Mobile Legends: Bang Bang

 Forgot password?
 Register now.
View: 4004|Reply: 4
Collapse the left

[Moonton Post] Kemaskini Pemaju: Disebalik Rekaan Zhask

 Close [Copy link]
Post time 2017-11-28 04:34 PM | Show all posts |Read mode

Sign up now, Make more friends, Enjoy with more features, Let you easily Fun Community.

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
[i=s] Edited by Element at 2017-11-29 12:43 AM [/i]

Bercakap Dengan Pemaju
Kemaskini Pemaju
Disebalik Rekaan
Zhask
Apa khabar semua, saya Arnold, orang yang bertanggungjawab dalam menyeimbangkan hero dan juga pengalaman bermain anda. Hari ini, kita akan berbual mengenai hero baru yang bakal dikeluarkan secara rasmi oleh MLBB, Zhask.

Zhask merupakan hero pertama dalam permainan ini yang mempunyai 4 kemahiran; sehingga semasa dikeluarkan dalam AdvanceServer, kami menerima pelbagai reaksi dan soalan dari pemain mengenai mengapa Zhask diberikan 4 teknik yang berbeza. Semasa dalam proses rekaan lagi, kami sudah melalui banyak pertimbangan dan akhirnya membuat keputusan untuk memberikannya 4 kemahiran tersebut.

Pertama sekali adalah berkenaan dengan rekaan hero itu sendiri, kemahiran pertama Zhask dan juga Ulti-nya adalah untuk menyeru dan menguatkan “Nightmaric Spawn”, manakala “Nightmaric Spawn” dikawal oleh AI. Zhask tidak mampu bertahan dalam pertempuran yang sengit sekiranya hanya bergantung dengan satu kemahiran sahaja, oleh itu setelah melalui banyak perbincangan dan percubaan, kami telah menambahkan satu lagi Skill untuk melengkapkan rekaannya.

Di samping itu, dari segi keseimbangan, setelah melalui pelbagai perbincangan dan percubaan, pasukan pereka kami telah memperkenalkan 4 kemahiran baharu untuk hero ini. Semasa dalam ujian, tahap kekuatan yang berbeza menentukan konsistensinya terhadap hero yang berbeza. Dan akhirnya, pereka kami pun membuat keputusan untuk memperkenalkan UI baru dengan 4 kemahiran yang berbeza bagi memastikanpemain tidak berhadapan dengan masalah butang terlalu kecil dan sebagainya semasa menggunakan hero yang mempunyai 4 kemahiran ini.

Berdasarkan pertimbangan di atas, kami telah memberikan 4 kemahiran kepada Zhask, semasa dalam peringkat ujian kami juga menerima banyak maklum balas yang baik dari pengguna berkenaan dengan hero ini.Pasukan pereka kami tidak akan berhenti menjalani ujian dan perubahan terhadap hero Zhask demi memastikan hero ini dapat memberikan pengalaman bertempur yang lebih menarik tanpa merosakkan keseimbangan permainan yang sedia ada sekarang.

Di atas merupakan plot bagaimana wira Zhask direka, sekiranya anda berminat untuk mengetahui hero ini dengan lebih mendalam, anda perlu mengalaminya sendiri di dalam permainan, selamat bertempur!
Post time 2017-11-28 05:37 PM From mobile phone | Show all posts
Fix the bug,zhask can spawn many of nightmaric blablabla
Post time 2017-11-29 06:20 AM From mobile phone | Show all posts
ZenithTheEksdi replied at 2017-11-28 05:37 PM
Fix the bug,zhask can spawn many of nightmaric blablabla

hai
Post time 2017-12-21 05:37 PM From mobile phone | Show all posts
tambah kelajuan pergerakan bg zhask.dan percepatkn cooldonw bg ulti..
Post time 2018-1-22 02:57 PM | Show all posts
mohon kurangkan kekuatan ULTI nya..
bukan sahaja dia mampu stun malah bnyk magic damage yang dikenakan..

ini hanya pandangan saya trima kasih..
You have to log in before you can reply Login | Register now.

Points Rules

Mobile Phone Version|Dark Room|Mobile Legends: Bang Bang Official Forum

2021-5-10 10:49 AM GMT+8

Powered by Discuz! X3.4

© 2001-2013 Comsenz Inc.

Quick Reply To Top Return to the list