Mobile Legends: Bang Bang

 Forgot password?
 Register now.
View: 2711|Reply: 2
Collapse the left

[Moonton Post] KEMASKINI DARI PENCIPTA -DIBUAT SEMULA JOHNSON

 Close [Copy link]
Post time 2018-2-2 07:31 PM | Show all posts |Read mode

Sign up now, Make more friends, Enjoy with more features, Let you easily Fun Community.

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Hi! Saya Arnold, pereka Johnson yang baru. Suatu masa dulu, kami kaji semula wira Johnson dan menemukan banyak ketidaksempurnaan rekaan yang boleh diubahsuai, jadi saya membuat keputusan untuk mereka semula wira ini sebagai hero tank yang gagah dengan keupayaan sokongan yang lebih baik.

fb-MY.jpg

1. Penampilan. Kami mengubah warna keseluruhan Johnson yang baru untuk membuatnya kelihatan lebih metalik dan menarik.

2. Rekabentuk Peranan dan Teknik. Atribut Johnson yang lama memainkan peranan sebagai Tank, tetapi tekniknya ada kekurangan sesuatu yang sepatutnya ada pada wira Tank - teknik untuk mengawal musuh, terutamanya wira yang gemar mengelak di dalam game. Tambahan pula, kerosakan yang mampu diberikan adalah sangat rendah, jadi melalui teknik Johnson yang baru, kami menyelesaikan isu tersebut, membenarkan dia mengawal musuh dengan berkesan dan bekerja bersama pasukan dengan baik.

Pembaharuan teknik pertama, Johnson melontar spanar memberikan kerosakan terhadap musuh yang berhadapan dengannya dan memegun musuh di kawasan ia mendarat. Ini meningkatkan kebolehan menyerang Johnson, memudahkannya mendekati musuh berbanding Johnson yang dahulu.

Pembaharuan teknik kedua. Teknik ini diubah untuk memberi kerosakan berterusan di kawasan berbentuk kon hadapannya. Johnson masih boleh menggunakan serangan asas dan teknik pertamanya ketika teknik kedua ini dibuka. Ini akan meningkatkan kerosakan yang boleh Johnson keluarkan dengan banyak, menyelesaikan isu sebelumnya yang tidak dapat memastikan pembunuhan apabila berlawan dengan musuh yang mempunyai HP rendah.

Untuk tekniknya yang ketiga, kami simpan kebolehan Johnson menjadi sebuah kereta itu, kerana semua pihak amat berpuas hati terhadap tekniknya itu, dan ditambahkan kesan baru selepas Johnson melanggar musuh dan meletup. Kini, selepas melanggar musuh, ketika didalam bentuk kereta, kawasan itu akan dikelilingi elektrik oleh medan tenaganya, perlahankan dan memberi kerosakann terhadap musuh yang berada didalamnya. Ini meningkatkan kebolehan Johnson untuk menghalang musuh lari darinya, membuatkannya berperanan penting dalam perlawanan berkumpulan.

Keseluruhannya, pengubahsuaian Johnson akan menjadikannya tank tempur dengan kebolehan untuk mengawal dan memberikan kerosakan yang banyak terhadap musuh.

Jadi, itu merupakan konsep asas disebalik pengubahsuaian Johnson. Jika ingin tahu dengan lebih lanjut, saya syorkan anda cuba Johnson di dalam permainan dan rasakan perubahannya sendiri! Selamat maju jaya, dan berseronoklah!

Post time 2018-2-3 03:56 PM From mobile phone | Show all posts
Nice bro..
Post time 2018-2-3 03:56 PM From mobile phone | Show all posts
Nice bro..
You have to log in before you can reply Login | Register now.

Points Rules

Mobile Phone Version|Dark Room|Mobile Legends: Bang Bang Official Forum

2021-4-13 11:39 PM GMT+8

Powered by Discuz! X3.4

© 2001-2013 Comsenz Inc.

Quick Reply To Top Return to the list