itu, dalam kemas kini ini, kami telah memutuskan untuk menjadikannya mod kekal dan akan terus mengemas kini kandungan yang lebih menarik untuk mod ini.  Selain Little Commander dan Wira baharu, mod ini akan mempunyai "Kemas Kini Musim" sendiri pada masa yang akan tiba.  Sila nantikan!


I.  Wira Baharu & Wira yang Diubahsuai

1. Atlas, the Ocean Gladiator akan tersedia pada 20 Mac (Masa Server).  599 Berlian, 32000 BP, DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

Teknik 1 [Annihilate]: Atlas menghentak tanah dan menyebabkan 3 letupan.  Setiap letupan mengakibatkan kerosakan Magik kepada musuh.  [Ejected State]: Jika Atlas telah dikeluarkan dari Mecha Sentry, kedua-dua dirinya dan Mechanya akan melancarkan Annihilate.

Teknik 2 [Perfect Match]: Atlas memasuki [Ejected State], memperoleh Kelajuan Pergerakan dan kekebalan kepada kesan perlahan.  Dalam keadaan ini, Mecha Sentry akan mengikuti pemacu pada kelajuan yang makin meningkat (hanya boleh terkesan oleh Suppression).  Apabila mereka bertemu, Atlas akan kembali kedalam Mecha.  mengakibatkan Kerosakan Magik kepada musuh berdekatan dan memegun mereka.  [Ejected State]: Atlas dan Mechanya berkongsi bar HP yang sama dan mengurangkan kerosakan yang diterima dalam keadaan ini.

Muktamad [Fatal Links]: Atlas melempar rantainya kepada wira musuh berdekatan dan mula menyalurkan (boleh diganggu oleh Suppression), mengakibatkan Kerosakan Magik kepada musuh dipukul dan memperlahankan mereka.  Guna teknik lagi semasa menyalurkan: Atlas akan mengheret sasaran dan memacak mereka ke kawasan sasaran, mengakibatkan Kerosakan Magik.  menggunakan teknik ini dalam Ejected State akan menyeru Mecha Sentry kepada Atlas untuk penyatuan pantas.

Pasif [Frigid Breath]: Atlas menjana Frigid Breath disekelilingnya setiap kali dia melancarkan teknkk.  Musuh yang berada dalam kawasan itu selama beberapa saat akan dikurangkan pergerakan dan kelajuan serangannya.  Mereka boleh mengeluarkan kesan perlahan dengan segera dengan meninggalkan kawasan Frigid Breath.  Atlas memperoleh Pertahanan Fizikal dan Magik apabila dia berada di dalam Frigid Breath.

2. Freya Diubahsuai, the Valkyrie akan tersedia pada 17 Mac (Masa Server).  599 Berlian. DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

Keistimewaan Wira: Seorang pejuang heroik yang mampu menembusi barisan musuh. kini dia telah diubahsuai dengan ciri dan teknik baharu!

Teknik 1 [Leap of Faith]: Freya melompat ke kawasan yang ditetapkan, mengakibatkan kerosakan kepada musuh dalam kawasan dan menarik mereka ke tengah.  Dia boleh menggunakan Sacred Orb bagi meningkatkan kawasan AoE, Kerosakan dan kesan CC teknik ini.

Teknik 2 [Spirit Combo]: Freya boleh mengorbankan Sacred Orb untuk melancarkan teknik yang berbeza berturutan.  Setiap pelancaran memberikannya perisai.  3 pelancaram pertama akan mengakibatkan kerosakan kepada musuh dalam kawasan berbentuk kipas selepas meluru, pelancaran ke-4 akan mengakibatkan kerosakan kepada musuh dalam kawasan berbentuk bulat dan melambungkan mereka ke udara selepas bergerak.

Muktamad [Valkyrie Descent]: Freya memperoleh 3 timbunan Sacred Orb dan serangan asasnya juga diperluaskan dan mengakibatkan kerosakan AoE.

Pasif [Power of Einherjar]: Selepas memukul musuh dengan serangan asas, Freya meningkatkan kelajuan serangan untuk 2 serangan asas seterusnya. CD Kesan ini selama 10s.  Freya memperoleh 1 timbunan Sacred Orb setiap 2 serangan asas (maksima 3 timbunan).

Dalam Magic Chess, Freya akan dilaraskan sewajarnya.

3. Hanzo Diubahsuai, Akuma Ninja akan tersedia pada 17 Mac (Masa Server).

Keistimewaan Wira: Ninja yang melahap jiwa bagi melakukan seni ninja terlarang.  kini dia telah diubahsuai dengan ciri dan teknik baharu!

Pasif [Ame no Habakiri]: Hanzo memperoleh Demon Blood apabila unit mati di sekitarnya.

Sealed:

Teknik 1 [Ninjutsu: Demon Feast]: Hanzo membuka teknik ini buat sementara selepas lima serangan asas.  Guna teknik ini bagi memakan sasaran dan menghadam mereka dalam tempoh masa.  Dengan berbuat demikian Hanzo mendapat Demon Blood.  Teknik ini hanya boleh digunakan kepada Minion and Creep. kini mensasarkan Lord atau Turtle mengakibatkan lebih banyak Kerosakan Sebenar pada akhir perlawanan.

Teknik 2 [Ninjutsu: Soul Reap]: Hanzo menyeru ceracak demonik dalam kawasan sasaran, mengakibatkan kerosakan.  apabila musuh terkena, teknik akan melancarkan serangan semula selepas kelewatan yang singkat, mengakibatkan kerosakan kepada sasaran dalam kawasan itu sekali lagi sehingga tidak ada sasaran atau had masa untuk kerosakan tambahan dicapai.  Setiap unit yang dipukul memberikan dia Demon Blood.

Muktamad [Kinjutsu: Pinnacle Ninja]: Hanzo berubah menjadi Demon Pneuma dan boleh bergerak bebas sehingga Demon Blood habis.  teknkk ini berakhir apabila Demon Pneuma dibunuh.  Hanzo akan tertegun dan lemah dalam masa yang sama.

Demon Pneuma:

Teknik 1 [Ninjutsu: Demon Thorn]: Hanzo membuka teknik ini selepas 5 serangan asas.  Hanzo boleh melancarkannya untuk merosakkan musuh dalam satu baris dan melambungkan mereka ke udara.

Teknik 2 [Ninjutsu: Devastator]: Hanzo terbang ke kawasan sasaran sebagai Demon Pneuma, mengakibatkan kerosakan dalam kawasan ini.  apabila musuh terkena, teknik akan berulang selepas kelewatan yang singkat, sehingga tidak ada sasaran atau had masa untuk kerosakan tambahan dicapai, di mana, Hanzo menjadi tidak terkalahkan dan tidak dapat disasarkan dan tidak akan menggunakan Demon Blood.  Guna teknik ini semula untuk menamatkannya.

Muktamad [Kinjutsu: Pinnacle Ninja]: Hanzo menamatkan bentuk Demon Pneuma dan memilih untuk membiarkan Demon Pneuma kembali ke tubuhnya dengan segera, atau sebaliknya.

4. Natalia Diubahsuai, akan tersedia pada 17 Mac (Masa Server).

Teknik 3 Diubahsuai [The Hunt]: Natalia mencetuskan Assassin Instinct dan memasuki Stealth, memberdayakan serangan asasnya dan meningkatkan Serangan Fizikalnya selama beberapa saat.  Teknik ini boleh digunakan semula dalam beberapa saat.

  Pasif Dioptimakan [Assassin Instinct]: Natalia mengakibatkan kerosakan tambahan apabila menyerang dari belakang (serangan asas kepada creep akan selalu mencetuskan bonus ini).  Dalam semak belukar, Natalia menjadi Stealthed (dia akan dikesan ketika berada dekat dengan musuh) jika dia tidak menerima atau mengakibatkan sebarang kerosakan dalam beberapa saat.  Mengakibatkan kerosakan atau meninggalkan belukar untuk seketika akan memecahkan penyembunyian.  dalam keadaan Stealth meningkatkan kelajuan Pergerakan Natalia dan meningkatkan serangan asas yang seterusnya.

5. Lancelot Diubahsuai, the Perfumed Knight akan tersedia pada 17 Mac (Masa Server).

Pasif Diubahsuai [Soul Cutter]: Setiap kali caj Lancelot, kerosakannya meningkat untuk tempoh yang singkat.  boleh ditimbun beberapa kali.


II.  Wira Percuma Mingguan & Skin-skin Baharu

1. Skin baharu Atlas "Reactor Core" akan tersedia pada 20 Mac (Masa Server).  269 Berlian. DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.
Atlas dan Skin baharunya "Reactor Core" akan berada dalam pakej dan tersedia pada 20 Mac (Masa Server).  DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

2. Skin baharu Wanwan "Shoujo Commander" akan tersedia pada 24 Mac (Masa Server).  599 Berlian. DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.
Wanwan dan Skin baharunya "Shoujo Commander" akan berada dalam pakej dan tersedia pada 24 Mac (Masa Server).  DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

3. Pelarasan dalam Kedai Fragment pada 18 Mac:

Kedai Fragmen Skin Rare:

Valir "Pale Flame", Clint "Rock and Roll", Aurora "Heartbreak Empress", Argus "Dark Draconic", Roger "Anubis", Fanny "Royal Cavalry" dan Grock "Grave Guardian" akan tersedia.

Kagura "Flower Season", Moskov "Snake Eye Commander", Harley "Royal Magister", Martis "Searing Maw", Akai "Akazonae Samurai", Cyclops "Deep Sea Rescuer", dan Gatotkaca "Mighty Guardian" tidak tersedia.

Kedai Fragmen Wira:

Natalia, Lolita, Lesley, Selena, Guinevere, Bruno akan tersedia.

Sun, Hanabi, Franco, Ling, Terizla, Nana tidak tersedia.

4. Kedai Patung Keramat:

Pelarasan pada 17 Mac: Patung Keramat Bruno "Legendary Striker" akan tersedia.

Pelarasan pada 1 April: Patung Keramat Masha "Furious Thunder" akan tersedia

5. Kedai Skin berwarna:

Pelarasan pada 1 April: Skin berwarna Balmond "Savage Pointguard" akan tersedia.

Pelarasan pada 8 April: Skin berwarna Belerick "The Deep One" akan tersedia.

6. Wira Percuma:
Masa Server 3/13/2020 05:01:00 hingga 3/20/2020 05:00:00

8 Wira Percuma: Fanny, Bruno, Alpha, Hanzo, Roger, Dyrroth, Thamuz, Uranus

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Rafaela, Ruby, Grock, Bane, Irithel, Lunox

Masa Server 3/20/2020 05:01:00 hingga 3/27/2020 05:00:00

8 Wira Percuma: Franco, Bane, Grock, Hilda, Lolita, Gatotkaca, X.Borg, Claude

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Wanwan, Jawhead, Diggie, Sun, Akai, Baxia

Masa Server 3/27/2020 05:01:00 hingga 4/3/2020 05:00:00

8 Wira Percuma: Hayabusa, Clint, Lapu-Lapu, Roger, Lunox, Lesley, Diggie, X.Borg

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Natalia, Gusion, Hilda, Sun, Leomord, Guinevere

Masa Server 4/3/2020 05:01:00 hingga 4/10/2020 05:00:00

8 Wira Percuma: Faramis, Baxia, Cyclops, Argus, Yi Sun-shin, Belerick, Guinevere, Leomord

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Karrie, Martis, Esmeralda, Chang'e, Hayabusa, Kagura

Masa Server 4/10/2020 05:01:00 hingga 4/17/2020 05:00:00

8 Wira Percuma: Natalia, Zhask, Cyclops, Aurora, Helcurt, Ling, Hanabi, Khufra

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Estes, Harith, Alucard, Vale, Badang, Pharsa

Masa Server 4/17/2020 05:01:00 hingga 4/24/2020 05:00:00

8 Wira Percuma: Alucard, Minotaur, Harith, Masha, Rafaela, Kadita, Martis, Terizla

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Johnson, Harley, Alpha, Hanabi, Hylos, Uranus

7. Mod Arked - [MAGIC CHESS]

A. Papan Chess baharu "Necrokeep" akan tersedia pada 23 Mac (Masa Server).  599 Berlian. DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

B. Little Commander baharu, the Naughty Eggie akan tersedia pada 23 Mac (Masa Server).  499 Berlian, 24000 BP, DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

C. Skin Little Commander Eggie "Deteggtive" akan tersedia pada 23 Mac (Masa Server).  269 Berlian. DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

D. Little Commander "Eggie" dan Skinnya "Deteggtive" akan berada dalam pakej dan tersedia pada 23 Mac (Masa Server).  DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.


III.  Penyelarasan Wira

Wira-wira dibawah ini akan memperoleh beberapa pelarasan penting dalam kemas kini ini: Masha, Karina, Cecilion, Lylia, Gusion, Granger, Silvanna, Chang'e, Guinevere, Wanwan, dan Franco.

[Masha]

Howl Shock: Tempoh Perlahan ditingkatkan dari 1s ke 2s.

Wild Power: Apabila aktif, mengakibatkan lebih banyak Kerosakan Asas sama dengan 36 + Lvl.teknik * 4 dengan Serangan Asas.  Maks HP yang digunakan setiap saat ditingkatkan sebanyak 1%.

Ancient Strength: Peningkatan Lifesteal Fizikal apabila bar HP pertama hilang dari 10% ke 25%.  Apabila bar HP ke-2 hilang, bonus Lifesteal Fizikal ditingkatkan dari 20% ke 40%, Menjana Tenaga dari menyerang wira musuh atau creep ditingkatkan dari 5 ke 8, dari serangan unit lain dikurangkan dari 5 ke 3. Pertumbuhan HP keseluhuran dikurangkan dari 300 ke 201.

[Karina]

Elusiveness: Kerosakan daripada serangan asas yang dipertingkatkan dikurangkan dari 165 ke 160. Pertumbuhan kerosakan setiap level ditingkatkan dari 10 ke 20, dan bonus kuasa Magik dikurangkan dari 0.75 ke 0.55.

Dance of Death: Kerosakan daripada serangan asas yang dipertingkatkan ditingkatkan dari 260 ke 280. Pertumbuhan Kerosakan setiap level ditingkatkan dari 20 ke 25, dan bonus kuasa Magik dikurangkan dari 1.3 ke 1.15.

[Cecilion]

Overflowing: Mana permulaan dikurangkan dari 1150 ke 700. Menjana Mana dikurangkan dari 50 ke 30. Mana yang diperoleh setiap pukulan dikurangkan dari 10 ke 8.

Bat Impact: Kerosakan Asas dalam laluan/destinasi dikurangkan sebanyak 10/20 pada semua level.

Bats Feast: Kerosakan Asas bagi setiap Demon Blood ditingkatkan dari 30-40 ke 35-45.

[Carmilla]

Curse of Blood: Sedikit mengurangkan jangkauan.

[Lylia]

Shadow Energy: kini Lylia bermula dengan 0 timbunan bukannya tumpukan penuh.

Black Shoes: CD pada semua level dikurangkan sebanyak 5s.

[Gusion]

Sword Spike: Sedikit mengurangkan kelajuan terbang pisau daripada pelancaran pertama.  Rentang pensasaran pelancaran ke-2 dikurangkan kepada 150% dari yang pertama.  Pemain akan dimaklumkan "sasaran tidak dijumpai" jika ia berada di luar jangkauan.

[Granger]

Rhapsody: Kini teknik ini boleh diganggu oleh CC.  Kerosakan Asas dikurangkan sebanyak 5 pada semua level.

HP permulaan dikurangkan dari 2490 ke 2370.

[Silvanna]

Spiral Strangling: Kerosakan ditingkatkan dari 150-225 ke 165-255.

Imperial Justice: Sedikit meningkatkan kelajuan penggunaan.  CD dikurangkan dari 45s ke 38s pada semua level.

[Chang'e]

Crescent Moon: Peningkatan kelajuan Pergerakan ditingkatkan dari permulaan 30% (mereput 15% setiap 1s) ke permulaan 40% (mereput 15% setiap 2.5s).

[Guinevere]

Super Magic: Kerosakan asas daripada peningkatan serangan ditingkatkan dari 0 ke 80.

[Wanwan]

Kelajuan Serangan Asas dikurangkan sebanyak 5%, Serangan dikurangkan sebanyak 10 pada semua level.  Memperbaiki isu bahawa teknik 1 dan 2 memperoleh buff Lifesteal Fizikal dan mengakibatkan lebih banyak kerosakan.

[Franco]

Iron Hook: Mengurangkan lebar teknik ini sebanyak 10%.  Kos Mana dikurangkan sebanyak 15 pada semua level.

[X.Borg]

Fire Missiles: kesan perlahan dikurangkan dari 20% ke 10%.

[Esmeralda]

Starmoon Casket: pertukaran perisai dikurangkan dari 150% ke 135% daripada kerosakan.

[Khufra]

Bouncing Ball: Peningkatan pertahanan Fizikal & Magik dikurangkan dari 75%-100% ke 60%-100%.

[Belerick]

HP asas ditingkatkan sebanyak 100 pada semua level.

Nature's Strike: Tempoh perlahan ditingkatkan dari 1s ke 1.4s.

[Valir]

Searing Torrent: CD ditingkatkan sebanyak 1s pada semua level.  Kos Mana ditingkatkan dari 65-90 ke 80-110.

[Pharsa]

Feathered Air Strike: CD ditingkatkan sebanyak 4s pada semua level.

[Hilda]

Blessing of Wilderness: menjana HP dalam belukar ditingkatkan dari 1.5% ke 2% sesaat.

[Kagura]

Seimei Umbrella Open: Memperbaiki isu yang menyebabkan kerosakan teknik tidak meningkat dengan kuasa Magik.

[Gord]

Mystic Projectile: CD ditingkatkan dari 8-5.5s ke 9-7s.

[Clint]

Blind Smoke: Melaraskan Kadar pukulan serangan Asas dikurangkan dari 25%-75% ke 40%-65%.

[Bruno]

Volley Shot: Kerosakan Asas dikurangkan sebanyak 15 pada semua level.

[Lolita]

Charge: kini Kesan khas hanya berkesan kepada minion, tidak lagi berkesan kepada penyeruan.

[Lain-lain]

Menambahbaik penerangan teknik, menambah maklumat lanjut untuk Guinevere, Claude, Zilong.


IV.  Penyelarasan Pertempuran

Medan pertempuran

1. Emas Pasukan bagi selepas memusnahkan Menara Luar dikurangkan dari 80 ke 60.

2. Emas Pasukan bagi selepas memusnahkan Menara Dalam ditingkatkan dari 100 ke 120.

3. Emas Pasukan bagi selepas memusnahkan Menara Base ditingkatkan dari 150 ke 160.

4. Meningkatkan EXP yang diperoleh dengan membunuh wira level tinggi.

5. Peningkatan bar HP Creep.  kini setiap grid menunjukkan keseluruhan HP yang sama supaya anda dapat mengetahui berapa banyak HP yang dimiliki Creep.

Binaan

1. Dominance Ice

10% Peluang pengurangan Krit telah dikeluarkan, atribut baharu: + 5% Kelajuan pergerakan.

Keistimewaan - Artik Sejuk: julat kesan ditingkatkan sebanyak 20%.

Jumlah kos dikurangkan dari 2160 ke 2010.

Resipi baharu: Black Ice Shield + Leather Jerkin, harga kompaun dilaraskan sewajarnya.

2. Twilight Armor

+50 Menjana HP telah dikeluarkan, atribut baharu: + 20% Pengurangan Kerosakan Krit.

Resipi Baharu: Ares Belt + Vitality Crystal + Crystal Power, harga kompaun diubah tetapi jumlah kos tetap sama.

3. Endless Battle

Keistimewaan - Keadilan Ilahi: tambahan kerosakan sebenar dikurangkan dari 85% ke 70% daripada serangan Fizikal.

4. Blade Heptaseas

Keistimewaan - Ambush: Tambahan Kerosakan bagi serangan asas seterusnya dilaraskan dari 100% Keseluruhan Serangan Fizikal ke 180 + 100% Keseluruhan Serangan Fizikal.

5. Magic Blade: harga kompaun dikurangkan dari 830 ke 680.

6. Brute Force Breastplate: harga kompaun dikurangkan dari 1000 ke 850.

7. Warrior Boots: harga kompaun ditingkatkan dari 220 ke 250.

8. Tough Boots: harga kompaun dikurangkan dari 270 ke 230.

9. Glowing Wand: Harga keseluruhan ditingkatkan dari 2120 ke 2200.

10. Item Peralatan Roaming

Keistimewaan - Meningkat: Exp dan Emas tambahan yang diperolehi dari Assist dikurangkan dari 15% / 25% / 35% ke 5% / 15% / 25% (berskala dengan level peralatan roaming)

11. Windtalker: Tidak akan menyebabkan kerosakan yang betul mengikut Kelajuan Serangan dalam panel atribut.  Menambahbaik keterangan teknik, menambah maklumat lanjut.

Mantera

1. Flameshot: Memperbaiki isu yang terdapat pada peta mini, penunjuk mungkin hilang.  CD ditingkatkan dari 35s ke 50s.  Tempoh Perlahan dikurangkan dari 2s ke 1s.

2. Arrival: kini Johnson tidak boleh mendapatkan sekutu yang menyalurkan Ketibaan ke dalam kereta.


V.  Acara & Ciri-ciri Baharu

1. Pek pengembangan baharu "Fighters on Stormy Sea" akan tersedia untuk pra-tempah pada 14 Mac (Masa Server)

A. Pra-tempah dan menuntut "Pakej Percubaan Northern Vales" pada 21 Mac (Masa Server).

B. Lengkapkan Tugasan acara untuk mendapatkan Kepingan Jigsaw dan membuka bahagian daripada Jigsaw.

C. Lengkapkan seluruh Jigsaw untuk mendapatkan hadiah, avatar sempadan baharu, skin wira, dan banyak hadiah lain.

D. Lengkapkan Jigsaw anda juga akan mendapat pek pengembangan eksklusif pencapaian "Fighters on Stormy Sea".

E. Potongan-potongan Jigsaw akan dikeluarkan apabila acara telah tamat, dan pencapaian eksklusif tidak akan dapat diselesaikan.

2. Skin Epic serba-baharu Bruno"Firebolt" akan tersedia dalam acara ini untuk masa yang terhad dalam kemas kini ini. Jangan lepaskan peluang ini!

A. Melakukan cabutan semasa acara untuk mendapatkan barangan yang jarang dari hadiah kesluruhan.

B. Undian tunggal hari akan menikmati DISKAUN 30% Berlian.

C. Ganjaran kekal terhad dalam hadiah keseluruhan akan dijamin selepas mengambil bahagian dalam acara sebanyak 10 kali.

D. klik "Kejutan Harian" untuk mendapatkan ganjaran secara rawak.  Terdapat 1 kali setiap hari.

E. Anda boleh pergi ke Kedai Pertukaran dan bertukar Fragmen acara untuk hadiah di dalam hadiah keseluruhan.

F. Jika anda memperoleh Skin yang anda telah miliki dalam acara ini, mereka akan bertukar menjadi Fragmen Skin dengan sewajarnya.

G. Apabila acara telah tamat, sistem akan mengeluarkan semua item acara yang tidak digunakan (termasuk Lencana dan Token Flare-up).

H. Klik Hadiah Keseluruhan untuk melihat butiran ganjaran.

3. Pusingan ke-2 Nostalgia: Avatar Sempadan Nostalgia akan tiba tidak lama lagi!  Jangan ketinggalan!

A. Lengkapkan tugas acara untuk mendapatkan kemajuan dan pertukaran untuk ganjaran yang anda suka.

B. Semasa setiap pusingan acara, anda boleh bertukar sehingga 1 ganjaran.

4. Fungsi Boost Rangkaian:

A. Fungsi Boost Rangkaian kini tersedia.  Ia boleh membantu anda meningkatkan sambungan dalam medan pertempuran.  Fungsi ini memerlukan kedua-dua 4G dan WiFi.

B. Anda boleh menghidupkan fungsi ini dengan cara klik butang Tetapan di bahagian atas kanan dalam Skrin utama -> Tetapan Rangkaian -> Tukar Boost Rangkaian, atau klik butang Tetapan di dalam medan pertempuran -> Tetapan Rangkaian -> Tukar Boost Rangkaian.

C. Fungsi ini hanya tersedia di peranti Android.  iOS akan tiba tidak lama lagi, sila nantikan!

D. Fungsi ini akan tersedia secara berperingkat, jika anda menghadapi sebarang isu semasa menggunakannya, sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan kami.  Mari buat MLBB lebih baik bersama!  Terima kasih atas sokongan anda.



VI.  Penyelarasan Sistem

1. [Mod Ranked]

A. S15 akan tamat secara rasmi pada 3/20/2020 pada 23:59:59 (Masa Server).

B. Pemain di kedudukan Master atau lebih tinggi akan menerima ganjaran musim ini.  Skin Clint "Witch Hunter".

C. 3-Ban akan tersedia untuk rank Epic atau lebih tinggi apabila S16 dibuka selama beberapa hari.

2. Pengoptimuman Skuad:

A. Menambah fungsi baharu "Pemindahan Ketua".

B. Mengoptimamkan fungsi "Skuad Berhampiran".

C. Mengemas kini peraturan bagi mendapatkan Mata Aktif.  kini skuad yang mempunyai level aktif yang rendah boleh mendapatkan banyak mata aktif dengan membentuk pasukan bersama ahli skuad tetapi kurang mata berbanding bermain secara berseorangan.

D. Ciri baharu "Skuad Berhampiran" kini tersedia.  Pemain boleh menggunakannya untuk mencari dan menyertai Skuad bagi pemain yang berhampiran.

3. Pengoptimuman MCL:

A. Pop-up dan susun atur kejohanan telah dioptimumkan.  Ciri pratonton baru telah ditambah kepada ganjaran item.

B. "Sejarah" dan "Pertempuran Minggu Lepas" telah digabungkan.

C. Skrin Senarai Juara telah diubah suai.

D. Apabila menjemput rakan ke Lobi MCL, hos akan dimaklumkan jika pemain tidak layak untuk menyertai MCL (level terlalu rendah atau wira tidak mencukupi).

E. Ciri Perbualan Suara telah ditambah di Lobi MCL;

F. Ciri jemputan automatik telah ditambah di Lobi MCL untuk memudahkan pembentukan pasukan bersama ahli skuad atau rakan anda.

G. Ketua skuad akan dimaklumkan berkenaan pertukaran nama pasukan di dalam MCL apabila semua 5 ahli tiba dari Skuad yang sama.

H. Apabila anda memenangi kejohanan MCL bersama 4 ahli daripada Skuad anda, anda akan dimaklumkan untuk melihat trofi kejohanan di dalam skrin Skuad.

I. Menambah Pemberitahuan Permulaan MCL.

J. Menambah tutorial apabila memasuki skrin MCL untuk kali pertama.

K. Menambah halaman "Rekod Juara" dalam Sejarah Pertempuran MCL, di mana anda boleh melihat berapa kali dan apabila anda mendapat kedudukan juara.

L. Meningkatkan skrin pratonton ganjaran, tambah pratonton untuk skin eksklusif MCL.

M. Melanjutkan tempoh masa paparan Senarai Juara MCL. kini Senarai Juara akan dipaparkan sehingga pusingan MCL yang seterusnya bermula.

4. Akaun MOONTON

A. Menambah fungsi "Daftar Pantas".  Daftar dengan hanya memasukkan nama pengguna dan tidak perlu mengesahkan e-mel anda.

B. Mengoptimumkan halaman pendaftaran Akaun Moonton.

5. Pusat Akaun akan tersedia di Server Rasmi pada penghujung Mac.

A. "Daftar Keluar Semua": Daftar keluar semua akaun anda di peranti yang lain dengan cara klik Avatar anda -> Akaun -> Pusat Akaun -> Daftar Keluar Semua.

B. "Nyahsambung Akaun Parti Ketiga": nyahsambung akaun parti ketiga melalui pengesahan akaun parti ketiga anda bagi akaun Moonton tersebut.  Anda boleh mencari pilihan tersebut dengan cara klik Avatar anda -> Akaun -> Pusat Akaun -> Khidmat Layan Diri Nyahsambung Akaun Parti Ketiga.

C. "Tukar Alamat Mel Akaun Moonton": Tukar alamat e-mel yang berkaitan dengan akaun Moonton anda dengan cara klik Avatar anda -> Akaun -> Pusat Akaun -> Tukar Alamat Mel Akaun Moonton.

D. "Tukar Kata Laluan Akaun Moonton": Tukar kata laluan akaun Moonton anda dengan mengetik Avatar anda -> Akaun -> Pusat Akaun -> Tukar Kata Laluan Akaun Moonton.

E. "Tebus Akaun": Jika anda terlupa akaun yang disambungkan dengan kemajuan permainan anda, sila teruskan ke Pusat Akaun dan lengkapkan pengesahan untuk menebus semula akaun anda.  Anda boleh mencari pilihan tersebut dengan cara klik Avatar anda -> Akaun -> Pusat Akaun -> Tebus Akaun.

6. Apabila akaun anda dilog masuk di peranti yang lain, anda akan menerima pemberitahuan di peranti anda yang lama.

7. Tugasan Celestial: Menambah 10 tugas celestia baharu, yang boleh muncul ketika mengambil tugasan baharu atau memulihkan semula tugasan.

8. Menambah pencapaian baru: Juara MCL, Pakar Kejohanan, Fighters on Stormy Sea.

9. Stream Langsung: kini sementara menonton siaran langsung, anda boleh melihat penerangan tentang mantera pertempuran dan peralatan yang digunakan oleh streamer.

10. Syiling Tekaan yang Diperbaharui: mereka akan secara automatik berubah menjadi item dalam Inventori, anda masih boleh menggunakannya seperti biasa.

11. Mengoptimumkan kelajuan memuat video Stream Siaran Langsung.

12. Mengoptimumkan paparan tepi di medan pertempuran untuk peranti paparan tanpa had.

13. Menambah lebih banyak kad percubaan wira dan skin kepada Pek Kad Percubaan Wira dan Pek Kad Percubaan Skin.

14. Menambah lebih banyak perbualan segera, dan kini anda boleh setkan 15 kepingan perbualan segera.

15. Kini sejarah pertempuran Mod arked akan ditunjukkan di halaman Profil.



VII.  Pembaikan Pepijat

1. Memperbaiki isu di mod Classic dan Ranked di mana 2 Freya boleh muncul di dalam pasukan yang sama.

2. Memperbaiki isu di mana muzik latar belakang akan dimainkan dua kali apabila log masuk ke skrin utama.

3. Memperbaiki isu di mana jika terdapat terlalu banyak item dalam inventori, permainan akan menjadi tersekat-sekat apabila menatal halaman ke bawah.

4. Memperbaiki isu di mana sumber tidak boleh dimuat turun apabila menukar bahasa bagi pelakon suara wira.

5. Mengoptimumkan logik paparan bagi ulangan semula kematian, dan kebanyakan kesilapan paparan ikon teknik telah diperbaiki.
You have to log in before you can reply Login | Register now.

Points Rules

Mobile Phone Version|Dark Room|Mobile Legends: Bang Bang Official Forum

2021-1-18 12:48 AM GMT+8

Powered by Discuz! X3.4

© 2001-2013 Comsenz Inc.

Quick Reply To Top Return to the list