Mobile Legends: Bang Bang

 Forgot password?
 Register now.
View: 266|Reply: 0
Collapse the left

[Kemaskini] MAGIC CHESS v.31.1 (Original Server)

[Copy link]
Post time 2020-3-19 12:28 AM | Show all posts |Read mode

Sign up now, Make more friends, Enjoy with more features, Let you easily Fun Community.

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x


Daripada Pereka:

Magic Chess telah bersama kita selama 2 bulan.  sepanjang 2 bulan ini, kami merasai keghairahan dan semangat anda untuk mod arked ini.  Oleh itu, dalam kemas kini kali ini, kami telah memutuskan untuk menjadikannya mod kekal dan akan terus mengemas kini lebih banyak kandungan yang lebih menarik di dalamnya.

Sementara itu, kami juga menerima banyak maklum balas dan cadangan untuk mod ini, maka kami akan menjadikan kelajuan kemas kini lebih pantas supaya pengoptimuman boleh dilancarkan dengan lebih awal.  Selepas Magic Chess menjadi mod kekal, kami akan membawa lebih banyak kandungan yang menakjubkan, termasuk Little Commander, Kelengkapan, Papan Chess, dan yang paling penting, lebih banyak Wira Land of Dawn.

Apa yang lebih lagi, musim percubaan Magic Chess akan tamat pada penghujung April, 2020, selepas musim rasmi pertama "Fighters on Stormy Sea" tiba.  Kami telah menyediakan banyak kandungan menarik untuk itu, dan pada masa itu, kami akan menunjukkan rasa penghargaan kepada pemain yang menyertai bahagian musim percubaan.  Sila nantikan!



Little Commander


1. Little Commander Baharu, the Naughty Eggie

Bermula daripada Commander [Eggie], kami akan mengoptimumkan reka bentuk lukisan untuk Commander yang akan tiba, termasuk model mereka, animasi dan kesan istimewa.  Sementara itu dalam patch seterusnya, kami akan terus menambahbaik reka bentuk lukisan bagi commander yang lama.

Teknik 1 - Economize: [Pasif] Mengurangkan Had Emas yang diperlukan untuk menaik taraf Little Commander.

Teknik 2 - Heat of Battle: [Pasif] Selepas beberapa kemenangan berturut-turut, setiap kemenangan tambahan mengurangkan kos emas bagi naik taraf Little Commander.

Teknik 3 - Fortune: [Aktif] Apabila level Little Commander mencapai sejumlah tertentu, gunakan ia untuk mendapatkan Peti Ganjaran Kelengkapan dan Peti Ganjaran Kristal.

2. [Abe]

Anger: Kerosakan Tambahan dikurangkan dari 5 ke 4.

Deadly Strike: Kerosakan Tambahan ditingkatkan dari 20% ke 25%.

3. [Eva]

Toughness: Peningkatan Pertahanan Fizikal & Magik ditingkatkan dari 30 ke 40.

Coordination: Peningkatan Serangan Fizikal dikurangkan dari 60 ke 50. Peningkatan Kuasa Magik dikurangkan dari 120 ke 100.


Synergy

1. Assassin: Serangan tambahan yang dicetuskan bagi Assassin Synergy akan mengakibatkan tambahan kerosakan sebenar.  Kebarangkalian tercetus bagi 3 Assassin dikurangkan dari 25% ke 20%.  Bagi 6 Assassin dikurangkan dari 70% ke 50%, tetapi serangan akan mengakibatkan 150 kerosakan sebenar.

2. Monastery of Light: Peningkatan Pertahanan Magik bagi Monastery of Light dikurangkan dari 100 ke 80.

3. Cyborg: Peningkatan HP bagi 4 Cyborg ditingkatkan dari 5500 ke 6000.

4. Support: Had Timbunan dikurangkan dari 2 ke 1, dan Peningkatan Pertahanan dikurangkan dari 20% ke 15%.

5. Guardian: Peningkatan Pertahanan Fizikal bagi Guardian dikurangkan dari 120 ke 110.


Wira-wira

1. Terizla: Pegun yang dicetuskan oleh teknik ditingkatkan dari 2 ke 3

2. Tigreal: Melaraskan kerosakan dari jenis Fizikal kepada Magik.

3. Minotaur: Melaraskan kerosakan dari jenis Fizikal kepada Magik. jarak teknik diperbesar 1 grid.

4. Freya: Kelajuan Serangan Awal ditingkatkan sebanyak 5%.

5. Sun: kini menjana 2 doppelganger, dan doppelganger boleh menggunakan timbunan Dragons Altar dan mencetuskan Dragons Altar Synergy selepas kematian.

6. Vexana: kini penyeruan boleh mencetuskan Undead Synergy dan mempunyai peningkatan 400 HP asas.

7. Karina: Memperbaiki isu yang mana Karina tidak dapat mengakibatkan kerosakan tambahan.  Sedikit mengurangkan peluang menyekat Serangan Asas.  Memperbaiki isu yang mana Karina boleh menyekat lebih banyak Serangan Asas daripada yang dijangka.

8. Chang'e: CD penjanaan Mana ditingkatkan sebanyak 50%.

9. Hanabi: kini serangan yang terlantun tidak akan mencetuskan serangan asas seperti teknik.

10. Wanwan: Kelajuan Serangan ditingkatkan sebanyak 100% sementara tempohnya dikurangkan sebanyak 50% ketika melancarkan tekniknya.


Peralatan

1. Empire Crystal: [Baharu] Pembawa turut dilihat sebagai unit Empire.

2. Sky Guardian Helmet: [Baharu] Memberikan HP dan Penjanaan HP yang tinggi.

3. Twilight Armor: [Baharu] Pertahanan melawan kerosakan letupan yang tinggi.

4. Rose Meteor Emas: [Baharu] Memberikan perisai dan bonus kerosakan apabila HP rendah.

5. Sea Halberd: [Baharu] Serangan Asas mengurangkan penjanaan HP, memberikan Penembusan yang tinggi.

6. Necklace of Durance: [Baharu] Teknik akan mengurangkan penjanaan HP, memberikan kuasa Magik yang tinggi.

7. Wind of Nature: dikeluarkan buat sementara waktu.

8. Athena's Shield: dikeluarkan buat sementara waktu.

9. Feather of Heaven: dikeluarkan buat sementara waktu.


Sistem

1. Pengubahsuaian peraturan:

A. Seri: pemain tidak boleh lagi mengakibatkan kerosakan antara satu lain jika seri.

B. Jumlah Wira 1-Emas dikurangkan dari 32 ke 27.

C. Jumlah Wira 2-Emas dikurangkan dari 24 ke 21.

D. Jumlah Wira 3-Emas dikurangkan dari 20 ke 18.

E. Jumlah Wira 4-Emas dikurangkan dari 15 ke 13.

F. Jumlah Wira 5-Emas dikurangkan dari 10 ke 9.

G. Emas yang diperolehi melalui kekalahan berturut dilaraskan dari 2,3,4,5,6 ke 1,2,3,4,5,6.

2. Skin Custom kini menyokong Kad Percubaan Skin.

3. Paparan pengadil kini tersedia untuk Ruangan Custom.

4. FF dan butang berhenti seketika telah ditambah ke paparan semula Magic Chess.

5. Prestasi Barisan yang dicadangkan telah dioptimakan.

6. Sistem pedanan telah dioptimumkan untuk mengurangkan kebarangkalian berlawan yang sama dengan kerap.

7. Prestasi grafik Magic Chess telah dioptimumkan, terutamanya kesan dan sempadan teknik Little Commander.

8. Tambah modul promosi acara di dalam lobi utama Magic Chess di mana anda boleh memaparkan perkara semasa yang terbaharu.

9. Menambah Kad gandaan Exp Little Commander di dalam Magic Chess.  Anda boleh mendapatkannya melalui acara yang akan tiba, Pass Magic Chess, dan menggunakannya untuk menaik taraf Little Commander anda dengan lebih pantas.

10. Mengoptimumkan logik untuk Mata Perlindungan dan Mata Peningkatan Bintang di dalam Magic Chess.  kini apabila mata perlindungan telah mencapai hadnya, sistem akan menolak mata tersebut berdasarkan kedudukan perlawanan.

11. Kini di dalam halaman sejarah, anda boleh memeriksa Skin Little Commander dan Teknik yang anda gunakan dalam perlawanan tersebut.

12. Kini anda boleh memilih dan memeriksa Skin dan Teknik Commander tersebut.

13. Kini anda boleh memainkan paparan semula dalam skrin Profil Magic Chess.

14. Meningkatkan paparan di sepanjang proses padanan.

15. Menambah Pengenalan Kelengkapan di dalam Galeri.

16. Menambahkan ciri Kawasan Pembelian Sementara, anda boleh menghidupkannya dalam Tetapan Permainan.

17. Menambah atribut untuk wira level bintang yang berbeza di dalam halaman Galeri.

18. Meningkatkan paparan halaman penerangan teknik Little Commander.

19. Meningkatkan paparan sembang dalam Magic Chess.

20. Meningkatkan rekaan seni untuk panel maklumat peringkat.

21. Memperbaiki rekaan seni untuk palang kiraan di dalam Fate Box.

22. Meningkatkan skrin jeda untuk Magic Chess.
You have to log in before you can reply Login | Register now.

Points Rules

Mobile Phone Version|Dark Room|Mobile Legends: Bang Bang Official Forum

2021-1-16 02:11 PM GMT+8

Powered by Discuz! X3.4

© 2001-2013 Comsenz Inc.

Quick Reply To Top Return to the list