Mobile Legends: Bang Bang

 Forgot password?
 Register now.
View: 4500|Reply: 4
Collapse the left

[Kemaskini] PERATURAN-PERATURAN FORUM MLBB

 Close [Copy link]
Post time 2017-6-21 04:34 PM | Show all posts |Read mode

Sign up now, Make more friends, Enjoy with more features, Let you easily Fun Community.

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Edited by Element at 2017-10-4 12:09 PM

PERATURAN- PERATURAN FORUM MLBB


1. Sila gunakan  Forum Search terlebih dahulu sebelum posting apa-apa thread berkaitan dengan address errors, masalah, soalan, pepijat-pepjat dan sebagainya. Isu-isu yang tersebut mungkin telah dijawab atau diselesaikan.

2. Kami tidak akan berkrompomi dengan mana-mana spam atau spammer. Sekiranya anda melakukan juga, anda boleh dikenakan amaran atau risiko akaun anda untuk di banned secara kekal dan topik anda akan dipadamkan sama sekali tanpa diberi notis.

3. Membuat thread di bahagian forum yang sepatutnya. Posting perkara yang sama pada bahagian forum yang lain tidak dibenarkan. Sekiranya anda tidak pasti, sila post di bahagian General.

4. Penggunaan nama, gambar atau signature yang mengandungi kata-kata tidak sopan, kesat, rasis, lucah atau diskriminasi dilarang sama sekali dan boleh dikenakan ban atau dipadamkan.

5. Penggunaan bahasa kasar, percakapan mengenai perubatan, dan pornografi dilarang sama sekali dan akan dipadamkan.

6. Jangan post kata-kata serangan, rasis, kesat, lucah, atau diskriminasi terhadap ahli-ahli forum yang lain.

7. Jangan post hanya untuk meningkatkan bilangan post. Jika anda tidak ada apa-apa perkara untuk dibincangkan, sila jangan post.

8. Plagiarisme dilarang sama sekali. Jika anda menggunakan hasil kerja orang lain, sila berikan kredit kepada mereka.

9. Para pemain tidak dibenarkan post berkaitan laman web phishing, cheat/laman web hack tools, dan link perkhidmatan url pendek (contoh: bitly, tinyurl, etc.)


10. Bahagian forum ini hanya untuk bahasa Melayu sahaja. Sekiranya anda ingin menggunakan bahasa inggeris atau bahasa-bahasa lain, sila pergi ke link berikut: Bahasa Inggeris , Bahasa-Bahasa Lain.

11. Apa-apa rujukan berkaitan dengan permainan MOBA atau laman web yang tidak berkaitan, tidak dibenarkan berbincang dalam forum ini. Ini juga termasuk mengiklan/menaip tentang server dan permainan MOBA lain/ forum-forum atau apa-apa iklan yang berkaitan dengan permainan Online termasuk ranking yang tidak ada kaitan dengan Mobile Legends.


12. Peraturan-peraturan ini tidak mampu untuk mengendalikan semua perkara ketika ianya meliputi situasi-situasi umum.  Oleh kerana itu, kami mempunyai hak untuk mengambil apa-apa tindakan/keputusan yang kami anggap sesuai untuk memastikan forum-forum ini tidak diganggu atau disalahgunakan dengan apa cara sekali pun.


Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau masalah-masalah, sila berhubung dengan mana-mana ahli Pasukan Moderator kami.

Senarai Moderator (bahasa Melayu):

ML Moderator-->Element

ML Junior Moderator-->Faiz12



----------------------------------------------------------------------------
Peraturan- peraturan diatas boleh berubah tanpa notis terlebih dahulu
---------------------------------------------------------------------------------------------

Sekian Daripada,


Element

ML Moderator












You have to log in before you can reply Login | Register now.

Points Rules

Mobile Phone Version|Dark Room|Mobile Legends: Bang Bang Official Forum

2021-4-19 12:53 AM GMT+8

Powered by Discuz! X3.4

© 2001-2013 Comsenz Inc.

Quick Reply To Top Return to the list