Pemain yang dihormati, dalam kemaskini ini, wira baharu
Carmilla, Shadow of Twilight, akan membuat debutnya bersinar! Pada bulan pertama tahun 2020, Lobi Utama dan beberapa medan pertempuran MLBB akan dihiasi dengan unsur-unsur Perayaan Musim Semi. Sebagai tambahan, kami telah menyediakan banyak acara yang hebat kepada anda,
"Pek Merah Tahun Baharu Cina", "Nostalgia", dan "Parti Muzik Martis"! Marilah kita berseronok sempena
Tahun Baharu Cina di MLBB!
Sementara itu, mod arked serba-baharu
"MAGIC CHESS" akan dilancarkan dalam kemas kini ini. Bolehkah anda bayangkan betapa seronoknya mod ini? Cubalah ia nanti!
Pengenalan Magic Chess:
1. Magic Chess adalah Mod Arked yang penuh keseronokan dan strategi! Dalam mod ini, 8 pemain akan dihantar ke 8 peta dan berhadapan antara satu sama lain dan creep. Pemain boleh membeli wira di kedai, membina barisan hadapan, mengumpul emas, dan menguatkan tentera mereka untuk memperoleh kemenangan.
2. Pemain akan bermain 1 lawan 1 antara satu sama lain pada setiap pusingan. Pemain boleh melancarkan wira ke medan pertempuran dalam peta, dan wira di dalam medan pertempuran akan mencari dan menyerang musuh berdekatan secara automatik.
3. Kami telah menambah konsep pada Little Commander. Harper adalah Little Commander yang asal untuk semua pemain. Apabila HP Little Commander lebih rendah daripada 0, Little Commander akan disingkirkan daripada permainan.
4. Anda perlu muat turun sumber tambahan untuk memasuki mod ini. Anda boleh memilih untuk muat turun sumber mengikut pilihan anda.
5. Untuk maklumat lanjut, sila pergi ke Arked -> Magic Chess untuk tengok Nota Patch Magic Chess.
6. Mod ini adalah ganjaran tahun baharu yang disediakan oleh beratus-ratus ahli Pasukan Pembangunan MOONTON. Jangan lepaskan peluang ini! Untuk maklumat lanjut mengenai rentak permainan, sila kemas kini sekarang dan terokai sendiri.