Mobile Legends: Bang Bang

 Forgot password?
 Register now.
View: 461|Reply: 0
Collapse the left

[Kemaskini] Nota Patch 1.4.46 [Advanced Server]

[Copy link]
Post time 2020-1-17 09:42 PM | Show all posts |Read mode

Sign up now, Make more friends, Enjoy with more features, Let you easily Fun Community.

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
I. Wira Baharu & Mengubahsuaian Wira


1. Mengubahsuai Valkyrie - Freya

Sila Perhatikan: Dalam Server Lanjutan, Freya versi lama akan dilarang, manakala Freya yang diubahsuai akan menjadi wira percuma.  Skin dan Tugasan kod mastery akan sementara tidak tersedia selama Freya yang diubah sedang diuji.

Keistimewaan Wira: Seorang pejuang yang berani yang selalu berperang di barisan hadapan, kini telah diubah!  Ciri-ciri baharu, teknik baharu!

Teknik 1 [Leap of Faith]: Freya melompat ke kawasan yang ditetapkan, mengakibatkan kerosakan kepada musuh di kawasan itu dan menarik mereka ke tengah.  Dia boleh mengorbankan Sacred Orb untuk meningkatkan teknik.

Teknik 2 [Einherjar Strike]: Freya boleh mengorbankan Sacred Orb untuk melepaskan teknik yang berbeza dalam berurutan.
Teknik 2-1 [Spirit Ward]: Freya meluru ke kawasan yang ditetapkan, dan bila menghadapi musuh, dia melancarkan serangan, mengakibatkan kerosakan kepada musuh dalam kawasan berbentuk kipas dan menjana perisai untuk dirinya sendiri.
Teknik 2-2 [Shield Bash]: Freya mengunci dan meluru ke kawasan yang disasarkan, mengakibatkan kerosakan dan memperlahankan.
Teknik 2-3 [Wave Shock]: Freya melepaskan pukulan keras dari tempat dia berdiri, mengetuk sasaran dan melambungkannya ke udara dan mengakibatkan kerosakan.
Teknik 2-4 [Hammer Crush]: Freya menghentak tanah dengan tukulnya, mengetuk musuh dalam kawasan berbentuk kipas, mengakibatkan kerosakan dan menolak mereka kebelakang.

Muktamad [Valkyrie Descent]: Freya memperoleh 3 timbunan Sacred Orb dan serangan asasnya menjadi serangan jarak jauh dan boleh mengakibatkan kerosakan percikan.

Pasif [Power of Einherjar]: Selepas memukul musuh dengan serangan asas, Freya boleh meningkatkan kelajuan serangan untuk serangan asas seterusnya. CD Kesan ini 10s.  Freya memperoleh timbunan Sacred Orb setiap 2 serangan asas (dihadkan pada 3 timbunan).


2. Mengubahsuai Akuma Ninja - Hanzo

Sila Perhatikan: Dalam Server Lanjutan, Hanzo versi lama akan dilarang, manakala Hanzo yang diubahsuai akan menjadi wira percuma.  Skin dan Tugasan kod mastery akan sementara tidak tersedia selama Hanzo yang diubah sedang diuji.

Pasif [Ame no Habakiri]: Apabila unit-unit berdekatan dihentikan, Hanzo akan mendapat Blood Demon.

Keadaan Tertutup:
Teknik 1 [Ninjutsu: Demon Feast]: Setiap serangan ke-5 oleh Hanzo buat sementara membuka kunci kebolehan ini. Hanzo menggunakan Ame no Habakiri untuk memakan satuan musuh sasaran dan mencerna mereka selama satu tempoh masa.  Dengan berbuat demikian Hanzo memperoleh Blood Demon.  (Hanya boleh digunakan terhadap Minions dan Creeps.)

Teknik 2 [Ninjutsu: Soul Reap]: Hanzo membuka Portal Jiwa pada kawasan yang ditetapkan, mengakibatkan Kerosakan.  Sekiranya musuh terkena, portal akan dibuka semula, mengakibatkan Kerosakan ke semua sasaran dalam kawasan itu hingga tiada sasaran yang terkena atau mencapai had.  Setiap masa memberinya Blood Demon.

Muktamad [Kinjutsu: Pinnacle Ninja]: Hanzo menjadi Supreme Demon Ninja.  Blood Demon bergerak tanpa mengira halangan.  Apabila Blood Demon terbunuh, dia akan kembali ke tempat badan Hanzo, tertegun selama beberapa saat, mengurangkan Pertahanan Fizikal dan Magik dan mendedahkan dirinya.

Keadaan Supreme Demon Ninja:
Teknik 1 [Ninjutsu: Demon Thorn]: Setiap serangan asas ke-5 oleh Hanzo buat sementara membuka kunci keupayaan ini.  Hanzo menyelam ke bawah tanah dan melompat ke hadapan, mengakibatkan kerosakan besar-besaran terhadap musuh-musuh dalam laluan dan keuntungan Blood Demon.

Teknik 2 [Ninjutsu: Devastator]: Blood Demon bertukar menjadi Demon Pneuma dan melontarkan dirinya ke kawasan yang ditetapkan, mengakibatkan Kerosakan.  Sekiranya musuh terkena, dia mengakibatkan kerosakan lagi selepas beberapa saat, hingga tiada sasaran yang terkena atau mencapai had masa serangan.  Dalam keadaan Demon Pneuma, Hanzo akan menjadi tidak terkalahkan dan tidak dapat disasarkan.  Guna semula untuk menamatkan teknik ini.

Muktamad [Kinjutsu: Pinnacle Ninja]: Hanzo menamatkan keadaan Supreme Demon Ninja dan boleh memilih untuk memulangkan tubuhnya atau memanggil tubuhnya ke tempat Demon terletak.


3. Mengubahsuai Perfumed Knight - Lancelot

Sila Perhatikan: Dalam Server Lanjutan, Lancelot versi lama akan dilarang, manakala Lancelot yang diubahsuai akan menjadi wira percuma.  Skin dan Tugasan kod mastery akan sementara tidak tersedia selama Lancelot yang diubah sedang diuji.

Soul Cutter: Melaraskan kesan teknik untuk "Setiap kali caj Lancelot, kerosakannya ditingkatkan sebanyak 8% selama 4s, hingga 40%.




II.  Wira Percuma Mingguan & Skin Baharu


1. Wira Percuma
Masa Server 1/17/2020 05:01:00 hingga 1/24/2020 05:00:00


8 Wira Percuma: Lolita, Bruno, Aurora, Karrie, Leomord, Lesley, Gusion, Terizla
6 Wira Ahli Starlight Tambahan: Hayabusa, Angela, Estes, Harith, Vale, Granger




III.  Pelarasan Wira


[Atlas]
Frigid Breath: Menambah kesan baharu, kini teknik ini boleh memperlahankan musuh sebanyak 30% dan meningkatkan Pertahanan Fizikal dan Magik (skala dengan level).
Annihilate: Kerosakan Asas ditingkatkan sebanyak 50 pada semua level.  Bonus Kuasa Magik ditingkatkan sebanyak 30% pada semua level.  Kos Teknik dikurangkan sebanyak 20 pada semua level.
Perfect Match: Kerosakan Asas dikurangkan dari 360-560 ke 320-470.  Kelajuan Pergerakan ditingkatkan sebanyak 10% pada semua level.  Memperbaiki masalah dimana kerosakan teknik ini tak berskala dengan level.
Fatal Links: Menambah kesan teknik baharu, kini ia mengakibatkan kerosakan sama dengan 225-475 bersama-sama dengan 100% Bonus Kuasa Magik, apabila rantai mengenai musuh.  Kerosakan Asas dari pukulan plonk ditingkatkan dari 300-500 ke 450-950.  CD dikurangkan dari 52s-40s ke 42s-36s.

[Carmilla]
Kini apabila Carmilla dan Cecilion berada dalam pasukan yang sama, Carmilla boleh membeli item peralatan baharu "Broken Heart" dari Kedai.  bila Carmilla memiliki item ini, Cecilion tak boleh menggunakan "Moonlit Waltz" semasa perlawanan.

[Cecilion]
Bat Impact: Kerosakan Asas dari destinasi serangan dikurangkan dari 300-550 ke 275-550.  Bonus Kuasa Magik ditingkatkan sebanyak 10% pada semua level.  Melaraskan serangan jarak dekat dengan sewajarnya.
Bats Feast: Meningkatkan kesan visual dari Muktamadnya.
Moonlit Waltz: Menambah demonstrasi teknik.

[Wanwan]
Meningkatkan kesan visual "Crossbow of Tang" apabila sasarannya adalah Ling dan dia menggunakan Tempest Blades.

[Fanny]
Tornado Strike: Memperbaiki masalah dimana "Tornado Strike" yang dicetuskan oleh "Steel Cable" tak boleh mengakibatkan kerosakan kepada sasaran pertama dalam Mod Mayhem.

[Diggie]
Memperbaiki masalah dimana proses penggunaan mantera pertempuran "Arrival" akan terganggu apabila Diggie menaik taraf "Auto Alarm Bomb".

[Pharsa]
Feathered Air Strike: Kini "Fleeting Time" boleh mengurangkan CD teknik ini dengan betul.




IV.  Pelarasan Pertempuran


Item Peralatan

Dalam kemas kini ini, kami telah melaraskan item peralatan roaming dalam Kesan Perkongsian dan Kesan Teknik.  Kini penting untuk memilih peralatan roaming berdasarkan Role wira.  Dengan pengubahsuaian ini, kami berharap semua jenis peralatan roaming boleh memiliki nilai keistimewaan sendiri.

1. [Semua Item Peralatan Roaming]
Keistimewaan - Pengabdian: Kini apabila para wira yang dilengkapi peralatan roaming berkongsi Emas/EXP dari sasaran yang sama Creep/Minion, wira dengan Emas/EXP terendah di antara mereka tak boleh memperoleh bahagian sementara yang lain akan berkongsi Emas/EXP secara normal.

Keistimewaan - Berkembang maju: Emas & EXP tambahan yang diperolehi dari Assist dilaraskan dari 35% ke 15%/25%/35% (Skala dengan tier peralatan roaming)

2. [Shadow Mask]
Keistimewaan - Sembunyikan: CD dilaraskan ke 80s.  Memperbaiki kesan visual teknik ini supaya dapat dibezakan lebih mudah.  Kini selepas menerima buff Sembunyikan, anda tak boleh menerima Sembunyikan atau Galakkan lagi dalam 80s seterusnya.

3. [Courage Mask]
Keistimewaan - Galakkan: CD dilaraskan ke 80s.  Kini selepas menerima buff Galakkan, anda tak boleh menerima Sembunyikan atau Galakkan lagi dalam 80s seterusnya.

4. [Awe Mask]
Keistimewaan - Pencegahan: Meningkatan tempoh memperlahankan ke 1.2s.  CD dikurangkan ke 40s.


MOD

1. Mod Mayhem:

A. Membuat beberapa pelarasan keseimbangan kepada: Balmond, Eudora, Lolita, Lapu-Lapu, Vexana, Lancelot, Aldous, Leomord, Khufra, Granger, X.Borg, Masha.

B. Medan Pertempuran Mod Mayhem kini mempunyai rupa baharu.  Jangan lepaskan peluang ini!




V. Acara & Ciri Baharu


1. [Parti Gacha]

A. Jemput rakan-rakan untuk untuk menuntut ganjaran bersama, lebih banyak rakan-rakan bersatu, peluang lebih tinggi untuk memenangi ganjaran!

B. Mencapai lebih banyak matlamat pasukan untuk memenangi lebih banyak ganjaran!

C. Log masuk setiap hari semasa acara untuk memenangi ganjaran peribadi tambahan!

D. Untuk maklumat lanjut, sila teruskan ke halaman acara.




VI.  Pelarasan Sistem


1. Mengoptimumkan MCL:

A. Ciri baharu "Sejarah Pertempuran MCL": Hingga 10 perlawanan sejarah pertempuran MCL akan dirakam, dari mana anda boleh tengok data rakan sepasukan anda.

B. Ciri baharu "Senarai Juara Mingguan MCL": Hingga 50 Pasukan Juara dari kawasan anda dalam minggu ini akan dirakamkan di sini.

C. Ciri baharu "Pemberitahuan MCL": Apabila MCL dibuka, anda akan menerima pemberitahuan ketika memasuki Lobi Utama.


2. Menambah [Pusat Akaun] di Laman Web Rasmi.  kini anda boleh mendapatkan semula akaun anda dengan lebih mudah.

A. Pengambilan Akaun Automatik: Anda boleh mengambil semula akaun anda yang hilang melalui akaun yang anda Log masuk kini.

B. Pengambilan Akaun melalui Maklumat Akaun: Anda boleh mengambil semula akaun anda dengan memberikan kami beberapa maklumat akaun (seperti nama akaun, level akaun, dan lain-lain)

C. Pusat Akaun pada masa ini hanya boleh membantu anda mendapatkan semula akaun yang berkaitan.
You have to log in before you can reply Login | Register now.

Points Rules

Mobile Phone Version|Dark Room|Mobile Legends: Bang Bang Official Forum

2021-1-19 08:24 AM GMT+8

Powered by Discuz! X3.4

© 2001-2013 Comsenz Inc.

Quick Reply To Top Return to the list