Sign up now, Make more friends, Enjoy with more features, Let you easily Fun Community.
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Pada 2 Jun , kami membocorkan sedikit maklumat tentang Piala Asia Tenggara Mobile Legends. Selepas itu, kami menerima banyak reaksi daripada pemain yang kami sangkakan. Walaupun ramai pemain yang berasa gembira tentang perkara ini, sesetengah pemain menanyakan beberapa soalan. Jadi kami akan menjawabkan soalan tersebut. Terima kasih pada permahaman dan sokongan anda terhadap MSC.
1. Q: Ia dipanggil sebagai Piala “Asia Tenggara”, tetapi kenapa hanya mempunyai 5 negara yang menyertainya tetapi negara saya tidak? A: Matlamat utama Mobile Legends adalah untuk menganjurkan pertandingan seluruh dunia. MSC, sebagai langkah pertama, ia cuma permulaan. Sebagai pertandingan antarabangsa, isu Internet merupakan isu penting yang kami kena beri perhatian terhadapnya. Mengikut kajian tempatan lepas kami, kami menjumpai Indonesia, Filipina, Thailand, Malaysia dan Singapura mempunyai kestabilan internet yang lebih baik antara satu sama lain, dan juga pengurus internet tempatan menyokong aktiviti ini dengan kuat dan tolong mengurangkan masalah internet. Sudah tentu, kami mendapati bahwa nama ini mungkin meragukan sesetengah pemain. Jadi kami akan mengubahkannya kepada Piala Asia Tenggara Mobile Legends - Jemputan Lima Negara.
2. Q: Adakah anda akan mengadakan pertandingan di kawasan lain seperti Kawasan Euro dan lain-lain? A: Kami akan mula merancang dan mengadakan pertandingan bagi Kawasan Euro atau Kawasan Russian, jadi sila bersabar. Sementara itu, kami akan membuat kajian di kawasan dan negara lain. Pada masa hadapan, kami akan mengadakan lebih banyak pertandingan yang sudah tentu akan menjadi perayaan seluruh dunia.
3. Q: Saya bukan dari salah satu daripada negara tersebut. Bolehkah Saya menyertai pertandingan ini? A: Oleh kerana pertandingan ini dijalankan secara offline dan hanya pemain dari Lima negara tersebut disokong (Hotel, Tiket Penerbangan, lain-lain.), kami sangat cadangkan supaya pemain negara lain Jangan menyertainya.
|